PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Showing posts with label BN Pilihan Orang Muda. Show all posts
Showing posts with label BN Pilihan Orang Muda. Show all posts

Thursday, July 18, 2013

PRK KUALA BESUT: PAS YANG RAMPAS TANAH RAKYAT TAPI TUDUH BN!!!

Berikut adalah penemuan mengenai hal tanah rakyat di Kuala Besut yang kononnya dirampas oleh kerajaan BN.  Terengganutoday.com mengupas dengan lebih lanjut di bawah.

 

PRK N01 : PEMIMPIN PAS YANG GOMOL TANAH BERNILAI TINGGI- TAPI MEREKA TUDUH BN: BAHKAN BEKAS ADUN PAS KUALA BESUT- NIK ZAWAWI SALLEH JUGA TERLIBAT

Posted by terengganutoday.com on July 17, 2013

NIK ZAWAWI

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata wakil rakyat yang diberi tanah tersebut sememangnya layak menerima habuan itu kerana ia merupakan angerah kerajaan negeri kepada mereka yang telah banyak berjasa.“Dalam tempoh saya menjadi Menteri Besar, kita beri kira-kira 20,000 lot tanah kepada rakyat di seluruh negeri.

“Tak kan kerana kita beri satu lot rumah saja kepada beberapa wakil rakyat BN, pihak Pas mahu menjadikannya satu isu,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini.

Katanya, daripada tanah yang diagih kepada rakyat itu 12,000 lot merupakan tapak rumah manakala 8,000 lot lagi bagi tujuan pertanian.

Dato’ Seri Haji Ahmad menjelaskan sewaktu Pas memerintah Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004, ada wakil rakyat dan isterinya yang diberi tanah seluas 150 ekar untuk dijadikan ladang limau.“Apalah sangat jika dibandingkan kita beri wakil rakyat satu lot rumah sedangkan Pas beri wakil rakyat mereka hingga 150 ekar?,” soal beliau ketika mengulas isu lapuk yang ditimbulkan kembali pencermah Pas pada kempen PRK Kuala Besut.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata, Pas terpaksa mengulangi isu yang sama bagi menghangatkan kempen PRK Kuala Besut.

“Ini sudah tabiat semula jadi Pas, tidak sempurna kempen mereka jika tidak ada fitnah dan menimbulkan isu bagi memburukkan orang lain,” katanya.

BERIKUT ADALAH BAGAIMANA PEMIMPIN PAS SEBENARNYA YANG GOMOL TANAH SEMASA BERKUASA BUKANNYA BN:-

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pernah mendedahkan hingga terbongkarlah segala yang berlaku semasa kerajaan Pas yang memerintah negeri Terengganu (1999-2004) siapa sebenarnya yang pernah berbuat demikian.Namun begitu,  pemimpin Pas bijak dan ada taktik sendiri dalam membolot tanah dengan cara melalui tubuh syarikat atau badan terentu, tetapi di sebaliknya mereka yang menguasai syarikat dan badan itu.

persidangan DUN Terengganu diberitahu, kawasan komersial lot PT3378 (tapak Majlis Bandaraya sekarang), keluasan 11516 meter persegi diberikan kepada Koperasi Pengguna Insaf Terengganu (Koinsaf) pada 18 September 2002 dengan bayaran premium RM340,000.00 sahaja.

Koinsaf itu ditubuhkan pada 29 Disember 2001 dengan dipengerusikan oleh Bendahari Pas Kemaman waktu itu, Haji Roslin Abdul Rahman dan Ahli Jawatankuasanya termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar waktu itu, Haji Hussin Ismail.

Bila BN mengambil alih kerajaan, kerajaan negeri membeli semula hartanah tersebut dan Koinsaf memperolehi RM8 juta lebih (RM8,061,200.00).

Pemimpin Pas juga berlindung di atas sebuah syarikat bagi mendapatkan tanah lot kedai lot PT3431. Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu Nik Mohd.Zawawi bin Salleh (seorang Adun Pas waktu itu) dan Ahli Parlimen Pas Hulu Terengganu waktu itu, Wan Muhyidin.

Kadar premium lot 1-3 ialah RM50,000 .00 manakala lot keempat RM76,200.00 Bila BN ambil alih, kerajaan negeri mengambil balik untuk kegunaan awam dengan terpaksa membayar RM465,715.00 bagi lot PT3428, RM372,500.00 (lot PT 3429), RM372,500.00 (lot PT3430) dan RM365,000.00 (lot PT3431).

Sidang Dun Terengganu juga mendedahkan, Persatuan Khairunisa’ (milik isteri wakil rakyat Pas) membayar premium untuk separuh bahagian dari keseluruhan 4,932 meter persegi lot PT1830 Mukim Batu Burok.

Selepas itu Kerajaan Negeri semasa BN terpaksa bayar RM2 juta lebih (RM2,096,100.00) bagi tujuan mengambil balik tanah itu untuk kegunaan awam.

Juga sidang Dun sekali lagi mendedahkan tanah pertanian di Durian Mentangau Dungun diluluskan kepada syarikat milik Dr.Sulaliman (wakil rakyat Pas ketika itu) seluas 50 hektar.

Dun juga diberitahu tanah seluas 10,000 ekar diluluskan kepada North East Plantation (NEP) milik Harakah, iaitu Pengerusinya waktu itu Datuk Hishamudin Yahya.

Demikian, Pas mengata orang tetapi mereka yang lebih.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said ketika menjawab persoalan ini di DUN bagi pihak Kerajaan membawa cerita, seorang yang melaungkan ‘pencuri! pencuri!, lalu mengajak orang mengejar pencuri. Rupanya yang melaungkan pencuri! pencuri! itulah sebenarnya pencuri.

Saturday, May 18, 2013

KDN Baharu Tunjuk Taring!

Kemunculan tindakan tegas gagah berani KDN baharu disambut dengan riang olen seluruh pengundi BN. 

Semoga tiada lagi suara sumbng yang menghasut rakyat ke arah kehancuran dan kemusnahan  lebih-lebih lagi menghuru-harakan negara.

Kalau tidak suka duduk dibawah bumbung yang bocor baikilah atap, beli rumah baru atau pindah?  Jangan menyumpah air hujan atau marahkan tuan rumah tetapi masih merempat kebasahan…

Tunggu tindakan tegas - Zahid Hamidi

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 17 Mei - Kerajaan tidak akan memberi sebarang amaran kepada mana-mana pihak yang bercadang mahu mencetuskan huru-hara sebaliknya akan terus bertindak secara tegas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada sebarang kompromi dengan pihak tertentu khususnya pemimpin pembangkang yang sedang menghasut rakyat turun ke jalanan bagi mencetus rusuhan sekali gus menjayakan hasrat menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Saya tidak akan memberi amaran tetapi tunggulah tindakan tegas," katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia bagi mengulas tindakan yang bakal diambil ke atas pemimpin pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang merancang mencetuskan huru-hara.

Isnin lalu, pemimpin pembangkang seperti Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) R. Sivarasa dan Tian Chua ketika berceramah dalam Perhimpunan Tragedi 13 Mei secara terbuka menghasut rakyat ke jalanan bagi menumbangkan kerajaan BN melalui kaedah rusuhan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Kementerian Dalam Negeri yang diterajui kepimpinan baharu bersedia sepenuhnya memastikan kesejahteraan rakyat dan keharmonian negara kekal terpelihara dengan menguatkuasakan undang-undang sedia ada.

"Pencegahan itu lebih baik daripada penyelesaian, dan pencegahan awal itu lebih murah 'harganya' berbanding penyelesaian masalah. Saya akan guna pendekatan itu agar pihak kerajaan tidak disanggah dan mereka (pembangkang) juga tidak melakukan penyanggahan," jelasnya.

Sementara itu, mengulas kecaman pembangkang selepas beliau meminta pihak tidak setuju dengan sistem pilihan raya Malaysia berhijrah ke negara republik jika menjadikan isu undi popular sebagai alasan, Ahmad Zahid berkata, pembangkang melenting kerana mereka cuba menipu rakyat.

"Orang yang makan cili memang akan terasa pedasnya, sebab itu pemimpin seperti Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng melenting dengan kenyataan saya, tetapi apa yang dinyatakan adalah hakikat dan sudah sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Wednesday, February 27, 2013

Ahmad Lai Cadang Kaji Keselamtan Pengguna Jalan di Kawasan Suai, Bekenu.


Selagi canang belum dipalu, selagi gendang perang belum dikeluarkan, selagi itulah Ahli Parlimen P.218 Sibuti bekerja tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk membangunkan kawasan Sibuti.

Baru-baru ini Ahli Parlimen Sibuti, yang prihatin dengan keselamatan pengguna jalan raya di sekitar kawasan Suai, telah mencadangkan agar satu kajian dijalankan untuk memastikan hubungkait kemalangan yang kerap berlaku di kawasan jalan yang beralun terutama di jalan persisir pantai yang menghubungkan Miri dengan Bekenu.

Cadangan ini disambut baik oleh Pengerusi Tuai Rumah Kawasan Suai, Niah yang berharap agar kajian ini dapat dilakukan dengan segera untuk manfaat pengguna jalan raya di sekitar kawasan Suai khususnya.

Inilah dedikasi Ahli Parlimen BN yang sentiasa memastikan rakyat Sarawak akan terus membangun dan juga sihat serta selamat sentiasa dalam arus trasnformasi kerajaan.


Cadangan kaji jalan beralun disokong

by Rosemaria Buma.



PERLU DINAIK TARAF: Keadaan jalan hulu Suai yang perlu dinaik taraf dengan segera.

MIRI (27 Feb 2013) Utusan Borneo: Penduduk di kawasan Suai, Niah menyambut baik cadangan Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang agar satu kajian dilakukan oleh pihak berkuasa berhubung masalah jalan raya beralun yang merupakan salah satu punca sering berlaku kemalangan di jalan pesisir pantai antara Miri dan Bekenu.

Pengerusi Persatuan Tuai Rumah Kawasan Suai, Niah, Tuai Rumah Boniface Bada Enjah yang mewakili penduduk di kawasan Suai memberitahu mereka amat mengalu-alukan cadangan itu dan berharap kajian dapat dilakukan dengan segera bagi mengatasi masalah tersebut.

Katanya memang diakui keadaan permukaan jalan raya beralun di beberapa lokasi di jalan pesisir pantai antara Miri dan Bekenu menimbulkan masalah kepada para pengguna jalan raya terutama penduduk kampung di kawasan Bekenu hingga Suai yang sering berulang-alik melalui jalan berkenaan setiap hari.

“Justeru, kami berharap kajian dan tindakan sewajarnya dapat dilakukan oleh pihak berkuasa dengan segera bagi mengatasi masalah tersebut yang boleh menyumbang kepada lebih banyak kes kemalangan jalan raya berlaku di jalan tersebut,” katanya.

Beliau memberitahu demikian kepada Utusan Borneo sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen terbabit yang disiarkan dalam laporan akhbar minggu lalu.
Dalam laporan itu, Ahmad Lai memberitahu bahawa masalah jalan beralun di jalan pesisir pantai antara Miri-Bekenu telah dimajukan kepada pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Jabatan Kerja Raya untuk dikaji dan dianalisis.
Pada masa sama, Boniface berharap kerajaan tidak melupakan beberapa jalan di kawasan luar bandar seperti jalan-jalan kampung termasuk jalan kampung hulu Suai, Niah.

Katanya jalan kampung hulu Suai, Niah yang sepanjang 25km dari Kampung Iran hingga ke Rumah Goyang telah dibina pada 1999.

Menurut beliau, jalan tanah merah ini yang hanya ditabur batu kasar merupakan laluan utama untuk para penduduk dari 11 rumah panjang dan dua kampung yang terdapat di kawasan terbabit.

“Kami amat berharap kerajaan dapat menaik taraf jalan Hulu Suai ini dengan segera memandangkan keadaan jalan berkenaan yang semakin teruk dan berlubang.

“Apabila hujan turun, ia menjadi semakin berlumpur dan bila panas, sangat berdebu hingga menjejaskan pandangan,” katanya.

Selain itu, ia juga merupakan laluan utama untuk para penduduk membawa keluar hasil tuaian buah tandan segar kelapa sawit dengan purata bulanan seberat 1,000 tan metrik.

Rumah panjang terbabit terdiri daripada Rumah Gerang, Rumah Libau, Rumah Senit, Rumah Ngadang, Rumah Siang, Rumah Ansang, Rumah Tarang, Rumah Gansor, Rumah Junit, Rumah Hassan dan Rumah Freddy serta dua kampung iaitu Kampung Baru Suai serta Kampung Tegageng.

Manakala tiga sekolah terbabit adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sebatok, SK Kampung Tegageng dan SK Rumah Goyang serta Klinik Kesihatan Kampung Tegageng.

- Posted using BlogPress from my New iPad

Monday, October 8, 2012

[Gambar] Sepak Mula Futsal 1Belia 1Malaysia P.218 Sibuti

Berikut adalah gambar-gambar yang disedut dari fb YB Haji Ahmad Lai sekitar sepak mula futsal 1Belia 1Malaysia di Kampung Bakam, Bekenu.

BN Pilihan Orang Muda!

















[Gambar] Program Sembang Mesra Belia Parlimen P.218 Sibuti

Siapa kata belia tidak menyokong kerajaan BN di Sibuti?  Bukalah mata kalian, inilah bukti bahawa belia di Sibuti menyokong penuh kepimpinan Najib Razak dan juga ahli parlimen BN di Sibuti iaitu Haji Ahmad Lai.

Belia sekarang sudah sedar, dengan adanya khabar gembira selepas Pembentangan Belanjawan 2013, di mana mereka banyak menikmati kemudahan baik dari segi pelepasan cukai mahupun baucar ataupun rebat telefon untuk belia yang sudah bekerja atau sedang belajar. Sememangnya belia di Sibuti tahu bahawa kerajaan BN masih prihatin dengan hasrat mereka dan sememangnya menepati janji untuk mensejahterakan rakyat!

Semoga kerajaan BN akan terus mendapat mandat besar daripada rakyat khususnya daripada golongan belia cerdik yang menyokong kuat di belakang kerajaan Barisan Nasional!

BN Pilihan Orang Muda!













Tuesday, July 10, 2012

Najib Berjaya Mengubah Persepsi Golongan Muda Menjelang PRU13!!!


Persepsi negatif yang cuba dibangkitkan oleh pemimpin pembangkang, cybertroopers dan penyokong tegar mereka nampaknya tidak menjadi. Rakyat Malaysia semakin bijak menilai dan tidak mudah terpedaya dengan tipu muslihat pembangkang.

Baru- baru ini penganalisis politik tempatan telah membuat kajian mendapati persepsi rakyat terhadap BN semakin positif berbanding sewaktu PRU12 yang lalu.

Lebih-lebih lagi golongan belia yang merupakan 40% pengundi baru yang cenderung kepada BN. Ini menunjukkan Najib berjaya membawa Malaysia ke arah yang disenangi oleh golongan muda dan juga golongan veteran.

Persepsi Rakyat Kepada BN Semakin Baik - Penganalisis
Oleh Mohd Hisham Abdul Rafar


KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Persepsi rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) semakin baik berbanding semasa pilihan raya umum 2008 meskipun kerap dilemparkan dengan pelbagai fitnah oleh pembangkang.

Dengan pelbagai inisiatif yang dirangka, golongan muda kini mula dapat menilai kesungguhan kerajaan yang begitu prihatin bagi mencorakkan masa depan negara yang lebih meyakinkan.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata perubahan persepsi itu adalah berikutan inisiatif mentransformasikan negara menerusi Program Transformasi Politik, Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi, membuahkan hasil dan dapat dirasai sendiri oleh rakyat.

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) itu berpendapat majoriti rakyat kini sedar mengenai pelbagai program yang berbentuk sosial dan kebajikan yang dilaksanakan kerajaan BN sehingga sukar bagi pembangkang menafikannya.

Program-program itu termasuklah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia), Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) dan Menu Rakyat 1Malaysia yang kian dekat di hati rakyat.

Program meningkatkan taraf hidup, kebajikan dan keselesaan rakyat yang jelas seperti inilah yang dimahukan semua rakyat, khususnya pengundi di luar bandar. Bagi pengundi di bandar pula, selain menikmati hasil program itu, turut menghargai ketelusan pemimpin yang mendengar masalah mereka dan berusaha mencari penyelesaian," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Sivamurugan berkata banyak usaha dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam setiap lawatan dan tinjauan mesra di seluruh negara untuk mendapatkan maklum balas rakyat dan hasilnya, persepsi negatif terhadap BN telah terhakis.

Dalam pada itu, beliau berkata meskipun pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, namun golongan atas pagar dilihat masih berhati-hati untuk memilih parti mana yang mampu mewakili mereka untuk meneruskan pembangunan dan bukannya menabur pelbagai janji kosong.

"Walaupun dalam diam, mereka menilai apa yang telah dibuat oleh kerajaan BN dan apa juga yang telah dibuat oleh kerajaan pembangkang sepanjang pemerintahan sejak 2008. Saya boleh mengandaikan BN boleh mendapat balik sokongan daripada pengundi protes pada 2008," katanya.

Katanya, dengan gerak kerja berterusan Perdana Menteri dan timbalannya, BN mampu menarik sokongan pengundi atas pagar, apatah lagi jika kesungguhan yang sama ditunjukkan juga oleh segenap lapisan pemimpin BN.

"Memanglah sesiapapun perlu bekerja keras untuk mendapatkan undi," katanya sambil menambah bahawa faktor calon dan isu yang dibawa akan memainkan peranan yang sangat penting untuk menentukan kemenangan sesebuah parti.
Sementara itu, Presiden Majlis Belia FELDA, Anuar Abd Manaf berkata menerusi kajian sokongan yang dilaksanakan pihaknya mendapati lebih 60 peratus belia di seluruh negara kini menyokong BN.

Ini kerana persepsi buruk yang dilemparkan pembangkang kononnya kerajaan BN zalim, menindas rakyat dan mengabaikan rakyat termasuk belia ternyata tidak dapat mempengaruhi mereka kerana golongan belia sendiri sudah merasai satu demi satu hasil usaha kerajaan BN, baik ke stas diri mereka mahupun keluarga mereka, katanya.

"Contohnya dalam isu perumahan, kerajaan BN telah mengotakan janjinya dengan melaksanakan PR1MA dan kalau kata kos kehidupan meningkat, kerajaan beri BR1M dan KR1M untuk meringankan beban rakyat. Program ini disyukuri oleh golongan belia terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.
"Ini semua tidak dinikmati golongan belia jika pembangkang memerintah. Janji oleh pembangkang tidak dikotakan. Sekarang generasi muda mula melihat BN sebagai kerajaan yang prihatin dan berbuat kebajikan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Beliau berkata faktor penolakan belia terhadap BN pada 2008 adalah kerana mereka disuguh dengan pelbagai persepsi salah tentang BN, selain faktor calon yang tidak menepati kriteria mereka dan juga program BN yang dilihat tidak mesra belia.

Anuar berkata bagaimanapun kerajaan BN hari ini telah berubah dan mula menunjukkan kesungguhan mendekati golongan belia dengan pelbagai cara termasuk laman sosial facebook dan twitter selain kekerapan turun padang oleh pemimpin BN.

"Kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan yang dekat di hati golongan belia kerana telah banyak bantuan diberikan kepada golongan belia ini. Belia hari ini juga melihat kerajaan BN adalah kerajaan yang prihatin dan sokongan kepada BN itu telah mula nampak," katanya.

Beliau percaya pengundi muda yang merupakan lebih 40 peratus pengundi baru cenderung menyokong BN untuk kesinambungan pembangunan, perpaduan, kesejahteraan dan pertumbuhan ekonomi yang mewujudkan pelbagai peluang untuk mereka membina kehidupan yang lebih baik dan masa depan yang meyakinkan.

- Posted using BlogPress from my New iPad

Monday, July 9, 2012

Gambar Sekitar Majlis Makan Tahun Perdana 2012

BEKENU - Hampir 2000 orang hadir bersama untuk Pemimpin Bersama Rakyat sempena Majlis Makan Tahun Perdana 2012 anjuran Persatuan Kedayan Sibuti yang berlangsung di Kampung Kejapil, Lambir.  Tahniah kepada semua jentera terutama sekali JKKK Kampung Kejapil, Biro Wanita, Belia, Ketua-ketua Masyarakat dan Armada Pemuda PBB.  Upacara dirasmikan oleh Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.  Turut hadir adalah Ahli Parlimen Sibuti, YB Haji Ahmad Lai, ADUN Bekenu, YB Rosey dan ADUN Lambir, YB Ripin Lamat.


Berikut adalah gambar-gambar suasana Pemimpin Bersama Rakyat Sempena Majlis Makan Tahun Perdana 2012.












Thursday, July 5, 2012

Diskaun Sehingga 60 Peratus Buat Mahasiswa!?

Golongan mahasiswa yang menyertai IPTA dan IPTS akan menerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia.  Ini akan mengurangkan beban mereka sehingga 60 peratus potongan.  Kerajaan BN memang prihatin dengan pendidikan dan pengajian tinggi sehingga menitik beratkan diskaun buku bagi golongan mahasiswa.   

Semoga lebih ramai yang akan mendaftar sebagai pengundi daripada golongan mahasiswa dan terus memberi mandat kepada kerajaan BN agar KDS1M ini dapat diteruskan lagi sehingga ke anak cucu kita.  Kerajaan hari ini untuk anak cucu kita!  BN Pilihan Orang Muda!
1.5 juta mahasiswa terima diskaun buku
MOHD SOFEE WAHAB Sinar Harian
5 Julai 2012
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

PUTRAJAYA – Lebih kurang 1.5 juta mahasiswa seluruh negara bakal menerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M), seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, KDS1M merupakan satu inisiatif baru yang disediakan oleh kerajaan khusus untuk mahasiswa.

“Pemegang KDS1M akan menerima potongan lima hingga ke 60 peratus daripada harga sebenar dan inisiatif ini dilihat dapat mengurangkan beban mahasiswa sepanjang tempoh pengajian mereka di institut pengajian tinggi (IPT).

“Dalam tempoh yang terdekat, Bank Rakyat akan memberikan keutamaan kepada mahasiswa tahun akhir bagi memastikan mereka menikmati kemudahan ini,” katanya.

Beliau berkata, KPDNKK menyahut cabaran untuk mewujudkan kad diskaun ini atas cadangan wakil pelajar dalam Mesyuarat Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang lalu dan hasil dialog bersama mereka, isu kos sara hidup sering dibangkitkan.

“Jadi, keprihatinan kerajaan untuk memastikan seluruh mahasiswa dalam keadaan selesa ternyata memberi kesan baik.

“Selain itu, mereka tidak perlu memohon KDS1M kerana ia adalah percuma dan bakal diperoleh oleh setiap mahasiswa sejurus melayakkan diri ke IPT,” katanya.

KDS1M ditaja sepenuhnya oleh Bank Rakyat dan akan mencetaknya serta menyalurkan terus kad berkenaan kepada semua IPT seluruh negara.

Sebarang maklumat lanjut mengenai KDS1M boleh layari laman web www.1pengguna. com.

Baca Blog Dalam Facebook Anda