Perpaduan di Sarawak terbaik
by Steve Annuar.Utusan BorneoMIRI: Semangat perpaduan kaum yang ditunjukkan oleh rakyat Sarawak adalah yang terbaik dan harus dijadikan contoh dan teladan oleh semua rakyat di Malaysia.
MUHIBAH: (Dari kiri) Entri, Rosey, Lee, Abang Johari, Abdul Rahman, Ahmad Lai, Antonio, Sebastian (belakang Antonio), Ripin dan Aziz mengetuai perarakan Maulidur Rasul yang bermula di pekarangan Dewan Suarah Miri semalam.
Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg amat berbangga dengan keupayaan rakyat Sarawak dan mahu amalan berkenaan terus dihidupkan.
“Kita berharap perpaduan yang ada di Sarawak akan memberi satu keinsafan kepada mereka yang mahu memecahbelahkan masyarakat,” tegasnya ketika merasmikan perarakan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Miri di Dewan Suarah Miri semalam.
Abang Johari turut menyeru umat Islam di negara ini agar mengukuhkan tali persaudaraan sesama mereka selain bekerjasama dengan kaum lain dalam membentuk sebuah negara yang aman, damai, makmur, selesa dan maju.
Mengulas tentang sambutan Maulidur Rasul, Abang Johari yang juga Menteri Perumahan memberitahu, keperibadian dan corak pentadbiran Rasulullah SAW adalah dua aspek utama yang harus dibanggakan dan dicontohi oleh umat Islam.
Pendekatan wasatiyyah atau jalan tengah yang dipelopori oleh Rasulullah membenarkan Islam diterima di Madinah oleh semua pihak tanpa mengira kaum, suku kaum dan kabilah.
Corak pentadbiran Rasulullah berjaya menegakkan kesatuan ummah dan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan di Madinah selepas penghijrahan dari Mekah ke Madinah.
“Saya percaya kita (kerajaan) boleh menggunakan dasar berkenaan dengan adanya ilmu dan semangat toleransi yang tinggi (di kalangan rakyat).
“Kerajaan boleh mencapai banyak kemajuan dengan mengamalkan dasar yang dipelopori oleh Rasulullah SAW,” jelasnya.
Terdahulu, Timbalan Residen merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Abdul Aziz Mohd Yusuf memberitahu, sebanyak 98 kontinjen melibatkan lebih 7,000 umat Islam di sini menjayakan perarakan semalam.
Peserta terdiri daripada pelajar, kakitangan kerajaan dan swasta, ahli persatuan, kelab, serta penduduk kampung yang mewakili masjid dan surau di sini.
Beliau memberitahu, pelbagai program keagamaan berupa ceramah dan pertandingan dianjurkan di masjid dan surau bertujuan meningkatkan pemahaman dan kepentingan sambutan Maulidur Rasul.
Turut menyertai perarakan ialah Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Pembangunan Kanak-kanak, Keluarga dan Masyarakat, Rosey Yunus, Menteri Muda Bekalan Air Datuk Sylvester Entri Muran, Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, ADUN Lambir Ripin Lamat, Datuk Bandar Lawrence Lai, Residen Miri Antonio Kahti Galis, Temenggung Abdul Rahman Fadzil dan Setiausaha Politik Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Sebastian Ting.
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Showing posts with label Maulidur Rasul. Show all posts
Showing posts with label Maulidur Rasul. Show all posts
Friday, February 1, 2013
Perpaduan di Sarawak Memang Kelas!!!
Friday, February 01, 2013
Abang Johari, Ahmad Lai, Lee Kim Shin, Maulidur Rasul, Ripin Lamat, Rosey Yunus, Sebastian Ting, Sylvester Entri
No comments
Semangat perpaduan yang jelas dapat dilihat ketika menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad di Miri. Inilah tali persaudaraan yang sangat dituntut untuk hormat-menghormati dan hidup dalam rukun damai.
Subscribe to:
Posts (Atom)




