PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Showing posts with label P219. Show all posts
Showing posts with label P219. Show all posts

Monday, March 18, 2013

DAP Pecat 6 Ahli Yang Tidak Mahukan Lim!

Gara- gara tidak bersetuju dengan pencalonan keluarga Lim ke Parlimen Miri, 6 orang ahli tegar DAP telah dipecat.  Inilah parti rasis, ultra kiasu, komunis yang memecat keahlian gara-gara tiada sependapat dengan pemilihan Lim Su Kien yang bakal menjadi Lim Guan Eng Miri?  

Setakat tidak bersetuju dan protes itu adalah lumrah berparti.  Sanggupkah 6 orang ini mengikut telunjuk DAP lagi?  Semoga lebih ramai lagi yang keluar DAP masuk SUPP demi politik sihat!  Sesungguhnya tidak rugi sekiranya keluar parti DAP yang sememangnya hidup segan mati tak mahu di Miri.  Apakah pembangunan yang mereka bawa?  Mereka selalu menyalahkan bahawa mereka bukan kerajaan pusat atau negeri untuk membawa pembaharuan?  Apakah yang berjaya mereka ubah?  ADUN DAP lebih kepada ubah tahi mata sekarang ini!!!  
Pemecatan enam ahli DAP bukti tiada persefahaman
MIRI(16 Mac 2013 - Utusan Borneo): Pemecatan enam orang ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP) di sini, yang menunjukkan penentangan secara terang-terangan terhadap calon pilihan parti itu, membuktikan tiadanya persefahaman dalam membuat keputusan.
Setiausaha Politik Ketua Menteri Kaunselor Kijan Toynbee berkata pemecatan itu juga menunjukkan tiadanya perpaduan dalam DAP semasa mereka membuat keputusan untuk menentukan calon-calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.
“Sebaliknya, untuk memilih calon bagi mewakili parti tersebut, ahli-ahli DAP terpaksa bergaduh sesama mereka hingga terpaksa memecat ahli sendiri kerana masalah disiplin,” katanya ketika dihubungi di sini, kelmarin.
Pada Rabu lalu, Jawatankuasa Disiplin DAP telah mengambil tindakan memecat enam ahlinya dari sini, berkuat kuasa serta-merta kerana mengingkari pucuk pimpinan parti negeri dan berulang kali mencemarkan imej parti serta calon parti.
Mereka yang dipecat ialah Setiausaha Hal Ehwal Wanita Cawangan Miri Ting Mee Hiong, Setiausaha Hal Ehwal Wanita Cawangan Piasau Lim Lan Hua, Wong Keng Tiong, Violet Lee Pak Hap, Lee Yun Li dan Paul Wong Sie Yiing dari Cawangan Senadin.
Tindakan disiplin terhadap mereka diambil selepas keenam-enam ahli terbabit telah berulang kali melakukan protes secara terbuka terhadap keputusan jawatankuasa parti mencalonkan Lim Su Kien sebagai bakal calon DAP untuk kerusi Parlimen Miri pada PRU13 kelak.
Menurut Kijan lagi, ketiadaan persepakatan dalam pemilihan calon menunjukkan wujudnya perbezaan pendapat yang seterusnya menimbulkan rasa tidak puas hati mereka hingga menunjukkan penentangan secara terang-terangan terhadap keputusan yang dibuat (calon yang dipilih).
“Nampak sangat ada perpecahan di kalangan ahli dalam DAP dan sehubungan itu kita berharap rakyat tidak memberi sokongan kepada parti yang tidak bekerjasama untuk rakyat,” katanya.
Sehubungan itu Kijan yang juga Ketua Wanita Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Cawangan Piasau mengingatkan pengundi di Miri supaya tidak mudah terpengaruh dengan propaganda DAP yang mahu mewujudkan pembangunan dan perpaduan di kalangan rakyat, kerana mereka sendiri tidak mampu menyatupadukan ahli-ahli sendiri.
Beliau sebaliknya menggesa penduduk di Miri supaya memberikan undi mereka kepada calon BN pada PRU13 ini, bagi memastikan kemakmuran yang berterusan.
Ini kerana menurut beliau, hanya kerajaan BN sahaja yang dapat membawa kemakmuran kepada rakyat melalui pembangunan dan program ekonomi yang dilaksanakan.
Malah katanya, perpaduan di kalangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat ternyata jauh berbeza dengan persefahaman dan perpaduan yang wujud dalam Barisan Nasional (BN) yang seterusnya menyumbang kepada kemakmuran, ekonomi dan pembangunan negeri dan negara ini.

Thursday, July 5, 2012

Video Sesi Majlis Penutupan Meet-Up Facebook Belia Sibuti Miri

Berikut adalah ucapan penutupan daripada YB Haji Ahmad Lai bersempena dengan Meet-Up Facebook Belia Sibuti-Miri.  Semoga kita semua mendapat manfaat daripada akitiviti memperkasakan facebook di kalangan belia Sibuti-Miri. 


Video Sesi 3 dan Sesi 4 Meet-Up Facebook Belia Sibuti-Miri!!!

Berikut adalah ceramah motivasi untuk Meet Up Facebook Belia Sibuti-Miri.  Ceramah ini disampaikan oleh saudara Zaini Busrah daripada UMB PBB Zon Tengah.  

Selepas ceramah sesi 3 terus beralih kepada sesi 4 yang disampaikan oleh Ketua UMB PBB Saudara Abdul Aziz Tan Sri Adenan.


Video Sesi 2 Meet-Up Facebook Belia Sibuti-Miri!!!

Berikut adalah video sesi 2 ceramah bertajuk Gagasan 1Malaysia yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Biro Tata Negara Negeri Sarawak.  


Video Sesi 1 Meet-Up Facebook Belia Sibuti-Miri!!!

Berikut adalah ceramah Meet-Up Facebok Belia Sibuti-Miri yang disampaikan oleh Saudara Pandi Suhaili, Naib Ketua Pemuda PBB.  Tajuk ceramah beliau adalah Menghiris Fitnah dan Menghapus Pertualang di Dunia Maya.


Monday, July 2, 2012

Terkini!! Sekitar Meet-Up Facebook Belia Sibuti-Miri!!!

Semalam berlangsungnya acara yang julung kali dianjurkan untuk bertemu rakan Facebook dan Twitter di sekitar Sibuti dan Miri.  Acara ini yang diserikan dengan ceramah berapi oleh penceramah yang tershohor di Sarawak seperti Naib Ketua Pemuda PBB, Saudara Pandi Suhaili, Ketua Penerangan Pemuda PBB merangkap Ketua Unit Media Baharu PBB, saudara Abdul Aziz Tan Sri Adenan, saudara Zaini Busrah, ahli tersohor UMB PBB dan juga Pengarah BTN Sarawak, Tuan Pengarah Roslan Baharuddin.  

Belia Sibuti-Miri juga sempat bertemu dengan pemimpin mereka iaitu YB Ahmad Lai dan juga Y Bhg Dato Sebastian Ting. 

Terima kasih kepada setiap pemilik akaun Facebook dan juga UMB PBB Zon Kuching, Zon Tengah dan Zon Utara.  Semoga acara sedemikian dapat diadakan lagi memandangkan lebih ramai yang ingin mengetahui mengenai taktik dan strategi untuk menghiris fitnah dan menghapuskan pertualang di dunia maya dengan lebih terperinci. 

Awasilah ruang ini kerana Meet-Up Facebook akan diadakan lagi memandangkan sambutan yang hebat dikalangan pemilik akaun Facebook!  Semoga lebih banyak lagi acara sedemikian akan dianjurkan untuk membantu menghapus pertualang yang dimainkan oleh pihak pembangkang. 

Berikut adalah gambar-gambar sekitar acara Meet-Up Facebook Belia Sibuti- Miri yang sempat dikongsikan bersama.


























Guna Laman Sosial Dengan Bijaksana


Oleh Mohd Norhadie Sahari, Utusan Borneo (ms13)

MIRI, 1 Julai 2012 - Pengguna Internet harus menggunakan laman sosial dengan sebaik mungkin berikutan penyalahgunaannya boleh menjejaskan ketenteraman dan perpaduan kaum.  

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata pemilik akaun laman sosial seperti Facebook dan Twitter harus menjadikan laman itu sebagai meium untuk memperkukuhkan komunikasi. 

"Penyalahgunaan laman sosial seperti penyebaran dakyah tidak benar boleh memberi kesan buruk kepada pemikiran pengguna Internet lain seterusnya boleh menggugat ketenteraman awam," katanya pada majlis Rakan Facebook Miri-Sibuti semalam.  

Beliau seterusnya memberitahu, Perdana Menteri juga turut menggunakan laman sosial untuk mendekati dan memahami aspirasi rakyat dan langkah sedemikian turut diikuti wakil rakyat lain. 

"Saya sendiri turut menggunakan laman Facebook untuk mengetahui keperluan atau permasalahan yang dihadapi oleh rakyat dan saya lihat laman sosial ini banyak membawa manfaat," ujarnya. 

Ahmad Lai menjelaskan laman sosial terbabit sebagai saluran untuk berkomunikasi dengan rakyat seterusnya mendapat maklum balas secara tepat tentang isu yang berlaku di sekeliling rakyat.  

"Rakyat boleh berhubung dengan wakil rakyat secara terus dan menyatakan permasalahan mereka supaya kita (wakil rakyat) dapat mencari jalan penyelesaian terbaik," jelasnya.  

Beliau memberitahu, tidak semua komen yang dihantar rakyat dalam laman sosial wakil rakyat adalah baik, sebaliknya ada komen turut menghentam atau menyerang peribadi wakil rakyat.  

"Saya turut tidak ketinggalan menerima mesej tidak baik, namun sebagai wakil rakyat, semua mesej sedemikian harus diteruma dan dijadikan panduan untuk meneruskan tanggungjawab dengan baik", katanya.  

Pada masa yang sama beliau menasihati semua rakan Facebook di sini menggunakan kemudahan itu untuk meningkatkan komunikasi dan perpaduan di kalangan mereka.  

Bertemakan 'Menghiris Fitnah dan Menghapuskan Pertualang di Dunia Maya', Program Meet-Up Facebook Belia Sibuti-Miri itu telah disertai kira-kira 160 belia dari sekitar Miri dan Sibuti.  

Ia adalah anjuran Unit Media Baharu Barisan Nasional Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan ia julung kali diadakan dalam usaha merapatkan perpaduan di kalangan rakan Facebook.  

Hadir sama ialah Setiausaha Politik Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Dato Sebastian Ting, Pengarah Biro Tata Negara Roslan Baharuddin dan penceramah Zaini Busrah serta Abdul Aziz Tan Sri Adenan.

Saturday, March 31, 2012

Ketua PKR Rosak Akhlak Bertanding di Miri?!?!?!

Dr Teo bersama penyokong kuatnya!!??
MIRI - Dr Teo mungkin tidak sedar bahawa aktiviti diluar etika profesionalnya sudah dibongkar pada tahun lepas di sini dan sini?!!

Mungkin DAP pun tahu sekiranya mereka menurunkan PKR Dr Teo yang sudah sekian lama bermain politik, namun masih tidak dapat mengalahkan mantan Presiden SUPP!!??  Siapakah yang dimahukan oleh Pakatan Haram di Miri kalau tidak muka baru!??!  Bukan Zulhaidah bukan Dr Teo tetapi orang muda yang berkaliber dan mungkin belajar sehingga ke PhD!?!?!  Itulah calon DAP!!?!?

Tapi adakah orang Cina di  Miri masih tidak mahukan perwakilan di peringkat persekutuan seperti mana mereka kini yang kurang diwakili di peringkat negeri?!!?!  Rasa-rasanya cukuplah mereka memberikan kerusi negeri kepada DAP yang sampai sekarang tidak membuahkan hasil!!??  Mereka dari DAP ini cuma pandai menyalak tetapi tidak dapat membuat kerja!!?!?

Pastinya orang Cina di Miri akan kembali mengundi BN kerana mereka tahu di peringkat persekutuan mereka mesti mendapatkan perwakilan sekiranya ingin lebih maju dalam perniagaan mereka!!?!?  Nampaknya PKR mahupun DAP akan kempunan kerusi di Sarawak kelak apabila tsunami PRU13 melanda!?!?!  Lagipun calon Parlimen bukan hanya pandai berkata-kata tetapi menunjukkan akhlak yang mulia!?!?!  Kalau setakat panas baran seperti Zulhaidah atau selalu menggugurkan kandungan orang lain mungkin ini bukan ciri perwakilan yang dicari oleh DAP!?!?!  Kerana DAP yang memperkudakan PKR dan PAS di Miri!?!?!1

Baca Blog Dalam Facebook Anda