PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Showing posts with label Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Ramadan. Show all posts

Wednesday, August 1, 2012

Miri Berjaga-jaga! Awas Kolera di Bintulu!


Penduduk di sekitar bandar raya Miri janganlah mengambil sikap acuh tak acuh berhubung dengan wabak kolera yang sedang menular di Bintulu sekarang ini!

Walau pun belum ada kes yang dilaporkan di Miri, langkah berjaga-jaga hendaklah diamalkan selalu. Minumlah air yang sudah dimasak sahaja buat waktu ini! Amalkan kebersihan yang unggul nescaya keluarga kita selamat!
Tiada kes kolera dilaporkan berlaku di Miri: Dr Jerip
Utusan Borneo 1 Ogos 2012, Rabu



MIRI: Penduduk Miri diberi jaminan bahawa tiada sebarang kes wabak kolera dilaporkan berlaku di bandar raya ini.

Perkara ini disahkan Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Jerip Susil ketika dihubungi Utusan Borneo dari sini semalam.

“Saya telah menghubungi Hospital Miri berhubung kes berkenaan dan dimaklumkan tiada sebarang kes diterima setakat ini.

“Sekiranya ada sebarang kes disyaki, kami akan bertindak segera untuk melakukan pemantauan,” katanya.

Dr Jerip berkata demikian ketika dihubungi untuk mengulas berhubung aduan yang diterima pejabat akhbar ini daripada orang awam yang mendakwa terdapat beberapa kes wabak kolera berlaku di bandar raya ini.

“Setakat ini, kami tidak menerima sebarang laporan berhubung wabak itu. Justeru dakwaan tersebut tidak benar,” ulangnya.

Menurut beliau, setakat ini wabak berkenaan hanya dikesan berlaku di Bintulu.
Ini dipercayai bermula daripada tiga kumpulan yang menyertai regata dari Rumah Jawan, Kampung Jepak dan Kampung Hilir, Sebauh yang menggunakan air Sungai Kemena yang mengandungi bakteria kolera.

Jabatan Kesihatan juga mengesyaki kolera dikesan daripada bazar Ramadan yang melibatkan makanan dan minuman.

Bagaimanapun katanya, keadaan sekarang adalah terkawal.

Ditanya tentang tindakan yang diambil kementeriannya, Dr Jerip berkata mereka akan bekerjasama rapat dengan pihak kesihatan tempatan untuk memantau situasi di Miri untuk memastikan ia benar-benar bebas dari wabak tersebut.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang awam agar sentiasa peka dan mengamalkan langkah-langkah kebersihan untuk penularan wabak ini.

Sementara itu bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman dan bergantung kepada sumber air sungai, pastikan ia dimasak sebelum diminum dan untuk kegunaan seharian yang lain.

Pada masa sama, pastikan air yang digunakan untuk kerja-kerja membasuh adalah bersih serta tidak dicemari bakteria kolera.

- Posted using BlogPress from my New iPad

Tuesday, July 31, 2012

PAS Kedah Buat Hal Lagi di Kubang Pasu!


Menurut cerita blogger kedah69ers.com, peniaga Melayu telah ditindas di Kubang Pasu gara-gara apa ya? Ikutilah kupasan kedah69ers.com di bawah ini.
Hari Raya Berdarah Buat Peniaga Melayu Di Jitra Angkara Majlis Daerah Kubang Pasu
Oleh kedah69ers.com
31 July 2012


ISU HANGAT
Aneh sungguh perangai Majlis Daerah Kubang Pasu kerana tindakan yang mereka ambil dilihat seperti pembodek dan penjilat taukeh-taukeh besar, sehinggakan mereka tidak peduli dengan kekejaman yang sedang mereka lakukan, bakal menyebabkan Kerajaan Negeri sekarang ini terdedah sebagai lemah, korup dan penzalim.

Atau dalam bahasa yang lebih mudah faham, semakin dekat umat Islam hendak berhari raya, semakin giatlah juga penindasan dan kezaliman yang dijalankan oleh PBT yang motif mereka, sudah dapat dibaca.

Hari ini, sepatutnya upacara merobohkan 8 gerai Melayu di hadapan Pasaraya Yawata, Jitra telah dijalankan oleh anggota-anggota penguatkuasa Majlis Daerah Kubang Pasu.

Notis perobohan tersebut telah diserahkan kepada kelapan-lapan orang pemilik gerai menjual pakaian di hadapan pasaraya berkenaan pada 30 Julai 2012.

Anehnya, dakwa peniaga-peniaga bermusim itu, pemilik Pasaraya Yawata sebelum ini telah memberikan kebenaran kepada mereka untuk menjual pakaian di hadapan premisnya. Bagaimanapun, tindakan MDKP bagaikan ingin menjaga hati taukeh pasaraya tersebut dengan bertindak kejam tanpa menghiraukan kebenaran yang telah diperolehi oleh peniaga-peniaga terbabit.



Sudahlah untung tak seberapa, kini kelapan-lapan pemilik gerai itu, terpaksa berputih mata, menanggung kerugian dan dimalukan oleh Majlis Daerah Kubang Pasu yang mungkin berasakan tindakan menjaga hati taukeh Yawata lebih mulia dan lebih afdal.

Perniagaan bermusim seperti yang sedang melanda di seluruh negara sekarang, sebenarnya bukanlah baru. Sebelum Yawata atau gedung-gedung perniagaan besar lain wujud, fundamental kepada perniagaan besar itu adalah peniaga-peniaga kecil. Malah peniaga-peniaga kecil banyak memberikan sokongan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada pasaraya dan gedung-gedung lebih besar.

Mungkin kerana terlalu ingin menjaga hati dan perasaan taukeh-taukeh yang ada banyak duit dan boleh menghantar hamper-hamper besar ke pejabat Majlis menjelang penghujung Ramadan nanti, maka pegawai-pegawainya memutuskan untuk terlebih dahulu menjaga hati dan mengampu serta membodek walaupun ianya kelihatan amat menjijikkan.

- Posted using BlogPress from my New iPad

Sunday, July 29, 2012

Datuk Daud Agihkan Bantuan Sempena Hari Raya di Miri


Masjid di sekitar Miri berpeluang untuk menerima bantuan agar dapat mengatur lebih banyak aktiviti bagi memeriahkan lagi sambutan Ramadan pada tahun ini.

Bantuan daripada Tabung Baitulmal Sarawak itu disampaikan oleh Datuk Daud di Masjid At Taqwa petang semalam.
TBS agih bantuan kepada 92 masjid dan surau di Miri
Posted on July 29, 2012, Sunday

MIRI: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) semalam mengagihkan bantuan kepada 92 masjid dan surau di sini sebagai dana penganjuran aktiviti-aktiviti keagamaan sepanjang bulan Ramadan.

Sumbangan disampaikan oleh Menteri Muda Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Daud Abdul Rahman pada majlis di dewan Masjid At Taqwa.
Menurut Daud, TBS mengagihkan sebanyak RM1.3 juta kepada semua masjid dan surau di Sarawak pada tahun ini.

“Bantuan ini ialah untuk membiayai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di sepanjang bulan Ramadan di samping memberi galakan kepada masyarakat Islam dalam usaha pengimarahan masjid dan surau,” jelasnya.

Selain Miri, sumbangan juga akan diagihkan kepada 37 masjid dan surau di Bekenu, 24 buah di Niah, 11 buah di Baram dan dua buah di Bakong yang melibatkan perbelanjaan berjumlah RM166,000 termasuk Miri.

Daud turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM16,500 kepada amil yang ditauliahkan oleh TBS untuk diagihkan kepada 165 orang fakir miskin di bahagian ini.

Daripada jumlah itu, 107 orang adalah dari Miri dengan jumlah bantuan Aidilfitri sebanyak RM10,700, seramai 46 orang di Bekenu (RM4,600), 10 orang di Niah (RM1,000) dan dua orang di Baram (RM200).

Ia digunakan sebagai perbelanjaan meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri khasnya penyediaan makanan dan minuman pada hari pertama perayaan.

“Bantuan ini merupakan antara program kita (TBS) dan Majlis Islam Sarawak untuk membantu golongan sasar dalam usaha menguatkan umat Islam serta tidak mahu melihat umat Islam terumbang-ambing,” jelasnya.

Antara program bantuan TBS ialah Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan (PMTK), Program Memantapkan Kebajikan Ummah (PMKU) dan Program Membangunkan Institusi Islam (PMII).

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Pengurus Besar TBS Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie, Timbalan Residen Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf, Timbalan Datuk Bandar Mohd Chee Kadir dan Dato Yusuf Sani Wahab.

- Posted using BlogPress from my New iPad


Monday, July 16, 2012

Pengumuman Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan 2012

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah menetapkan tarikh 19 Julai 2012 sebagai tarikh untuk melihat anak bulan Ramadan.  Sebanyak 30 tempat telah ditetapkan bagi tujuan tersebut.  Di Sarawak bagi Zon Utara tempat tersebut adalah Tanjung Lubang, Miri.  

Selamat Menjalankan Ibadat Puasa bagi seluruh pembaca Sibuti-Selamanya yang beragama Islam baik di mana juga mereka berada. 
Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan 19 Julai
 
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan ialah pada petang Khamis ini (19 Julai).

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, sebanyak 30 tempat di seluruh negara telah ditetapkan bagi tujuan itu.

Tempat berkenaan ialah di Pontian Kecil Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Pulau Angsa, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting Selangor; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh Pulau Pinang.

Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah; Pemandangan Indah,Pulau Langkawi; Menara Alor Setar, Alor Setar Kedah; Bukit Besar Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin(KUSZA) Setiu, Terengganu.

Bukit Peraksi Pasir Puteh, Kelantan; Bukit Kampung Tembeling Mukim Manjur Daerah Olak Jeram Kuala Krai Kelantan; Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu Kelantan; Tanjung Lubang Miri, Sarawak; Teluk Bandung, Kuching Sarawak; Tanjung Batu, Bintulu Sarawak.

Baca Blog Dalam Facebook Anda