Pelbagai program kurangkan beban golongan sasar
MIRI: Kerajaan memperkenal pelbagai program untuk membantu mengurangkan beban golongan kurang berkemampuan dalam persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri kurang seminggu lagi.
Ketua Koordinator Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri, Datuk Zahari Sulaiman berkata, kerajaan menerusi Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah mengagihkan kira-kira RM160,000 kepada penerima yang layak.
“Melalui program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri 1MDB, kira-kira 1,000 penerima terdiri daripada warga tua, ibu tunggal, golongan kurang upaya dan anak-anak yatim menerima sumbangan masing-masing,” katanya pada Majlis Ihsan Ramadan dan Aidilfitri, kelmarin.Beliau memberitahu, program yang pada mulanya hanya dilaksanakan di Lembah Klang, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan telah diperluaskan kepada 111 kawasan seluruh negara hasil keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Di Sarawak pula, sebanyak 11 kawasan sudah dikenal pasti dan kumpulan sasar di kawasan terbabit akan turut menikmati bantuan sama seperti penerima lain di 111 kawasan seluruh negara,” ujarnya.
Beliau menambah, warga emas dan ibu tunggal seramai 300 orang menerima RM200 seorang, orang kurang kemampuan (300 orang menerima RM200), anak yatim (200 orang menerima RM100) dan orang kurang upaya (200 orang menerima RM100).
Menurutnya, selain menjalankan program kemasyarakatan, 1MDB turut melaksanakan program Ihsan Samudera yang membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat nelayan pesisir pantai dan nelayan sungai.
Sumbangan, katanya, berbentuk pendidikan, kesihatan dan kebajikan dan semua bentuk bantuan ini ada-lah hasil kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Persatuan Nelayan Kawasan.
“Anak-anak nelayan tahun 1 hingga 6 diberikan kelengkapan sekolah, wang saku RM100 manakala ketua isi nelayan diberikan barangan keperluan asas seperti makanan berkhasiat, Milo, susu dan vitamin,” katanya.
Zahari memberitahu, bagi nelayan yang turun ke laut pula, kerajaan memberikan bantuan bot nelayan, enjin sangkut, radar GPS, pukat dan jaket keselamatan.
“Semua bantuan ini adalah komitmen kerajaan dalam membantu mengurangkan beban rakyat dan ia juga hasil usaha gigih Ahli Parlimen yang tidak serik meminta bantuan daripada kerajaan pusat untuk disalurkan kepada rakyat,” ujarnya.
Beliau menasihatkan penduduk Sibuti terus memberi kepercayaan dan sokongan kepada Ahmad Lai Bujang untuk kekal sebagai Ahli Parlimen Sibuti dan menolak hasutan pihak luar yang cuba memecah belah pembangunan kerajaan di Sibuti.
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Showing posts with label Yayasan 1 Malaysia Development Berhad. Show all posts
Showing posts with label Yayasan 1 Malaysia Development Berhad. Show all posts
Tuesday, August 14, 2012
Golongan Kurang Upaya di Sibuti Mendapat Bantuan Ihsan Perdana
Tuesday, August 14, 2012
Ahmad Lai, Buka Puasa, Iftar Ramadan, Ihsan Perdana, Ihsan Ramadan dan Aidilfitri, PBB, Sibuti, Yayasan 1 Malaysia Development Berhad
No comments
Sarawak memang unik kerana bukan orang Islam sahaja yang menerima sumbangan sempena Hari Raya, tetapi orang kurang upaya daripada semua lapisan bangsa, agama dan kaum.
Ini dapat dilihat di Majlis Ihsan Ramadan dan Aidilfitri yang dianjurkan oleh Ihsan Perdana Yayasan 1Malaysia Development Berhad dan Pusat Khidmat Masyarakat Wakil Rakyat P.218 Sibuti.
Semoga usaha untuk membantu golongan yang kurang upaya ini gigih diteruskan oleh syarikat berkaitan kerajaan juga disamping mengharapkan bantuan daripada kerajaan.
Terima kasih kepada Ahli Parlimen Sibuti yang sentiasa meminta bantuan daripada kerajaan persekutuan untuk memudahkan menjalani ibadah puasa dan meringankan beban segelintir rakyat menjelang Aidil Fitri kelak.
Ahli Parlimen Sibuti Memberi Sumbangan Kepada Golongan Kurang Upaya Sempena Aidilfitri 2012
Tuesday, August 14, 2012
Ahli Parlimen, Ahmad Lai, Ihsan Perdana, PRU13, Sibuti, Yayasan 1 Malaysia Development Berhad, Zahari Sulaiman
No comments
Penduduk di sekitar Parlimen Sibuti yang kurang berupaya pada tahun ini sangat bertuah kerana menerima sumbangan duit raya daripada Ihsan Perdana Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Sumbangan ini disampaikan oleh YB Ahmad Lai, ahli Parlimen Sibuti sempena Majlis Berbuka Puasa Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218.
Ini menunjukkan bahawa budaya saling bantu-membantu bukan tertakluk kepada kerajaan tetapi juga kepada syarikat berkaitan kerajaan seperti 1MDB. Ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang kurang upaya, ibu tunggal, warga emas dan anak yatim untuk meringankan beban mereka menjelang hari raya ini.
Rakyat Malaysia sangat bertuah
by Mohd Norhadie Sahari. Utusan Borneo 14 Ogos 2012, Selasa
TIDAK DILUPAKAN: Ahmad Lai (kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima golongan kurang upaya sambil disaksikan oleh Zahari (dua kiri).
MIRI: Rakyat Malaysia sangat bertuah kerana bukan sahaja mempunyai kerajaan yang prihatin dalam menjaga kebajikan rakyat, malah budaya itu turut diamalkan oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang berkata, ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi gagasan 1Malaysia telah memberi manfaat dan impak besar kepada lebih 28 juta rakyat di negara ini.
“Bukan sahaja kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengutamakan keperluan dan menjaga kebajikan rakyat, malah syarikat-syarikat besar turut menyokong dasar kerajaan menerusi program di bawah inisiatif tanggungjawab sosial korporat,” katanya pada Majlis Ihsan Ramadan dan Aidilfitri, kelmarin.
Beliau memberitahu, kerajaan bekerjasama dengan GLC untuk membantu kumpulan sasar yang memerlukan dengan memberikan sedikit sebanyak sumbangan bagi mengurangkan beban mereka.
“Program seperti ini telah membuktikan kepada rakyat bahawa kerajaan tidak pernah menidakkan keperluan mereka, sebaliknya sentiasa mencari inisiatif untuk membantu kumpulan sasar pelbagai peringkat,” ujarnya.
Beliau turut memuji Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana telah melebarkan sayap program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri ke Sarawak khasnya ke kawasan Parlimen Sibuti.
“Keempat-empat kumpulan sasar iaitu ibu tunggal dan warga emas, orang kurang kemampuan, anak yatim dan orang kurang upaya di Sibuti mendapat manfaat dan dibantu menerusi program ini,” katanya.
Pada masa sama, beliau memberitahu program itu turut merapatkan hubungan dalam kalangan pemimpin kerajaan bersama rakyat setempat yang berbeza kaum dan agama.
Beliau memberitahu, tidak semua rakyat di negara ini hidup senang sebaliknya terdapat juga kumpulan-kumpulan tertentu yang masih hidup dalam keadaan daif dan memerlukan perhatian kerajaan.
“Kita bertuah dan harus bersyukur kerana dapat menikmati makanan yang banyak di atas meja sebaliknya sesetengah pihak yang tidak berkemampuan hanya makan berlaukkan air teh,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau menasihatkan rakyat supaya membantu kerajaan dengan mengekalkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia akan datang.
“Sekarang adalah masa yang sangat sesuai untuk rakyat membantu kerajaan dan terus menyokong kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang supaya kesinambungan kemajuan terus terlaksana,” katanya.
Beliau berharap agar rakyat tidak tersalah memilih kerajaan pada PRU kerana jika ia berlaku, maka sama depan mereka akan tergadai bahkan semua program pembangunan yang dirancang kerajaan juga akan tergendala.
Hadir sama ialah Ketua Koordinator Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri Datuk Zahari Sulaiman, Residen Miri Antonio Kahti dan Pegawai Daerah Miri Boniface Intang Apat.
Subscribe to:
Posts (Atom)




