Tuesday, August 14, 2012

Golongan Kurang Upaya di Sibuti Mendapat Bantuan Ihsan Perdana

Sarawak memang unik kerana bukan orang Islam sahaja yang menerima sumbangan sempena Hari Raya, tetapi orang kurang upaya daripada semua lapisan bangsa, agama dan kaum.  

Ini dapat dilihat di Majlis Ihsan Ramadan dan Aidilfitri yang dianjurkan oleh Ihsan Perdana Yayasan 1Malaysia Development Berhad dan Pusat Khidmat Masyarakat Wakil Rakyat P.218 Sibuti. 

Semoga usaha untuk membantu golongan yang kurang upaya ini gigih diteruskan oleh syarikat berkaitan kerajaan juga disamping mengharapkan bantuan daripada kerajaan.  

Terima kasih kepada Ahli Parlimen Sibuti yang sentiasa meminta bantuan daripada kerajaan persekutuan untuk memudahkan menjalani ibadah puasa dan meringankan beban segelintir rakyat menjelang Aidil Fitri kelak. 

Pelbagai program kurangkan beban golongan sasar

Utusan Borneo 14 Ogos 2012, Selasa
MIRI: Kerajaan memperkenal pelbagai program untuk membantu mengurangkan beban golongan kurang berkemampuan dalam persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri kurang seminggu lagi.

Ketua Koordinator Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri, Datuk Zahari Sulaiman berkata, kerajaan menerusi Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah mengagihkan kira-kira RM160,000 kepada penerima yang layak.

“Melalui program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri 1MDB, kira-kira 1,000 penerima terdiri daripada warga tua, ibu tunggal, golongan kurang upaya dan anak-anak yatim menerima sumbangan masing-masing,” katanya pada Majlis Ihsan Ramadan dan Aidilfitri, kelmarin.
Beliau memberitahu, program yang pada mulanya hanya dilaksanakan di Lembah Klang, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan telah diperluaskan kepada 111 kawasan seluruh negara hasil keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Di Sarawak pula, sebanyak 11 kawasan sudah dikenal pasti dan kumpulan sasar di kawasan terbabit akan turut menikmati bantuan sama seperti penerima lain di 111 kawasan seluruh negara,” ujarnya.

Beliau menambah, warga emas dan ibu tunggal seramai 300 orang menerima RM200 seorang, orang kurang kemampuan (300 orang menerima RM200), anak yatim (200 orang menerima RM100) dan orang kurang upaya (200 orang menerima RM100).

Menurutnya, selain menjalankan program kemasyarakatan, 1MDB turut melaksanakan program Ihsan Samudera yang membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat nelayan pesisir pantai dan nelayan sungai.

Sumbangan, katanya, berbentuk pendidikan, kesihatan dan kebajikan dan semua bentuk bantuan ini ada-lah hasil kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Persatuan Nelayan Kawasan.

“Anak-anak nelayan tahun 1 hingga 6 diberikan kelengkapan sekolah, wang saku RM100 manakala ketua isi nelayan diberikan barangan keperluan asas seperti makanan berkhasiat, Milo, susu dan vitamin,” katanya.

Zahari memberitahu, bagi nelayan yang turun ke laut pula, kerajaan memberikan bantuan bot nelayan, enjin sangkut, radar GPS, pukat dan jaket keselamatan.

“Semua bantuan ini adalah komitmen kerajaan dalam membantu mengurangkan beban rakyat dan ia juga hasil usaha gigih Ahli Parlimen yang tidak serik meminta bantuan daripada kerajaan pusat untuk disalurkan kepada rakyat,” ujarnya.

Beliau menasihatkan penduduk Sibuti terus memberi kepercayaan dan sokongan kepada Ahmad Lai Bujang untuk kekal sebagai Ahli Parlimen Sibuti dan menolak hasutan pihak luar yang cuba memecah belah pembangunan kerajaan di Sibuti.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda