Sunday, August 12, 2012

Buat Apa Taib Mahmud Mahu Berjumpa Dengan Anwar Ibrahim?

Anwar hampir berjumpa Taib menurut laman FMT pada bulan Jun yang lepas.  Mana mungkin Taib bertemu dengan Anwar?!!  Taib sedar siapa Anwar yang hanya pandai menabur gula-gula politik di merata-rata tempat!

Taib pernah menghantar rombongan suatu ketika dahulu untuk membincangkan isu royalti minyak dengan Anwar Ibrahim yang juga merupakan Menteri Kewangan dan juga TPM!  Kalau hendak tahu jawapan Anwar Ibrahim sila rujuk di sini

Taib sendiri mengaku bahawa Najib Razak adalah lebih bijak (Young and Vigorous PM) sila rujuk di sini, dan lebih pandai mentadbir Malaysia berbanding dengan Anwar Ibrahim!  Mana mungkin Taib akan berjumpa dengan Anwar Ibrahim!!  Katak yang dibawa Anwar Ibrahim melompat hanyalah orang yang kecewa dengan BN dan mungkin tidak akan diberi peluang untuk menyandang kerusi mereka memandangkan mereka ini tidak turun padang setelah dipilih oleh rakyat!!

Ada juga yang melompat kerana hasrat peribadi yang dijanjikan menjadi Ketua Menteri sesebuah negeri!  Bagi wakil rakyat yang bakal pencen memang inilah gula-gula yang paling manis dijanjikan oleh Anwar Ibrahim tetapi lihatlah kelak ianya cuma janji!  Anwar tahu orang yang tidak setia kepada parti bukanlah orang yang patut diberi tanggungjawab untuk menjadi Ketua Menteri kerana mereka ini akan melompat parti pada bila-bila masa sahaja!  

Hanya orang Anwar Ibrahim yang akan duduk di kerusi Ketua Menteri dan jangan haraplah Baru Bian yang juga pernah melompat dari parti-parti yang lain untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak!!!

Anwar nafi jumpa Taib

by Sandy Mark Luna. Posted on August 12, 2012, Sunday

Kali terakhir jumpa pada majlis berbuka puasa anjuran Tun Abdullah pada 2004

KUCHING: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan bahawa beliau berjumpa dengan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Singapura baru-baru ini.

Menurutnya, kali terakhir beliau bertemu dengan Taib adalah pada majlis berbuka puasa di Kepala Batas anjuran bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2004.

“Ia tidak benar. Lagipun dalam jangka masa beberapa bulan ini saya tidak ada ke Singapura,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pemimpin PKR Negeri, di sini, semalam.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan blog yang menyatakan ketua pembangkang tersebut dan Pengerusi BN Negeri mengadakan perjumpaan secara sulit di Singapura pada Jun lalu.

Turut hadir, Ketua PKR Sarawak Baru Bian, Naib Pengerusi PKR Negeri See Chee How, bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin.

Sementara itu, Anwar menjelaskan bahawa kunjungannya ke Sarawak kali ini adalah untuk mengetahui perkembangan terbaharu di Sarawak, selain memberi maklumat terkini mengenai senario politik di Semenanjung Malaysia.

Pada masa yang sama, katanya kunjungannya juga adalah untuk memantapkan lagi jentera pembangkang dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

Mengenai beberapa pemimpin yang keluar parti dan menyertai pembangkang, beliau memberitahu bahawa mereka bebas menggunakan mana-mana parti pembangkang sebagai tiket bertanding pada PRU13 akan datang.

Menurutnya, PKR akan lebih menumpukan kepada Sabah memandangkan keadaan di Sarawak lebih ‘okay’.

Antara pemimpin yang telah keluar BN adalah Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort dan Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing (Ahli Parlimen Tuaran) di Sabah.

Beliau yang akan menemui para penyokong pakatan pembangkang di Sabah pada hari ini dijangka akan mengumumkan beberapa kejutan menarik.

Ditanya sekiranya lebih ramai ahli BN akan mengikut langkah Lajim dan Wilfred menyertai pembangkang, katanya:

“Anda boleh jangkakan beberapa pengumuman menarik di Sabah pagi esok (hari ini).

“Anda tahu stail saya, saya akan biarkan mereka sendiri umumkan,” katanya.

Lajim yang juga pernah menyandang jawatan ahli Majlis Tertinggi UMNO memberitahu, beliau bertindak meletak jawatan kerana tidak puas hati dengan parti tersebut.

“Apa pun, ia bukan sebab peribadi tetapi untuk kepentingan rakyat,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda