Friday, August 3, 2012

Ketua Menteri Berbuka Puasa Bersama Ahli PBB Sibuti - Miri

Semalam merupakan hari yang paling gembira apabila warga PBB di Sibuti-Miri dapat bersama-sama dengan pemimpin tertinggi mereka untuk bersama-sama berbuka puasa sambil bersolat terawih.  Perjumpaan ini juga memberikan ruang kepada ahli PBB untuk beramah-mesra sambil menjamu juadah yang disediakan oleh pihak penganjur.  

Antara amanat daripad Pehin Sri juga yang sempat disampaikan adalah mengenai tiga isu mengenai Anwar Ibrahim.  Ini yang mengecewakan Pehin Sri sewaktu Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.  Apakah isu tersebut?  ...bersambung selepas solat Jumaat!!

250 wakil PBB hadiri perjumpaan, berbuka puasa bersama KM
Utusan Borneo 3 Ogos 2012, Jumaat

MIRI: Seramai 250 wakil Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) daripada lima cawangan di sini menghadiri Majlis Perjumpaan dan Berbuka Puasa Bersama Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di sebuah hotel terkemuka di sini, petang semalam.

Kesemua mereka yang hadir ialah ketua cawangan termasuk Wanita dan Pemuda serta ahli jawatankuasa daripada kelima-lima cawangan PBB terdiri daripada Bekenu, Lambir, Pujut, Piasau dan Senadin.

Majlis yang tertutup kepada media itu juga memberi peluang kepada ahli PBB yang hadir untuk berdialog bersama Taib berhubung beberapa isu berbangkit terutama berkaitan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang dan hal-hal berkaitan ekonomi.

Turut hadir mengiringi Taib dan menyertai beliau pada sidang dialog tersebut ialah Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang yang dijangka dicalonkan semula dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat.

Beliau dijangka menunaikan solat terawih bersama penduduk di sini di Masjid Al-Taqwa Miri sebelum berangkat pulang ke Kuching, malam tadi.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda