BN agih 3,000 kemeja-T
Ahmad Maslan (kiri) menunjukkan kemeja T kepada para penderma Tabung Wira Lahad Datu semasa semasa pelancarannya di Dewan Yayasan Sarawak, Kuching, kelmarin. KUCHING 20 Mac - Barisan Nasional (BN) negeri menyediakan sebanyak 3,000 helai kemeja-T untuk orang ramai yang memberi sumbangan dalam Tabung Wira Lahad Datu, Sabah di sini semalam.Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan berkata, pemberian di bawah inisiatif Unit Media Baru (UMB) BN itu merupakan simbolik tanda penghargaan kepada masyarakat yang mengiktiraf pengorbanan pasukan keselamatan negara.Katanya, pemberian itu secara tidak langsung mampu mendorong penderma terus menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelaan."Ini merupakan antara usaha BN dalam menghargai setiap nilai sumbangan yang diberikan oleh orang ramai bagi membantu keluarga wira-wira yang terkorban dalam serangan pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Taklimat Penceramah Penerangan dan melancarkan kemeja-T tersebut di Dewan Yayasan Sarawak di sini semalam.Mereka yang memberi sumbangan dalam tabung tersebut akan menerima kemeja T berwarna biru yang mempunyai empat logo parti komponen BN negeri iaitu Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Rakyat Sarawak (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).Dalam pada itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan rakyat Malaysia perlu terus memberi sokongan kepada pasukan keselamatan mempertahankan kedaulatan negara dalam Ops Daulat.Katanya, walaupun pakatan pembangkang mendakwa operasi berkenaan hanya sandiwara, realitinya ialah 10 anggota pasukan keselamatan negara dan lebih 60 penceroboh pengganas Kiram telah terkorban di medan pertempuran."Apa yang berlaku di Sabah itu bukan sandiwara, ini adalah perkara yang benar-benar berlaku. Tidak ada orang yang ingin mati kalau 'lakonan'."Kalau dikatakan sandiwara, ini bermakna pakatan pembangkang menggelar wira-wira negara yang terkorban itu adalah 'pelakon'," katanya.
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Showing posts with label Ketua Penerangan BN. Show all posts
Showing posts with label Ketua Penerangan BN. Show all posts
Thursday, March 21, 2013
Baju UMB BN Untuk Penderma Tabung Wira Lahad Datu!
Thursday, March 21, 2013
Ahmad Maslan, BN, Dewan Yayasan Sarawak, Ketua Penerangan BN, Misi PAS Palsu, PAS, Sarawak, Sibuti, UMB BN, UMB BN Sarawak
No comments
Ahmad Maslan mengagihkan 3 000 helai baju kemeja-T UMB BN yang mengandungi 4 logo parti komponen BN Sarawak kepada penderma yang bermurah hati untuk menderma kepada Tabung Wira Lahad Datu.
Acara ini disempurnakan di Dewan Yayasan Sarawak. Pemberian di bawah inisiatif Unit Media Baru BN Sarawak ini diharap dapat menggalakkan lagi orang ramai untuk menderma kepada Tabung Wira yang berjuang untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara. Usahlah mendengar tohmahan pihak pembangkang yang memperlekehkan usaha anggota keselamatan kita.
PAS yang menjaga kedaulatan negara hanya pandai menipu Misi PAS kononnya mempertahankan kedaulatan negara tetapi tiada apa pun yang mereka usahakan untuk menghalang pencerobohan ke atas Lahad Datu! Misi PAS boleh dicapai di sini.
Sekiranya betullah PAS menjaga kedaulatan mana pergi unit amal PAS yang membantu penduduk di Lahad Datu? Kalau manifesot pun palsu, misi, dasar dan seruan apatah lagi? Tunjukkanlah dan buktikanlah PAS menjaga kedaulatan negara kalau benar?
Tuesday, August 7, 2012
UMNO Akui Sarawak Ditadbir Dengan Baik Di Bawah Taib Mahmud!
Tuesday, August 07, 2012
Abdul Taib Mahmud, Ahmad Maslan, Ketua Menteri Sarawak, Ketua Penerangan BN, PBB, Program Asyura 1Malaysia, PRU13, UMNO
No comments
Ahmad Maslan berkata demikian semasa merasmikan Program Asyura 1Malaysia di Kuching semalam. Walaupun lompat parti ini serius namun ia tidak akan berlaku di Sarawak memandangkan Sarawak ditadbir dengan baik di bawah Ketua Menteri Sarawak. Kebanyakan isu lompat parti ini adalah untuk kepentingan peribadi dan tidak memikirkan masa depan rakyat yang diwakili oleh mereka!!
Semoga lebih ramai wakil rakyat yang bertangggungjawab dan memikirkan nasib rakyat sebelum mereka berniat untuk melompat parti kerana yang susah kelak adalah rakyat di kawasan mereka juga!!!
Semoga lebih ramai wakil rakyat yang bertangggungjawab dan memikirkan nasib rakyat sebelum mereka berniat untuk melompat parti kerana yang susah kelak adalah rakyat di kawasan mereka juga!!!
Tindakan lompat parti tidak akan berlaku di Sarawak
Utusan Borneo 6 Ogos 2012, Isnin
KUCHING: Tindakan lompat parti membabitkan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Sabah sebelum ini tidak akan berlaku di Sarawak, kata Ketua Penerangan BN Datuk Ahmad Maslan.Beliau berkata, keyakinan itu disebabkan budaya politik di negeri ini berlainan berbanding di Sabah selain ditadbir dengan baik di bawah Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
“Saya bersama ahli politik lain berpandangan, apa yang berlaku di Sabah tidak akan terjadi di Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas Program Asyura 1Malaysia di sini, semalam.
Ahmad berkata demikian bagi mengulas mengenai keputusan Ahli Parlimen Beufort Datuk Lajim Ukin meletak jawatan dalam UMNO dan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Bumburing sebagai Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO).
Menurutnya, meskipun kepimpinan BN memandang serius tindakan kedua-dua pemimpin tersebut namun ia tidak menjejaskan perjuangan parti pemerintah.
“BN tetap kukuh dan teguh. Sebenarnya mereka (Pakatan Rakyat) bergoyang.
“Ia tidak menggusarkan walaupun kami memandang serius perkara ini,” ujarnya.
Beliau menjelaskan, sebenarnya pembangkang mempunyai lebih ramai wakil yang keluar parti dan kini menjadi ahli bebas.
“Sudah 13 wakil pembangkang yang terdiri daripada enam Ahli Parlimen dan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menjadi bebas.
“Setakat ini, hanya empat wakil BN keluar merangkumi di Sipanggar dan Tawau kerana tertipu dengan rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim selain Lajim dan Wilfred disebabkan masalah peribadi,” jelasnya.
Justeru katanya, tuduhan BN tidak membangunkan Sabah adalah tidak benar.
Dalam pada itu, Ahmad menjelaskan, pihak pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) ternyata gagal untuk memenangi hari rakyat negeri ini. “Ini jelas terbukti apabila pada Pilihan (Dewan Undangan) Raya Negeri lepas, parti ini yang bertanding di 49 kerusi hanya menang tiga daripadanya.
“Dari segi rekod sudah nampak bahawa parti ini tidak diterima oleh rakyat Sarawak,” jelasnya.
Pada program berkenaan, sebanyak 800 bubur asyura diagihkan kepada penduduk setempat di sekitar Kampung Pinang Jawa.
Subscribe to:
Posts (Atom)




