PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Showing posts with label Richard Will Uban. Show all posts
Showing posts with label Richard Will Uban. Show all posts

Thursday, March 1, 2012

Tahniah Kepada 3 Setiausaha Politik Baharu!!!

Warga Sibuti Maya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 3 setiausaha politik Ketua Menteri yang baru dilantik.  Selamat menjalankan tugas dan berjuang untuk Barisan Nasional!!!
3 setiausaha politik dilantik

Utusan Malaysia

KUCHING 29 Feb. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Abdullah Saidol merupakan antara tiga individu yang mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Wisma Bapa Malaysia, di sini semalam.

Abdullah, 46, seorang peguam ialah Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) negeri yang baru dipilih November lalu.

Turut mengangkat sumpah ialah Bendahari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Kemena Victor Angang dan Ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (PRS), Richard Will Uban.

Ketiga-tiga mereka mengangkat sumpah di hadapan Abdul Taib dengan disaksikan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Afred Jabu Numpang; Menteri Kemajuan Tanah negeri, Tan Sri James Jemut Masing serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Morshidi Abdul Ghani.

Baca Blog Dalam Facebook Anda