Konstituensi Lambir digesa siap sedia hadapi kemungkinan banjir
Posted on December 6, 2012, Thursday
MIRI: Ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di konstituensi Lambir diminta bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan banjir ekoran musim landas ketika ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Ripin Lamat memberitahu, ahli JKKK perlu sentiasa berwaspada terhadap keadaan cuaca pada waktu ini dan mempersiapkan diri untuk turun padang menghulurkan bantuan jika diperlukan.
“JKKK perlu berwaspada sentiasa dan memaklumkan segera kepada penduduk serta pihak berkuasa jika banjir berlaku dan paras air semakin naik,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, kelmarin.
Ini kerana menurut beliau, JKKK perlu bekerjasama dengan penduduk kampung di peringkat awal dengan membantu memindahkan harta benda ke kawasan lebih tinggi, agar keadaan lebih mudah bagi mereka jika diarah untuk pergi ke pusat pemindahan mangsa banjir.
Katanya, ahli JKKK juga berperanan dalam membantu pihak-pihak berkuasa seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan polis dan Bilik Gerakan Banjir Pejabat Daerah di kawasan masing-masing.
“Setiap ahli JKKK juga perlu mempunyai nombor-nombor pihak berkuasa ini bagi memudahkan mereka mendapatkan bantuan ataupun melaporkan perkara yang terjadi atau keadaan banjir di kawasan masing-masing, secara terus,” katanya.
Dalam pada itu, Ripin turut mengingatkan penduduk kampung terutama mereka yang tinggal di tebing-tebing sungai dan di tepi laut supaya sentiasa berwaspada dan mempersiapkan diri lebih awal jika mereka perlu untuk berpindah.
“Sentiasa perhatikan keadaan cuaca dan paras air bagi mengelakkan diri menjadi kelam-kabut dan panik banjir berlaku, termasuk air pasang besar, bagi yang tinggal di tepi laut.
“Kita tidak mahu ada perkara tidak diingini berlaku kelak, terutama pada musim landas ini dan golongan nelayan diminta supaya tidak turun ke laut jika cuaca buruk, bagi mengelak terperangkap dalam hujan ribut selain ombak besar yang boleh membahayakan mereka,” tambah beliau.
Ripin yang juga Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri memberitahu, setakat ini, kawasan di Lambir masih terkawal, namun banjir kilat dilaporkan berlaku di kawasan Sungai Dalam, Kampung Kuala Bakam, Taman Tunku, berikutan kawasan yang rendah dan mudah dinaiki air selain sistem perparitan yang dipercayai tersumbat akibat sampah sarap yang hanyut.
Manakala di Kampung Sungai Dalam, penduduk diminta berjaga-jaga kerana paras air sungai dijangka semakin naik jika hujan lebat masih turun berterusan.
Orang ramai yang ingin mengikuti perkembangan mengenai keadaan banjir di Miri boleh menghubungi Bilik Gerakan Bahagian Miri menerusi talian 085-433205.
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Showing posts with label JKKK. Show all posts
Showing posts with label JKKK. Show all posts
Thursday, December 6, 2012
JKKK Lambir Siap Sedia Hadapi Musim Landas
Thursday, December 06, 2012
ADUN Lambir, Banjir, JKKK, Lambir.Ripin Lamat, LANDAS, Miri, Setiausaha Politik Ketua Menteri, Sibuti
No comments
Setiap ahli JKKK di Lambir digesa untuk bersiap-sedia menghadapi musim landas. Ini kerana cuaca buruk yang tidak menentu mungkin akan mengakibatkan banjir di sesetengah kawasan rendah.
Meskipun agensi kerajaan akan membantu sekiranya banjir berlaku namun pihak JKKK diminta untuk bersedia memberi bantuan bagi memudahkan proses perpindahan ke kawasan lebih tinggi sekiranya banjir melanda.
Walaupun pada masa kini, paras air masih dalam keadaan terkawal, setiap ahli JKKK harus bersikap proaktif dan memerhati perubahan cuaca yang mendadak dan paras air di kawasan mereka. Mereka juga boleh menghubungi Bilik Gerakan Bahagian Miri iaitu pada talian 085 - 433205 untuk mengetahui mengenai keadaan banjir di kawasan mereka.
Friday, April 27, 2012
JKKK Sibuti Menerima MRP Tanda Prihatin Kerajaan BN!?!?!
BEKENU 27 April 2012 -Ahli Parlimen Sibuti telah menyerahkan geran projek kecil luar bandar (MRP) kepada JKKK Kampung dan Rumah Panjang di pejabat beliau di Bekenu pada pagi tadi. Ini adalah tanda kerajaan BN perihatin dan berharap penerima geran ini akan mengatur perbelanjaan dengan sebaik-baiknya bagi menjayakan kegiatan atau aktiviti di peringkat JKKK mereka.
MRP adalah milik kerajaan Barisan Nasional untuk membantu meningkatkan kemajuan di peringkat kampung mahupun di rumah panjang. Ketua Kampung dan Tuai Rumah harus mengadakan mesyuarat dengan menyusun perbelanjaan dan menjelaskan kepada ahli rumah panjang atau penduduk kampung tentang nilai MRP yang akan digunakan untuk membangunkan kawasan mereka. Semoga ini akan meningkatkan lagi sokongan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional di Sibuti.
Subscribe to:
Posts (Atom)






