PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Wednesday, March 27, 2013

Nik Aziz Dah Sama Standard Sai Baba?


Kalau gambar berikut diletakkan di hadapan rumah, kita tahu ianya milik penganut ajaran Sai Baba. Bagaimana pula dengan gambar Nik Aziz diletak di hadapan pintu rumah? Adakah ini penganut Nik Aziz atau azimat penghalau pengundi hantu?



Gambar Nik Aziz Depan Rumah - Ini Rumah Atau Tokong

oleh Cucu Tok Selampit


Ini rumah orang Islam ke atau rumah bukan Islam? Apa motif meletakkan gambar Nik Aziz sebesar berhala di hadapan rumah? Kepercayaan penganut sesetengah Agama adalah meletakkan gambar tertentu untuk menghalau hantu?

Gambar Nik Aziz hendak menghalau hantu apa? Begitu taksub gila pengikut-pengikut PAS sehingga sanggup mendewa-dewakan Mursyidul Am ini sebegini rupa. Iman dan akidah tak tahulah bagaimana sehingga sanggup mendewakan manusia biasa sebegini rupa.

- Posted using BlogPress from my New iPad

Tuesday, March 26, 2013

Lahad Datu - Datu Celop Diburu!

Ketua Perisik Kiram gagal melatih tenteranya dengan fakta yang betul?  Jika dilihat Datu Celop Amirbahar merujuk kepada Ratu Elezabeth II dan Sultan Hasanal Bolkiah of Brunie menggunakan ejaan yang salah! 

Bagaimana British mahu bertindak sedangkan nama pemimpin mereka pun salah eja?  Inilah akibatnya kerana menerima Datu Celop daripada Sulu?  Sesiapa sahaja boleh mendapat anugerah Datu dengan sewenang-wenangnya tanpa apa-apa kredibiliti?

'Ketua perisik' Kiram diburu
2013/03/25 - 06:59:26 AM Nor Fazlina Abdul Rahim dan Willie Jude Junaidi
Pasukan keselamatan memeriksa dokumen pengenalan diri orang ramai yang melalui sekatan jalan raya di Jalan Cenderawasih menuju Kampung Kembara Sakti. Suspek adik Jamalul Kiram III berada di Semporna
Lahad Datu: Pasukan keselamatan memburu seorang lagi pemimpin kanan kumpulan pengganas berjawatan ‘ketua perisik’ yang dipercayai masih bersembunyi di Semporna.

Suspek berusia 50-an itu adik kepada Jamalul Kiram III dikenali Datu Piah Datu Kiram serta dianggap antara orang paling kanan ketua pengganas, Agbimuddin Kiram.

Difahamkan, suspek mempunyai kedudukan setaraf dengan Komander Habib Musa A Abdullah atau Jeneral Haji Musa yang terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo, pada awal Ops Daulat.

Sumber memberitahu BH, pasukan keselamatan yakin suspek yang menceroboh negeri ini bersama Agbimuddin serta Jeneral Haji Musa dan pengikut mereka sebelum mendarat di Kampung Tanduo pada 12 Februari lalu, masih bersembunyi di Semporna.

Katanya, suspek dipercayai antara individu yang menyertai kumpulan pengganas membuat rundingan dengan pasukan keselamatan Februari lalu, namun dia dilaporkan ‘hilang’ sebaik berlaku pertempuran dengan pasukan keselamatan pada 1 Mac.

Awal pagi kelmarin, pasukan keselamatan menahan anak saudara Agbimuddin merangkap Pemerintah Tentera Sulu ketika bersembunyi dalam paya bersama isterinya di Kampung Sri Melor Bugaya, Semporna.

Suspek bertaraf Menteri Pertahanan itu dianggap individu terpenting mengatur serangan serta pergerakan pengganas ke beberapa lokasi sejak pencerobohan mereka.
Selain itu, pasukan keselamatan menahan warga tempatan berusia 40-an dikenali Ali bersama isterinya di Kampung Tungku di sini, malam Jumaat lalu. Mereka dipercayai tali barut utama menyediakan keperluan pengganas sejak awal pendaratan mereka di Kampung Tanduo.

Tali barut pengganas

Difahamkan, Ali anak penduduk Kampung Tanduo, Ahmad Malandi atau Mat Bom yang ditahan pasukan keselamatan pada awal Ops Daulat kerana menjadi tali barut pengganas.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengesahkan Pemerintah Tentera Sulu yang ditahan di Semporna adalah Datu Amir Bahar Hushin Kiram.

Beliau berkata, suspek dan isterinya ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

“Operasi mengesan saki baki pengganas giat dijalankan, namun kami percaya mereka sudah hilang arah. Maklumat penduduk penting bagi mengesan saki baki pengganas.

“Dengan ada kerjasama semua pihak, kita percaya saki baki pengganas ini dapat ditumpaskan dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, di sini, semalam.

Sementara itu, semakan BH di laman sosial Facebook menemui seorang pemegang akaun menggunakan nama Datu Amirbahar Hushin Kiram dari Jolo, Filipina, dipercayai individu sama dengan suspek yang ditahan pasukan keselamatan.

Berdasarkan maklumat pada akaun terbabit, dia sering memuat naik dan berkongsi laporan insiden pencerobohan Lahad Datu sejak pertengahan bulan lalu.

PAS Sanggup Berpakat Dengan Syaitan


PAS memang terbukti hanya pandai berkata-kata semata- mata untuk membuktikan mereka masih relevan. Lihat sahaja di Langkawi, negeri pentadbiran PAS, sejak 2008 tiada pembangunan di Langkawi sahaja. Tiada satu pun datangnya daripada projek kerajaan negeri? Cuma terdapat usaha kerajaan persekutuan! Ini baru Langkawi, pusat perlancongan terkemuka di Semenanjung, bagaimana pula dengan Sibuti sekiranya PAS mendapat mandat?

Pastinya Sibuti akan jauh ketinggalan daripada Langkawi lagi? Usahlah percaya dengar berita khabar angin dari mulut PAS. Rata-rata PAS yang sepatutnya mengamalkan ciri-ciri keislaman seperti bersyukur, redha dengan qada' dan qadar, dan mengamalkan kesederhanaan nampaknya telaj jauh menyimpang daripada ajaran Islam.

PAS yang sepatutnya memelihara nama baik Islam di khalayak ramai, mula mengamalkan politik maki-hamun seperti Hadi Awang, menerima rasuah seperti Nik Aziz yang mengaku tidak pernah membayar sesen pun untuk mengerjakan umrah dan haji beliau? Berzina dengan isteri ahli PAS yang lain, bersekedudukan di Hotel Murah 121 seperti Mat Sabu, lari dengan orang lebih kaya dan meninggalkan suami bersama anak seperti Minah KFC, calon PRK PAS?

Ingat tak pada pesanan Nik Aziz pada 1999?



Kalau memilih calon pun kaki kelentong macam mana hendak membawa pembangunan?

'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' Hanya Slogan Kosong Pas - Ahmad Bashah

LANGKAWI, 26 Mac (Bernama) -- Slogan 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' yang dilaungkan kerajaan negeri pimpinan PAS itu hanya sekadar slogan kerana selepas lima tahun mentadbir tidak ada apa yang dapat dibanggakan mereka.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata sebarang pembangunan yang ada sejak 2008 hingga sekarang merupakan kesinambungan usaha kerajaan BN terdahulu dan projek baharu pula adalah inisiatif kerajaan pusat yang tidak mahu melihat rakyat di Kedah tercicir.

"Kerajaan janji sejahtera, tak nampak sejahteranya. Apa kerajaan buat dalam tempoh lima tahun ini. Orang cerita masalah perumahan, peluang pekerjaan, pembangunan dan macam-macam. Selepas lima tahun mana sejahteranya," katanya kepada Bernama selepas menghadiri Program Penggerak PRU-13 Bahagian Langkawi di sini hari ini.

Katanya rakyat yang ditemui di pelbagai peringkat mengeluh dengan suasana di Kedah sekarang dan rata-rata mahu BN kembali mengambil alih kerajaan negeri.

BN tampil dengan slogan 'BN Menang Kedah Senang' kerana mahu memastikan kehidupan lebih baik kepada rakyat berbanding keadaan mereka sekarang dan BN telah membuktikan setiap janji dikota, katanya.

-- BERNAMA

- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, March 25, 2013

Sibuti Memiliki 16 Buah Kampung Tanpa Wayar! PAS Ada?

Sibuti memiliki 16 buah Kampung Tanpa Wayar dan akan memiliki Pusat Internet 1Malaysia.  Apakah yang dapat diberikan oleh PAS? 

Kalau setakat sedekah Al Quran ke masjid pun tidak mampu bagaimana untuk menjadikan Hukum Hudud kenyataan?  Eh lupa, Hukum Hudud tidak dibenarkan oleh Karpal Singh dan Anwar Ibrahim?  Apakah lagi perjuangan PAS yang sememangnya pandai memutar-belit hadis untuk kepentingan politik mereka sahaja?  

Dalam isu pencerobohan Lahad Datu pun PAS tiada menghantar bantuan walaupun sepotong doa atau sembahyang hajat buat anggota keselamatan di Sabah?  Kenapa kalau pemimpin PAS sahaja barulah diadakan sembahyang hajat?  Adakah rakyat di negara ini tiada kepentingan kecuali masa PRU13 sahaja buat PAS?
Berhati-hati dengan 'pengaruh jahat' Internet - MP Sibuti

oleh Norni Mahadi,

MIRI (25 Mac 2013 - Utusan Borneo): pengguna Internet, terutama belia, mesti belajar untuk menjadi berfikir dua kali dan tidak mudah percaya kepada apa yang mereka baca di ruang siber.

MP Sibuti, Ahmad Lai berkata pendirian ini adalah penting untuk memastikan tiada siapa yang mudah diracuni oleh unsur-unsur negatif yang banyak terapung di sesawang laman web

Bercakap di Karnival Jalur Lebar 1Malaysia di Bekenu Esplanade baru-baru ini, Ahmad Lai berkata penyalahgunaan Internet telah menjadi satu kebimbangan yang semakin meningkat di kalangan masyarakat global.

"Media sosial seperti blog, facebook dan twitter, sebagai contoh, menyediakan rakyat dengan platform yang ideal untuk berkongsi pandangan, pendapat dan idea-idea mereka mengenai subjek kegemaran mereka.

"Walau bagaimanapun, media sosial yang sepatutnya menjadi platform untuk membantu membangunkan budaya yang baik juga mempunyai aspek  negatif sekiranya tidak dibendung atau dibiarkan menular secara rambang."

Pada karnival itu, Ahmad Lai berkata Internet telah menjadi sebahagian daripada kehidupan semua orang dalam usaha harian mereka.

Beliau berkata bahawa kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk meluaskan liputan jalur lebar, termasuk ke kawasan-kawasan bandar dan luar bandar.

Sebagai contoh, Sibuti kini mempunyai 16 buah kampung tanpa wayar.

Sunday, March 24, 2013

Kerajaan Sarawak Akan Saman Globalwitness!

Kerajaan mengambil langkah yang bijak untuk menyaman Globalwitness.  Mereka ini bermotifkan politik kerana PRU13 sudah hampir.  Adakah mereka ingat Taib Mahmud akan bertanding PRU13?  Mereka sebenarnya silap terutama sekali Rafizi Ramli yang kerap mendendangkan lagu supaya Taib Mahmud mengumumkan jumlah aset beliau sebelum bertanding PRU13?

Sememangnya Rafizi Ramli ini tidak tahu apa-apa mengenai politik di Sarawak!  Sebenarnya PRU13 cuma melibatkan Parlimen di Sarawak sahaja kerana DUN Sarawak sudah melalui PRN yang lalu!  Kenapakah masih ada orang yang cuba mengolakkan politik Sarawak terutama sekali mereka yang dengki terhadap Ketua Menteri Sarawak?  

Kalau Pakatan Haram berani, mereka hendaklah membenarkan Lim Kit Siang, Karpal Singh. Rafizi Ramli, Azmin Ali dan Khalid Ibrahim mengumumkan aset mereka terlebih dahulu untuk membuktikan mereka sendiri telus sebelum menuduh orang lain?
Kerajaan siasat video, timbang saman ‘The Global Witness’

KUCHING (24 Mac 2013 - Utusan Borneo): Kerajaan Sarawak sedang menjalankan siasatan terperinci sama ada mengambil tindakan undang-undang terhadap ‘The Global Witness’ atas tuduhan liar menerusi penyebaran rakaman video berkaitan penjualan tanah perladangan yang kononnya melibatkan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Taib yang juga Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar berkata, kerajaan sedang dalam proses mengumpul maklumat terperinci dan masih mempertimbangkan sama ada menyaman badan bukan kerajaan yang berpangkalan di London itu.

“Saya masih menjalankan siasatan apa sebenarnya yang berlaku. Saya tidak tahu tahap mana penyiasatan dan tindakan terhadap perkara ini, namun ia jelas menunjukkan mereka tidak berjuang untuk tujuan sebenar.

“Mereka ini hanya menyokong pembangkang, maklumlah pilihan raya sudah dekat… tiada siapa boleh menafikannya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Dewan Serba Guna Kampung Lintang, Petra Jaya di sini, semalam.

Rakaman video menerusi kamera yang disembunyikan menunjukkan dua wanita yang mendakwa diri mereka sepupu Taib membincangkan tentang penjualan 5,000 hektar tanah perladangan milik syarikat mereka.

Ketika diminta mengulas apa tindakan balas kerajaan terhadap tuduhan itu, Taib berkata ia adalah satu dakwaan yang cuba menjatuhkan reputasi beliau.

“Saya telah menjawab dakwaan ini (Selasa lalu), sesiapa sahaja boleh mengatakan bahawa saya mempunyai ejen untuk melakukan sesuatu, tetapi itu tidak bermakna tuduhan ini boleh digunakan terhadap saya, sesiapa sahaja boleh membuat pengakuan itu,” tegasnya.

Pada masa sama, Taib menegaskan bahawa beliau tidak pernah membenarkan sesiapa untuk menjadi perantara dalam penjualan tanah negeri dan lesen pembalakan.

Tambahnya, beliau telah membuat deklarasi umum mengenai perkara itu sejak 1980-an semasa beliau memegang portfolio perhutanan.

“Kita mempunyai sistem di negeri ini dan kita berpegang kepada prosedur dan peraturan (kerajaan),” ujarnya.

Hadir sama Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Morshidi Ghani, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk Daud Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, ADUN Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi, ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni dan tetamu kehormat lain.

Saturday, March 23, 2013

Kementerian membawa berita baik untuk Warga Sibuti




BEKENU (23 Mac 2013 - Borneo Post): Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan membawa tiga berita baik mengenai inisiatif jalur lebar kepada rakyat Sibuti semalam.
Pegawai Tugas-tugas Khas, Datuk Mohd Nazri Abdullah bagi pihak Menteri Dato' Seri Utama Rais Yatim mengumumkan bahawa mereka akan membina sebuah Pusat Internet 1Malaysia di Bekenu.
Nazri juga berkata kementerian telah bersetuju dengan cadangan untuk membina 30 menara jalur lebar bagi kawasan Sibuti dan mengagih 4,000 unit komputer riba 1Malaysia dengan 2000 unit setiap satu akan diedarkan di DUN Lambir dan Bekenu.
Cadangan dan permintaan komputer riba telah disyorkan oleh tiga Yang Berhormat tempatan iaitu Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga, Rosey Yunus yang juga ADUN Bekenu dan ADUN Lambir Ripin Lamat, merangkap Setiausaha Politk Ketua Menteri Sarawak.
Nazri, yang mewakili Rais, berkata demikian ketika merasmikan Karnival Jalur Lebar 1Malaysia 2013 di Bekenu Esplanade semalam.
Beliau berkata kelulusan projek jalur lebar adalah hadiah daripada kementerian untuk rakyat Sibuti yang bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan jalur lebar isi rumah tetapi juga untuk merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar.
"Kerajaan persekutuan mengakui bahawa Sarawak dan Sabah adalah penyumbang utama kepada kemenangan Barisan Nasional (BN). Ia adalah kerana kedua-dua negeri itu adalah kubu kuat BN.
"Inilah jasa kepada rakyat di Sarawak dan Sabah yang sentiasa rapat kepada kita di peringkat persekutuan, dengan memberi keutamaan kepada peruntukan pembangunan, khususnya permintaan yang tinggi untuk infrastruktur."
Pada masa yang sama, beliau menegaskan terdapat juga rangkaian kerjasama
yang kuat dan baik antara kerajaan negeri dan persekutuan.
Tanpa rangkaian seperti, negeri ini akan menghadapi kekangan kewangan dalam menyediakan projek infrastruktur mega untuk rakyat.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Che Azemi Haron.
Sementara itu, kadar penembusan jalur lebar isi rumah di seluruh negara kini berdiri di 66,3 peratus berbanding hanya 22 peratus pada tahun 2008.
Penembusan jalur lebar semasa bagi Sarawak adalah 54.7 peratus.
Seperti pada suku keempat tahun lalu, bilangan pelanggan telefon selular di negara ini adalah lebih daripada 41 juta.
Selaras dengan perkembangan positif itu, pelbagai inisiatif dan program telah dirancang di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) yang berdasarkan strategi penawaran dan permintaan.
Usaha termasuk inisiatif untuk memperluaskan liputan jalur lebar, terutamanya di kawasan luar bandar, dengan menggunakan pelbagai teknologi moden terbaru.
Pendekatan moden yang kini dilaksanakan untuk meningkatkan liputan jalur lebar di kawasan luar bandar adalah Pusat Internet 1Malaysia dan kampung tanpa wayar.

Friday, March 22, 2013

Lahad Datu: Raja Muda Pengecut Golong Tikar!!

Siapakah yang bercakap besar tidak akan meninggalkan Sabah selagi jasad dikandung badan?  Siapakah yang berani kesak tetapi sebenarnya pengecut?

Inilaqh yang terjadi sewaktu Sultan Brunei memohon pertolongan Sultan Sulu sebelum ini!  Sultan Sulu telah lari lintang pukang membiarkan Sultan Brunei berperang sendirian tanpa pertolongan!  Siapa yang menuntut Sabah tetapi tidak menunaikan janji terlebih dahulu?  Jawapanya tidak lain dan tidak buka Sultan Sulu!!!

Keluarga pengecut ini memang tidak patut menjadi Sultan, eloklah mereka berebut takhta kerana tiada keturunan Sulu yang layak sebenarnya sekarang ini!  Kalau ada pun tiada seorang pun yang berani tampil bersemuka antara satu sama lain mengakibatkan berpuluh orang menggelar diri mereka Sultan Sulu!!!  Hina sungguh Sultan Sulu sehingga pengikutnya bertelagah mencari tuan?
Azzimudie Kiram tinggalkan Sabah sejak 11 Mac lepas

LAHAD DATU (22 Mac 2013-Utusan Borneo): Ketua pengganas Sulu yang menceroboh Sabah sejak 12 Feb lepas, Azzimudie atau Agbimuddin Kiram telah meninggalkan negara ini sejak 11 Mac dan kini bersembunyi di pulau-pulau kecil di selatan Filipina.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata perkara itu disahkan hasil risikan pasukan keselamatan yang antara lain mendapati Azzimudie meninggalkan pengikutnya di Sabah lalu menyembunyikan diri dan bergerak dari satu pulau ke pulau lain di selatan Filipina.

“Azzimudie bertindak sedemikian dipercayai kerana tidak mahu kedudukannya diketahui Bangsamoro dan kerana takut ditangkap pihak berkuasa Filipina,” katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi FELDA Sahabat 16, dekat sini semalam.

Beliau mengulas dakwaan terbaharu sebuah blog bahawa Azzimudie Kiram mati ditembak pengawalnya sendiri dan mayatnya dikatakan ditanam di sebuah kubur kecil yang hanya diketahui pengikut elitnya.

Kepada soalan sama ada pasukan keselamatan mengekori dan menjejaki kelibat Azzimudie ke Filipina, Zulkifeli berkata itu di luar bidang kuasa mereka.

Beliau percaya tindakan lanjut boleh diambil melalui hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Azzimudie Kiram mengetuai insiden pencerobohan bersama kira-kira 200 militan bersenjata dari selatan Filipina pada 12 Feb lepas yang menyaksikan 63 militan terbunuh termasuk seorang yang ditembak mati pagi semalam manakala di pihak Malaysia 10 anggota keselamatan gugur. — Bernama

Adeela - Pelajar Melayu Tunggal Sekolah Cina Raih 10 A+ Dalam SPM 2012

Tahniah kepada Doktor Abdul Aziz bin Abdul Rahim yang merupakan doktor pakar ortodontik gigi dan terkenal di Miri.  Beliau telah mengatasi paradigma dengan menghantar anak beliau ke SMK Chung Hua Miri yang merupakan sekolah berbangsa Cina.  Hasilnya anak beliau iaitu Adeela telah berjaya meraih A+ dalam keputusan SPM 2012.  Adeela merupakan satu-satunya murid Melayu di SMK Chung Hua.  

Adeela juga bakal mengikut jejak langkah bapanya untuk melanjutkan pelajaran ke UK dan menjadi seorang lagi doktor pakar gigi di Miri. 

Tahniah juga kepada semua pelajar lepasan SPM 2012 di atas pencapaian mereka!!
Adeela pelajar Melayu tunggal SMK Chung Hua Miri raih semua A+
 
MIRI (22 Mac 2013 - Utusan Borneo) : Bercita-cita meneruskan kerjaya ayahnya sebagai seorang doktor gigi, merupakan faktor utama kejayaan Adeela Abdul Aziz, yang memperolehi keputusan cemerlang 10A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012.

Adeela yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hua Miri tidak menyangka akan mendapat keputusan cemerlang tersebut.

“Saya tidak menjangka akan memperolehi straight A+ kerana pada percubaan SPM saya hanya memperolehi 9A+ dan 1A sahaja, tidak sangka pula akan mendapat keputusan sebegini.

“Perasaan takut turut ada dan saya bersyukur kerana mendapat keputusan yang baik.

“Ini adalah hasil usaha semua pihak termasuk para guru dan ibu bapa yang selama ini banyak membantu dan menyokong saya dalam mengulang kaji pelajaran,” katanya ketika ditemui semalam.

Adeela yang merupakan satu-satunya pelajar Melayu yang memperolehi kesemua A+ kini sedang melanjutkan pengajian A Level di Taylors College, Kuala Lumpur.

Beliau turut bercita-cita akan meneruskan pengajian di peringkat tertinggi dalam bidang pergigian di United Kingdom kelak.

Tiga lagi pelajar SMK Chung Hua Miri yang turut berkongsi kejayaan bersama Adeela dengan memperolehi keputusan semua A+ dalam mata pelajaran SPM ialah Adelyn Lau Kee Ka, Brian Chieng Kai Hieng dan Liew Shau Chieng.

Selain empat pelajar tersebut, turut berkongsi keputusan kesemua A dalam semua subjek ialah 42 pelajar dengan keputusan 11A, 10A dan 9A.

Manakala 11 pelajar mendapat 10A, 46 pelajar (9A), 24 pelajar (8A) dan 28 lagi (7A).

Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Sebastian Ting ketika mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang mengambil keputusan SPM 2012 gembira dengan pencapaian yang diperolehi pelajar sekolah terbabit.

Katanya sokongan, bimbingan dan galakan ibu bapa serta warga sekolah merupakan antara kriteria penting bagi seseorang pelajar untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran.

“Ibu bapa, penjaga dan warga sekolah memainkan peranan penting dalam memastikan pelajar memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan,” jelasnya ketika ditemui.

Ting yang juga penasihat undang-undang bagi pihak Pengurusan Lembaga Sekolah terbabit, memberitahu bahawa kecemerlangan yang diperolehi pelajar bukan sahaja hasil daripada sokongan semua pihak, tetapi pelajar sendiri turut memainkan peranan dalam menentukan masa depan masing-masing.

“Selain suasana sekolah dan rumah yang selesa untuk mengulang kaji pelajaran, pelajar juga berperanan dalam memastikan kerjaya yang dipilih mereka,” ujarnya sambil berterima kasih terhadap usaha serta pengorbanan yang diberikan oleh pelajar dan pihak sekolah dalam memastikan pencapaian terbaik.

Thursday, March 21, 2013

Rosak Lagi! Plan Anwar Ibrahim Ke Putrajaya Tergendala!


Petang tadi PAPAGOMO menepati janjinya dengan memuat naik video Anwar Ibrahim Season 7 Episod 1 yang memberi sedikit sebanyak pandangan kepada kita bagaimana bakal Perdana Menteri Gay ini menggoda lelaki lain.

Bayangkanlah sekiranya dia menjadi Perdana Menteri kelak? Bayangkan anak lelaki kita yang bakal menjadi habuannya kelak? Sanggupkah kita menerima Perdana Menteri yang bernafsu rakus seperti beliau?

"Susah la you…You know I tolak dari Segambut immediate?" - Mukadimah Godaan Anwar

Transkrip berikut dipetik dari FMT yang merupakan sebahagian dari dialog terdapat dalam video yang berikutnya.

Anwar: Susah la you…you know I tolak dari Segambut immediate…?

Lelaki: Ada apa kat Segambut?

Anwar: Daripada rumah I lah (ketawa)

Lelaki: Yalah betullah mana boleh percaya. You fikir kalau you in my shoes percaya tak?

Anwar: …Walaupun kadang-kadang I punya twitt banyak masuk

Lelaki: Hah yalah tu la I cakap betul ke you punya twitt…

Dialog penutup kata sebelum 2 insan dalam video berpisah (tiada dalam video) ialah "Ni duit belanja (RM300) tampung pengajian U".

Baca sepenuhnya di blog Papa Gomo.


- Posted using BlogPress from my New iPad

Baju UMB BN Untuk Penderma Tabung Wira Lahad Datu!

Ahmad Maslan mengagihkan 3 000 helai baju kemeja-T UMB BN yang mengandungi 4 logo parti komponen BN Sarawak kepada penderma yang bermurah hati untuk menderma kepada Tabung Wira Lahad Datu.  
 
Acara ini disempurnakan di Dewan Yayasan Sarawak.   Pemberian di bawah inisiatif Unit Media Baru BN Sarawak ini diharap dapat menggalakkan lagi orang ramai untuk menderma kepada Tabung Wira yang berjuang untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.  Usahlah mendengar tohmahan pihak pembangkang yang memperlekehkan usaha anggota keselamatan kita.  

PAS yang menjaga kedaulatan negara hanya pandai menipu Misi PAS kononnya mempertahankan kedaulatan negara tetapi tiada apa pun yang mereka usahakan untuk menghalang pencerobohan ke atas Lahad Datu!  Misi PAS boleh dicapai di sini.

Sekiranya betullah PAS menjaga kedaulatan mana pergi unit amal PAS yang membantu penduduk di Lahad Datu?  Kalau manifesot pun palsu, misi, dasar dan seruan apatah lagi?  Tunjukkanlah dan buktikanlah PAS menjaga kedaulatan negara kalau benar?
BN agih 3,000 kemeja-T
Ahmad Maslan (kiri) menunjukkan kemeja T kepada para penderma Tabung Wira Lahad Datu semasa semasa pelancarannya di Dewan Yayasan Sarawak, Kuching, kelmarin.
KUCHING 20 Mac - Barisan Nasional (BN) negeri menyediakan sebanyak 3,000 helai kemeja-T untuk orang ramai yang memberi sumbangan dalam Tabung Wira Lahad Datu, Sabah di sini semalam. 

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan berkata, pemberian di bawah inisiatif Unit Media Baru (UMB) BN itu merupakan simbolik tanda penghargaan kepada masyarakat yang mengiktiraf pengorbanan pasukan keselamatan negara.

Katanya, pemberian itu secara tidak langsung mampu mendorong penderma terus menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelaan.

"Ini merupakan antara usaha BN dalam menghargai setiap nilai sumbangan yang diberikan oleh orang ramai bagi membantu keluarga wira-wira yang terkorban dalam serangan pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Taklimat Penceramah Penerangan dan melancarkan kemeja-T tersebut di Dewan Yayasan Sarawak di sini semalam.

Mereka yang memberi sumbangan dalam tabung tersebut akan menerima kemeja T berwarna biru yang mempunyai empat logo parti komponen BN negeri iaitu Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Rakyat Sarawak (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan rakyat Malaysia perlu terus memberi sokongan kepada pasukan keselamatan mempertahankan kedaulatan negara dalam Ops Daulat.

Katanya, walaupun pakatan pembangkang mendakwa operasi berkenaan hanya sandiwara, realitinya ialah 10 anggota pasukan keselamatan negara dan lebih 60 penceroboh pengganas Kiram telah terkorban di medan pertempuran.

"Apa yang berlaku di Sabah itu bukan sandiwara, ini adalah perkara yang benar-benar berlaku. Tidak ada orang yang ingin mati kalau 'lakonan'.

"Kalau dikatakan sandiwara, ini bermakna pakatan pembangkang menggelar wira-wira negara yang terkorban itu adalah 'pelakon'," katanya.

Wednesday, March 20, 2013

Bersama Upin dan Ipin di Bekenu Esplanade Hujung Minggu Ini!!

Upin dan Ipin akan bertandang ke Bekenu Esplanade untuk meraikan Karnival Jalur Lebar 1Malaysia Bekenu.  Berbagai-bagai aktiviti menarik dan cabutan bertuah yang menjanjikan hadiah yang lumayan akan menanti anda.  Saksikanlah shufflle dan juga tarian gangnam beserta kempen ilmiah untuk menjadikan kita celik IT dan tidak mudah ditipu oleh tipu helah yang sedia ada dalam internet.  

Marilah kita bersama menjayakan Kempen Klik Untuk Menjadi Lebih Bijak!!

KARNIVAL JALUR LEBAR 1MALAYSIA DI BEKENU
19/3/2013 Utusan Sarawak
ADUM LIU

BEKENU, Selasa - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan Karnival Jalur Lebar 1Malaysia dalam usaha mengeratkan lagi perpaduan bersatu padu di kalangan masyarakat yang berbilang kaum pada 23 dan 24 Mac depan.

Karnival ini akan diadakan di sekitar pekan Bekenu dan orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyertai perbagai aktiviti menarik yang telah disediakan oleh pihak SKMM nanti. Antara aktiviti itu ialah pameran, cabutan tiket bertuah dan persembahan pentara bersama artis jemputan.

Maskot Upin dan Ipin akan turut serta memeriahkan suasana karinival ini terutamanya bagi menarik kegembiraan kepada kanak-kanak yang minat dengan cerita Upin dan Ipin.

Majlis ini akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang dan turut dijangkakan hadir ialah Menteri Muda Pendidikan Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus dan ADUN Lambir Ripin Lamat.

Bendera PAS Cuma Dipergunakan Sahaja?

Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang telah dijalankan oleh Utusan Sarawak, kebanyakan bendera PAS yang terpacak di sekitar Sibuti sebenarnya peringatan kepada BN untuk bekerja lebih lagi di Sibuti.  Mereka sedar dengan adanya bendera PAS yang berada di kawasan perumahan atau rumah panjang bukanlah bermaksud mereka tidak menyokong BN.  Bendera PAS cuma dipergunakan agar lebih banyak manfaat akan dibawa oleh BN ke kawasan mereka.

Contohnya dalam pengagihan tangki air 1 Malaysia yang kebanyakannya dilakukan oleh bukan orang parti yang mengakibatkan kawasan yang sudah mendapat air bersih menerima tangki tersebut.  Kontraktor banyak mengambil jalan mudah dengan mengedarkan tangki air ke kawasan yang mudah dihubung dengan jalan raya dan tidak akan menghantar tangki air ke kawasan yang sukar dihubungi.  Ini menyebabkan kawasan yang memerlukan tangki air belum lagi menerima tangki mereka disebabkan faktor logistik oleh pihak kontraktor.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 sudah dimaklumkan tentang perkara tersebut dan pengagihan seterusnya akan memastikan kawasan yang benar-benar memerlukan akan menerima tangki air 1 Malaysia terlebih dahulu. 

PAS juga perlu sedar mereka sememangnya tiada peluang untuk menang di Sibuti kerana mereka tidak pandai mentadbir negeri.  Selagi BN masih berkubu di Sarawak selagi itulah Parlimen Sibuti menjadi kubu kuat BN.
Masyarakat Sibuti Tolak PAS
Utusan Sarawak 19/3/2013

ADUM LIU

BEKENU, Selasa – Masyarakat luar bandar Sibuti hanya lakukan lakonan drama sahaja untuk memberi sokongan kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kerana rakyat lebih pandai nilai kemampuan parti bersama sesesorang wakil rakyat yang mampu membela nasib rakyat.

Selain itu, kehadiran parti pembangkang ini (PAS) ke kawasan Sibuti ternyata tidak memberi sebarang kesan malah kehadiran mereka hanya menambah kebencian oleh masyarakat luar bandar terutamanya di kaawasan Sibuti.

Tinjauan Utusan Sarawak di sekitar pekan Bekenu dan Batu Niah bahawa PAS tidak mendapat sebarang simpati oleh masyarakat yang berbilang kaum dan agama kerana rata-rata orang ramai berkata PAS salah pilih kawasan dan negeri dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang bakal tiba.

Kehadiran kumpulan PAS bersama bakal calon mereka yang merupakan seorang lelaki Islam keturunan Iban hanya dalam bilangan kecil sahaja dan ramai daripada mereka bukan orang tempatan atau pengundi di kawasan Sibuti.

Dalam pemerhatian para Media luar bandar di Sibuti (Bekenu) memang PAS tidak diterima, rakyat cuma menyuruh mereka (PAS) bekerja yang kononnya mereka mampu membela nasib rakyat terutamanya tentang isu tanah dan isu remeh temeh di kawasan Saeh, Sebatu dan Bekelit.

Seorang ibu penduduk rumah panjang dari Sebatu Rh. Bangun (Batu Niah) yang mengbuhungi Utusan Sarawak berkata bahawa mereka tidak menyokong PAS walaupun nampak ada bendara PAS di depan rumah panjang seperti menguasai kawasan itu tetapi sebaliknya tidak.

Beliau yang enggan nama disiarkan dan berusia 40-an itu berkata, antara sebab kononnya rakyat sini menyokong PAS ialah kerana permohonan belum sampai umpamanya tangki 1Malaysia, jalan raya dan perlantikan tuai rumah.

Kita sememangnya mentedari hakikat proses permohonan sesuatu adalah lambat, walaupun sedemikian, namun peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) daripada Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang sentiasa ada pada setiap tahun, jelasnya.

Kesimpulannya, dengan manifesto pembangkang yang janji kosong, rakyat juga lebih pandai menilai sesuatu yang benar menjadi pilihan mereka pada PRU Ke-13 kelak.

Baca Blog Dalam Facebook Anda