Berikut adalah jawapan Saudar Lokman Noor Adam terhadap tuduham yang dilemparkan oleh puak Anwarinas ke atasnya. Anwar yang semakin panas seperti cacing kena bakar kerana temberang beliau akan terbongkar dalam menghasut dan mungkin membiayai serangan Lanun Sulu ke atas Sabah?
Sekarang ini semua pencacai pembangkang mengutuk tindakan berani penduduk Kampung Senallang Lama yang mempertahankan diri mereka daripada diletupkan dengan pelancar grenade mahupun ditembak menggunakan senjata M16 milik lanun Sulu pengecut yang telah lari dari medan perang. Dia juga berasa kecewa apabila lanun Sulu yang lain masih dikepung dan ada yang telah terkorban. Lanun Sulu ini sekiranya tidak dibelasah mungkin akan membunuh kesemua penduduk Kampung Senallang Lama yang telah dipaksa untuk berhimpun di tengah padang! Fikirkanlah orang yang telah lari dari medan perang, menghimpunkan penduduk kampung dan mengacu mereka menggunakan senjata M16?
Kalau pencacai Anwarinas yang penakut ditempat penduduk Kampung Senallang Lama ini dah lama si pencacai Anwarinas akan terus tutup mulut dan tuding jari ke arah orang di sebelah agar tidak ditembak mahu pun dibom! Bak kata pencacai dan cybertrooper PKR yang lain setakat kena bayar RM 3K sahaja siapa nak pertaruhkan nyawa!!??
Lainlah para lanun Sulu sebab Filipina pun tidak mengiktiraf kesultanan mereka dan saudara mereka di Sabah semakin maju kerana berani hidup dalam 1Malaysia berbanding dengan mereka yang suka bermain senjata dan membuang masa berangan-angan untuk menjadi Sultan Sulu yang ke 40 atau 42 mahupun ke 70!
Bak kata Johan Raja Lawak, "Kawu Ku Tumbok!!"
Jawapan Lokman Noor Adam terhadap tuduhan bodoh pembangkang ke atasnya! @LokmanAdam
Saya terpanggil untuk menjawab tuduhan bodoh yang dilemparkan oleh puak pembangkang yang mengatakan saya menasihati Sultan Sulu Palsu yang menyerang negara kita hari ini.
Tohmahan ini ternyata langkah terdesak Anwar Ibrahim yang gelabah kerana pertemuan beliau dengan Nur Misuari dan pertemuan Jeffry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu terbongkar.
Izinkan saya menceritakan serba ringkas tentang hubungan Malaysia dengan Kesultanan Sulu yang sebenar, sebelum kita terus dikelirukan oleh pembangkang.
Sabah atau dulunya dikenali sebagai North Borneo merupakan sekeping tanah yang dimiliki oleh Sultan Brunei. Ianya telah dihadiahkan kepada Sultan Sulu yang telah membantu Brunei dalam perperangan. Peringkat awal, North Borneo telah di pajakkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overback. Overback kemudiannya telah berkerjasama dengan Alferd Dent untuk menubuhkan North Borneo Company.
Malangnya, bila mereka mengenakan cukai kepala, penduduk North Borneo telah bangkit menentang. Ketika inilah tentera British telah diundang untuk melindungi mereka.
Sekitar tahun 1959, Tun Datu Mustapa telah ke Sulu untuk menyelamatkan Sultan Julaspi Kiram yang ketika itu diancam bunuh oleh kerabatnya sendiri kerana perebutan tahta. Peringkat awal, Sultan Julaspi telah menetap di Sabah, sebelum kerajaan Malaysia memberikan beliau sebuah rumah di Lorong Maaruf Bangsar. Pada tahun 1963, Sultan Julaspilah orang yang bertanggungjawab membuat kenyataan menyokong Sabah menyertai Malaysia dan ianya terbit di muka depan akhbar Malaysia dengan tajuk "Sultan Sulu Restu Sabah Sertai Malaysia".
Ini bererti Sabah secara automatik menjadi sebahagian dari Malaysia, sebuah negara yang berdaulat dan tidak lagi boleh dituntut oleh mana-mana pihak. Malangnya, setika Sultan Julaspi berada di Malaysia, muncul beberapa orang "imposter" Kiram yang menabalkan diri mereka sebagai Sultan Sulu yang baru. Mereka inilah yang dihasut oleh pihak pembangkang untuk menceroboh Sabah.
Saya akui, saya pernah dilantik oleh Sultan Sulu yang sebenar, iaitu Sultan Roodinood, Anak kepada Sultan Julaspi Kiram sebagai Penasihat beliau sekitar tahun 2005 untuk berurusan dengan Kerajaan Malaysia berhubung kebajikan mereka. Saya juga akui pernah mencetak kad nama jawatan tersebut bagi urusan rasmi dengan Kerajaan Malaysia. Untuk pengesahan pekara ini, anda boleh merujuk kepada Menteri Luar ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar.
Ketika pertemuan saya dengan Tan Sri Syed Hamid Albar sekitar tahun 2006 menceritakan tentang kesusahan kerabat Sultan Sulu ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar telah menasihatkan saya untuk menyertai UMNO semula. Inilah antara punca saya menyertai UMNO pada tahun 2007. Sejak 2006 saya memang tak pernah jumpa Sultan Roodinood Julaspi Kiram dan saya tak pernah dibayar elaun untuk tugas sukarela yang saya buat untuk beliau. Sepanjang tempoh saya mengenali beliau, beliau tinggal di Manila dan bukan di Sulu tempat Sultan Palsu yang menyerang negara kita.
Apa yang rakyat perlu tahu hari ini ialah, baik Sultan Sebenar atau Sultan Palsu, semuanya tak berduit untuk menghantar beratus orang penceroboh memasuki Sabah, membeli M16, pelancar roket dan beli bot laju dan sebagainya. Bagaimana secara tiba-tiba menjelang pilihanraya dan selepas pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari serta pertemuan Jefrry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu, pihak Kesultanan Sulu Palsu ini mampu membentuk sebuah pasukan tentera sedangkan dulunya mereka beli uniform pun tidak mampu.Lokman Noor Bin Adam
4hb Mac, 2013
0 comments:
Post a Comment