Saturday, March 9, 2013

Sibuti Sentiasa Megah Kibar Bendera BN!

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak semalam menunjukkan betapa megah dan bangganya warga Sibuti bersatu dan mengibarkan bendera Barisan Nasional.  Mereka sedar hanya kerajaan BN  sahaja yang dapat memberikan pembangunan yang sealir dengan kemajuan di kawasan yang lain.  

Mereka juga tidak mahu hak mereka dirampas atau dipergunakan oleh pihak pembangkang yang cuma pandai berjanji dan berdolak-dalih apabila diminta untuk mengotakannya.  

Sibuti selamanya akan maju bersama BN!
Bendera BN akan megah di Sibuti

by Connie Sylvia Mesa. 


TANDA TERIMA KASIH: Ahmad Lai (empat kiri) menyampaikan cenderamata kepada Taib sambil disaksikan tetamu kehormat yang lain.

BEKENU (8 Mac 2013 - Utusan Borneo): Bendera Barisan Nasional (BN) bakal terus gah dan berkibar di Sibuti untuk lima tahun akan datang.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata, setiap jentera BN terdiri daripada pelbagai komponen parti telah siap sedia untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada bila-bila masa dari sekarang.

“Jentera (BN) kita telah bersiap untuk bergerak dan menghadapi PRU13 yang akan datang dan yakin kemenangan akan berpihak kepada kita,” jelasnya.

Beliau turut yakin rakyat di kawasan berkenaan akan terus memberikan sokongan penuh terhadap kepimpinan BN untuk menikmati pembangunan yang disediakan.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di gelanggang bola keranjang Bekenu di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman, Menteri Muda Kemudahan Awam dan Pembangunan Belia Datuk Dr Stephen Rundi Atom, Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus dan dif-dif kehormat yang lain.

Menurut Ahmad Lai, kawasan Bekenu dan Niah akan terus dapat menikmati pelbagai pembangunan yang disediakan dengan adanya kepimpinan yang dibawa oleh kerajaan BN.

Mengenai Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), Ahmad Lai berharap peluang pekerjaan yang disediakan SCORE mampu menjulang kawasan Bekenu dan Niah menjadi bandar baharu yang mempunyai potensi besar.

Selain itu, katanya, rakyat bukan sahaja akan menikmati pendapatan yang menguntungkan, malah ekonomi penduduk sekitar khususnya luar bandar turut dapat diseimbangkan dengan pembangunan yang kian pesat.

Dalam pada itu, beliau berterima kasih kepada wakil rakyat lain yang turut bersama membangun dan menyediakan pelbagai kemudahan kawasan Sibuti.

Jelasnya, seiringan dengan pembangunan pesat, kemudahan asas seperti bekalan elektrik, bekalan air bersih dan jalan raya amat penting terutamanya bagi penduduk luar bandar.

Sehubungan itu, Ahmad Lai turut memohon beberapa kemudahan lain bagi penduduk di kawasan Sibuti seperti kemudahan padang dan stadium mini khususnya untuk golongan belia bersukan dan menganjurkan pelbagai aktiviti.

“Padang dan stadium mini itu nanti akan membolehkan anak-anak muda kita untuk menjalankan aktiviti bersukan pada waktu lapang,” tambahnya.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda