Thursday, May 10, 2012

Sibuti Tidak Sokong Pembangkang : Ahmad Lai

Kerajaan pembangkang tidak mampu mengadakan MRP di luar bandar kerana pemimpin pembangkang bersifat tamak dan ingin mengaut keuntungan peribadi masing-masing?!?! Sehubungan dengan itu , rakyat diminta agar tidak memberi mandat kepada pembangkang kerana mereka akan kehilangan segala keistimewaan dan peruntukan yang diberi oleh kerajaan BN?!

Ahli Parlimen Sibuti juga mengingatkan bahawa penduduk Sibuti akan kerugian besar sekiranya menyokong pembangkang!?! Pembangkang yang tidak cekap menguruskan kewangan akan menyebabkan Malaysia muflis kerana mereka mahu memberikan air, pendidikan dan kepentingan mereka sahaja percuma. MRP yang banyak diperuntukkan untuk JKKK dan persatuan mungkin tidak akan menerima geran lagi kerana tiada kepentingan untuk kerajaan pembangkang?!?!?

Semoga rakyat di Sibuti akan sentiasa menyokong merajaan BN dan tidak memberi mandat kepada pihak pembangkang!



Rugi sokong pembangkang
by Mohd Norhadie Sahari. Posted on May 9, 2012, Wednesday

Sokongan rakyat kepada pembangkang mampu lenyapkan hak istimewa mereka termasuk bantuan k’jaan
MIRI: Sokongan rakyat kepada pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang mampu melenyapkan beberapa hak istimewa mereka termasuk bantuan kerajaan.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata rakyat yang memberi kepercayaan kepada pembangkang pada pilihan raya lalu kemungkinan sudah merasai keperitan mendapatkan bantuan.

“Pembangkang tidak mempunyai peruntukan kekal seperti kerajaan Barisan Nasional (BN) dan atas alasan itu, mereka tidak mampu menunaikan janji kepada rakyat,” katanya ketika ditemui semalam.
Sebagai contoh katanya, pembangkang tidak dapat menyediakan geran projek kecil luar bandar (MRP) untuk pertubuhan atau kampung-kampung untuk menjalankan aktiviti.

“Jika sebelum ini mereka dapat menjalankan pelbagai aktiviti melalui geran MRP, namun sebaik sahaja mereka memilih pembangkang, hak keistimewaan itu turut terhapus,” ujarnya.
Menurutnya, pertubuhan atau persatuan yang sebelum ini turut aktif menjalankan aktiviti disebabkan adanya peruntukan, namun keadaan itu berubah serta-merta sebaik menyokong pembangkang.

“Ini adalah kesan yang terpaksa diterima rakyat sekiranya mereka menyokong pembangkang bahkan pembangkang tidak mempunyai dana yang besar untuk tujuan sama (MRP),” jelasnya.
Pada masa sama beliau memberitahu, meskipun rakyat di bawah pentadbiran pembangkang namun kerajaan BN juga tidak pernah terlepas pandang keperluan rakyat.

“Dari sudut pelan pembangunan kerajaan, BN tidak pernah menyisihkan rakyat yang berada di bawah tadbir urus pembangkang kerana mereka juga layak menikmati kemajuan,” ujarnya.
Sebagai contoh katanya, pembangunan infrastruktur seperti kemudahan jalan raya, bekalan air dan elektrik tetap disalurkan kepada rakyat meskipun berbeza fahaman politik.

“Pembangkang sendiri turut menikmati infrastruktur hasil sumbangan kerajaan BN dan ia terbukti BN memperjuangkan nasib semua pihak tanpa sikap prejudis,” jelasnya.


Posted from my iPad

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda