Monday, May 7, 2012

Program Sentuhan Kasih BN di Bakam!

Berikut adalah rakaman yang diambil semasa Program Sentuhan Kasih YB Hj Ahmad Lai di 5 buah Kampung di Bakam pada hari Sabtu, 5 Mei 2012 yang lalu. YB sendiri telah membonceng motosikal dalam rangka lawatan tersebut. Aktiviti ini bertujuan untuk merapatkan lagi rakyat dengan pemimpin BN di Bakam amnya. Perjalanan bermula dari Kampung Bakam, Kampung Raan, Kampung Kuala Bakam, Kampung Pusil dan Kampung Siwak. YB sempat mendengar masalah dari segenap lapisan masyarakat baik belia mahu pun warga emas. Semua masalah ini sudah dicatat dan tindakan yang sewajarnya akan diambil dengan kadar segera bergantung kepada peritnya tahap masalah yang dialami oleh penduduk di sekitar Bakam. Semiga dengan adanya Qprogram Sentuhan Kasih BN ini maka rakyat dapat berjumpa dengan oemimpinnya dan mendengar masalah mereka dengan penuh prihatin memandangkan di setiap kampung YB dapat beribteraksi secara langsung dalam bilangan yang memuaskan untuk memberikan sentuhan peribadi serta kasih sayang BN kepada rakyatnya yang tidak berbelah bagi

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda