PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Showing posts with label Calon PRU13. Show all posts
Showing posts with label Calon PRU13. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

Mengundi Untuk PAS Sama Maksud Mengundi Untuk DAP! #PRU13 #Najib4PM


Dinosaur PAS nyanyuk tahap gaban ini memang terkenal mengeluarkan fatwa songsang bersesuaian dengan nafsu serakah politiknya sahaja!

Sekarang ini undi kepada PAS bererti mengundi DAP. Kalau Lim Kit Siang sanggup menggunakan logo PAS untuk meraih undi Melayu, samalah maksudnya undi DAP ertinya undi PAS?


PRU-13: Nik Aziz dakwa sembahyang orang UMNO tak dapat pahala

Oleh MOHD. HAFIZ ABD.MUTALIB


NIK ABDUL AZIZ NIK MAT... Mursyidul Am Pas itu berucap di Kampung Jambu, Kota Bharu malam tadi.

KOTA BHARU 4 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus-menerus mencetuskan kontroversi melalui fatwa-fatwa beliau terhadap keislaman orang UMNO termasuk sebelum ini mendakwa UMNO murtad kerana menolak Islam.

Malam tadi, Nik Aziz mendakwa sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.

Dalam masa sama, Nik Aziz turut mendakwa UMNO telah menolak Allah SWT kerana selama ini mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan.

"UMNO tolak Islam, tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tokleh (tidak boleh) pahala, boleh pahala gapo (apa) kalau tolak Islam.

"Kalau orang Pas tolak Islam pun tokleh pahala, orang Pas kalau riak tokleh pahala dan kalau kedekut pun tidak boleh pahala.

"Kalau nak boleh pahala ikhlas ini bukan senang, hendak boleh pahala ikhlas lagu mano (bagaimana) kalau tolak Islam, Allah yang bawak turun Islam kepada Nabi Muhammad SAW tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan, nak boleh gena (macam mana) pahala kat orang tolak Islam," katanya ketika berceramah di Kampung Jambu di sini malam tadi.

Kira-kira 500 orang yang rata-ratanya terdiri daripada penyokong tegar Pas menghadiri ceramah berkenaan.

Pada 17 November tahun lalu pada sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu Nik Aziz mendakwa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Nik Aziz dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Pas sebelum itu menerusi adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat turut mendoakan supaya Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN dalam majlis solat hajat di Stadium Muhamad Ke-IV sempena Muktamar Tahunan Pas itu.

Dalam pada itu, Nik Aziz semasa ceramahnya itu kemudian menyeru agar rakyat di Kelantan supaya memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

"Hambo (saya) pesan pada suma rakyat baik Pas lebih-lebih lagi UMNO, tolong undi Pas... demo (kamu) hendak UMNO, UMNO lah, tapi beri kertas undi, undi Pas.

"UMNO bagi duit ambil, bagi gula kacau, bagi kain pakai,bagi lembu sembelih tetapi apabila bagi kertas undi, pangkah Pas, kita nak ajar dia (UMNO)," katanya. - UTUSAN ONLINE

- Posted using BlogPress from my New iPad

Tuesday, September 11, 2012

Kerajaan Prihatin Kepada Rakyat Terutama Yang Berpendapatan Rendah


Kerajaan telah merancang pelbagai inisiatif untuk meingankan beban rakyat dalam usaha untuk mengurangkan inflasi ini.

Inisiatif yang dirancang bukan sahaja untuk jangka pendek malah turut dirancang untuk tempoh jangka panjang demi mengurangkan lagi beban rakyat.

Untuk itu, rakyat diharap bersabar demi menempuhi cabaran dalam keadaan inflasi dunia yang rumit ini. Kerajaan sentiasa mendahulukan rakyat dalam setiap perjuangan demi memastikan hari esok adalah lebih baik daripada kelmarin!

Sama-samalah kita berdoa dan berjuang untuk mengembalikan kestabilan negara baik dari segi ekonomi dan juga politik. Jauhkanlah diri daripada politik jalanan yang bukannya budaya kita.

Kerajaan sentiasa cari inisiatif ringankan beban rakyat

Utusan Borneo 11 September 2012, Selasa


RINGANKAN BEBAN: Sebastian Ting (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang kakitangan RTM Miri yang menjadi mangsa kebakaran baru-baru ini.

MIRI: Kerajaan sentiasa mencari inisiatif untuk meringankan beban rakyat berikutan kos sara hidup semakin meningkat dengan memperkenalkan beberapa pelan induk untuk mengurangkan inflasi.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin berkata, kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif untuk membantu meringankan beban kumpulan sasar.

“Antaranya inisiatif Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Program Teksi Rakyat 1Malaysia dan pelbagai lagi untuk meringankan beban rakyat,” katanya.

Teks ucapan beliau yang juga Ahli Parlimen Miri disampaikan oleh Setiausaha Politiknya Datuk Sebastian Ting pada Majlis Ramah-tamah Aidilfitri Radio Televisyen Malaysia (RTM) Miri kelmarin.

Beliau memberitahu, inisiatif yang dirancang untuk jangka masa pendek dan panjang itu membuktikan bahawa kerajaan cukup prihatin dengan keperluan rakyat terutama yang berpendapatan rendah.

“Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mendahulukan kepentingan rakyat dan semua janji yang diuar-uarkan kepada rakyat selama ini telahpun ditunai,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau turut menyarankan kakitangan kerajaan khasnya warga RTM supaya terus melaksanakan tanggungjawabnya dalam memberikan perkhidmatan terbaik ketika bertugas.

“Perdana Menteri sendiri menegaskan kepentingan Cepat, Tepat dan Integriti (CTI) dan Produktiviti, Kreativiti dan Inovasi (PCI) bagi mewujudkan sesebuah organisasi yang cemerlang.

Selaras dengan dasar itu, kakitangan RTM perlu mengorak langkah untuk melaksanakan tugas agar lebih cekap, efisien dan sentiasa meningkatkan prestasi kerja ke tahap lebih maksimum,” jelasnya.

Menurutnya, keterbukaan kerajaan dalam media elektronik dan cetak termasuk laman blog, Twitter dan Facebook memberi peluang kepada rakyat untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan yang disediakan.

“Adalah penting untuk kita melaksanakan perkhidmatan sebaik mungkin dan harus sejajar dengan piagam pelanggan yang menjanjikan komitmen dari aspek kualiti penyampaian berita dan informasi yang cepat, tepat dan berintegriti,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Timbalan Residen Miri Abdul Aziz Yusuf, Pemangku Pengarah Jabatan Penyiaran Sarawak Fee Lin Chiew dan Pengurus Stesen RTM Miri Ramli Junaidi.

Majlis anjuran Jawatankuasa Kebajikan Kakitangan Islam RTM Miri (JBKKIS) itu turut diserikan dengan persembahan koir oleh kakitangan RTM Miri selain penyampaian sumbangan dan duit raya kepada anak-anak kakitangan RTM.

- Posted using BlogPress from my New iPad

Tuesday, August 28, 2012

Bakal Calon PRU13 PAS Sumbang Mahram!?

Kecoh disekitar Jerantut apabila bakal calon PRU13 PAS direman bersama anak lelakinya kerana disyaki sumbang mahram!  Anaknya yang berumur 15 tahun telah melahirkan anak akibat daripada perbuatan terkutuknya!!!

Walaupun pihak berkuasa belum lagi mengeluarkan nama calon PAS tersebut namun rakan blogger dari Jerantut sudah dapat mengenal dan cuba meneka pemimpin PAS yang durjana tersebut!!!  Marilah kita sama-sama mengikuti analisa rakan blogger yang cuba mengenal pemimpin kanan PAS itu!

Mari kita teka siapa pemimpin kanan pembangkang sial yang buat sumbang mahram

Tuesday, August 28, 2012

Menurut berita dari Bernama pemimpin tersebut adalah dikalangan pemimpin kanan parti pembangkang yang tewas kerusi DUN ditangan pemimpin BN Pahang.

Pemimpin tersebut tinggal dikawasan Jerantut sudah tentu bertanding dikawasan DUN dalam Parlimen Jerantut. Pemimpin itu pula baru menjadi pemimpin kanan parti baru. Parlimen Jerantut mempunya 3 kerusi DUN yang ditandingi oleh kesemua parti pembangkang iaitu:
  • DUN N 9 Tahan
  • DUN N10 Damak
  • DUN N11 Pulau Tawar

Dibawah ini adalah Nuridah Salleh yang bertanding di DUN N9 Tahan yang tewas ditangan calon BN. Tapi takkan Nuridah Salleh kot. 



BAHAGIAN PILIHAN RAYANAMA CALONPARTIBILANGAN UNDISTATUS
P.81-JERANTUTN.9 - TAHANWAN AMIZAN BIN WAN ABD RAZAKBN5,112MNG

NURIDAH BINTI MOHD SALLEHPAS3,755

JUMLAH PEMILIH :11,326
KERTAS UNDI DITOLAK :189
KERTAS UNDI DIKELUARKAN :9,073
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :17
PERATUSAN PENGUNDIAN :80.11%
MAJORITI :1,357





Ini pula Calon N10 Damak Mohd Nor Bin Jaafar merupakan calon PKR yang tewas kepada calon BN dan kini menjadi pengerusi KITA Cawangan Pahang. 


BAHAGIAN PILIHAN RAYANAMA CALONPARTIBILANGAN UNDISTATUS
P.81-JERANTUTN.10 - DAMAKKOH BOON HENGBEBAS3,295

MOHD NOR BIN JAAFARPKR5,165

LAU LEEBN5,674MNG

JUMLAH PEMILIH :19,412
KERTAS UNDI DITOLAK :408
KERTAS UNDI DIKELUARKAN :14,597
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :55
PERATUSAN PENGUNDIAN :75.20%
MAJORITI :509





Ini pula Ishak Ghani calon Pas yang bertanding dalam DUN N11 Pulau Tawar yang juga tewas kepada calon BN



BAHAGIAN PILIHAN RAYANAMA CALONPARTIBILANGAN UNDISTATUS

P.81-JERANTUTN.11 - PULAU TAWARISHAK BIN A.GHANIPAS5,426

AHMAD SHUKRI BIN ISMAILBN8,720MNG

JUMLAH PEMILIH :18,074
KERTAS UNDI DITOLAK :212

Mungkin pembaca sudah dapat meneka siapa pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.

Tuesday, July 17, 2012

Isu Pembangkang Tidak Relevan Untuk Parlimen!? : Ahmad Lai


Isu yang dimainkan oleh pihak pembangkang adalah isu lapuk yang sememangnya sudah diketahui awal oleh kerajaan BN! Kadang kala pihak pembangkang seperti kucing berak bulu kerana tidak tahu apa lagi isu yang hendak dibangkitkan?

Sepatutnya otak pihak pembangkang ini bertaraf parlimen memandangkan semua isu yang telah dibangkitkan adalah bersangkut-paut dengan peringkat negeri! PRN Sarawak baru sahaja berlalu tetapi pihak pembangkang sendiri tidak dapat membangunkan kawasan mereka seperti di kawasan DAP! Apakah yang sudah dibawa oleh DAP di Miri?

Bekenu sudah mendapat kelulusan untuk mendirikan Stadium Mini! Bukan itu sahaja, hari Khamis ini pula perasmian Rumah Mesra Rakyat di Kampung Menjelin.
Pilihlah calon yang benar-benar bijak bukan sekadar atas kertas tetapi tidak pandai apabila berurusan dengan rakyat! Untunglah Parlimen Sibuti mendapat calon berhemah tinggi seperti Ahmad Lai. Kalau tidak pasti malu rakyat Sibuti apabila tidak bijak memilih isu seperti calon yang dihantar oleh PAS!!

Calon PAS ini pula antara Pendakwah bebas dan system admin IT yang mana lebih bijak? Pastinya pendakwah bebas kerana system admin ini sudah lama berkecimpung dalam PAS tapi tidak diiktiraf oleh PAS pusat, pesuruhjayanya pula asyik disuruh berkempen untuk orang lain bila pula jasa beliau akan diiktiraf untuk menjadi calon PAS! Mungkin tidak layak juga, buat penat saja ke hulur ke hilir bawa beg plastik tapi tidak diendahkan. Fikir-fikirlah!!


Semua isu dimainkan pembangkang tidak relevan
Utusan Borneo 17 Julai 2012, Selasa

MIRI: Semua isu yang dimainkan oleh parti pembangkang ketika ini adalah tidak relevan sebaliknya isu-isu yang timbul disebabkan parti politik itu ketandusan idea atau terdesak untuk sokongan rakyat.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata semua isu kebajikan atau keperluan rakyat seperti jalan raya, kemudahan bekalan air dan elektrik sahaja yang sering ditimbul parti politik terbabit.

“Bagi kawasan saya, semua isu terbabit sudah diselesaikan dan kerajaan masih lagi meneruskan kesinambungan pembangunan khasnya di kawasan yang belum menerima kemajuan,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Beliau menjelaskan, rakyat perlu bersabar kerana kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan mereka sebaliknya semua keperluan mereka tetap ditunaikan.

“Sebagai contoh, sekiranya rakyat berdepan masalah air bersih, kerajaan menyediakan tangki air bagi memudahkan mereka menakung air hujan manakala projek menyalurkan air paip masih dalam pelaksanaan,” jelasnya.

Tambahnya, setiap isu yang cuba dibangkitkan oleh parti politik pembangkang itu tidak relevan kerana ia hanya satu taktik mereka mengalih perhatian rakyat ketika kerajaan menunaikan janji.

“Saya menasihati semua penduduk setempat khasnya di rumah panjang dan kampung-kampung supaya menjauhkan diri daripada hasutan anasir luar yang cuba mendapatkan sokongan mereka,” jelasnya.

Menurutnya rakyat perlu sedar bahawa semua kemajuan dan pembangunan yang dinikmati rakyat hari ini adalah hasil usaha gigih kerajaan Barisan Nasional dalam membela nasib mereka.

“Pembangkang hanya tahu mengkritik tetapi mereka tidak bekerja untuk membela nasib rakyat berbanding kita (keraja-an) bukan hanya melempar janji tetapi berusaha menunaikan janji,” katanya.

- Posted using BlogPress from my New iPad


Wednesday, July 4, 2012

Nelayan Dihargai Di Bawah Kerajaan Barisan Nasional!

Nelayan di Miri bernasib baik di atas keperihatinan kerajaan pusat yang telah menyediakan peruntukan untuk membaik pulih rumah.  Berita gembira ini disampaikan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air iaitu Dato Sebastian Ting.  Tabung Khas Perumahan Nelayan ini memberi manfaat kepada nelayan dan meringankan beban mereka.  

Ada juga yang belum mengetahui mengenai TKPN ini yang disalurkan oleh Jabatan Kemajuan Ikan Malaysia Wilayah Miri.  Borang permohonan boleh diambil daripada Persatuan Nelayan Miri dan peruntukan ini masih boleh diguna sehingga 2014 kelak.  Semoga lebih ramai golongan nelayan yang akan memohon peruntukan ini agar dapat digunakan untuk membaik pulih rumah mereka.  Syabas kepada usaha kerajaan Barisan Nasional yang tidak lupa akan jasa nelayan yang berhempas pulas di laut untuk menangkap ikan kepada rakyat Malaysia.
Seramai 38 nelayan dapat peruntukan RM456,000 baik pulih rumah

Utusan Borneo, 4 Julai 2012, Rabu
MIRI: Seramai 38 nelayan dari kawasan Parlimen Miri mendapat peruntukan sebanyak RM456,000 untuk membaik pulih rumah mereka di bawah Tabung Khas Perumahan Nelayan (TKPN).

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Miri Datuk Seri Peter Chin iaitu Datuk Sebastian Ting berkata, di bawah tabung itu, setiap nelayan mendapat peruntukan antara RM5,000 hingga RM12,000 bergantung kepada keadaan rumah masing-masing.

Beliau berkata, terdapat kira-kira 887 nelayan di Parlimen Miri, namun setakat ini hanya 47 menghantar permohonan, yang mana 38 sudah diluluskan manakala bakinya sembilan masih dalam pertimbangan.

“Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta setiap tahun mulai tahun ini hingga 2014, justeru kami akan memberi kelulusan sebanyak mungkin kepada nelayan di Miri.

“Justeru saya berharap, lebih ramai nelayan di kawasan Miri mengisi borang dan menghantar permohonan,” katanya semasa majlis penyerahan cek untuk projek TKPN bagi kawasan Parlimen Miri di Bilik Mesyuarat, Majlis Bandaraya Miri semalam.

Cek berkenaan disampaikan kepada Pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Miri Lois Unggah.

Menurut Sebastian, peruntukan itu akan dikendalikan oleh FAMA manakala pelaksanaan projek membaik pulih akan dipantau sepenuhnya oleh Jabatan Kemajuan Ikan Malaysia Wilayah Miri.

“Bagi nelayan yang belum membuat permohonan, mereka boleh mendapatkan borang di Persatuan Nelayan Miri,” katanya.

Wednesday, June 27, 2012

KJ Ganti Nik Aziz Jadi Menteri Beso Kelantan?!

Nik Aziz serik menjadi Menteri Beso Kelantan kerana masih gagal untuk membawa pembangunan ke Kelantan?  Kini nama beliau sudah menjadi kabinet bayangan yang memerlukan Nik Aziz ke parlimen. 

Apa kaitan KJ dalam hal ini?  Kenapa KJ dikatakan akan mengganti Nik Aziz?  Adakah ini disebabkan atas desakan demi desakan oleh Anwar?  KJ yang dimaksudkan bukan Ketua Pemuda UMNO tetapi Kamarudin Jaafar, pakar strategis PAS!?   
Nik Aziz ke Parlimen, KJ ganti MB Kelantan?
 
Oleh Zaini Hassan
Adakah Anwar Ibrahim berbisik ke telinga Nik Aziz Nik Mat supaya membuat percaturan memberi laluan kepada pakar strategisnya, Kamaruddin Jaafar (gambar kanan) menjadi Menteri Besar Kelantan selepas PRU Ke-13 ini?
PILIHAN RAYA Umum Ke-13 negara akan diadakan tidak lama lagi. Mungkin tiga bulan lagi, jika bukan tahun depanlah. Tapi jika dilihat kepada kehangatannya, ia sudah terlalu hampir. Apa pun kita serahkan kepada PM untuk menentukan tarikhnya, kerana kata putus berada di dalam tangannya.

Namun begitu secara kasarnya, kempen telah pun berlangsung. Di Selangor di mana saya tinggal, pihak pembangkang telah pun rancak berceramah. Jika pilihan raya berlangsung selepas raya ini, maka Ramadan akan digunakan sepenuhnya untuk bertazkirah, yang sudah tentunya akan condong kepada kempen pilihan raya.

Kita semua amat arif, itulah kelebihan yang ada kepada pembangkang khususnya Pas. Mereka akan menggunakan surau dan masjid secara maksimum. Itu pasallah di beberapa masjid di sekitar Selangor sekarang berlaku kecelaruan apabila AJK lama masjid ditukar kepada yang pro-Pas, sehinggakan ada antara kes calon-calon AJK yang di luar daripada kariah masjid itu sendiri pun telah dilantik.

Bagi saya itu bukan satu kesalahan, kerana Pas di Selangor mempunyai advantage. Sesiapa pun berkuasa, dialah yang akan mempunyai kelebihan.

Selain berceramah dan berkempen, masing-masing parti politik, baik kerajaan atau pembangkang juga sedang rancak untuk menyusun calon-calon yang akan menghadapi peperangan politik itu kelak.

Penyusunan dan perancangan calon ini amat penting sekali. Bagi BN, yang akan menjadi underdog kali ini, penentuan itu amat-amat krusial sekali. Silap orang, maka undi akan terjunam.

Maka itu, benar kata PM beliau akan memilih muka-muka baru yang boleh menang kali ini. Tepat sekali strategi PM itu, kerana itu jugalah yang dimahukan oleh pengundi. Pengundi kali ini mahu melihat calon-calon BN terdiri daripada muka-muka baru, yang segar dan berseri-seri. Ingat pada pilihan raya lalu, pihak pembangkang yang underdog pernah meletakkan muka-muka yang tidak pernah pun orang kenal, dan rata-rata mereka menang.

Yang lama dan yang sudah bertanding empat, lima penggal, berilah peluang kepada yang tidak pernah lagi mencuba. Kecualilah, jika yang empat, lima penggal itu benar-benar disayangi oleh para pengundi.

Kepada pembangkang kali ini mereka bukan underdog lagi. Mereka yakin akan menang. Lim Guan Eng nampak gayanya semakin bongkak mendabik dada akan menang lagi kali ini. Jika beliau menang lagi maka, lebih banyaklah “perubahan demi perubahan" yang akan dilakukan di Pulau Pinang itu. Mungkin lebih banyaklah yang akan melukut di tepi gantang.

Tapi bagi orang Melayu, tumpuan sudah tentulah kepada dua negeri di Utara dan Pantai Timur tanah air, iaitu Kedah dan Kelantan. Ini adalah kerana kedua-dua negeri itu mengandungi majoriti kaum itu.

Kedah bagi saya, BN boleh ambil balik. Tapi ada tapinya. Ia banyak bergantung kepada siapa calon-calonnya. jangan rebut-merebut dan gaduh-gaduh. Formula seperti di atas amat-amat diperlukan untuk menang. Potensi memang ada.

Jika Kedah kalah kali ini, maka negeri itu akan menjadi satu lagi Kelantan yang akan dipasak oleh Pas selama-lamanya.

Tapi saya lebih berminat kali ini untuk mengulas mengenai kedudukan Kelantan. Nik Aziz Nik Mat yang pernah mencabar Dr. Mahathir Mohamad supaya berundur kerana dikatakan sudah tua dan nyanyuk, kini telah memerintah negeri itu selama 22 tahun.

Dia pernah mencabar Dr. Mahathir supaya meletak jawatan bagi membolehkan dia juga akan letak jawatan. Tapi sebagai orang politik yang totok, Nik Aziz tidak pernah mengotakan janjinya.

Difahamkan kali ini, buat ke sekelian kalinya, Nik Aziz bercita-cita mahu bertanding lagi. Walaupun asyik masuk-keluar hospital, dia masih mahu bertanding lagi. Tapi kali ini, mungkin lain macam sedikit.

Saya diberitahu oleh orang-orang dalaman Pas, Nik Aziz kali ini mahu bertanding di Parlimen pula.

Dia mahu merasai bagaimana berada dalam Dewan Rakyat. Dia mahu melepaskan jawatan sebagai MB Kelantan, setelah dikatakan terpaksa mengakui gagal membangunkan negeri itu sebagaimana yang dikehendaki.

Dia tahu kelemahannya. Dia tahu, mungkin, jika dia masih berada di situ rakyat Kelantan akan membuat perubahan. Maka, dia dikatakan akan bertanding di Parlimen P20 Pengkalan Chepa.

Jika benar, maka siapa yang akan menggantikannya? Apakah anak emasnya, Husam Musa? Tapi Husam kini dikatakan terlalu banyak bebanan? Husam memanglah bercita-cita mahu menjadi MB, menggantikan Nik Aziz, tapi adakah beliau akan dipilih?

Saya diberitahu, bukan Husam. Tapi nama yang disebut itu ialah KJ. Bukan KJ Pemuda UMNO, tapi Ahli Parlimen P19 Tumpat iaitu Kamaruddin Jaafar.

KJ ini disebut-sebut akan menggantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan selepas PRU-13 kelak. Difahamkan, jika benarlah, KJ ini yang menjadi AP Tumpat sejak 1999 akan bertanding di DUN N3 Pasir Pekan (di kampung halamannya) dalam kawasan parlimennya sekarang.

Ahli DUN N3 Pasir Pekan yang kini dipegang oleh Datuk Ahmad Yaakob (kini Timbalan MB Kelantan) akan bertanding di kerusi Parlimen Tumpat.

Tapi siapa Kamaruddin ini? Yang kita tahu dia ini adalah orang kuat dan orang kanan Anwar Ibrahim. Juga disebut-sebut, KJ ini pun dikatakan memasuki ke dalam Pas atas perintah Anwar yang mahu beliau menyusup masuk ke dalam parti itu.

Apakah Anwar, akhirnya mahu menguasai Kelantan pula secara tidak langsung? Jika tidak benar pun andaian ini, mengapa tiba-tiba angin bertiup. Ia kini menjadi buah mulut orang-orang Pas di Kelantan.

Anwar ini memang licik orangnya. Itu pun semua orang tahu. Jika benarlah maka Anwar memang bijak. Adakah jika KJ menjadi MB Kelantan kelak, maka akan mudah PKR dapat bertapak di bumi Kelantan selepas ada tanda-tanda jelas akan kehancuran pertahanan PKR di bumi Selangor dan Pulau Pinang.

Semua orang tahu markas Anwar di Permatang Pauh kini telah goyah. Jika ini benar-benar terjadi, maka adalah tidak mustahil MB KJ akan membuka peluang kepada seorang ahli DUN daripada PKR menjadi Timbalan MB Kelantan?

Faktanya, KJ ini merupakan strategis Anwar di dalam think-tanknya, Institut Kajian Dasar (IKD). Semasa KJ menerajui IKD dia dikatakan banyak mengeluarkan buku mengenai fahaman yang cuba dibawa oleh Anwar mengenai masyarakat madani. Kebanyakan buku-buku itu dikatakan ditaja oleh sebuah yayasan dikenali sebagai Kondrad Adeneur, sebuah pertubuhan milik Parti Kristian Demokrat di Jerman.

Datuk KJ bukan calang-calang orang. Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Ghafar Baba. Semasa itu, Anwar ialah Menteri Kewangan. Tapi semasa KJ bersama Ghafar, Anwar juga sudah bercita-cita mahu menjadi TPM, menggantikan Ghafar.

KJ dan Anwar pernah aktif dalam ABIM dan merupakan sahabat baik. Akhirnya pada 1993, Anwar melawan Ghafar dan oleh kerana permainan politik wang yang terlalu hebat, Anwar menang dalam permilihan UMNO.

Beliau kemudian dilantik menjadi TPM. KJ pula secara rasmi berada bersama Anwar di dalam lingkungan TPM Anwar. KJ diberi peranan oleh Anwar untuk menjalankan perniagaan.

Nik Aziz yang selama ini amat mengkagumi Anwar, kini melihat KJ mempunyai potensi.

Kamaruddin dikatakan boleh melonjakkan ekonomi Kelantan. Nik Aziz yang selama 22 tahun hanya mampu membaca doa tazkirah sahaja mengakui gagal melakukan transformasi ekonomi negeri itu.

Nik Aziz amat mempercayai keupayaan Kamaruddin yang dikatakan mempunyai rangkaian hubungan dengan pihak antarabangsa termasuk dari Jerman, Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

Jika perkembangan ini benar berlaku, maka ia akan menjadi satu lagi dimensi baru bagi sains politik di negara ini.

Persoalannya adakah Pas akan berdiam diri? Kita tunggu dan lihat.

Monday, June 11, 2012

Safri Sudah Mengidam Kerusi Sibuti Menjelang PRU13!!

Semboyan belum berbunyi namun sudah ada yang menyimpan hasrat untuk menjadi calon Sibuti.  Teringat peristiwa Anwar Ibrahim yang dihasut untuk membuat kenyataan walaupun belum diberi jawatan rasmi sebagai Perdana Menteri Malaysia.  Ini menyebabkan Anwar Ibrahim terus kempunan untuk duduk di atas kerusi Perdana Menteri mahupun Proton Perdana.

Hari ini Sibuti dikejutkan apabila kawan YB Ripin da YB Rossey mengaku dia berharap untuk mendapat sokongan daripada rakyat Sibuti untuk menjadi calon baru menggantikan YB Hj Ahmad Lai.  YB Hj Ahmad Lai belum lagi mengundur diri mahupun diundurkan secara rasmi oleh Majlis Tertinggi PBB?  

Berhematkah calon pemuda yang terus berkempen tanpa menghiraukan golongan bapa untuk merebut kerusi?!?!   Adakah ini wajar berlaku walaupun di kawasan putih?  Seharusnya sebagai calon yang berpendidikan tinggi dan akhlak mulia, tunggulah sehingga mendapat surat rasmi untuk menjadi calon barulah mula berkempen.  Ini akan mengucar-kacirkan jentera PRU13 apabila kelihatan segelintir sudah berpuak-puak!  Lama-kelamaan ini boleh mengakibatkan pihak pembangkang menang undi protes!?!?! 

Sewajarnya golongan pemuda harus menghormati golongan bapa dan juga wanita!  Janganlah kita dilihat sebagai berpecah-belah oleh pihak lawan kerana ini akan memburukkan susunatur dan strategi perang!?!?!  Fikirkanlah sejenak sebelum membuat langkah seterusnya!!!
SAFRI MEMPERHEBATKAN  LAWATAN KE AKAR UMBI SEBAGAI CALON PBB UNTUK PARLIMEN SIBUTI

(Diterjemah daripada See Hua Daily News 11 June 2012)

Untuk mengekalkan kerusi Parlimen Sibuti, kononnya perlu menurunkan darah baru yang muda dan dinamik.  Calon yang kononnya mendapat sokongan daripada YB Ripin dan YB Rossey.  Calon ini juga merupakan ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda PBB yang berhasrat untuk menggantikan YB Haji Ahmad Lai sebagai calon Sibuti menjelang PRU13 kelak.

Menurut sumber, Safri juga telah bergerak aktif di Sibuti semenjak akhir tahun lepas.  Safri  juga dilihat telah berkempen secara aktif di kalangan penduduk rumah panjang dengan pelbagai aktiviti.  Beliau turut disokong oleh YB Rossey dan YB Ripin yang meminta secara terbuka kepada orang ramai untuk memberikan sokongan yang kuat untuk Safri.  Oleh yang demikian, Safri  berkemungkinan besar menggantikan Ahmad Lai yang memenangi kerusi Sibuti pada Mac 2008

Langkah yang diambil untuk menurunkan Safri dijangka sesuai dalam usaha untuk menangkis cabarann baru-baru ini daripada PKR dan PAS di Sibuti, yang telah menjanjikan calon profesional.
* Foto akhbar: Berita foto kelihatan Rossey, Dato Safri, Kapitan Kho Ming Wei mengedarkan kek pulut.

Baca Blog Dalam Facebook Anda