SKANDAL RM445 JUTA : ANWAR KEPANASAN !
GAP
KALAU dihitung jumlah saman yang dikemukakan Anwar terhadap orang-orang tertentu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jumlahnya memang mampu menggegarkan jiwa. Maksud Beruang jumlah saman dan jumlah wang yang dituntut dalam saman tersebut.
Itu sahaja memberikan gambaran
seolah-olah Anwar seorang yang patuh kepada undang-undang dan hanya akan merujuk kepada Mahkamah jika ada pertikaian berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh individu tertentu yang dirasakan mampu mencalarkan imejnya.
Kata kuncinya disitu ialah
patuh kepada undang-undang.
Tapi dalam
soal hadir ke Mahkamah sebagai saksi bagi kes saman membabitkan seorang ahli perniagaan Low Thiam Hoe dan Hong Leong Bank ini, Anwar dilihat
bersungguh-sungguh sangat nak mengelak. Bernama melapurkan peguam bagi pihak plaintif D Paramalingam
mengekori Anwar 2 hari di Parlimen tapi masih gagal untuk menyampaikan saman.
Hari pertama kerana tidak berjumpa, hari kedua sudah berjumpa tapi Anwar enggan menerimanya.
Sedangkan seorang lagi yang turut dinamakan dalam saman tersebut,
Tan Sri Quek Leng Chan telah menerima sapina dan dilapor akan mengemukakan permohonan untuk menolak sapina tersebut.
Kenapa Anwar tidak mengikut jejak langkah yang serupa, itu yang merungsingkan. Dengan sebilangan peguam handal yang ada disekelilingnya, apa susah sangat ke nak menerima sapina dan kemudian kemukakanlah permohonan untuk menolak sapina tersebut di mahkamah.
Hal ini sebenarnya mengingatkan Beruang kepada
sapina yang pernah dikemukakan peguam Anwar terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dalam
kes Anwar meliwat Saiful Bukhari.
Perdana Menteri menerima sapina tersebut tapi kemudiaanya mengemukakan permohonan untuk menolak sapina yang jelas bermotifkan politik itu.
Apa kata Anwar dan penyokongnya masa itu? Najib penakut dan sebagainya kan?
Sekarang Anwar nak terima sapina pun enggan, itu kita nak berikan nama apa yang sesuai? Pengecut, takut, ayam?
Begitu juga halnya dengan
saman RM 100 juta ke atas Datuk Nallakarupan dan Utusan Malaysia, sehingga artikel ini ditulis, masih tidak ada bayang yang writ saman tersebut telah diserah kepada 2 defendan yang dinyatakan pada awalnya.
Macam
mana perbicaraan nak berjalan kalau writ saman tidak diserahkan?
Kenapa tidak diserahkan, takut juga ke?