PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Showing posts with label Pembangunan Luar Bandar. Show all posts
Showing posts with label Pembangunan Luar Bandar. Show all posts

Thursday, December 20, 2012

Mana Janji PAS di Kampung Manek Urai?

Isu pembinaan jalan raya yang menghubungkan Kampung Rancah-Rancah  sepanjang 8 km dan menelan belanja lebih kurang RM 21.5 juta ringgit itu sudah dijelaskan oleh Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan negeri, Datuk Seri Michael Manyin Jawong dalam Utusan Malaysia pada pautan ini.

Kontraktor tersebut telah menjelaskan kepada Menteri Datuk Seri Michael Manyin bahawa keadaan bentuk muka bumi di kawasan tersebut melambatkan pembikinan segera jalan raya di kawasan tersebut.  Nampaknya kontraktor yang begitu teliti ini akan memastikan jalan raya tersebut boleh digunakan dalam tempoh yang lama dan tidak untuk dua tiga tahun sahaja seperti yang kebanyakannya yang berlaku di negeri pembangkang di mana jalan raya mereka cuma elok dipakai dalam tempoh kurang dari 3 tahun sahaja.  

Semoga penduduk di Kampung Rancah Rancah akan terus bersabar.  Apabila siapnya jalan raya di kawasan tersebut maka padang bola yang telah dijanjikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dapat disempurnakan. Beliau juga telah mengumumkan peruntukan sejumlah RM100,000.00 untuk membina padang bola sepak di kampung tersebut disamping meluluskan 10 buah rumah untuk setiap kampung di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin di Kampung Rancah-Rancah dan Tiris.  

Janganlah tertipu oleh PAS yang datang hanya membawa mee maggi.  Lainlah kalau mereka dapat menyumbang sebuah lori hilux untuk setiap rumah sementara menunggu jalan raya siap.  Lihatlah Kelantan yang masih belum mendapat kemajuan.  Kalau dibandingkan memang jelas Kampung Rancah-Rancah lebih maju daripada Kelantan!
Jalan raya di Kampung Manek Urai Lama, Kelantan
Jalan raya di Kampung Rancah-Rancah, Sarawak
Bandingkanlah jalan raya di Kelantan dan Sarawak.  Marilah bersyukur dengan pembangunan yang bakal menyentuh kehidupan kita melalui BN!  PAS hanya menjanjikan Syurga tetapi amalan untuk ke syurga masih tidak dapat ditunaikan!!!
Parti pembangkang semakin terdesak

by Mohd Norhadie Sahari. Utusan Borneo, 17 Disember 2012, Isnin
Gambar Fail: Tinjauan yang dibuat oleh YB Rosey dalam kerja pembuatan jalanraya di Kampung Rancah-Rancah. Turut bersama beliau ialah Pegawai Jabatan Kerja Raya , Kaunselor Sebastian Janting dan Kaunselor Sulaiman Ahmad..
Gambar Fail: Peta jalan raya yang akan dibangunkan kelak
 
PAS manipulasi pemikiran rakyat, kaitkan Kampung Rancah-Rancah masih daif

MIRI: Bimbang tidak mendapat sokongan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), pembangkang ketandusan idea sehingga terdesak mengeluarkan isu-isu tidak relevan untuk meracuni pemikiran rakyat.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata isu terbaru, pihak pembangkang khasnya PAS cuba memanipulasi pemikiran rakyat dengan mengaitkan Kampung Rancah-Rancah masih daif.

“Semua kenyataan mereka yang mengaitkan Kampung Rancah-Rancah Sibuti serba kekurangan adalah satu pembohongan yang nyata dan kemungkinan mereka tidak pernah datang ke situ,” katanya semalam.

Ahmad Lai memberitahu, Kampung Rancah-Rancah telah mengalami perubahan ketara dari segi infrastruktur dan adalah agak mustahil jika mengaitkan kampung itu masih serba kekurangan.

“Jangan mudah tertipu dengan pelbagai kenyataan PAS kerana mereka hanya pandai mengkritik sebaliknya mereka sendiri tiada usaha untuk memperbaiki kehidupan rakyat,” jelasnya.

Beliau memberitahu, kampung tersebut bakal menerima beberapa lagi unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) bagi menambah keperluan penduduk di situ.

Selain itu, kampung itu juga menerima pelbagai lagi kemudahan lain yang lebih selesa seperti kemudahan jalan raya yang baharu sahaja siap diturap.

“Kemungkinan mereka tidak pernah turun padang dan melihat sendiri perkembangan yang berlaku di kampung itu atau usaha yang dilakukan kerajaan memajukan kampung,”katanya.

Kemungkinan juga mereka hanya mendengar cerita daripada pihak ketiga yang belum sahih kebenarannya, seterusnya membuat penilaian bahawa kampung itu mundur,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyangkal sekeras-kerasnya bahawa kampung itu masih di tahap kemunduran sebaliknya ia hanya satu dakwaan tidak berasas daripada parti politik antikerajaan.

Sebelum ini, PAS telah mengeluarkan kenyataan bahawa Kampung Rancah-Rancah masih kekurangan kemudahan termasuk jalan raya, jambatan, sistem perparitan dan sebagainya.

Kerajaan Sarawak Bayar Pampasan Kepada Pemilik Tanah!

Siapa kata kerajaan Sarawak merampas tanah rakyat?  Lihatlah di Sebuyau, kerajaan telah membayar pampasan kepada pemilik tanah yang telah dikenal pasti berdasarkan harga pasaran semasa.  Kerajaan juga berharap tiada individu yang menentang projek pembangunan yang dibawa oleh kerajaan terutama sekali dalam pembikinan jalan raya berturap mahupun melebarkan jalan raya.  Ini kerana jalan tersebut akan digunakan untuk menghubungkan kampung-kampung di luar bandar ke jalan utama.  

Di samping itu, jalan ini juga dapat mempercepatkan lagi jarak perjalanan dan juga meningkatkan ekonomi di kawasan tersebut.   Semoga usaha pembangunan kerajaan BN Sarawak terus dijalankan demi kemajuan penduduk di Sarawak.
Awang Tengah kecam individu suka menentang projek kerajaan

Utusan Borneo 19 Disember 2012, Rabu

SEBUYAU: Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semalam mengecam beberapa individu yang suka menentang projek-projek kerajaan.

Beliau berkata terdapat beberapa kes di mana projek seperti membawa bekalan elektrik ke luar bandar telah ditangguhkan disebabkan bantahan daripada mereka.

Memetik kes, Awang Tengah berkata kerajaan telah mengalami masalah untuk mendirikan tiang elektrik walaupun di rizab jalan di mana terdapat individu menuntutnya, menyebabkan projek ditangguhkan.

“Di sesetengah tempat, projek terpaksa ditangguhkan kerana tentangan daripada sesetengah orang dan ini akan membawa kesan negatif kepada majoriti yang menginginkan pembangunan,” katanya pada majlis penyerahan pampasan tanah bagi Jalan Kelait-Entangor, di sini.

Sehubungan itu, Menteri Pembangunan Perindustrian merangkap Menteri Kemudahan Awam itu berharap agar rakyat memahami secara mendalam tujuan kerajaan mengambil tanah.

“Apabila kerajaan membeli tanah, ia adalah untuk tujuan pembangunan bagi faedah rakyat dan apabila kerajaan mengambil tanah, ia adalah berasaskan undang-undang,” jelasnya.

Memberikan contoh pembinaan jalan, beliau berkata ia akan memberi peluang kepada pemilik tanah untuk membangunkan tanah masing-masing bagi tujuan pertanian serta meningkatkan nilai tanah tersebut.

Sementara itu, seramai 118 pemilik tanah yang terjejas oleh pembinaan jalan telah dibayar pampasan berjumlah RM176, 676.

Upacara turut merangkumi pembayaran pampasan kepada 34 pemilik tanah dengan nilai RM147,191 dan pemberian surat hak milik tanah kepada seramai 19 orang yang terjejas oleh projek Bandar Baharu Sebuyau.

Awang Tengah menjelaskan, pampasan tersebut adalah dibayar berdasarkan harga pasaran semasa.

Turut hadir ialah Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Julaihi Narawi, ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo, Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Samarahan Rozlan Putit, Pegawai Daerah Simunjan Zainul Abidin Hussain dan Pegawai Pentadbiran Daerah Kecil Sebuyau Abdul Rahman Brahim.

Baca Blog Dalam Facebook Anda