PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Showing posts with label Armada Pemuda PBB. Show all posts
Showing posts with label Armada Pemuda PBB. Show all posts

Monday, September 10, 2012

Hapuskan Duri Dalam Daging Parti Komponen!!!


Sememamgnya usaha untuk mengenakan tindakan disiplin ke atas mana-mana orang dalam parti yang cuba menggulingkan calon BN memang patut disambut baik oleh setiap parti komponen BN.

Duri dalam daging ini sepatutnya digugurkan keahlian lebih-lebih lagi sekiranya mereka ini adalah EXCO atau Majlis Tertinggi Parti yang cuba melonjakkan kerjaya politik dengan cara yang tidak sesuai.

Tidak dinafikan bahawa hal ini sering berlaku sewaktu musim pilihan raya dan calon syok sendiri atau pengganti penyandang akan kelihatan untuk menabur fitnah memburukkan penyandang agar sokongan mereka bertambah kuat! Gula-gula 'sebab' juga akan ditaburkan untuk meraih sokongan ahli yang 'mata duitan' di mana kesetiaan boleh 'dipinjam' walau pun tidak dapat dijual beli!!!

Mereka inilah yang akan merosakkan parti dengan rasuah apabila menjadi wakil rakyat kelak!

Seharusnya usaha untuk menghancurkan golongan yang mengamalkan rasuah ini dikekang seawal mungkin demi kebaikan dan kesejahteraan parti BN!!!

Tindakan singkir ahli khianat wajar diikuti parti komponen BN
Utusan Borneo 10 September 2012, Isnin

MUAR: Tindakan UMNO menyingkir mana-mana pemimpin atau anggota yang melakukan sabotaj dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang wajar diikuti oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata kesemua parti komponen BN tidak harus memandang remeh perbuatan tersebut dan membiarkan sahaja pihak yang berkenaan merasakan mereka terlepas.

“Sepatutnya mereka ambil langkah yang serupa untuk memelihara kedudukan parti kerana setiap calon itu bertanding bukan atas tiket parti tetapi tiket BN.

“Kita tahu dalam BN ada 13 buah parti, sepatutnya di mana kawasan sekalipun didapati ada anggota parti yang dianggap mensabotaj parti dan jika ada bukti perlakuan buruk itu dilakukan, maka wajar parti itu ambil tindakan disiplin termasuk memecat mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di sini semalam. Turut hadir isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mahukan tindakan menyingkir anggota yang melakukan sabotaj terhadap calon parti diperluaskan kepada parti kompenen lain dan bukan melibatkan Umno sahaja.

Kenyataan itu susulan amaran keras Timbalan Perdana Menteri kelmarin yang menyebut UMNO akan menyingkirkan mana-mana anggota atau parti yang mensabotaj parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, kenyataan Hishammuddin itu merupakan satu pandangan yang baik dan wajar dipertimbangkan oleh parti komponen BN.

“Tidak semestinya menang, mereka yang sabotaj itu terlepas. Ada kawasan sabotaj kita menang, tetapi hakikatnya ia tidak sepatutnya dilakukan atas prinsip ketaatan dan kesetiaan kepada parti,” katanya.

Ditanya mengapa tindakan itu tidak dilakukan oleh BN sebaliknya diserahkan kepada parti masing-masing, beliau berkata, ini kerana setiap parti mempunyai perlembagaannya yang tersendiri dan anggota-anggotanya tertakhluk di bawah perlembaagaan parti berkenaan.

“Itu sudah cukup kerana dalam perlembagaan (parti) ada ahli parti berkenaan, maka parti itu mempunyai bidang kuasa untuk bertindak jika ahli melanggar disiplin, kesannya serupa,” katanya.

Dalam ucapan perasmiannya sebelum itu, Muhyiddin mengingatkan anggota Umno, bahawa senario politik pada masa kini tidak lagi sama seperti dahulu.

Katanya orang Melayu kini juga berpecah dan tidak tentu hala tujuan gara-gara perbezaan ideologi yang disebarkan oleh pembangkang yang begitu ghairah hendak mengambil alih pemerintahan negara.

Sehubungan itu, katanya perubahan perlu dilakukan oleh anggota UMNO bagi menjamin parti itu terus releven dan kekal sebagai parti yang menyatukan dan membela nasib orang Melayu. — Bernama

Sunday, August 5, 2012

Hapus PTPTN Adalah Retorik Pembangkang

Pembangkang yang cuba menghapuskan PTPTN hanya janji palsu.  PTPTN hanya perlu dibayar balik sekiranya mendapat CGPA di bawah 3.7.  Sekiranya mahasiswa dan mahasiswi menyedari hal ini maka PTPTN adalah percuma dan terus menjadi biasiswa.

Tanpa PTPTN mungkin beban untuk menyara keluarga dan juga menghantar anak ke menara gading menjadi bertambah berat!  Namun inilah kelebihannya kerajaan mengadakan PTPTN suatu masa dahulu!  Semoga rakyat Malaysia yang waras tidak mudah ditipu oleh gimick politik pembangkang seperti Anwar Ibrahim!

Bagi mahasiswa yang meminjam daripada PTPTN, ingatlah untuk mengekalkan CGPA diatas 3.7 maka andalah orang yang paling cerdik!!!
Impian hapus PTPTN hanya retorik

by Wan Ali Amit Posted on August 5, 2012, Sunday

Hasrat PR beri bantuan pendidikan percuma hanya janji manis mereka

KOTA SAMARAHAN: Impian Pakatan Rakyat (PR) menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) jika mereka memerintah hanyalah retorik politik semata-mata.

Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Belia Abdul Karim Rahman Hamzah berkata PTPTN yang diwujudkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah untuk membantu pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

“Kita tahu bahawa rakyat negara ini amat memerlukan bantuan kewangan terutamanya kalangan mereka kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran anak-anak ke peringkat lebih tinggi.

“Justeru, kerajaan BN amat prihatin untuk membantu meringankan beban rakyat dengan menyediakan bantuan kewangan (PTPTN),” katanya berucap pada Majlis Penyampaian Waran Pendahuluan Pendidikan (WPP) dan Bantuan Komputer Riba 1Malaysia di Dewan Suarah Kota Samarahan, di sini semalam.

Abdul Karim berkata, janji pembangkang menghapuskan PTPTN dan memberi bantuan pendidikan percuma kepada rakyat hanya janji manis mereka sahaja.

Katanya, PTPTN merupakan mekanisme kerajaan dalam pembangunan modal insan untuk merealisasikan impian pendidikan yang lebih cemerlang kepada rakyat.

“Kita harus berbangga dengan bantuan kewangan yang disediakan kerajaan untuk membantu anak-anak mencapai pendidikan yang lebih baik,” katanya.

Seramai 225 orang pelajar dari Bahagian Samarahan telah layak menerima pinjaman pendidikan itu dengan permulaan RM1,500 seorang.

Hadir sama Pegawai Daerah Samarahan Mohd Aini Abdul Wahab dan Penolong Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM) Mohd Daniel Jamali.

Pada majlis sama, Abdul Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya menyampaikan Komputer Riba 1Malaysia kepada pelajar-pelajar terbabit.

Sejumlah 4,635 unit Komputer 1Malaysia telah diperuntukkan di bawah Parlimen Kota Samarahan dan sebanyak 2,317 unit telah diagihkan.

Abdul Karim menarik perhatian pengagihan komputer itu adalah untuk mengurangkan jurang digital di antara penduduk bandar dan luar bandar.

Justeru, katanya, dengan adanya komputer itu maka dapat meningkatkan kadar penembusan jalur lebar terutamanya di kawasan luar bandar.

“Saya percaya selain meningkatkan kadar penggunaan ICT di kalangan penduduk luar bandar, program itu juga dapat meningkatkan kadar celik komputer,” katanya.

Monday, July 9, 2012

Gambar Sekitar Majlis Makan Tahun Perdana 2012

BEKENU - Hampir 2000 orang hadir bersama untuk Pemimpin Bersama Rakyat sempena Majlis Makan Tahun Perdana 2012 anjuran Persatuan Kedayan Sibuti yang berlangsung di Kampung Kejapil, Lambir.  Tahniah kepada semua jentera terutama sekali JKKK Kampung Kejapil, Biro Wanita, Belia, Ketua-ketua Masyarakat dan Armada Pemuda PBB.  Upacara dirasmikan oleh Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.  Turut hadir adalah Ahli Parlimen Sibuti, YB Haji Ahmad Lai, ADUN Bekenu, YB Rosey dan ADUN Lambir, YB Ripin Lamat.


Berikut adalah gambar-gambar suasana Pemimpin Bersama Rakyat Sempena Majlis Makan Tahun Perdana 2012.












Wednesday, May 9, 2012

Pemuda PBB Bantah Aljuburi Ke Sarawak?!?!

Pemuda Zon Tengah bersama NGO tempatan telah mengadakan bantah aman ke atas kehadiran Ketua Pembangkang di Sarawak.  Tujuan protes ini diadakan adalah untuk mencadangkan kepada kerajaan Negeri Sarawak agar tidak membenarkan Anwar memasuki Sarawak lagi pada masa akan datang!!?  Ini berikutan Anwar yang telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia sanggup menjadi kuda DAP dan menjadi dalang semasa rusuhan di perhimpunan Bersih 3 pada bulan lepas!!?


Semoga bantahan Pemuda PBB beserta NGO ini sampai ke pihak atasan agar tidak membenarkan Anwar untuk memasuki Sarawak lagi?!?!


Utusan Borneo, ' Pemuda PBB Bantah  Kehadiran Anwar di Sarawak', theborneopost.com. 9 Mei 2012, http://www.theborneopost.com/2012/05/09/pemuda-pbb-bantah-kehadiran-anwar-di-sarawak/ di capai pada 9 Mei 2012

Posted from my iPad

Monday, May 7, 2012

Fadillah Memastikan Pemuda Mengundi BN?!?!



Pemuda PBB diminta berganding bahu untuk memastikan kemenangan selesa bagi BN menjelang PRU13?!? Datuk Fadillah memiliki tanggungjawab yang berat kali ini untuk menyerahkan undi Pemuda kepada wakil rakyat BN?!? Datuk Fadillah bukan sahaja Ketua Pemuda PBB tetapi juga menyandang tugas sebagai Ketua Pemuda BN Sarawak?!?!


Armada Pemuda ini adalah salah satu platform untuk mendekatkan Pemuda kepada kerajaan BN?!?! Di samping itu juga, ia menjadi platform untuk golongan belia menyuarakan hasrat mereka samada gembira atau tidak berpuas hati dengan pembangunan di kawasan mereka?!? Ini untuk memastikan suara mereka sentiasa didengar walaupun di peringkat akar umbi lagi?!?!


Sibuti kini melihatkan pengundi belia membentuk 45% daripada jumlah keseluruhan di Bekenu dan Lambir?!? Golongan ini hendaklah diberi suara agar mereka akan lebih mesra kerajaan!?!? Semoga Golongan belia dan Pemuda mendapat manfaat daripada Armada Pemuda ini?!?!


Utusan Borneo, 'Pemuda PBB diminta aktif turun padang demi tambah sokongan terhadap BN'. theborneopost.com, 7 Mei 2012, http://www.theborneopost.com/2012/05/07/pemuda-pbb-diminta-aktif-turun-padang-demi-tambah-sokongan-terhadap-bn/ dicapai pada 7 Mei 2012.

Baca Blog Dalam Facebook Anda