PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts
Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts
Monday, April 29, 2013
[Gambar] Meriam BN Tembak Poster PAS di #P218 Sibuti
Monday, April 29, 2013
Ahmad Lai, Barisan Nasional, BN, P218, PAS, PBB, Perang Saraf Gerak Saraf, Sibuti
No comments
Friday, April 26, 2013
Pembangkang Sering Berhujah Tanpa Fakta? #tolakPR #PRU13
Friday, April 26, 2013
Ahmad Husni, Anwar Ibrahim, Barisan Nasional, BN, Bongkar, Najib Razak, Pakatan Haram, PAS, PKR, PRU13, Tipu
No comments
Keyakinan pelabur asing terhadap pihak pembangkang sangat tipis kerana mereka sering mengemukakan propaganda ekonomi tanpa fakta.
Pemimpin pembangkang sering memburukkan pengurusan ekonomi negara tetapi sebaliknya indikator negara menunjukkan peningkatan ekonomi mampan walaupun dalam menghadapi krisis ekonomi global.
Ini menunjukkan pihak pembangkang tidak pernah membuat penyelidikan terlebih dahulu tetapi bertindak tanpa fakta yang sahih.
Semoga rakyat sedar bahawa mereka tidak akan ditipu lagi dan kembalikan mandat kepada BN demi pentadbiran ekonomi yang cekap!
Pelabur lari jejas ekonomi
2013/04/26 - 06:28:01 AM Oleh Shamsul Kamal Amarudin BHarian Online
Ipoh: Pelabur luar dijangka cabut lari sehingga mengakibatkan ekonomi negara merudum, jika pembangkang berpeluang menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), pada 5 Mei ini.
Propaganda ekonomi
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata tindakan pembangkang sering mengemukakan propaganda ekonomi tanpa fakta menyebabkan keyakinan pelabur terhadap mereka terhakis.
Mereka (pemimpin pembangkang) pergi ke luar negara mendakwa banyak berlaku rasuah dalam negara tetapi pelabur melihat ekonomi Malaysia diurus dengan baik dan pertumbuhan ekonomi mapan walaupun krisis ekonomi global sekarang.
Ini menunjukkan mereka sengaja keluar kenyataan tanpa fakta, tidak melakukan kerja rumah. Pelabur luar tidak suka seperti itu kerana mereka mahukan fakta, katanya selepas merasmikan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yuk Choi, di sini, semalam.
Ahmad Husni berkata, sehingga kini, pelabur menunjukkan keyakinan tinggi terhadap transformasi ekonomi menerusi kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan berasa ragu dengan pelan ekonomi pembangkang.
Dorongan semangat
Terdahulu, dalam ucapannya, beliau menceritakan seorang rakannya, yang sering mendapat kedudukan lima tercorot dalam peperiksaan sejak darjah satu hingga tingkatan lima, memberi kejutan dengan mencatatkan keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.
Beliau berkata, keajaiban itu berlaku selepas rakannya itu yang sering pitam setiap kali melihat darah, diberitahu satu daripada cara mengubati fobia ialah dengan menjadi doktor.
- Posted using BlogPress from my New iPad
Tuesday, April 16, 2013
Ahmad Lai Kekal Mempertahankan Kerusi Sibuti #PRU13 #1Malaysia #SokongNajib #UndiBN @NajibRazak @bujangsenangBN @unreportednews1 @mudatengah @audie61
Beberapa minit yang lalu YAB Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan secara rasmi bahawa Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang tetap mempertahankan kubu kuat BN di Sibuti.
Tahniah kepada Tuan Haji Ahmad Lai kerana diberi kepercayaan oleh kepimpinan tertinggi Barisan Nasional untuk berjuang pada PRU13!
Semoga Sibuti terus membangun bersama Barisan Nasional!!!

Wednesday, February 27, 2013
Ahmad Lai Cadang Kaji Keselamtan Pengguna Jalan di Kawasan Suai, Bekenu.
Wednesday, February 27, 2013
Ahli Parlimen Sarawak, Ahmad Lai, Barisan Nasional, Bekenu, BN, BN Pilihan Orang Muda, BN Prihatin, Miri, PBB, Pesaka Bumiputera Bersatu, PRU13, Sarawak, Sibuti
No comments
Selagi canang belum dipalu, selagi gendang perang belum dikeluarkan, selagi itulah Ahli Parlimen P.218 Sibuti bekerja tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk membangunkan kawasan Sibuti.
Baru-baru ini Ahli Parlimen Sibuti, yang prihatin dengan keselamatan pengguna jalan raya di sekitar kawasan Suai, telah mencadangkan agar satu kajian dijalankan untuk memastikan hubungkait kemalangan yang kerap berlaku di kawasan jalan yang beralun terutama di jalan persisir pantai yang menghubungkan Miri dengan Bekenu.
Cadangan ini disambut baik oleh Pengerusi Tuai Rumah Kawasan Suai, Niah yang berharap agar kajian ini dapat dilakukan dengan segera untuk manfaat pengguna jalan raya di sekitar kawasan Suai khususnya.
Inilah dedikasi Ahli Parlimen BN yang sentiasa memastikan rakyat Sarawak akan terus membangun dan juga sihat serta selamat sentiasa dalam arus trasnformasi kerajaan.
Cadangan kaji jalan beralun disokong
by Rosemaria Buma.
PERLU DINAIK TARAF: Keadaan jalan hulu Suai yang perlu dinaik taraf dengan segera.
MIRI (27 Feb 2013) Utusan Borneo: Penduduk di kawasan Suai, Niah menyambut baik cadangan Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang agar satu kajian dilakukan oleh pihak berkuasa berhubung masalah jalan raya beralun yang merupakan salah satu punca sering berlaku kemalangan di jalan pesisir pantai antara Miri dan Bekenu.
Pengerusi Persatuan Tuai Rumah Kawasan Suai, Niah, Tuai Rumah Boniface Bada Enjah yang mewakili penduduk di kawasan Suai memberitahu mereka amat mengalu-alukan cadangan itu dan berharap kajian dapat dilakukan dengan segera bagi mengatasi masalah tersebut.
Katanya memang diakui keadaan permukaan jalan raya beralun di beberapa lokasi di jalan pesisir pantai antara Miri dan Bekenu menimbulkan masalah kepada para pengguna jalan raya terutama penduduk kampung di kawasan Bekenu hingga Suai yang sering berulang-alik melalui jalan berkenaan setiap hari.
“Justeru, kami berharap kajian dan tindakan sewajarnya dapat dilakukan oleh pihak berkuasa dengan segera bagi mengatasi masalah tersebut yang boleh menyumbang kepada lebih banyak kes kemalangan jalan raya berlaku di jalan tersebut,” katanya.
Beliau memberitahu demikian kepada Utusan Borneo sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen terbabit yang disiarkan dalam laporan akhbar minggu lalu.
Dalam laporan itu, Ahmad Lai memberitahu bahawa masalah jalan beralun di jalan pesisir pantai antara Miri-Bekenu telah dimajukan kepada pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Jabatan Kerja Raya untuk dikaji dan dianalisis.
Pada masa sama, Boniface berharap kerajaan tidak melupakan beberapa jalan di kawasan luar bandar seperti jalan-jalan kampung termasuk jalan kampung hulu Suai, Niah.
Katanya jalan kampung hulu Suai, Niah yang sepanjang 25km dari Kampung Iran hingga ke Rumah Goyang telah dibina pada 1999.
Menurut beliau, jalan tanah merah ini yang hanya ditabur batu kasar merupakan laluan utama untuk para penduduk dari 11 rumah panjang dan dua kampung yang terdapat di kawasan terbabit.
“Kami amat berharap kerajaan dapat menaik taraf jalan Hulu Suai ini dengan segera memandangkan keadaan jalan berkenaan yang semakin teruk dan berlubang.
“Apabila hujan turun, ia menjadi semakin berlumpur dan bila panas, sangat berdebu hingga menjejaskan pandangan,” katanya.
Selain itu, ia juga merupakan laluan utama untuk para penduduk membawa keluar hasil tuaian buah tandan segar kelapa sawit dengan purata bulanan seberat 1,000 tan metrik.
Rumah panjang terbabit terdiri daripada Rumah Gerang, Rumah Libau, Rumah Senit, Rumah Ngadang, Rumah Siang, Rumah Ansang, Rumah Tarang, Rumah Gansor, Rumah Junit, Rumah Hassan dan Rumah Freddy serta dua kampung iaitu Kampung Baru Suai serta Kampung Tegageng.
Manakala tiga sekolah terbabit adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sebatok, SK Kampung Tegageng dan SK Rumah Goyang serta Klinik Kesihatan Kampung Tegageng.
- Posted using BlogPress from my New iPad
Monday, February 25, 2013
Nik Aziz Nyanyuk Gelar Penerima BR1M2 Sebagai Haiwan!!
Monday, February 25, 2013
Barisan Nasional, BR1M2, Najib Razak, Najib Razak Lawat Sarawak Feb 2013, Nik Aziz, Nik Aziz Gelar penerima BR1M haiwan, Nyanyuk, UMNO
No comments
Nik Aziz sememangnya tidak membaca beria lain selain daripada Haramkah mereka. Manalah orang tua tu tahu di Singapura pun rakyat dibela seperti di Indonesia dan juga Australia. Tapi lihatlah kadar cukai yang dikenakan ke atas mereka?
Rakyat Malaysia seharusnya berasa bangga kerana cukai yang dikenakan tidak setinggi negara-negara seperti Singapura dan juga Australia. Tetapi Nik Aziz tidak tahu mengenai semua itu kerana otak beliau semakin kusut akibat dihasut oleh DAP. Bukan itu sahaja, apabila Hadi Awang ingin mengangkat Ku Li sebagai pengganti Anwar Ibrahim dan bukan menantu beliau menyebabkan beliau kecewa. Mungkin inilah kerjaya politik terakhir Nik Aziz kerana Kelantan bakal diTukar dengan Barisan Nasional!!
![]() |
| Nik Aziz bagi lembu makan sewaktu PRK Galas |
Kenyataan Nik Aziz Menghina Rakyat - Najib
KUCHING, 22 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan penerima bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan haiwan, sebagai menghina rakyat dan amat keterlaluan.
Beliau turut mempersoal kenyataan itu yang tidak konsisten memandangkan pakatan pembangkang terutamanya di Selangor turut menjanjikan beberapa perkara yang bersifat kewangan.
"Apa beza dengan janji dia (pakatan pembangkang) di Selangor. Elaun untuk ibu tunggal, bayaran elaun anak ke tadika, janji air percuma...itu kan pemberian kewangan juga? Apa beza dengan BR1M? Jadi takkanlah Nik Aziz nak kutuk bila kita buat dan bila pakatan buat dia tak kata apa-apa?.
"Itu pendirian tidak konsisten kalau itu (BR1M) dikira amalan tidak baik dan disama dengan haiwan...kenapa dia tak kata apa-apa bila pakatan janji...janji itu pula tidak ditunaikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan khas dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak dan Majlis Tertinggi komponen parti BN negeri di sini Jumaat.
Najib mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS itu yang menyamakan usaha murni kerajaan memberi pelbagai bantuan kepada rakyat seolah-olah memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu.
Mengulas lanjut, Najib berkata amalan memberi bantuan kepada rakyat sudah lama dilaksanakan kerajaan secara subsidi tidak langsung, manakala BR1M bersifat lebih fokus kepada kumpulan sasaran.
"Setiap tahun kerajaan belanja lebih kurang RM30 bilion untuk subsidi, kita beri dalam bentuk subsidi secara tidak langsung ...orang tak layak seperti orang kaya pun terima dan berlakunya ketirisan seperti penyeludupan serta penjualan diesel di luar sempadan dan sebagainya.
"Jadi kita pilih beri subsidi diesel secara lebih fokus lagi, dan cara lebih fokus ini termasuk BR1M di mana kita tentukan mereka betul-betul layak mengikut tafsiran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), hanya mereka akan terima bantuan kewangan," katanya.
Beliau berkata kerajaan melihat BR1M bukan sahaja bantuan kepada rakyat, tetapi turut akan mempergiatkan kegiatan ekonomi di sesebuah kawasan.
"Bantuan kewangan ini akan cetus kegiatan ekonomi di kawasan tempatan, ia beri pekedai serta peruncit manfaat dan rakyat (penerima) sendiri punya kuasa untuk tentukan cara untuk belanjakan duit itu.
"Jadi ini tidak ada bezanya dengan amalan di sesetengah negara lain seperti Singapura di mana mereka kreditkan kepada akaun CPF untuk bantu rakyat, di Indonesia pun ada juga pemberian secara langsung kepada rakyat," katanya.
Saturday, February 2, 2013
Ahli Parlimen Sibuti Tidak Gentar Dengan Gimik Politik Pacak Bendera Pembangkang!!
Saturday, February 02, 2013
Ahmad Lai, Barisan Nasional, BN Sarawak, Jentera PRU13, Pacak Bendera, PBB, PRU13, Sibuti, Strategi PRU13
No comments
Kalau setakat hendak pacak bendera bukti pembangkang kuat sila hayati sekali lagi. Lihatlah bagaimana Ahli Parlimen Sibuti berkhidmat di kawasan beliau. Sekiranya tiada mesyuarat di Parlimen, beliau akan memantau projek pembangunan yang dijalankan di sekitar Sibuti.
Inilah tandanya BN sentiasa berkerja keras demi pembangunan rakyat khususnya di Sibuti. Siapa sangka seorang YB akan turun padang bagi memastikan pemasangan jambatan dilakukan dengan teliti agar tiada berlaku sebarang kekecewaan di hati rakyat setelah projek diserahkan oleh kontraktor kelak.
Bendera parti lawan dipacak di tepi jalan hanya gimik politik
Utusan Borneo
MIRI (31 Jan) : Bendera parti lawan yang dipacakkan di tepi-tepi jalan hanya gimik politik dan tidak lebih daripada itu.
Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata, perkara berkenaan memang lumrah apabila tiba musim pilihan raya atau ketika tarikh pilihan raya sudah dekat.
“Perkara begitu (bendera parti lawan dipacak) hanya terjadi ketika menjelang pilihan raya sahaja,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.
Menurutnya, parti lawan bukannya seperti jentera kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa bekerja tanpa mengira musim pilihan raya atau tidak.
“Kami (BN) sentiasa bekerja untuk rakyat, bukan bermusim seperti pihak lawan,” jelas beliau lagi.
Katanya kerajaan juga tidak menjalankan sesuatu program atau projek hanya kerana perkara tersebut telah ditegur parti lawan.
Sebaliknya, semua program serta projek telah dirancang terlebih dahulu dan dilaksanakan mengikut perancangan teliti.
“Semua program atau projek sudah dirancang awal sebelum dilaksanakan… bukan dilaksanakan setelah ditegur mana-mana pihak,” ujarnya.
Apa yang paling utama, segala perancangan akan dilaksanakan secara berterusan serta mempunyai kesinambungan pada masa depan.
“Sebab itulah rakyat harus lihat dan fikir betul-betul apa yang kerajaan BN sudah buat, jangan tutup sebelah mata sahaja,” gesanya.
Tuesday, October 16, 2012
Penan Murum Dihasut NGO Yang Tidak Bertanggungjawab!
Tuesday, October 16, 2012
Awang Tengah, Baram, Barisan Nasional, Empangan Murum, NGO, PBB, Penan, Sarawak
No comments
Menurut
Awang Tengah projek Empangan Murum sudah diumumkan sejak beberapa tahun
lepas. Kenapa baru sekarang kaum Penan di Murum ini bangkit
bertindak. Kenapa wujud segelintir NGO yang tidak bertanggungjawab
untuk menghasut kaum Penan ini agar menyekat pembangunan yang dibawa
oleh kerajaan?
Kaum
Penan yang terjejas sudah dijanjikan pampasan yang setimpal yang
terdiri daripada tanah, rumah dan juga bantuan daripada jabatan
pertanian untuk mengusahakan tanah yang diberikan oleh kerajaan. Mereka
hendaklah bersyukur dan berusaha untuk memajukan tanah dan keluarga
mereka dengan kemudahan yang telah disediakan!
Janganlah
menjadi seperti perumpamaan dibuang tangga berayun kaki! Ternyata
kebanyakan NGO ini merupakan topeng kepada parti pembangkang yang cuba
menghasut rakyat! Mereka akan menanam rasa benci terhadap pembangunan
yang dibawa oleh kerajaan. Ingat lagi kepada penduduk flat yang dihasut
oleh Nurul Izzah? Akhirnya mereka ini kerugian akibat tamak dan
terlalu mendengar janji dan harapan palsu yang dibawa oleh Nurul Izzah
iaitu Puteri Keadilan eh silap Pencacai Keadilan!!!
Penan dipercayai dihasut agar bantah Empangan Murum
Utusan Borneo 16 Oktober 2012, Selasa
KUCHING: Tindakan masyarakat Penan yang terlibat dengan sekatan di Empangan Murum dipercayai disebabkan mereka terpedaya dengan hasutan pihak tertentu, kata Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Beliau berkata, tiada alasan kukuh untuk masyarakat Penan membantah projek tersebut kerana kerajaan sudah menyediakan penempatan kepada penduduk terjejas.
“Mereka mendakwa tidak dibawa berunding mengenai tapak penempatan, ini sebenarnya tidak betul.
“Kita ada berjumpa mereka dan mengadakan dialog dengan mereka. Kita memilik tapak berdasarkan kehendak mereka,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Awang Tengah yang juga Menteri Kemudahan Awam dan Menteri Pembangunan Perindustrian menjelaskan, pihak berkuasa mengadakan banyak dialog bersama masyarakat Penan sebelum meluluskan tapak penempatan.
“Untuk mengatakan mereka tidak dibawa berunding adalah tidak benar,” ujarnya.
Menurutnya, kadangkala masyarakat dipergunakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan atau antarabangsa.
“Projek Empangan Murum sudah diumumkan beberapa tahun lepas dan kenapa sekarang baharu mereka hendak menyekat?
“Ini jelas menunjukkan mereka dipergunakan NGO yang tidak bertanggungjawab,” jelasnya.
Friday, October 12, 2012
[Gambar] Sekitar Ketibaan TPM ke Sarawak
Friday, October 12, 2012
Abang Johari, Abdullah Haji Saidol, Ahmad Lai, Barisan Nasional, Gambar, Lapangan Terbang Miri, Miri, Muhyiddin Yasin, PBB, PRU13, Ripin Lamat, Sarawak, Sibuti, Timbalan Perdana Menteri
No comments
Alhamdulillah TPM sudah selamat sampai ke Sarawak pada pukul 9:45 pagi tadi di Lapangan Terbng Miri semalam. Ketibaan beliau disambut oleh Ahli Parlimen Sibuti YB Ahmad Lai.
Turut hadir adalah YB Datuk Amar Abang Johari, YB Abdullah Saidol, YB Ripin Lamat dan YBhg Datuk Sebastian Ting. Sambutan agak meriah di mana seramai 300 orang kenamaan dan ketua kaum di sekitar Sibuti dan Miri turut hadir untuk menyambut ketibaan TPM dengan penuh seri.
TPM kemudiannya meneruskan perjalanan ke Limbang untuk bersama rakyat Limbang. Beliau akan hadir ke Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Pantai Bungai, Sibuti.
Majlis bersurai untuk meneruskan perjalanan ke Pantai Bungai untuk menyambut ketibaan TPM pada tengah hari kelak. Semoga Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Pantai Bungai akan berjalan dengan lancar.









- Posted using BlogPress from my New iPad
Tuesday, September 11, 2012
Kerajaan Prihatin Kepada Rakyat Terutama Yang Berpendapatan Rendah
Tuesday, September 11, 2012
Ahmad Lai, Barisan Nasional, BN, Calon PRU13, Ekonomi, Hari Kemerdekaan, Hari Malaysia, Ketua Menteri Sarawak, Parlimen, PBB, Peter Chin, PRU13, Sarawak, Sebastian Ting, Sibuti, SUPP
No comments
Kerajaan telah merancang pelbagai inisiatif untuk meingankan beban rakyat dalam usaha untuk mengurangkan inflasi ini.
Inisiatif yang dirancang bukan sahaja untuk jangka pendek malah turut dirancang untuk tempoh jangka panjang demi mengurangkan lagi beban rakyat.
Untuk itu, rakyat diharap bersabar demi menempuhi cabaran dalam keadaan inflasi dunia yang rumit ini. Kerajaan sentiasa mendahulukan rakyat dalam setiap perjuangan demi memastikan hari esok adalah lebih baik daripada kelmarin!
Sama-samalah kita berdoa dan berjuang untuk mengembalikan kestabilan negara baik dari segi ekonomi dan juga politik. Jauhkanlah diri daripada politik jalanan yang bukannya budaya kita.
Kerajaan sentiasa cari inisiatif ringankan beban rakyat
Utusan Borneo 11 September 2012, Selasa
RINGANKAN BEBAN: Sebastian Ting (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang kakitangan RTM Miri yang menjadi mangsa kebakaran baru-baru ini.
MIRI: Kerajaan sentiasa mencari inisiatif untuk meringankan beban rakyat berikutan kos sara hidup semakin meningkat dengan memperkenalkan beberapa pelan induk untuk mengurangkan inflasi.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin berkata, kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif untuk membantu meringankan beban kumpulan sasar.
“Antaranya inisiatif Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Program Teksi Rakyat 1Malaysia dan pelbagai lagi untuk meringankan beban rakyat,” katanya.
Teks ucapan beliau yang juga Ahli Parlimen Miri disampaikan oleh Setiausaha Politiknya Datuk Sebastian Ting pada Majlis Ramah-tamah Aidilfitri Radio Televisyen Malaysia (RTM) Miri kelmarin.
Beliau memberitahu, inisiatif yang dirancang untuk jangka masa pendek dan panjang itu membuktikan bahawa kerajaan cukup prihatin dengan keperluan rakyat terutama yang berpendapatan rendah.
“Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mendahulukan kepentingan rakyat dan semua janji yang diuar-uarkan kepada rakyat selama ini telahpun ditunai,” jelasnya.
Pada masa sama, beliau turut menyarankan kakitangan kerajaan khasnya warga RTM supaya terus melaksanakan tanggungjawabnya dalam memberikan perkhidmatan terbaik ketika bertugas.
“Perdana Menteri sendiri menegaskan kepentingan Cepat, Tepat dan Integriti (CTI) dan Produktiviti, Kreativiti dan Inovasi (PCI) bagi mewujudkan sesebuah organisasi yang cemerlang.
Selaras dengan dasar itu, kakitangan RTM perlu mengorak langkah untuk melaksanakan tugas agar lebih cekap, efisien dan sentiasa meningkatkan prestasi kerja ke tahap lebih maksimum,” jelasnya.
Menurutnya, keterbukaan kerajaan dalam media elektronik dan cetak termasuk laman blog, Twitter dan Facebook memberi peluang kepada rakyat untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan yang disediakan.
“Adalah penting untuk kita melaksanakan perkhidmatan sebaik mungkin dan harus sejajar dengan piagam pelanggan yang menjanjikan komitmen dari aspek kualiti penyampaian berita dan informasi yang cepat, tepat dan berintegriti,” katanya.
Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Timbalan Residen Miri Abdul Aziz Yusuf, Pemangku Pengarah Jabatan Penyiaran Sarawak Fee Lin Chiew dan Pengurus Stesen RTM Miri Ramli Junaidi.
Majlis anjuran Jawatankuasa Kebajikan Kakitangan Islam RTM Miri (JBKKIS) itu turut diserikan dengan persembahan koir oleh kakitangan RTM Miri selain penyampaian sumbangan dan duit raya kepada anak-anak kakitangan RTM.
- Posted using BlogPress from my New iPad
Monday, August 20, 2012
Pembangkang Kehabisan Modal di Sarawak?
Monday, August 20, 2012
Barisan Nasional, BN Prihatin, Isu Royalti Minyak Sarawak, Ketua Menteri Sarawak, PBB, Sarawak, Taib Mahmud
No comments
Pembangkang menjadi cemburu apabila Taib mengumumkan perhubungan yang baik terjalin antara kerajaan pusat dan negeri Sarawak.
Ini juga menjadi salah satu faktor untuk membincangkan semakan royalti minyak dengan kerajaan pusat!
Dulu semasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dan TPM, Ketua Menteri cuba membincangkan isu ini namun Anwar sendiri mengatakan tiada perbincangan langsung untuk royalti minyak!!
Namun pihak pembangkang sentiasa meletakkan isu royalti ini sebagai manifesto mereka tetapi kini tidak boleh lagi dan mereka mulai cemburu!
Sudahlah janji auta mereka terbongkar malah isu untuk kempen PRU13 kini tiada lagi dalam buku jingay apabila kerajaan pusat pula mengambil inisiatif untuk mengadakan kajian semakan royalti minyak pada kali ini!
Sarawak akan bincang semakan royalti minyak dengan kerajaan pusat: Taib
KUCHING: Kerajaan negeri akan berbincang dengan kerajaan pusat mengenai keperluan untuk menyemak semula kadar semasa lima peratus royalti petroleum yang dibayar kepada Sarawak berdasarkan hubungan rapat sedia ada antara kedua-dua pihak, kata Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Sambil bersetuju bahawa pemimpin negeri daripada pihak kerajaan dan pembangkang di negeri itu mencapai kesepakatan berhubung isu itu, beliau berkata kedua-dua pihak perlu duduk berbincang mengenainya.
Katanya, ini lebih-lebih lagi susulan pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Razak baru-baru ini bahawa jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
"Perkara ini akan dibincangkan dengan kerajaan pusat berdasarkan hubungan baik saya dengan perdana menteri," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Hari Raya beliau di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) di sini.
Awal bulan ini, Najib mengumumkan bahawa jawatankuasa itu diberi enam bulan untuk mengkaji perkara itu sebelum membuat cadangan kepada kerajaan pusat, yang akan menamatkan segala persoalan yang menyelubungi isu pembayaran royalti.
Thursday, August 9, 2012
Najib dan Rosmah Berbuka Puasa Di Sarawak Esok.
Thursday, August 09, 2012
Barisan Nasional, Buka Puasa, Najib Razak, PBB, Perdana Menteri, Rosmah Mansur, Sarawak, UMNO
No comments
Perdana Menteri beserta isteri akan berada di Sarawak esok untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama ahli BN negeri Sarawak.
Mereka mungkin membawa berita gembira dari semenanjung untuk dikongsi di Sarawak. Apakah berita tersebut?
Najib, Rosmah lawat Sarawak pada Jumaat ini
Utusan Borneo 9 Ogos 2012, Khamis.
KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bakal menyertai beberapa tetamu kehormat tempatan dalam majlis berbuka puasa yang diadakan pada 10 Ogos (Jumaat) ini di Dewan Undangan Negeri di sini.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Misnu Taha dalam kenyataan akhbarnya semalam berkata Perdana Menteri akan ditemani Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib.
Selain itu ia dimeriahkan dengan kehadiran menteri dan menteri muda, ahli-ahli Barisan Nasional (BN) Negeri, pemimpin masyarakat dan ketua jabatan persekutuan dan negeri.
Perdana Menteri dan Ketua Menteri dijangka menyampaikan ucapan masing-masing selain memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan dalam majlis itu.
- Posted using BlogPress from my New iPad
Saturday, August 4, 2012
[Gambar] Sekitar Program Kembara Merdeka Ramadan 2012
Saturday, August 04, 2012
Ahmad Lai, Barisan Nasional, Bekenu, BN, BN Sarawak, Calon PAS Sibuti, Gambar, Kampung Tiris, MP Sibuti, PBB, PBB Bekenu
No comments
Berikut adalah gambar-gambar yang diambil sekitar Program Kembara Merdeka Ramadan yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Miri dan diketuai oleh ahli Parlimen Sibuti iaitu YB Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang.
Syabas di atas sentuhan Merdeka di Kampung Tiris, Bekenu!
Saturday, July 28, 2012
Jiwa Murni Cuba Hubungkan Bario dan Ba'kelalan!
Saturday, July 28, 2012
Angkatan Tentera Malaysia, Askar, Barisan Nasional, Jalan Bario Ke Ba Kelalan, Jiwa Murni, Sarawak, Stephen Mundaw, Zahid Hamidi
No comments
Syabas di atas usaha skot-skot yang berusaha untuk menghubungkan jalan dari Bario ke Ba'kelalan.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa cabaran ini terdiri dari pelbagai faktor dan akan mengambil masa lebih daripada dua atau tiga tahun. Faktor cuaca dan keadaan muka bumi adalah yang paling mencabar kerana terdapat bukit, gunung dan juga sungai yang terpaksa diredah untuk menghubungkan dua tempat ini.
Tahniah sekali lagi kepada pendorong dan penggerak utama Projek Jiwa Murni ini!
Cuaca cabaran utama bina jalan Bario-Ba’ Kelalan
Posted on July 28, 2012, Saturday
MIRI: Masalah cuaca yang tidak menentu merupakan cabaran utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam membina jalan menghubungkan Bario dan Ba’Kelalan.
Panglima Briged Ke-9 Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Datuk Stephen Mundaw berkata, teknologi yang digunakan dalam pembinaan jalan berkenaan amat memerlukan keadaan cuaca baik.
“Pembinaan (jalan Bario-Ba’ Kelalan) sangat mencabar kerana amat bergantung kepada keadaan cuaca,” katanya kepada Utusan Borneo ketika Program Jiwa Murni di kawasan Bario baru-baru ini.
Menurutnya, teknologi penstabil tanah yang digunakan untuk membina jalan tersebut memerlukan cuaca panas selama tiga atau empat hari bagi memastikan permukaan tanah kering.
Bukan setakat itu, cabaran geografi juga salah satu faktor utama dalam pembinaan.
“Terdapat gunung, bukit serta sungai yang kita bakal lalui dalam pembinaan jalan itu nanti. Itu juga cabaran utama,” kata Stephen.
Pada masa sama, beliau memberitahu jalan yang bakal dibina itu hanyalah jalan penghubung sahaja.
“Kita hanya buat jalan penghubung sahaja, tidak boleh dibandingkan dengan jalan raya awam yang berturap,” jelas beliau.
Mengenai perkembangan pembinaan jalan tersebut, Stephen memberitahu pemerhatian sudah dibuat dan semua peralatan yang diperlukan telah pun disediakan di kedua-dua tempat.
“Kita jangka pembinaan bermula selepas Hari Raya dan mengambil masa dua hingga tiga tahun untuk disiapkan sepenuhnya bergantung kepada keadaan,” katanya.
- Posted using BlogPress from my New iPad
Wednesday, July 25, 2012
SPDP Tinggal 1ADUN Di Peringkat Negeri Akibat Naib Presiden Keluar Parti!
Wednesday, July 25, 2012
ADUN, Ahli Parlimen, Ahli Parlimen Sarawak, Barisan Nasional, BN, Joseph Salang, Joseph Salang Gandum, Julau, Meluan Wong Judat, Naib Presiden SPDP Keluar Parti, Pentas Rakyat, PRS, PRU13, Sarawak, SPDP, William Mawan
No comments
Presiden SWP, Larry Sng masih menunggu permohonan Judat untuk menyertai SWP.
Judat yang mengumumkan bahawa beliau akan keluar SPDP selepas bermesyuarat dengan Mawan dan Tiong pada hujung bulan ini. Nampaknya pengaruh Sng semakin kuat di kalangan ahli komponen BN Sarawak!
Adakah Judat orang yang terakhir atau orang pertama yang melompat parti? Adakah SWP akan membeli setiap calon yang menang pada PRU13 kelak?
Mungkin ada juga yang akan bersuara bahawa mereka tidak boleh dibeli tetapi boleh disewa!
SWP lebih suka bersikap tunggu dan lihat dalam isu Wong Judat
Utusan Borneo, 24 Julai2012, Selasa
KUCHING: Parti Pekerja Sarawak (SWP) lebih suka bersikap tunggu dan lihat daripada merasa terlalu teruja dengan pengumuman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Wong Judat untuk meninggalkan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan menyertai SWP.
Presiden SWP Larry Sng berkata, parti itu perlu menunggu pengesahan bertulis daripada Judat yang juga Naib Presiden SPDP.
“Kita perlu menunggu permohonannya untuk menyertai parti sebelum membuat sebarang,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom tidak dapat dihubungi untuk mendapat ulasan tetapi pemerhati politik membayangkan SPDP memerlukan masa dan ruang sebelum membuat kenyataan.
Bagaimanapun, mereka percaya tindakan Judat yang secara sukarela meletak jawatan daripada SPDP akan mengurangkan masalah bagi pemimpin dan majlis tertinggi parti untuk membuat keputusan mengenai tindakan disiplin terhadap beliau.
Dengan penarikan diri Wong daripada SPDP, parti tersebut hanya mempunyai seorang ADUN sahaja iaitu Mawan (DUN Pakan) selepas empat ADUN Datuk Peter Nansian (Tasik Biru), Datuk Sylvester Entrie (Marudi), Paulus Palu Gumbang (Batu Danau) dan Rosey Yunus (Bekenu) dipecat daripada parti kerana menentang pucuk pimpinan.
Judat membuat kenyataan untuk meninggalkan SPDP dan menyertai SWP selepas majlis Pentas Rakyat SWP di Kanowit malam Sabtu lepas.
Bagaimanapun ini tidak mengejutkan pemerhati politik kerana Judat sudah membayangkan beberapa kali terutamanya selepas kelihatan terlalu rapat dengan pemimpin SWP.
Judat turut menyatakan rasa tidak senang dengan cara Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang Gandum meng-agihkan dana pembangunan di Julau yang disebutnya sebagai alasan untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN) walaupun beliau menegaskan tidak menentang BN, SPDP dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).
- Posted using BlogPress from my New iPad
Thursday, July 19, 2012
Masing Harap SPDP Selesai Masalah Judat
Thursday, July 19, 2012
Barisan Nasional, BN, James Masing, Joseph Salang, PRS, SPDP, William Mawan, Wong Judat
No comments
Masing mampu pertahan semua 6 kerusi milik PRS. PRS ketika ini berhadapan dengan SWP yang menjadi pencabar utama di setiap kerusi parlimen. PRS menghadapi satu kerusi yang tidak disenangi oleh Judat dari SPDP. Masing berharap SPDP akan menyelesaikan masalah Judat demi kebaikan BN.
PRS mampu pertahan semua kerusinyaby Reno Benjamin.Utusan Borneo 19 Julai 2012,KhamisMasing yakin PRS dapat pertahan Selangau, Julau, Kanowit, Sri Aman, Lubok Antu, Hulu RejangSIBU: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Jemut Masing sekali lagi mengulangi keyakinan parti itu dalam mempertahankan enam kerusi yang diperuntukkan kepada parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.Menurut James, berdasarkan maklum balas positif yang diterima, beliau yakin PRS dapat mempertahankan enam kerusi yang diperuntukkan iaitu kerusi Parlimen Selangau, Julau, Kanowit, Sri Aman, Lubok Antu dan Hulu Rejang.“Secara ringkasnya, kita amat yakin dapat mengekalkan kesemua keenam-enam kerusi ini,” ujarnya kepada pemberita selepas Majlis Dialog dan Makan Tengah Hari Bersama Presiden dan Pemimpin PRS bagi Kawasan Parlimen Selangau, Julau dan Kanowit di sebuah hotel di sini, semalam.Hadir sama ialah ahli Parlimen Kanowit Aaron Ago Dagang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Joseph Mauh Ikeh, ADUN Ngemah Alexander Vincent serta yang lain. Dialog telah disertai lebih 180 ahli parti.James yang juga Menteri Kemajuan Tanah memberitahu, hasil maklum balas yang diperolehi ketika dialog yang melibatkan Ketua Bahagian, Wanita dan Pemuda itu, PRS yakin dapat mempertahankan Selangau, Julau dan Kanowit.Dialog sama katanya, telah dianjurkan di Sri Aman dan Lubok Antu minggu lepas yang dihadiri kira-kira 250 ahli parti, dimana beliau juga telah menerima maklum balas yang positif.“Mungkin ada masalah tetapi masalah itu tidak banyak dan dapat kita atasi,” jelas beliau sambil memberitahu masalah di kerusi Selangau yang disandang oleh Datuk Joseph Entulu Blaun kini hanya melibatkan Parti Pekerja Sarawak (SWP).Sementara di Julau menurut James, masalah melibatkan SWP dan juga ADUN Meluan, Wong Judat, yang dikatakan hendak bertanding menentang penyandang kerusi terbabit, Datuk Joseph Salang Gandum.James memberitahu, PRS tidak dapat menyelesaikan masalah membabitkan Wong Judat kerana beliau (Wong) bukan ahli PRS, sebaliknya ahli Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP).“Namun kita berharap agar SPDP akan menyelesaikan masalah ini,” katanya sambil menambah Wong dianggap telah keluar dari Barisan Nasional (BN) jika beliau menandatangi surat penamaan calon bagi menentang Salang pada PRU13 nanti.Menyentuh mengenai kerusi Hulu Rejang, James memberitahu Wilson Ugak mungkin seorang calon baharu tetapi merupakan muka lama di kawasan Hulu Rejang.Ini kerana katanya, Wilson telah berkhidmat 20 tahun dalam parti dan 15 tahun sebagai Setiausaha Politik, selain pernah menjadi pengurus kempen pilihan raya selama lima penggal bagi Datuk Billy Abit Joo dan tujuh penggal bagi beliau sendiri (James).“Beliau (Wilson) bukan muka baharu di Hulu Rejang,” ujarnya sambil memberitahu sokongan Orang Ulu di kawasan terbabit kepada Wilson juga tidak ada masalah.Kerusi Parlimen Hulu Rejang buat masa ini disandang oleh Datuk Billy Abit.
Tuesday, July 17, 2012
Isu Pembangkang Tidak Relevan Untuk Parlimen!? : Ahmad Lai
Tuesday, July 17, 2012
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak, Ahmad Lai, Barisan Nasional, Bekenu, BN, Calon PRU13, Fitnah Pakatan, Jentera Pilihanraya, Parlimen, PAS, PBB, PRU13, Rosey Yunus, Sarawak, Tipu
No comments
Isu yang dimainkan oleh pihak pembangkang adalah isu lapuk yang sememangnya sudah diketahui awal oleh kerajaan BN! Kadang kala pihak pembangkang seperti kucing berak bulu kerana tidak tahu apa lagi isu yang hendak dibangkitkan?
Sepatutnya otak pihak pembangkang ini bertaraf parlimen memandangkan semua isu yang telah dibangkitkan adalah bersangkut-paut dengan peringkat negeri! PRN Sarawak baru sahaja berlalu tetapi pihak pembangkang sendiri tidak dapat membangunkan kawasan mereka seperti di kawasan DAP! Apakah yang sudah dibawa oleh DAP di Miri?
Bekenu sudah mendapat kelulusan untuk mendirikan Stadium Mini! Bukan itu sahaja, hari Khamis ini pula perasmian Rumah Mesra Rakyat di Kampung Menjelin.
Pilihlah calon yang benar-benar bijak bukan sekadar atas kertas tetapi tidak pandai apabila berurusan dengan rakyat! Untunglah Parlimen Sibuti mendapat calon berhemah tinggi seperti Ahmad Lai. Kalau tidak pasti malu rakyat Sibuti apabila tidak bijak memilih isu seperti calon yang dihantar oleh PAS!!
Calon PAS ini pula antara Pendakwah bebas dan system admin IT yang mana lebih bijak? Pastinya pendakwah bebas kerana system admin ini sudah lama berkecimpung dalam PAS tapi tidak diiktiraf oleh PAS pusat, pesuruhjayanya pula asyik disuruh berkempen untuk orang lain bila pula jasa beliau akan diiktiraf untuk menjadi calon PAS! Mungkin tidak layak juga, buat penat saja ke hulur ke hilir bawa beg plastik tapi tidak diendahkan. Fikir-fikirlah!!
Semua isu dimainkan pembangkang tidak relevan
Utusan Borneo 17 Julai 2012, Selasa
MIRI: Semua isu yang dimainkan oleh parti pembangkang ketika ini adalah tidak relevan sebaliknya isu-isu yang timbul disebabkan parti politik itu ketandusan idea atau terdesak untuk sokongan rakyat.
Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata semua isu kebajikan atau keperluan rakyat seperti jalan raya, kemudahan bekalan air dan elektrik sahaja yang sering ditimbul parti politik terbabit.
“Bagi kawasan saya, semua isu terbabit sudah diselesaikan dan kerajaan masih lagi meneruskan kesinambungan pembangunan khasnya di kawasan yang belum menerima kemajuan,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.
Beliau menjelaskan, rakyat perlu bersabar kerana kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan mereka sebaliknya semua keperluan mereka tetap ditunaikan.
“Sebagai contoh, sekiranya rakyat berdepan masalah air bersih, kerajaan menyediakan tangki air bagi memudahkan mereka menakung air hujan manakala projek menyalurkan air paip masih dalam pelaksanaan,” jelasnya.
Tambahnya, setiap isu yang cuba dibangkitkan oleh parti politik pembangkang itu tidak relevan kerana ia hanya satu taktik mereka mengalih perhatian rakyat ketika kerajaan menunaikan janji.
“Saya menasihati semua penduduk setempat khasnya di rumah panjang dan kampung-kampung supaya menjauhkan diri daripada hasutan anasir luar yang cuba mendapatkan sokongan mereka,” jelasnya.
Menurutnya rakyat perlu sedar bahawa semua kemajuan dan pembangunan yang dinikmati rakyat hari ini adalah hasil usaha gigih kerajaan Barisan Nasional dalam membela nasib mereka.
“Pembangkang hanya tahu mengkritik tetapi mereka tidak bekerja untuk membela nasib rakyat berbanding kita (keraja-an) bukan hanya melempar janji tetapi berusaha menunaikan janji,” katanya.
- Posted using BlogPress from my New iPad
Subscribe to:
Posts (Atom)




























