Berikan penekanan terhadap pendidikan agama sejak kecil
Utusan Borneo
MIRI (26 Jan)I: Pendidikan agama yang diajar pada peringkat awal kanak-kanak harus diberi penekanan demi kesejahteraan masa depan mereka.
Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata, ia juga dapat mengelak generasi muda terpesong dari landasan hidup.
“Semua aspek khususnya dalam keagamaan harus diterap dalam diri kanak-kanak seawal yang mungkin,” katanya pada Majlis Perasmian Tadika Hikmah Masjid Al-Firdaus, Taman Tunku Miri semalam.
Ahmad Lai berkata, tunjuk ajar dan pendidikan asas agama harus menjadi panduan dalam membentuk sahsiah diri mereka.
Namun demikian, katanya, ibu bapa juga perlu mengambil berat tentang pendidikan anak mereka.
“Perkara pokok ialah ibu bapa dan penjaga perlu sedar akan peri pentingnya pendidikan anak-anak,” jelasnya.
Pada masa sama, Ahmad Lai menekankan tentang kekukuhan perpaduan di kalangan masyarakat yang harus dijaga.
“Jangan cepat melatah, jangan cepat terpengaruh dengan bicara-bicara kosong serta khabar angin mengenai sesuatu,” ujar beliau.
Ini, katanya, cenderung mengundang tindakan tidak rasional yang bakal membinasakan masyarakat itu sendiri.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Lambir Ripin Lamat, Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri Mohd Che Kadir dan Temenggung Abdul Rahman Fadzil.
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Showing posts with label ADUN. Show all posts
Showing posts with label ADUN. Show all posts
Friday, February 1, 2013
Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya!!
Friday, February 01, 2013
ADUN, Ahli Parlimen, Ahmad Lai, Lambir, P.218, Ripin Lamat, Sibuti
No comments
Kanak-kanak sewajarnya mendapat pendidikan agama sejak kecil lagi. Inilah masanya perkembangan otak mereka begitu cepat untuk menimba ilmu. Apa yang diajar berulang-ulang dapat dihafal sebegitu mudah. Mungkin inilah kelebihan mendidik kanak-kanak dengan ilmu agama.
Wednesday, September 12, 2012
Hasilkan Perkhidmatan Yang Terbaik Untuk Rakyat: Rosey
Wednesday, September 12, 2012
ADUN, Bekenu, Menteri Muda, Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga, Ramah Tamah Aidilfitri, Rosey Yunus, SKM, Suruhanjaya Koperasi Malaysia
No comments
Penjawat awam yang bekerja erat bersama wakil rakyat akan dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat.
Penjawat awam juga diminta untuk mencerminkan keceriaan dan kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan apabila berurusan dengan rakyat. Ini akan menjadikan segala urusan menjadi mudah dan perlaksanaan dasar dapat dilakukan dengan ringan.
Hubungan yang erat antara penjawat awam dan wakil rakyat juga dapat melancarkan segala tugas untuk membantu rakyat dengan mudah. Mereka juga diingatkan untuk menjaga kesihatan dan meningkatkan lagi prestasi demi keluarga dan masyarakat sekitar.
Kerjasama erat permudah khidmat untuk rakyat
Utusan Borneo 12 September 2012, Rabu
JAMU SELERA: Rosey (dua kanan) dan Lily (tiga kanan) bersama-sama menikmati juadah sempena Majlis Ramah-tamah Hari Raya Aidilfitri anjuran SKM di pekarangan Wisma Persekutuan Fasa 2, Miri, semalam.
MIRI: Kecemerlangan kerja yang dipamerkan oleh para penjawat awam di samping kerjasama yang kukuh dan erat sesama mereka, akan menghasilkan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.
Pada masa yang sama, ia akan memudahkan lagi tugas-tugas berdepan dengan rakyat dan membantu melancarkan tugas-tugas wakil rakyat, demikian menurut Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga, Rosey Yunus.
“Terima kasih kepada penjawat awam yang menjalankan tugas-tugas mereka dengan cemerlang bukan untuk kepentingan dan prestasi diri tetapi juga untuk keluarga, masyarakat dan wakil rakyat di kawasan mereka.
“Tanpa anda sedar, kerjasama di antara penjawat awam akan memudahkan lagi tugas-tugas wakil rakyat kerana ia membantu dalam melancarkan segala penganjuran program dan projek membabitkan masyarakat di peringkat akar umbi,” katanya lagi.
Rosey memberitahu demikian semasa berucap pada majlis perasmian Program Kesedaran Berkoperasi dan Majlis Ramah-tamah Hari Raya Aidilfitri anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Bahagian Miri/Bintulu, bertempat di pekarangan bangunan Wisma Persekutuan Fasa 2 di sini, semalam.
Dalam pada itu, menurut Rosey, penjawat awam perlu melihat urusniaga dengan rakyat dan pelanggan mengikut perspektif baharu dengan mengambil kira generasi pelanggan yang lebih bermaklumat, profesional serta mempunyai pengharapan yang berbeza ke atas perkhidmatan yang disampaikan oleh mereka.
“Penjawat awam perlu melakukan perubahan selaras dengan takrifan baharu ke atas konsep urus niaga dengan rakyat, melalui penyediaan perkhidmatan yang bukan sahaja dapat memenuhi kepuasan pelanggan malah melangkaui jangkaan mereka,” katanya.
Beliau memberitahu organisasi sektor awam yang gemilang juga perlu mempunyai ciri-ciri responsif dan peka dengan kehendak pelanggan, mempamerkan imej yang bersih, selain komited dan mengutamakan prestasi.
Rosey dalam ucapannya juga mengingatkan golongan penjawat awam supaya sentiasa memastikan kesihatan mereka dalam keadaan baik, agar dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik, demi diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
Katanya, jika kesihatan mereka terjejas maka ia juga boleh mempengaruhi prestasi kerja mereka dan juga akan menyusahkan keluarga yang bergantung kepada mereka.
Mengenai majlis ramah-tamah yang dianjurkan semalam, Rosey berharap ia akan diteruskan pada masa akan datang untuk dijadikan wadah bagi memupuk persefahaman, keharmonian dan saling menghormati di antara sesama rakyat berbilang kaum di negara ini.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Penolong Pengarah Bahagian SKM Bahagian Miri/Bintulu merangkap Pengerusi Wisma Persekutuan Fasa 2 Miri, Lily Fawziah Adnan serta ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan persekutuan yang berpejabat di bangunan wisma berkenaan.
Wednesday, July 25, 2012
SPDP Tinggal 1ADUN Di Peringkat Negeri Akibat Naib Presiden Keluar Parti!
Wednesday, July 25, 2012
ADUN, Ahli Parlimen, Ahli Parlimen Sarawak, Barisan Nasional, BN, Joseph Salang, Joseph Salang Gandum, Julau, Meluan Wong Judat, Naib Presiden SPDP Keluar Parti, Pentas Rakyat, PRS, PRU13, Sarawak, SPDP, William Mawan
No comments
Presiden SWP, Larry Sng masih menunggu permohonan Judat untuk menyertai SWP.
Judat yang mengumumkan bahawa beliau akan keluar SPDP selepas bermesyuarat dengan Mawan dan Tiong pada hujung bulan ini. Nampaknya pengaruh Sng semakin kuat di kalangan ahli komponen BN Sarawak!
Adakah Judat orang yang terakhir atau orang pertama yang melompat parti? Adakah SWP akan membeli setiap calon yang menang pada PRU13 kelak?
Mungkin ada juga yang akan bersuara bahawa mereka tidak boleh dibeli tetapi boleh disewa!
SWP lebih suka bersikap tunggu dan lihat dalam isu Wong Judat
Utusan Borneo, 24 Julai2012, Selasa
KUCHING: Parti Pekerja Sarawak (SWP) lebih suka bersikap tunggu dan lihat daripada merasa terlalu teruja dengan pengumuman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Wong Judat untuk meninggalkan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan menyertai SWP.
Presiden SWP Larry Sng berkata, parti itu perlu menunggu pengesahan bertulis daripada Judat yang juga Naib Presiden SPDP.
“Kita perlu menunggu permohonannya untuk menyertai parti sebelum membuat sebarang,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom tidak dapat dihubungi untuk mendapat ulasan tetapi pemerhati politik membayangkan SPDP memerlukan masa dan ruang sebelum membuat kenyataan.
Bagaimanapun, mereka percaya tindakan Judat yang secara sukarela meletak jawatan daripada SPDP akan mengurangkan masalah bagi pemimpin dan majlis tertinggi parti untuk membuat keputusan mengenai tindakan disiplin terhadap beliau.
Dengan penarikan diri Wong daripada SPDP, parti tersebut hanya mempunyai seorang ADUN sahaja iaitu Mawan (DUN Pakan) selepas empat ADUN Datuk Peter Nansian (Tasik Biru), Datuk Sylvester Entrie (Marudi), Paulus Palu Gumbang (Batu Danau) dan Rosey Yunus (Bekenu) dipecat daripada parti kerana menentang pucuk pimpinan.
Judat membuat kenyataan untuk meninggalkan SPDP dan menyertai SWP selepas majlis Pentas Rakyat SWP di Kanowit malam Sabtu lepas.
Bagaimanapun ini tidak mengejutkan pemerhati politik kerana Judat sudah membayangkan beberapa kali terutamanya selepas kelihatan terlalu rapat dengan pemimpin SWP.
Judat turut menyatakan rasa tidak senang dengan cara Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang Gandum meng-agihkan dana pembangunan di Julau yang disebutnya sebagai alasan untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN) walaupun beliau menegaskan tidak menentang BN, SPDP dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).
- Posted using BlogPress from my New iPad
Subscribe to:
Posts (Atom)





