PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Monday, April 30, 2012

Anwar Ibrahim Tidak Suka Dengar Video Ni!?!?!


Video di atas paling gempak apabila polis menjawab tuduhan mengenai Bersih!!??  Siapakah yang memulakan tindakan kasar dan ganas untuk merempuh pagar berduri!?!?  Cuba perhatikan betul-betul!?!?!

Gambar yang diolah!?!?
Gambar ini pula adalah gambar yang diolah untuk mengaburi mata rakyat!?!?!  Mana ada Dataran Merdeka berjaya dipenuhi oleh kutu rayau Bershit yang diupah!?!!?  Mereka cuma dapat berdiri di tepi pagar berduri!?!?  Kenapa?  Sebab mereka begitu ghairah memukul dan menyepak polis yang bertugas!?!?!

Inikah Bersih yang aman?!! Janganlah percaya janji pembangkang!?!?!  Mereka hanya pandai berjanji dan tidak akan menepati janji mereka!?!?!  Sekarang mereka sudah mula menyalahkan orang lain!?!?!  Kegagalan mereka untuk mengawal suasana pengikut mereka sekarang dipersalahkan ke atas PDRM!?!?!

Azmin Buat Apa Tu?!?!

Seminar Pemikatan Burung Walet di Dewan Masyarakat Bekenu!!!

Berikut adalah gambar-gambar yang diambil sekitar Seminar Pemikatan Burung Walet Anjuran SEDC yang berlangsung di Dewan Masyarakat Bekenu.  Majlis ini dirasmikan oleh YB Datuk Talib Zulpilip, Menteri Muda Pelancongan Sarawak merangkap Pengerusi Perbadanan Pembangunan Sarawak (SEDC).  Turut hadir adalah ahli Parlimen Sibuti, YB Haji Ahmad Lai Bujang, ADUN N61 Bekenu, YB Rosey Haji Yunus dan ADUN N62 Lambir, YB Ripin Lamat.  

Semoga acara seperti ini dapat meningkatkan lagi pendapatan warga Sibuti apabila menceburi seni memikat burung walet. Satu lagi usaha kerajaan untuk meningkatkan pendapatan rakyat melalui seminar seperti ini.









Saturday, April 28, 2012

Pihak pembangkang tidak dapat tandingi pelbagai program transformasi BN!?!?! Najib Razak

 Kerajaan persekutuan tidak pernah melupakan kerajaan Sarawak!?!!?   Sarawak sentiasa mendapat perhatian kerana ia merupakan kawasan emas dalam Barisan Nasional!!??  Semua program transformasi di Sarawak sekarang berjalan dengan lancar!!??  Ini menunjukkan kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang sentiasa menepati janji!!??  Amat berbeza sekali dengan pembangkang yang mentadbir dengan kucar-kacir dan tidak pernah menunaikan janji mereka?!?!!?  

Sebagai rakyat yang mempunyai wawasan 2020, seharusnya kita bersatu kembali untuk memberi mandat kepada kerajaan pusat agar terus mentransformasikan Malaysia mengikut jadual!?!?!  Janganlah terpengaruh dengan dakyah pembangkang untuk menjadi wakil rakyat glamer dan tidak pernah menepati janji kecuali untuk kepentingan tertentu mereka sahaja!?!?!
Najib seru rakyat terus beri mandat

by Reno Benjamin. Posted on April 28, 2012, Saturday
UNTUK KENANGAN: Tiga ketua kaum di Sibu yang diwakili Temenggung Datuk Wan Hamid Edruce (kiri), Pemanca Stanley Geramong (dua kanan) dan Temenggung Vincent Lau Lee Ming (kanan) bersama-sama menyampaikan cenderamata kepada Najib.
Sarawak terus membangun menerusi agenda transformasi nasional

SIBU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap agar rakyat memberi mandat untuk beliau terus memimpin negara ke arah yang lebih baik dan sejahtera, untuk semua rakyat di seluruh pelosok negara ini.

“Jika diberi mandat, kita dapat buat lebih banyak lagi dalam masa lima tahun akan datang, termasuk kepada semua masyarakat dan komuniti di negeri-negeri penting seperti Sarawak.

“Sememangnya kita ingin melihat negeri Sarawak terus membangun dan berjaya lebih-lebih lagi dalam konteks pembaharuan agenda transformasi nasional yang kita sedang perjuangkan dengan bersungguh-sunguh,” ujarnya.

Berucap pada Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Rakyat di sini malam kelmarin, Perdana Menteri melahirkan keyakinan Sarawak mempunyai masa depan yang cukup cemerlang dengan adanya kerjasama erat antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

“Kita mempunyai kesefahaman yang mantap yang membolehkan kita melaksanakan satu demi satu pembangunan dan pembaharuan di setiap pelosok negeri Sarawak,” katanya sambil merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta kerajaan negeri.

Dalam mentransformasikan negara menuju sebuah negara yang maju dan berpendapatan tinggi, Perdana Menteri memberitahu ia memerlukan penglibatan semua 28 juta penduduk Malaysia.

Katanya, beliau mengimpikan sebuah negara Malaysia yang maju, makmur dan membangun, yang boleh dicapai sekiranya semua rakyat mempunyai impian dan wawasan yang sama.

“Semua itu bukan suatu yang mustahil kerana kita adalah kerajaan yang deliver dan ini telah dibuktikan. Pihak pembangkang pula tidak dapat ‘deliver’ dan hanya pandai berjanji,” ujarnya sambil menambah pihak pembangkang juga tidak dapat menandingi pelbagai program transformasi yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurut Perdana Menteri lagi, rakyat negara ini tidak harus mengambil risiko dan memberi peluang kepada pihak pembangkang untuk menguruskan negara memandangkan Malaysia sebuah negara yang kompleks dan tidak mudah untuk diuruskan.

Pihak pembangkang, katanya, tidak pernah membuktikan keupayaan mereka untuk menguruskan negara ini dan sejak pilihan raya umum empat tahun lepas, pihak pembangkang tidak pernah berjaya membentuk kabinet bayangan mereka.

“Jika mereka tidak dapat membentuk kabinet bayangan, bagaimana kita boleh beri kepercayaan kepada mereka untuk mentadbir negara ini. Sebaliknya hanya BN yang boleh ‘deliver’ serta membangun dan menyatukan negara ini,” jelas Najib.

Menyentuh mengenai konteks Sibu dan Sarawak, Najib berkata kerajaan akan terus menunaikan janji yang dibuat kepada penduduk negeri ini, termasuk kepada penduduk Sibu walaupun BN tewas pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada 2010.

Katanya, kerajaan telah melaksanakan fasa pertama Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu dengan kos RM230 juta yang membantu mengurangkan masalah banjir di bandar ini, di samping keputusan bagi melaksanakan fasa kedua projek akan dibuat dalam masa terdekat.

Projek lain yang dilaksankan termasuk membina terminal baharu Lapangan Terbang Sibu (LTS) yang dijadual siap September ini dengan kos RM137 juta, pembinaan laluan berkembar dari persimpangan pekan Julau ke LTS dengan kos RM200 juta, Jalan Sibu-Tanjung Manis yang telah dibina dengan kos RM550 juta serta kerja-kerja mengorek dasar Sungai Seduan dan Pulau Kerto di Batang Rajang dengan kos RM15 juta.

Hadir sama pada majlis malam kelmarin ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, menteri-menteri kabinet persekutuan dan negeri serta yang lain.

Friday, April 27, 2012

JKKK Sibuti Menerima MRP Tanda Prihatin Kerajaan BN!?!?!

BEKENU 27 April 2012 -Ahli Parlimen Sibuti telah menyerahkan geran projek kecil luar bandar (MRP) kepada JKKK Kampung dan Rumah Panjang di pejabat beliau di Bekenu pada pagi tadi.  Ini adalah tanda kerajaan BN perihatin dan berharap penerima geran ini akan mengatur perbelanjaan dengan sebaik-baiknya bagi menjayakan kegiatan atau aktiviti di peringkat JKKK mereka.  

MRP adalah milik kerajaan Barisan Nasional untuk membantu meningkatkan kemajuan di peringkat kampung mahupun di rumah panjang.  Ketua Kampung dan Tuai Rumah harus mengadakan mesyuarat dengan menyusun perbelanjaan dan menjelaskan kepada ahli rumah panjang atau penduduk kampung tentang nilai MRP yang akan digunakan untuk membangunkan kawasan mereka.   Semoga ini akan meningkatkan lagi sokongan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional di Sibuti.

Thursday, April 26, 2012

Ahmad Lai Menyeru Warga Sibuti Untuk Melabur Dalam ASNB!?!!?

Warga Sibuti digesa untuk mengambil peluang yang sedia ada untuk melabur bersama ASNB!!??  Ini bersempena dengan Minggu Saham yang akan berakhir pada Jumaat ini!!?!?  Simpanlah dalam mana-mana produk ASNB terutama sekali ASB yang amat mendatangkan keuntungan kepada pelaburnya!?!?!  Ambillah peluang keemasan ini yang turut memberi pelbagai hadiah menarik sempena melabur!?!?!   Semua lapisan boleh mendaftar sebagai pelabur seawal bayi berusia 6 bulan lagi!?!?!  Ini boleh mendidik kanak-kanak untuk menyimpan duit agar mendidik mereka untuk berjimat-cermat!!?!? 

Semoga lebih ramai warga Sibuti akan menyertai produk ini!!!??


Rebut peluang melabur bersama ASNB
MIRI 25 April - Masyarakat bumiputera perlu merebut peluang pelaburan yang ditawarkan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) sempena promosi pelaburan di semua pejabatnya di seluruh negara selama tujuh hari sehingga Jumaat ini.

Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang berkata, pelaburan bersama ASNB itu amat penting untuk bekalan pada masa depan khususnya selepas bersara.

"Masyarakat bumiputera selalunya tidak berapa berminat dalam pelaburan tetapi saya berharap sikap itu dikikis demi kebaikan masa hadapan.

"Saya menyeru kepada semua lapisan masyarakat agar mengambil kesempatan ini untuk mempertingkatkan pelaburan dan simpanan untuk hari tua anda," katanya selepas merasmikan kempen Promosi Pelaburan ASNB peringkat bahagian ini, di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Datuk Bandar Miri, Mohd. Chee Kadir dan Pengurus ASNB Miri, Mohd. Zaidi Mohamad.

Dalam pada itu, Ahmad Lai berkata sempena kempen tersebut ASNB juga menawarkan pembukaan akaun unit amanah dengan pelaburan permulaan serendah RM10 sahaja iaitu skim Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Katanya, pelaburan dalam ASNB adalah fleksibel kerana ia terbuka kepada semua lapisan masyarakat daripada usia seawal enam bulan.

Sempena promosi berkenaan, orang ramai yang berkunjung ke lokasi promosi berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan.

ASNB Miri menjangkakan jumlah pengunjung mencapai antara 2,000 hingga 2,500 orang menjelang hari terakhir Jumaat ini. UTUSAN

Haram Sokong Ambiga!?!?!

Haram sokong Ambiga!!?  Haram sertai Bershit?!?!?!  Kalau nak tahu kenapa sila baca petikan di bawah kenapa haram bagi umat Islam menyokong Ambiga?!??!
Haram sokong Ambiga
Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR dan NORHIDAYU MOHD. HASSAN
pengarang@utusan.com.my
Ismail Mina
KUALA LUMPUR 25 April - Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, adalah haram bagi umat Islam menyokong Datuk S.Ambiga kerana Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) itu merupakan pejuang tegar kepada amalan seks songsang di negara ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga tokoh agama berkata, umat Islam yang terlibat dalam perhimpunan Bersih wajib malu kerana dikepalai oleh pejuang yang menyokong perkara bercanggah dengan agama.

Sewajarnya umat Islam menjauhi pemimpin seperti ini dan membuat pilihan lebih tepat dengan memilih ketua yang selayaknya dan melakukan perhimpunan di lokasi tertutup dalam menuntut sesuatu perkara,’’ katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berdasarkan fatwa ulama tersohor dunia, Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi berhubung amalan LGBT iaitu umat Islam dilarang makan dan minum bersama dengan pengamal serta penyokong seks songsang, apatah lagi, jika berada di belakang individu yang cukup dikenali sebagai penyokong kuat amalan tersebut.

Ahmad Lai Bawa RM20 Juta Ke Kampung Lajong!?!?!

Kini Kampung Lajong, Kuala Niah akan menikmati perhubungan darat yang lebih baik.  Sebelum ini jalan di Kampung Lajong hanya melalui sungai dan pasir sahaja!!??  Dengan adanya peruntukan daripada Kerajaan BN maka dapatlah penduduk di Kampung Lajong untuk menikmati jalan berturap dan tidak perlu mengharapkan kenderaan pacuan empat roda lagi!!??

Mungkin tidak lama lagi akan lebih banyak lagi kemudahan dan infrastruktur dibangunkan di Kampung Lajong yang paling dekat dengan negara jiran.   Berkemungkinan besar industri pelancongan seperti homestay dan pusat peranginan dapat dimajukan selepas adanya jalan berturap!?!!?!  Syabas kepada Ahli Parlimen Sibuti yang sekali lagi berjaya meningkatkan kemudahan pengangkutan di Sibuti!!?!?
RM 20 juta untuk jalan berturap Kuala Niah

Utusan Sarawak

BATU NIAH, 24 April 2012, Isnin - Kerajaan Persekutuan telah melulus peruntukan sejumlah RM 20 juta untuk membuat jalan berturap dan baik pulih Jalan Kampung Lajong, Kuala Niah pada rolling ketifa, kata Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang hari ini.  

Ahmad Lai Bujang ketika ditemui Utusan Sarawak di Majlis Pengagihan Komputer Riba 1 Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bekenu berkata, peruntukan besar tersebut telah menunjukkan keperihatinan kerajaan terhadap penduduk di kawasan luar bandar.  
"Kita sangat bersyukur kerana permohonan penduduk Kampung Lajong Kuala Niah untuk mempunyai rangkaian jalan berturap sepanjang 15 kilometer ini telah mendapat perhatian menteri kita," katanya.  

Jelasnya, kerja ini akan dijalan untuk rolliing ketiga pada 2013 hingga 2015, pihak kerajaan juga sangat berharap tidak ada sebarang masalah terhadap tanah-tanah sepanjang jalan itu nanti kerana untuk memudahkan kerja perlaksanaannya.  

Beliau menambah kata, jalan ini sangatlah diharapkan dapat ditunaikan oleh pihak kerajaan kerana masyarakat Kampung Lajong Kuala Niah ini sangat mengharapkan jalan yang baik.  

Kampung Lajong Kuala Niah ini adalah merupakan sebuah kampung berada di penghujung jalan berkenaan, masyarakat di sini ramainya adalah merupakan nelayan dan petani.  Jumlah penduduk di sini adalah sekitar 500 orang dan hampir 200 buah rumah.  

"Saya bagi pihak penduduk Kampung Lajong ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan persekutuan dan negeri telah banyak menyalurkan bantuan dalam usaha membawa pembangunan dan kemajuan serta perubahan besar di kawasan ini," tambahnya.  

Antara kemudahan yang sudah sampai ke kampung ini ialah bekalan air bersih dan elektrik serta jalan raya berbatu.  

Bantuan dan peruntukan pembangunan untuk bekalan air dan elektrik kita tidak bertumpu ke satu kawasan, malahan kita tetap memberi perhatian kepada masyarakat Iban di rumah-rumah panjang dan Cina di Kampung Pelapi, Lumut, Batu Niah dan semua kawasan kampung di Parlimen Sibuti.  

Justeru itu, sangat berharap masyarakat Sibuti terus memberi kerjasama dan sokongan padu kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi mencapai lebih lagi pembangunan untuk semua dia Sibuti, katanya.

Wednesday, April 25, 2012

Ahmad Lai Tepis Dakwaan Beliau Tidak Sihat!?!?!

Ahmad Lai memang tidak pernah mengambil cuti sakit!!?!?  Inilah dedikasi pemimpin yang patut dicontohi!!?  Sekiranya terdapat dakwaan yang memfitnah beliau adalah tidak sihat!?!? Jelas sekali itu adalah fitnah dan cubaan untuk menjatuhkan beliau!!?

Sekarang ini serangan peribadi semakin banyak dihantar kepada Ahmad Lai  memandangkan beliau tidak mempunyai keburukan peribadi yang lain melainkan pernah jatuh sakit suatu ketika dahulu!?!?  

Namun demikian penyakit dahulu sudah mendapat rawatan yang sewajarnya dan tidak akan mengganggu tugas beliau sebagai ahli Parlimen Malaysia!?!?!  Lihatlah betapa banyaknya aktiviti beliau di kawasan Parlimen Sibuti umpama tenaga orang muda lagaknya sekarang!?!?!  

Inilah yang menyebabkan lebih banyak serangan peribadi dihantar ke atas kesihatan beliau!?!?!  Itulah sahaja modal pihak pembangkang!?!?!!?  Namun penyokong Ahmad Lai kenal benar akan prestasi beliau!!?!  Ahmad Lai sekarang sihat dan sentiasa bersedia untuk meneruskan kempen beliau di Sibuti!!?!?

Ahmad Lai tepis dakwaan tidak sihat
Posted on April 25, 2012, Wednesday

MIRI: Penyandang kerusi Parlimen P218 Sibuti Ahmad Lai Bujang menepis dakwaan yang mengaitkannya sebagai individu tidak sihat untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) kelak.

Beliau memberitahu, dakwaan sedemikian hanya merupakan spekulasi liar pihak tertentu yang berhasrat untuk menggugat kreabilitinya sebagai wakil rakyat di kerusi terbabit.

“Hampir empat tahun setengah saya berkhidmat untuk rakyat dan tidak pernah sekalipun saya mengambil cuti rehat berbanding wakil rakyat lain dan ia bukti kukuh bahawa saya sihat,” katanya ketika ditemui kelmarin.

Ahmad Lai memberitahu, beberapa pihak sengaja mencari jalan untuk merebut kerusi itu termasuk mengeluarkan isu-isu peribadi bagi meraih sokongan rakyat.

“Sekarang adalah musim pilihan raya dan pelbagai pihak yang tidak sependapat dengan kerajaan akan mengeluarkan isu-isu tertentu termasuk menyerang peribadi calon untuk mendapat sokongan,” jelasnya.

Beliau seterusnya berkata, rakyat sememangnya sudah jemu dengan isu-isu lapuk yang dikeluarkan pihak tertentu bahkan mereka tetap menaruh kepercayaan dan sokongan kepada kerajaan.

“Sekarang bukan isu merebut kerusi atau calon boleh menang, sebaliknya semua ahli komponen Barisan Nasional (BN) perlu mengukuhkan kekuatan untuk mengekalkan kerusi yang dimiliki sebelum ini,” jelasnya.

Ahmad Lai kemudiannya menjelaskan mana-mana pihak yang menjadi duri dalam daging seharusnya kembali ke pangkal jalan dan menghayati matlamat asal kerajaan.

Menurutnya, masalah dalaman sesebuah parti hanya akan memberi ruang kepada parti lawan untuk mendapatkan sokongan rakyat dan ia perlu dielakkan serta-merta.

“Kita tiada masalah dalaman cuma parti luar khususnya pembangkang sengaja menggembargemburkan isu yang kononnya kita bermasalah,” jelasnya.

Sementara itu, Ahmad Lai Bujang telah menyampaikan geran projek kecil luar bandar (MRP) kepada 36 penerima melibatkan pertubuhan dan jawatankuasa kampung dengan jumlah keseluruhan geran RM122,000.

Ahmad Lai Kekal Sebagai Penyandang Kerusi Parlimen Sibuti!!!

Penyakit yang paling sukar diubati adalah  penyakit iri hati!?!?  Disebabkan penyakit iri hati  inilah terjadinya banyak khabar angin untuk menjatuhkan penyandang kerusi Parlimen P218 Sibuti iaitu Haji Ahmad Lai!?!?! 

Sebaik-baiknya ahli PBB di kawasan Sibuti hendaklah berkorban bersatu seperti motto utama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu dan sentiasa kental dalam apa jua keadaan?!?!?  Sekiranya ahli PBB sentiasa berkorban dan bersatu untuk parti nescaya siapa juga yang mengganggu parti akan dapat dihapuskan dengan mudah melalui semangat permuafakatan!?!!?  Biarlah penyandang Sibuti dikekalkan kerana beliau masih berjaya menjalankan tugas sebagai ahli Parlimen Malaysia!?!!? 

Khabar angin untuk jatuhkan Ahmad Lai

Posted on April 25, 2012, Wednesday
MIRI: Spekulasi yang mendakwa penyandang kerusi Parlimen 218 Sibuti Ahmad Lai Bujang tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kerana faktor kesihatan adalah tidak tepat.

Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Sepupok Kaunselor Annuar Ahmad berkata dakwaan tersebut dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan Ahmad Lai.

“Semua khabar angin yang mendakwa Ahmad Lai tidak sihat adalah tidak benar dan tidak berasas dan spekulasi ini dikeluarkan oleh pihak yang iri hati dengan pencalonan semula beliau,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Annuar memberitahu, sejak memegang kawasan Sibuti empat tahun lalu, Ahmad Lai tidak pernah mempunyai masalah kesihatan yang serius seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Jangan mendengar atau mudah terpengaruh dengan dakwaan sedemikian kerana ia adalah taktik pihak tertentu untuk memecahbelahkan sokongan rakyat terhadap kerajaan,” katanya.

Menurutnya, ada pihak tertentu khususnya pembangkang sengaja mengeluarkan isu tidak benar semata-mata untuk menimbulkan situasi panik di kalangan penyokong setia kerajaan.

“Bagi saya sendiri, Ahmad Lai merupakan calon boleh menang bagi kerusi Parlimen Sibuti bahkan beliau mudah didekati dan didampingi rakyat meskipun sibuk dengan urusan rasmi,” jelasnya.

Annuar seterusnya memberitahu, semua penduduk di kawasan Bekenu telah sebulat suara menyokong Ahmad Lai untuk dicalonkan semula bagi menghadapi PRU.

“Kita tidak melihat calon lain yang boleh menang di kerusi itu selain penyandangnya, Ahmad Lai.

“Bahkan, rakyat sendiri sudah hidup dalam keadaan selesa sejak Sibuti ditadbir urus calon Barisan Nasional (BN),” tegasnya.

Menurutnya, semua khabar angin yang menjurus kepada unsur-unsur negatif terhadap calon BN itu hanya dikeluarkan oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan peribadi.

“Kita sedar bahawa ada pihak yang iri hati dan mempunyai perasaan hasad dengki terhadap sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap Ahmad Lai dengan mengeluarkan spekulasi itu,” jelasnya.

Monday, April 23, 2012

Jentera BN Sibuti Siap Sedia Untuk Menggempur!?!?!

Pertahankan Sibuti walau apa jua cara sekali pun!?!?  Ini kerana kemenangan BN di Sibuti secara tidak langsung mengekalkan tampuk pemerintahan BN di Putrajaya!!?!??

Semua jentera PBB di Sibuti bahkan komponen parti BN yang lain di Sibuti sudah bersedia untuk menggempur pihak pembangkang!?!?!  Semua penduduk di Sibuti sedar bahawa pembangkang hanya datang melawat sewaktu musim pilihan raya sahaja dan membangkitkan isu lapuk!!?!?

Sehingga kini pihak pembangkang hanya mampu meniru pelan projek pembangunan oleh BN!!??  Sampai bila asyik begini!??!?!  

Jentera PBB Sibuti bersedia hadapi PRU13

Miri 18 April 2012 (Utusan Borneo): Semua jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sibuti telah bersedia untuk memberikan sepenuh tenaga dan kemenangan terhadap calon Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).  

Timbalan Ketua PBB Bekenu, Kaunselor Jamali Basri berkata, persediaan jentera setiap peringkat telah dibuat untuk pertempuran yang bakal tiba dalam sedikit masa lagi.  

"Semua jentera parti sama ada cawangan atau ranting telah sedia untuk menggempur dalam PRU13 nanti," katanya ketika dihubungi Utusan Borneo, semalam.  

Menurutnya, bukan sahaja setiap cawangan dan ranting PBB, malah parti komponen lain juga telah membuat persediaan yang sama.  

"Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) di kawasan Sibuti turut telah bersiap sedia membantu kami (PBB)," ujarnya.  

Jamali memberitahu, kawasan Sibuti adalah salah sebuah kubu kuat BN dalam PRU lalu dan pihaknya akan terus memastikan ia tidak ditawan oleh mana-mana parti lawan.  

"Kami berjanji akan memberikan yang terbaik untuk memastikan kemenangan di Sibuti hanya milik BN," jelasnya.  

Beliau pada masa yang sama menyatakan kemenangan sebenarnya adalah mustahak bagi mengekalkan tampuk pemerintahan BN dikekalkan terutama di peringkat kerajaan pusat.  

"Kita akan pertahankan kemenangan dan ini turut bermakna kita mempertahankan Putrajaya," kata beliau. 

Jangan Terima Propaganda Negatif Pembangkang!?!?! Ayuh TIBAI!!?!!?

Pihak pembangkang suka ngerepak dan akan menghentam apa jua jenis pembangunan yang dibawa oleh kerajaan!?!?!  Mereka sememangnya hanya pandai berkata-kata namun tidak pernah dapat menyelesaikan masalah di kawasan mereka!?!!?  Di Kelantan orang Asli masih belum menerima tanah adat mereka di bawah PAS Kelantan!?!?!  Di Pulau Pinang, masalah YDP MAIPP masih menjadi isu sesama PR!!?!?  

Kalau sudah menjadi kerajaan pusat agaknya pasti ramai rakyat Malaysia yang akan jatuh miskin ditimpa cukai yang banyak!?!?!  Sememangnya PR akan berkuasa selama satu penggal sahaja dan habislah Malaysia akan digadai kepada Bank Dunia dan sebagainya malaun-malaun yang hanya menunggu masa!?!?!  Marilah kita bersama-sama menyokong TIBAI!!?!?  Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim!?!!

Mahukah kita melihat Malaysia kucar-kacir kerana inginkan perubahan ala PR!?!?! 
Jangan terima pandangan hentam kerajaan hanya ingin meraih undi : Ahmad Lai

Miri 18 April 2012 (Utusan Borneo): Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang menyarankan supaya rakyat tidak mudah menerima pandangan parti luar yang menghentam kerajaan semata-mata ingin meraih undi.  

Beliau memberitahu, pembangkang ketika ini mempergunakan pelbagai cara untuk menghasut rakyat termasuk memanipulasi isu-isu melibatkan pembangunan kerajaan.

"Mereka akan terus mengkritik semua bentuk pembangunan yang dilaksanakan kerajaan sedangkan mereka tidak mampu berbuat apa-apa untuk membela nasib rakyat," katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Menurutnya, pembangkang hanya pandai bermain kata-kata atau 'gerepak' tentang sesuatu isu tetapi mereka sendiri gagal menyelesaikan isu rakyat khasnya di kawasan pentadbiran mereka.

"Tidak perlu mereka berlakon seolah-olah mereka prihatin dengan nasib rakyat namun pada hakikatnya mereka tidak mampu berbuat apa-apa walaupun menjadi pemerintah," jelasnya.

Ahmad Lai memberitahu semua isu yang cuba dibangkitkan pembangkang ketika ini adalah hasutan dan fitnah semata-mata demi untuk meraih kepercayaan rakyat.

"Jangan mudah menerima ideologi pembangkang kerana mereka mengeluarkan sesuatu isu hanya untuk memenuhi agenda tertentu khususnya pada musim pilihan raya," ujarnya. 

Rakyat tambahnya, perlu menilai sendiri sumbangan yang telah diberikan kerajaan kepada mereka selama ini dari sudut ekonomi, sosial dan pembangunan fizikal.  

"Semuanya yang kita ada sekarang (infrastruktur) adalah bukti kemajuan yang dibawa kerajaan dan jika rakyat berpaling tadah maka kemajuan ini akan terhenti dan rakyat akan kerugian," jelasnya.  

Sebagai contoh katanya, negeri-negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan mempunyai pelbagai isu rakyat yang tidak mampu diselesaikan Pakatan Rakyat (PR).

"Rakyat di bawah pentadbiran PR ketika ini sudah menolak parti itu kerana mereka gagal menyelesaikan isu-isu melibatkan kemahuan dan tuntutan rakyat," katanya.

Saturday, April 21, 2012

SWP Melakar Senario Politik di Sarawak?!?!

Penubuhan menunjukkan kita mengamalkan demokrasi!!??  Rakyat berhak memilih parti yang mereka suka!!?!?  Memang benar kemungkinan SWP akan bertanding di kawasan PRS namun itu tidak bererti PRS akan gentar!?!?!  SWP adalah sebuah parti baru manakala BN adalah parti yang jauh lebih matang dalam senario politik Sarawak!?!?!  Tidak hairan SWP mungkin menjadi parti seperti PERMAS suatu ketika dahulu!?!?!
Penubuhan SWP sebahagian senario politik Sarawak

Posted on April 21, 2012, Saturday

KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan kelulusan penubuhan Parti Pekerja Sarawak (SWP) sebagai sesuatu yang positif dalam konteks sebuah negara demokrasi.

Malahan, menurut beliau, terpulang kepada rakyat untuk memilih mana-mana parti yang mereka sukai pada pilihan raya di negara ini.

“Ia (penubuhan SWP) merupakan sebahagian daripada senario politik di Sarawak. Kita telah mengamalkan demokrasi.

“Sebuah lagi parti baharu, kenapa tidak? Ia terpulang kepada rakyat untuk memilih,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan 50 Multiple District 308 Lions Convention di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kelulusan pendaftaran SWP oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) baru-baru ini. Bagaimanapun, berhubung minat SWP untuk meletakkan calon di kerusi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak, Taib menegaskan: “Mereka bebas untuk berbuat demikian.”

Sementara itu, akhbar semalam menyiarkan Presiden Penaja SWP Dr Ong Lark Sai berkata penubuhan parti itu bertujuan untuk memenuhi kesejahteraan rakyat kelas pekerja.

Ong yang sebelum ini dikatakan akan menyokong perjuangan BN bagaimanapun memberitahu keputusan sama ada memihak parti pemerintah atau pembangkang belum dimuktamadkan.

Ong tidak menafikan parti tersebut berminat untuk meletakkan calon di beberapa kerusi pada PRU13 nanti.

Thursday, April 19, 2012

SPR Syor Tempoh Berkempen Cuma 10 hari!?!?!

SPR bersetuju untuk mengsyorkan agar tempoh berkempen PRU13 kelak tidak kurang daripada 10 hari!!? Ini memastikan semua kawasan dapat dirangkumi!?!!?  Namun demikian hal ini berbeza di Sarawak!?!?!  Kebanyakan kawasan parlimen di Sarawak adalah begitu luas dan jentera pilihan raya tidak mungkin merangkumi kesemua ranting dalam masa 10 hari!?!!?  Keadaan sistem perhubungan yang masih memerlukan bantuan udara dan ada kawasan yang cuma dapat dihubungi melalui bot panjang sahaja!?!!?

Semoga SPR menimbang dengan sebaik-baiknya sebelum meluluskan tempoh berkempen lebih-lebih lagi sekiranya ia mencakupi kawasan yang begitu luas!?!?!

SPR Setuju Syor Tempoh Berkempen PRU-13 Tidak Kurang Daripada 10 Hari

Khamis April 19, 2012
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju melaksanakan syor supaya tempoh berkempen untuk pilihan raya umum ke-13 adalah tidak kurang dari 10 hari.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, keputusan itu dicapai hasil mesyuarat khas SPR pada Rabu mengenai setiap syor Jawatankuasa Pilihan Raya Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (JPKP).

"Mesyuarat turut menerima supaya proses pelantikan pengerusi, timbalan pengerusi dan anggota SPR dikaji semula secara teliti untuk memberi keyakinan bahawa badan itu benar-benar bebas daripada pengaruh Eksekutif dan Legislatif," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Beliau berkata, pihaknya juga bersetuju penstrukturan semula badan itu dilaksana dengan memberi kuasa perundangan sewajarnya.

Selain itu, Abdul Aziz berkata, SPR menyambut baik usaha memperkasa kedudukan badan itu di sisi perundangan serta kedudukan struktur fungsi SPR sebagai sebuah badan bebas yang bertanggungjawab mengendalikan urusan pilihan raya.

Dalam kajian penambahbaikan itu, beliau berkata, sebanyak 22 syor telah dikemukakan untuk dikaji dan diambil tindakan mengikut kesesuaian dan keupayaan.

Tujuh daripada 10 syor akan dilaksanakan termasuk penggunaan dakwat kekal, pengundian awal bagi anggota tentera dan polis, pembersihan daftar pemilih, memansuhkan proses bantahan terhadap kertas pencalonan pada hari penamaan calon dan memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara yang berdaftar sebagai pemilih untuk mengundi secara pos.

Selain itu, Abdul Aziz berkata, SPR akan mengambil segala tindakan yang perlu secara berterusan bagi memastikan Daftar Pemilih yang bersih sebagaimana yang disyorkan JPKP.

"SPR juga bersetuju untuk bekerjasama secara berterusan dengan agensi lain termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), polis dan Mimos dalam usaha membersihkan Daftar Pemilih," katanya.

Beliau berkata, untuk pembersihan secara berterusan, SPR akan menjalankan urusan itu berdasarkan Peraturan 10 dan Peraturan 25 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Mengenai cadangan agar ditubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi mengawasipelaksanaan kerja SPR dan urusan berkaitan daftar pemilih, Abdul Aziz berkata, ia bercanggah dengan kedudukan dan kebebasan SPR di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Manakala berhubung cadangan pendaftaran secara automatik pula, Abdul Aziz berkata, SPR perlu membuat kajian terperinci dari pelbagai sudut dan implikasi kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

"SPR sebagai sebuah badan bebas bertanggungjawab melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya berdasarkan tiga fungsi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"SPR akan sentiasa melakukan yang terbaik dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawab itu secara adil dan saksama kepada semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya," katanya. - BERNAMA

Kronologi Sekitar #Occupydataran dan #MansuhPTPTN Sebelum Razali Tumpang Sekaki!?!?!

Sebelum kena hentam beginilah lagak sombong peserta #Occupydataran dan #MansuhPTPTN yang mengganggu tugas PBT?!?!!?  Sudahlah sesama Melayu meninggikan suara?!?!  Banner tanpa permit dan kebenaran sesuka hati sahaja telah digantung!?!?!   Hormatilah orang tua kalau tidak menghormati paku di bahu!?!?!  Kesal sungguh melihat adab timur tidak lagi disokong!?!?!  Muka mahasewel yang pernah pecah kena jahit semasa kecoh di UPSI dululah yang sibuk mengapi-apikan mahasewel yang lain!?!?!


Setelah mahu berhimpun dengan mengatakan hak mereka!?!?! Kalau anak kepada PBT atau saudara mereka tidak geram melihat bapa mereka dihina sebegini, pastinya sesiapa yang melihat video di atas akan simpati terhadap PBT yang cuma menjalankan tugas tetapi tidak diendahkan oleh para peserta yang mengamalkan hak demonstrasi mereka seperti dalam perlembagaan kononnya!?!!?

Pada malamnya pula terjadilah sesuatu yang tidak diingini!?!?


Sekarang baru nak minta pertolongan polis?!??!  Samseng DAP pun ada?!?!  Kenapa tidak panggil mereka!?!?!  Sewaktu disuruh beredar tidak endah apabila diserang Samurai Hitam takut pula mereka ini!?!?! Memang sah sewel!!?!?

Pemerhati Barung Menjadi Kesalahan Pilihan Raya?!?!?

Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya telah diluluskan!??!  Antaranya adalah tiada lagi pemerhati barung, sempadan 50 meter telah dijarakkan kepada 100 meter!!?!   Di samping itu juga membenarkan ejen tempat mengundi atau ejen mengira bagi seseorang calon menjalankan tugas mereka tetapi tertakluk kepada waktu yang ditetapkan oleh SPR!?!?!

Sama-samalah kita nantikan Rang Undang-undang baru yang telah digubal agar PRU13 lebih selamat dan berjalan dengan lancar!?!?!

Tiada Pemerhati Barung, Dewan Rakyat Lulus RUU Kesalahan Pilihan Raya
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Khamis meluluskan Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 yang antara lain menggugurkan pemerhati barung bagi pihak parti politik.

Rang undang-undang itu diluluskan tanpa sebarang pindaan selepas dibahaskan selama lebih tujuh jam.

Cadangan akta baru berkenaan yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong mengambil ketetapan menggugurkan subseksyen 26 A (2) dan (3) Akta 5 kerana kehadiran pemerhati di barung menyebabkan kesukaran kepada petugas pilihan raya.

Selain itu, menerusi rang undang-undang tersebut turut memperuntukan penubuhan pasukan penguat kuasa di bahagian pilihan raya sama ada di peringkat Parlimen atau negeri.

Rang undang-undang itu juga turut membenarkan ejen tempat mengundi atau ejen mengira bagi seseorang calon menjalankan tugas mereka tetapi tertakluk kepada waktu yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertujuan mengurangkan kesesakan di tempat mengundi.

Dalam pada itu, cadangan pindaan berkenaan turut menetapkan bahawa penggunaan perkataan ‘membuang undi’ akan diganti dengan ‘mengundi’ memandangkan perkataan ‘membuang undi’ boleh membawa kepada tafsiran yang negatif bagi maksud sesuatu pilihan raya.

Menerusi rang-rang undang-undang berkenaan juga dinyatakan larangan kepada mana-mana individu pada hari pengundian menunggu atau berdiri dalam jarak 100 meter dari sempadan pusat mengundi kecuali bagi maksud ke pusat berkenaan berbanding 50 meter ketika ini.

Tuesday, April 17, 2012

Perang Psikologi PRU13 Sudah Bermula!?!?!

Perang psikologi sudah bermula!!?!!  Antaranya adalah memecahkan jentera dalaman BN!!?  Kaedah yang digunakan adalah melalui penghantaran servis pesanan ringkas ke telefon bimbit di sekitar Sibuti!?!?!  Mulanya mereka hendak mengaburi mata dan hati pengundi dan penyokong YB Ahmad Lai dengan bertanyakan tahap mutu perkhidmatan beliau!?!?!  Kini mereka bertanya siapakah calon yang bakal menggantikan YB Ahmad Lai!?!?!  Ini menunjukkan pihak pembangkang kekurangan modal dan cuba bermain teknik Art of War atau seni perang kalau mengena?!??!

Pihak pembangkang pastinya sengal dan tidak tahu bahawa terdapat 164 orang Ketua Masyarakat di Sibuti manakala seramai 140 daripada mereka adalah penyokong kuat PBB diikuti oleh 14 orang penyokong kuat SUPP, 6 orang penyokong kuat SPDP dan 3 penyokong kuat PRS!?!?!?!  Ini adalah berdasarkan kajian telefon oleh pegawai am sekretariat pada bulan lepas!?!?! Ini bukan untuk menakutkan pihak lawan tetapi cuma memberitahu bahawa penyokong kuat BN YB Ahmad Lai tidak akan memberi laluan langsung kepada pihak pembangkang untuk bertapak di Sibuti!?!?!?


Rakyat dinasihati waspada dengan gelagat ‘orang luar’

Posted on April 16, 2012, Monday
MIRI: Meskipun pembangkang sudah memulakan perang psikologi dengan memburukkan kerajaan ketika ini, namun rakyat terus dinasihati supaya berwaspada dengan gelagat ‘orang luar’.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata, pembangkang ketika ini mencuba masuk ke kampung-kampung dan rumah-rumah panjang untuk meraih kepercayaan penduduk.

“Pembangkang menggunakan seribu satu peluang untuk meraih undi rakyat meskipun kawasan yang mereka pergi merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN),” katanya kepada Utusan Borneo.

Beliau memberitahu, rakyat dinasihati supaya tidak mudah terpengaruh dengan segala propaganda pembangkang yang mendakwa kerajaan berat sebelah dalam isu pembangunan.

“Tidak ada kawasan yang tercicir daripada pembangunan kerajaan dan dakwaan tidak berasas itu hanya dikeluarkan oleh orang luar yang tidak suka dan iri hati dengan kerajaan,” jelasnya.

Beliau seterusnya memberitahu, semua isu semasa yang dibangkitkan pembangkang ketika ini sebenarnya telah diselesaikan kerajaan secara berperingkat.

“Pembangkang datang dan menimbulkan isu yang menyentuh sensitiviti dan kemarahan orang ramai dan atas alasan itu, rakyat perlu menolak kehadiran mereka di Sarawak,” jelasnya.

Menurutnya, rakyat sudah menyedari permainan pembangkang setiap kali musim pilihan raya bahkan ada di kalangan rakyat sudah menutup pintu untuk menerima kehadiran pembangkang.

“Kita melihat bahawa sokongan rakyat luar bandar kepada kerajaan BN masih kuat dan kukuh dan usaha pembangkang untuk mengubah pendirian rakyat supaya menyokong mereka adalah sia-sia belaka,” jelasnya.

Sehubungan itu katanya, penduduk luar bandar perlu terus mengekalkan kepercayaan kepada kerajaan yang ada sekarang dan memastikan pembangkang tidak menembusi kubu kuat BN di Sarawak.

Kantoi!?!?! Taktik Kotor Pembangkang Pecah Belah Jentera PRU13?!?!?!

SMS Kotor Pembangkang!?!
Berikut adalah sms yang diedarkan di sekitar kawasan Sibuti!?!?!  Apakah tujuan sebenar sms ini diedarkan!?!?!  Tidak lain dan tidak bukan untuk memecah-belahkan Jentera PRU13 P218 Sibuti!?!?!  Lihatlah nama-nama yang digunakan!?!?!  Tahniah juga kepada Julani Mohtar yang telah dinaikkan pangkat kepada Kaunselor oleh pihak pembangkang??!  Kalau Jentera PRU13 atau orang dalaman PBB yang bertanggungjawab sudah pastinya mereka tahu apa jawatan Haji Julani Mohtar!?!?!  Lain kali kalau hendak memecah-belahkan Jentera hendaklah menyiasat dan menyelidik terlebih dahulu!?!?!  Inilah akibatnya sekiranya tidak cukup maklumat risikan!?!?! 

Jawapan kepada sms tersebut adalah Ahmad Lai sudah sah calon P218 Sibuti!!?!?!  Tiada lain dan tiada pengganti!?!?

PAS Bukan Pilihan Rakyat Sarawak Dan Harus Ditolak !?!?!

Rakyat Barisan Nasional Sarawak memang tidak gentar kepada PAS, PKR atau DAP kerana mereka ini semua seperti beruk!!!??  Mereka hanya tiba memberi gula-gula PRU13 selepas itu akan kembali ke semenanjung!!??   Rakyat Sarawak tahu hanya Barisan Nasional di bawah Perdana Menteri Najib Razak yang akan bertahan!!??  Sarawak adalah kubu kuat Barisan Nasional!?!  Siapakah yang mampu membawa pembangunan ke Sarawak yang jauh lebih besar dari Semenanjung Malaysia ini!?!?!  Pihak PAS pun tidak mungkin dapat mentadbir Sarawak dengan sebaik-baiknya sebagaimana yang telah dilakukan oleh BN!!!??  

Sebaik-baik beruk hanya boleh dilihat dan didengar tetapi jangan disokong sekali-kali!?!?! Berilah mereka pisang supaya mereka lekas kembali ke dalam sangkar !?!?!?!

Rakyat Sarawak harus pertahan negeri daripada dirampas PAS

Posted on April 17, 2012, Tuesday
MIRI: Rakyat Sarawak harus mempertahankan negeri ini daripada dirampas oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang bakal tiba.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata, anak jati sendiri adalah pilihan terbaik terutama dari segi pentadbiran politik.

“Adakah rakyat negeri ini mahu melihat Sarawak dirampas dalam PRU13 nanti terutama oleh PAS?” soal beliau pada satu Majlis Muzakarah dan Penjelasan Isu-isu Semasa di Dewan Masyarakat Bekenu pada petang Ahad lalu.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Lambir Ripin Lamat, Pengarah Jentera Pilihan Raya Sibuti Yusuf Sani Wahab dan semua jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sibuti.

Menurutnya, jika rakyat Sarawak masih sayangkan negeri ini, sudah pasti PAS dan sekutunya yang lain harus ditolak dan jelas bukan pilihan dalam PRU13.

“Ini tanah kita dan hak kita, oleh itu tiada sesiapa yang boleh merampasnya daripada kita semua,” katanya dengan penuh semangat.

Selain itu, beliau turut mengingatkan rakyat supaya terus memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) demi mempertahankan Putrajaya.

Ini kata beliau demi meng-elakkan kawasan nadi peme-rintahan kerajaan sekarang daripada ditawan oleh pihak lain yang mempunyai cita-cita tinggi untuk mengambil alih tampuk pemerintahan.

“Demi mempertahankan semuanya, hanya satu sahaja harus dipilih dan tidak harus ada pilihan selainnya iaitu BN dalam PRU13,” ujarnya.

Beliau pada masa sama turut menasihati semua ahli dan jentera parti untuk bersatu padu dan saling bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya nanti.

“Jika ada masalah atau rasa tidak puas hati, bawalah ke meja bulat untuk berbincang, jangan buat tindakan sendiri,” ingat beliau lagi.

Majlis berkenaan merupakan anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Parlimen Sibuti dan sebelumnya, simulasi (dry-run) untuk menghadapi PRU13 turut diadakan.

Monday, April 16, 2012

BN Mampu Meraih Sokongan Ahli Untuk Mempertahankan Sibuti!!?!!?

Memang benar BN tiada masalah sekiranya ahli Barisan Nasional di Sibuti semua turun mengundi Barisan Nasional!??!?!  PBB sahaja mempunyai keahlian seramai 10 000 orang belum lagi ditambah dengan parti komponen BN yang lain seperti SUPP, SPDP, PRS dan Kelab BN Sarawak!!!??  Sekiranya mereka ini semua mengundi BN maka pembangkang akan menghadapi kesukaran untuk menawan  Sibuti!?!?!  

10 tahun yang lalu Lambir dan Bekenu cuma dihubungi melalui jalan batu dan perahu panjang sahaja!!!??  Lihatlah sekarang jalan berturap, air bersih dan juga elektrik dapat dinikmati!!??  Mungkin tidak lama lagi Bekenu dan Lambir akan mengikuti jejak langkah Betong menjadi daerah di Sarawak!?!?!?  Ini akan tercapai dengan adanya pembangunan yang dibawa oleh Barisan Nasional!?!?!?   Semoga BN tetap di hati rakyat!?!?!?
BN tiada masalah pertahan kerusi Parlimen Sibuti, kata Ripin

Posted on April 16, 2012, Monday

MIRI: Barisan Nasional (BN) dijangka tidak berdepan sebarang masalah untuk mempertahankan kerusi P218 Parlimen Sibuti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

Ahli Dewan Undangan Negeri Lambir Ripin Lamat memberitahu, majoriti penduduk luar bandar khususnya di konstituensi Sibuti masih berpegang teguh menyokong BN.

“Kami melihat rakyat di konstituensi Parlimen Sibuti merupakan penyokong kuat BN dan kami yakin akan mempertahankan kerusi itu pada PRU kelak,” katanya ketika ditemui semalam.

Mengulas mengenai usaha PAS meletakkan calon bumiputera (Iban) untuk bertanding di kerusi P218, beliau memberitahu ia hanya satu cara untuk meraih sokongan rakyat.

“Kami percaya masyarakat Iban berfikiran matang dan profesional dalam menentukan kerajaan yang terbaik untuk mereka dan mereka tidak akan menyokong parti yang pernah menghina masyarakat Iban,” ujarnya.

Beliau memberitahu, presiden PAS pernah mengeluarkan kenyataan yang menghina masyarakat Iban pada pilihan raya kecil Batang Ai lalu dan ia masih dalam ingatan kaum itu.

“Sekarang adalah masa terbaik untuk menolak parti luar daripada menapak kaki ke Sarawak bahkan parti yang pernah menghina kaum di Sarawak dahulu perlu disenaraihitamkan,” katanya.

Ripin menjelaskan, hampir sebahagian besar kaum Iban terdiri daripada golongan profesional dan berpendidikan dan mereka dapat berfikir secara rasional untuk memilih kerajaan.

“Kaum Iban perlu menolak ideologi pembangkang dan cubaan mereka meletakkan calon daripada kaum itu pada PRU kelak adalah satu cara untuk meraih sokongan dan simpati rakyat,” jelasnya.

Selain itu katanya, kerajaan telah banyak berusaha membangunkan kawasan luar bandar bahkan sebahagian besar kawasan itu dilengkapi infrasktruktur asas,” tegasnya

Sunday, April 15, 2012

Kelantan PAS Belum Kembalikan Tanah Adat Orang Asli!!?!?

Kerajaan Kelantan PAS masih belum mengembalikan tanah adat orang asli?!?!! Sudah terlupakah TG Nik Aziz atau memang tidak pernah berniat untuk mengotakan janji!?!?!  Ini sungguh berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional di Sarawak, khususnya dapat dilihat dari segi tanah NCR yang diserahkan kepada empunya tanah!!!???  Kalau PAS memerintah alamatnya tanah NCR pasti dikebas oleh PAS untuk dijual kepada DAP!?!?!?!

Mahukah kita melihat tanah yang telah diusahakan oleh nenek moyang kita terlepas kepada pakatan haram!?!!?  Mereka ini belum pandai lagi mentadbir negeri mahupun negara dan pastinya tanah adat dan NCR di seluruh Malaysia akan dijual sesuka hati mereka!?!?!  Pakatan Haram tidak pernah mempercayai polis kerana mereka mengupah samseng DAP yang biaDAP untuk menegakkan kuasa mereka!?!!?  Jangan mudah terpedaya dengan gula-gula pembangkang yang datang ke Sarawak hanya untuk berkempen dengan menabur janji manis!!?!?  Mereka sudah dilihat kehilangan Selangor dan Perak dan Kelantan pun akan dimiliki oleh Barisan Nasional!!?!?!  Cukuplah pakatan haram diberi percubaan di Selangor dan hasilnya pasir dan air habis dijual!?!!?  Di Kedah, apabila bencana alam seperti banjir melanda kerajaan mereka cuma berpeluk tubuh dan berharap agar sukarelawan BN yang bekerja keras kerana mereka tiada pengalaman untuk mentadbir kerajaan semasa darurat!?!?!? Kelantan masih banjir setiap tahun dan tiada program mencegah atau mengurangkan kemusnahan harta benda akibat banjir!!?!?  Lihatlah di Belanda, mereka mampu mengawal dan menyalurkan air bah sehingga tidak mungkin adanya kemusnahan harta benda sekiranya air bah melanda!!?!?

Fikirkanlah, kerajaan Pakatan Haram PAS tidak pandai mentadbir!?!!?  Ingatlah tanah kita akan tergadai apabila pakatan haram memerintah!!!?!?

Lebih 400 Orang Asli buat bantahan depan pejabat SUK Kelantan


KOTA BAHARU 15 April – Lebih 400 penduduk Orang Asli dari Hulu Kelantan mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pintu masuk pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, bagi menuntut janji yang dibuat kerajaan Pas Kelantan berkaitan tanah adat mereka.
Kumpulan itu dari 26 pos penempatan sekitar jajahan Gua Musang, diketuai Pengerusi Jaringan Orang Asal Kelantan, Azmi Badol berhimpun kira-kira setengah jam sejak pukul 9 pagi, turut menuntut supaya kerajaan negeri mengembalikan tanah adat mereka seperti dijanjikan sebelum ini.

Azmi kemudian menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada Pegawai Khas Menteri Besar, Zawawi Muhamad, selepas gagal memasuki pejabat berkenaan berikutan pintu pagar pejabat itu ditutup dengan kawalan polis.

Bercakap kepada pemberita, Azmi berkata pihaknya berbuat demikian hari ini memandangkan kerajaan negeri masih gagal menunaikan janji sekalipun telah beberapa kali mengadakan perjumpaan dengan mereka.

Azmi berkata pihaknya telah menghantar memorandum kepada Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 14 Feb 2011, dan sewaktu perjumpaan tersebut Menteri Besar menjanjikan beberapa perkara.

"Antara janjinya untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mengkaji masalah tanah Orang Asli, memberhentikan semua aktiviti yang berjalan di atas tanah adat dan membayar pampasan ke atas pokok dan tanaman yang telah dimusnahkan.

"Bagaimanapun sehingga kini janji-janji tersebut masih tidak dikotakan, dan pada 23 November 2011 kami menerima surat daripada Pejabat Menteri Besar yang menjemput kami untuk bermesyuarat, bagaimanapun hanya diwakili oleh pegawai khasnya, Zawawi Muhamad,” katanya.

Pakatan Haram Masih Lemah Menguasai Persefahaman!?!!?!?

Pakatan Haram tidak mungkin dapat menandingi perpaduan dalam Barisan Nasional kerana mereka tidak pernah berpakat!?!?!?!  Setakat ini mereka masih merebut kerusi!?!?!  Kalau beginilah PR memegang kerajaan maka sampai habis penggal pun mereka tidak akan memerintah kerana masih berebut jawatan!?!?   Beginikah sepakatnya pakatan haram!?!?!  Tarikh PRU13 semakin hampir mereka di peringkat atasan masih berebut kerusi manakala di peringkat bawahan masih menunjuk dan menunding jari ke lubang jalan !!?!?  Sampai bilakah pakatan haram akan mengeluarkan wang mereka untuk mengambus lubang jalan raya atau membawa kayu, papan dan cat untuk membina jeti rosak!?!?!  Sikap mereka yang tidak proaktif adalah mengalahkan budak kecil!!?!??  Mampukah pakatan haram menandingi Barisan Nasional!?!?  Sememangnya tidak!!!?!? 

PR tidak mampu tandingi persefahaman BN

Posted on April 15, 2012, Sunday
KUCHING: Pakatan Rakyat (PR) yang ditunjangi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak mampu menandingi persefahaman yang terjalin dalam Barisan Nasional (BN).

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata, biarpun menggunakan perkataan ‘pakatan’ untuk merujuk perpaduan, namun secara hakikatnya mereka tidak sebulu.

Menurutnya, semua parti komponen di bawah BN bekerjasama dan bersatu padu untuk merealiasikan matlamat perjuangan membantu rakyat secara menyeluruh.

“Walaupun BN terdiri daripada pelbagai parti, namun perjuangan semua adalah sama iaitu untuk membantu memajukan negara dan rakyat.

“Tidak seperti mereka (pembangkang) lain tempat lain cakap, malah perjuangan mereka juga tidak sama,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Dewan Serbaguna Jalan Tanjung Embang di sini, malam kelmarin.

Justeru, beliau mahu rakyat negeri ini tidak mendengar atau terpengaruh dengan janji manis pihak terbabit.

“Kita tidak cakap sahaja tetapi melaksanakan apa yang dijanji. Bukan macam mereka yang hanya tahu berkata-kata untuk menyedapkan telinga,” ujarnya.

Malah, katanya, perjuangan pihak terbabit boleh dianggap berbahaya kerana berhasrat untuk memporak peranda perpaduan rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, menurut Daud, setiap kaum di negeri ini mempunyai hak sama rata kerana kerajaan mengutamakan perpaduan.

“Tidak ada kaum yang majoriti atau mendominasi kaum lain di negeri ini.

“Perkara ini yang menyebabkan kita (rakyat Sarawak) boleh hidup bersama tanpa sebarang masalah,” jelasnya.

Saturday, April 14, 2012

KL Lumpuh Akibat Demo PTPTN!?!?!

Berikut adalah suasana sekitar demo PTPTN siang tadi!!!??  Kredit kepada Keris Putera!?!  Kelihatan para pemimpin pakatan haram yang mengetuai mahasewel ini!!??  Semua minta percuma!?!?!  

Semasa susah mendapat pinjaman, mereka juga yang merayu tetapi apabila sudah dipinjam maka mahu dihapuskan segala hutang!?!!??

Nampak semacam berbaur politik memandangkan Adam Adli yang terkenal sebagai lembu Nurul Izzah mengetuai perarakan!!?  Memandangkan pihak pembangkang memang ketandusan isu kerana penyelewengan mereka kian terbongkar satu per satu!!!?!?!!?  Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk melarikan diri daripada topik sebenar!!?!??  Hakikatnya pembangkang kurang mendapat sokongan sekarang ini lihat sahaja demo hari ini melihatkan kekuatan seramai 300 orang menurut laporan daripada biaqpila!!!?!?  

Bagaimana pula waktu demo bershit 3 kelak!?!?  Mungkin cuma pemimpin pakatan dan ketua cawangan yang akan dipanggil untuk turun padang!!?!?  Yang lain akan duduk di rumah melihat tv dan mencuci rumah, membasuh pakaian kotor serta meluangkan masa bersama keluarga!?!!?!?






 

 

Baca Blog Dalam Facebook Anda