Wednesday, April 25, 2012

Ahmad Lai Kekal Sebagai Penyandang Kerusi Parlimen Sibuti!!!

Penyakit yang paling sukar diubati adalah  penyakit iri hati!?!?  Disebabkan penyakit iri hati  inilah terjadinya banyak khabar angin untuk menjatuhkan penyandang kerusi Parlimen P218 Sibuti iaitu Haji Ahmad Lai!?!?! 

Sebaik-baiknya ahli PBB di kawasan Sibuti hendaklah berkorban bersatu seperti motto utama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu dan sentiasa kental dalam apa jua keadaan?!?!?  Sekiranya ahli PBB sentiasa berkorban dan bersatu untuk parti nescaya siapa juga yang mengganggu parti akan dapat dihapuskan dengan mudah melalui semangat permuafakatan!?!!?  Biarlah penyandang Sibuti dikekalkan kerana beliau masih berjaya menjalankan tugas sebagai ahli Parlimen Malaysia!?!!? 

Khabar angin untuk jatuhkan Ahmad Lai

Posted on April 25, 2012, Wednesday
MIRI: Spekulasi yang mendakwa penyandang kerusi Parlimen 218 Sibuti Ahmad Lai Bujang tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kerana faktor kesihatan adalah tidak tepat.

Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Sepupok Kaunselor Annuar Ahmad berkata dakwaan tersebut dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan Ahmad Lai.

“Semua khabar angin yang mendakwa Ahmad Lai tidak sihat adalah tidak benar dan tidak berasas dan spekulasi ini dikeluarkan oleh pihak yang iri hati dengan pencalonan semula beliau,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Annuar memberitahu, sejak memegang kawasan Sibuti empat tahun lalu, Ahmad Lai tidak pernah mempunyai masalah kesihatan yang serius seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Jangan mendengar atau mudah terpengaruh dengan dakwaan sedemikian kerana ia adalah taktik pihak tertentu untuk memecahbelahkan sokongan rakyat terhadap kerajaan,” katanya.

Menurutnya, ada pihak tertentu khususnya pembangkang sengaja mengeluarkan isu tidak benar semata-mata untuk menimbulkan situasi panik di kalangan penyokong setia kerajaan.

“Bagi saya sendiri, Ahmad Lai merupakan calon boleh menang bagi kerusi Parlimen Sibuti bahkan beliau mudah didekati dan didampingi rakyat meskipun sibuk dengan urusan rasmi,” jelasnya.

Annuar seterusnya memberitahu, semua penduduk di kawasan Bekenu telah sebulat suara menyokong Ahmad Lai untuk dicalonkan semula bagi menghadapi PRU.

“Kita tidak melihat calon lain yang boleh menang di kerusi itu selain penyandangnya, Ahmad Lai.

“Bahkan, rakyat sendiri sudah hidup dalam keadaan selesa sejak Sibuti ditadbir urus calon Barisan Nasional (BN),” tegasnya.

Menurutnya, semua khabar angin yang menjurus kepada unsur-unsur negatif terhadap calon BN itu hanya dikeluarkan oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan peribadi.

“Kita sedar bahawa ada pihak yang iri hati dan mempunyai perasaan hasad dengki terhadap sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap Ahmad Lai dengan mengeluarkan spekulasi itu,” jelasnya.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda