Thursday, April 12, 2012

Mat Sabu PAS Akan Bercawat di Taman Tunku Miri!?!?!

Mat Syabu akan bercawat di Taman Tunku Miri?!?!!?  Ini untuk menghina kaum Iban lagi!?!?!  Sebelum ini kaum Iban telah dihina semasa Hadi Awang berucap di Manek Urai setelah PAS kalah di Batang Ai!?!?!

Memang betul pemerhatian otai blogger Anak Merdeka?!?!!  Adakah Robby tidak rasa kecewa atau kecil hati apabila kaum Iban dihina?!!?  Mungkinkah Robby sudah terlalu lama di Semenanjung sehingga beliau tidak lagi merasakan diri beliau berketurunan Iban!?!?!  Adakah Robby sudah merasakan dirinya seperti seorang Melayu/ India kerana sudah lama bergiat di Semenanjung sehingga membiarkan sahaja penghinaan ke atas kaum keturunan nenek moyangnya!?!?!  Atau Robby memekakkan telinga dan membutakan hati demi untuk menjadi wakil rakyat di Parlimen Sibuti!?!?!
Mat Syabu akan 'bercawat' di Miri esok, 13 April..
oleh Anak Merdeka
 
 
Jika sebelum ini Presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Haji Awang pernah menghina kaum Dayak di Sarawak dengan berkata "Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS."

Kata-kata itu dihambur oleh Haji Abdul Hadi ketika satu sidang media bersama wartawan semasa Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai beberapa tahun lepas dan ianya ditujukan kepada para pengundi berketurunan Iban serta Dayak yang menolak calon pembangkang dan memilih Malcom Mossen Lamuh sebagai Yang Berhormat bagi mewakili rakyat di DUN Batang Ai Sarawak.

Sudah hampir tiga tahun penghinaan yang dilakukan oleh Haji Abdul Hadi itu terhadap kaum Dayak namun sehingga kini beliau belum lagi berusaha untuk memohon maaf daripada masyarakat peribumi terbesar Sarawak itu. Akan tetapi pada hari ini, entah bagaimana tetiba sahaja PAS yang diterajui oleh Haji Abdul Hadi sekali lagi mempermainkan hati dan perasaan kaum Iban dan Dayak Sarawak apabila hendak meletakkan seorang calon dari kaum tersebut untuk mewakili PAS pada PRU-13 bagi kerusi Parlimen Sibuti.

Calon PAS untuk Parlimen Sibuti sudahpun dikenalpasti sebagai Robby Zaid Tandang, seorang profesional dan sedang bertugas di Semenanjung Malaysia. PAS mahu Robby menentang calon daripada Barisan Nasional yang berkemungkinan besar sekali lagi akan menurunkan penyandang sedia ada iaitu YB Ahmad Lai Haji Bujang sebagai calon.

Maka untuk mengesahkan perkara tersebut, maka esok Timbalan Presiden PAS Mat Syabu akan berlepas dari KL ke Miri dan akan berada di beberapa tempat dalam kawasan Taman Tunku Miri untuk program-program yang telah diatur oleh PAS cawangan Miri.

Kepada bakal calon PAS di Parlimen Sibuti itu saya ingin melihat seorang pemimpin yang tahu erti bagaimana hendak menjaga maruah bangsa yang pernah dihina. Adakah dengan menerima tawaran tersebut atau akan menolaknya?

Cuma saya terpikir, andaikata Robby Zaid nanti gagal membantu PAS untuk merampas kerusi Parlimen Sibuti daripada tangan BN pada PRU-13 nanti, apakah jaminan daripada Haji Abdul Hadi Awang yang beliau tidak akan menghina kaum Dayak buat kali yang kedua sebab untuk kesalahan penghinaan beliau yang dulu terhadap kaum Iban pun masih lagi belum selesai.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda