Friday, April 6, 2012

PKR Cuba Panggil Mereka Tauke?!?!!

Sandiwara terbaru puak pakatan adalah untuk mengamalkan hak demokrasi mereka?!!?  Tetapi mereka sendiri pun tidak mengamalkan demokrasi!!?!?   Kalau di Pulau Pinang hak demokrasi orang Islam dan orang ramai tidak dipedulikan oleh DAP tetapi apabila PAS ingin menggunakan surau di Kampung Kejapil di Sibuti untuk berkempen pula itu adalah hak demokrasi mereka!?!?!  

Kalau Robby berceramah tentang PAS kepada pelajar tingkatan 2 dan tingkatan 4 mengenai PAS pada waktu sekolah pula itu adalah hak demokrasinya tetapi kenapa kalau pengetua tidak membenarkan mereka meneruskan apabila ceramah tersebut lari daripada topik kerjaya selepas sekolah bukan menjadi hak demokrasi lagi!!?!?  Adakah kita sekarang bebas menyuarakan hak kita dalam negara demokrasi!!?!  

Kalau Azmin boleh mengelak daripada menjawab tuduhan untuk menceritakan mengenai saham yang dimilikinya adakah ia juga merupakan hak demokrasi?!?!  Kalau PKR atau DAP dan PAS buat sesuatu maka itu adalah kebebasan demokrasi!?!!?  Kalau orang pasang bendera parti di luar masa pilihanraya mereka naik marah, tetapi kalau penyokong mereka kibar bendera PAS di hadapan e-Mart Miri dan Sadong Jaya mereka pula tersenyum!?!?!  Tidak payah bagi upah, bendera pun sudah naik!!?!?

Bagaimana mereka mengamalkan demokrasi!?!?!  Mungkin pada mereka ini hanya demo sahaja yang boleh dipakai!??!  Jadi krasi itu apa pula maknanya?!?! Disebabkan orang PKR, DAP dan PAS tidak pandai berbahasa Melayu maka mereka suka merogol bahasa sedangkan mereka sendiri yang paling banyak bercakap seperti orang baru belajar bahasa Melayu!!?!?!  Siapa tauke pun boleh jadi tajuk forum!?!?!  Kalau orang mengamalkan demokrasi pastinya bahasa yang digunakan akan melambangkan kematangan penggunaaan bahasa mereka, lebih-lebih lagi seorang peguam seperti See Chee How?!?!?  Nama pun bermaksud tengok chee bagaimana?!?! Entah apa yang dimaksudkan pun tidak faham!?!?!!?  See Chee How patut tahu GIGO!!?!?  Bukan Gigolo tetapi Garbage In Garbage Out!?!?!!
FORUM ‘SIAPA TAUKE’? HANYA SANDIWARA PKR SARAWAK



ADUN Batu Lintang, See Chee How yang juga Naib Presiden PKR Sarawak semalam memulakan perang minda apabila cuba mempelawa pemimpin BN Sarawak untuk menyertai Forum Siapa Tauke? Menurut See Chee How, forum itu bukan debat politik tapi hanya sekadar dialog intelektual berhubung demokrasi.

Sanggahan See Chee How itu cuba memerangkap pemimpin BN dalam usaha mahu berdebat berhubung pendedahan surat Mong Dagang sebelum ini.

Melihat kepada tajuk forum itu, Siapa Tauke? ianya boleh disifatkan sebagai suatu bentuk forum politik dengan cuba menjadikan pemimpin PRS seperti James Masing sebagai sasaran untuk diserang.

Jika tidak masakan See Chee How menjemput pemimpin BN dan kenapa tidak pemimpin NGO’s lain yang mungkin lebih sesuai dengan aliran politik pembangkang?

Forum yang akan diadakan pada 15 April ini dianjurkan PKR dan menjemput Presiden PRS, Tan Sri James Jemut Masing. Bagaimanapun, jemputan itu telah ditolak dengan baik atas alasan kerana banyak lagi tugasan dan kerja yang lebih bermanfaat berbanding menyertai forum itu yang disifatkan sebagai membuang masa.

Adalah lebih bermakna jika masa itu diluangkan kepada rakyat di kawasan dalam mendengar dan menyelami permasalahan rakyat seperti mana kehendak rakyat semasa pilihan raya.

Tidak seperti wakil rakyat Pakatan Pembangkang yang hanya banyak membuang masa dengan mengadakan aktiviti yang bersifat menguntungkan politik mereka dan menidakkan permasalahan rakyat. Mereka ini hanya mahukan kuasa untuk ke Putrajaya dan rakyat menjadi alat kepada mereka untuk mencapai cita-cita ini.

Justeru, tindakan Presiden PRS itu amat mulia jika dibandingkan dengan tabiat dan sikap pemimpin PKR yang hanya mementingkan kuasa politik biarpun terpaksa memperalatkan rakyat.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda