Thursday, April 19, 2012

Pemerhati Barung Menjadi Kesalahan Pilihan Raya?!?!?

Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya telah diluluskan!??!  Antaranya adalah tiada lagi pemerhati barung, sempadan 50 meter telah dijarakkan kepada 100 meter!!?!   Di samping itu juga membenarkan ejen tempat mengundi atau ejen mengira bagi seseorang calon menjalankan tugas mereka tetapi tertakluk kepada waktu yang ditetapkan oleh SPR!?!?!

Sama-samalah kita nantikan Rang Undang-undang baru yang telah digubal agar PRU13 lebih selamat dan berjalan dengan lancar!?!?!

Tiada Pemerhati Barung, Dewan Rakyat Lulus RUU Kesalahan Pilihan Raya
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Khamis meluluskan Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 yang antara lain menggugurkan pemerhati barung bagi pihak parti politik.

Rang undang-undang itu diluluskan tanpa sebarang pindaan selepas dibahaskan selama lebih tujuh jam.

Cadangan akta baru berkenaan yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong mengambil ketetapan menggugurkan subseksyen 26 A (2) dan (3) Akta 5 kerana kehadiran pemerhati di barung menyebabkan kesukaran kepada petugas pilihan raya.

Selain itu, menerusi rang undang-undang tersebut turut memperuntukan penubuhan pasukan penguat kuasa di bahagian pilihan raya sama ada di peringkat Parlimen atau negeri.

Rang undang-undang itu juga turut membenarkan ejen tempat mengundi atau ejen mengira bagi seseorang calon menjalankan tugas mereka tetapi tertakluk kepada waktu yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertujuan mengurangkan kesesakan di tempat mengundi.

Dalam pada itu, cadangan pindaan berkenaan turut menetapkan bahawa penggunaan perkataan ‘membuang undi’ akan diganti dengan ‘mengundi’ memandangkan perkataan ‘membuang undi’ boleh membawa kepada tafsiran yang negatif bagi maksud sesuatu pilihan raya.

Menerusi rang-rang undang-undang berkenaan juga dinyatakan larangan kepada mana-mana individu pada hari pengundian menunggu atau berdiri dalam jarak 100 meter dari sempadan pusat mengundi kecuali bagi maksud ke pusat berkenaan berbanding 50 meter ketika ini.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda