Tuesday, April 10, 2012

Gempak!!!? Pembaharuan Dalam SPR!?!?!?

SPR sudah bersedia melaksanakan pembaharuan untuk PRU13.  Antaranya adalah
  1. Penggunaan dakwat kekal
  2. Pengundian awal dua hari bagi pasukan keamanan 
  3. Tiada bantahan penamaan calon
  4. Tiada penarikan diri setelah disenaraikan sebagai calon
Sekiranya ini semua tidak menunjukkan kesungguhan untuk membersihkan SPR apa lagi yang dimahukan oleh Bershit!?!?!
    SPR sedia laksana pembaharuan

    by Agnes Tugong. Posted on April 10, 2012, Tuesday

    Bersedia hadapi tekanan sepanjang PRU13 yang menyaksikan banyak pembaharuan bakal dilaksana
    Abdul Aziz
    KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia menghadapi tekanan yang bakal dilalui sepanjang proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang menyaksikan banyak pembaharuan bakal dilaksana.

    Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, banyak perkara baharu akan diperkenalkan buat pertama kali dan perlu diambil perhatian pada PRU13.

    Antaranya, penggunanan dakwat kekal, pengundian awal dua hari sebelum hari mengundi bagi polis dan tentera, tiada bantahan penamaan calon serta tidak ada lagi penarikan diri.

    “Proses PRU13 tidak sama seperti sebelum ini yang mana banyak perkara baharu diperkenalkan buat pertama kalinya oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

    “Pada laporan pertama yang diterima Disember lepas, tujuh daripada 10 perakuan dipersetujui dan 22 perakuan lagi akan dibincangkan oleh panel penuh SPR pada 18 April ini,” katanya pada sidang media di sini semalam.

    Jelas Aziz, setiap perakuan itu perlu dikaji dengan teliti kerana tindakan yang terburu-buru akan mengundang kepada kesilapan dan boleh dibawa ke mahkamah.

    “Kalau sempat perakuan-perakuan yang akan bakal dibincangkan dan dipersetujui pada 18 April ini akan kita gunakan pada PRU13,” ujarnya.

    Dalam pada itu proses PRU13 Sarawak dianggarkan menelan perbelanjaan RM80 juta dan ia merangkumi perbelanjaan helikopter, kapal terbang, pelbagai jenis perahu dan kenderaan berkuasa tinggi (4WD) yang akan digunakan.

    Perbelanjaan keseluruhan pilihan raya negara pula dianggarkan menelan RM300 juta dan ia banyak digunakan untuk membayar elaun memandangkan tiga jenis undi digunakan iaitu undi pos, undi awal dan undi biasa.

    Dari segi kekuatan petugas, SPR akan melantik 31 pegawai pengurus dan 120 penolong pegawai pengurus bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya.

    Bercakap mengenai taklimat tersebut, Aziz berkata ia merupakan yang terakhir untuk negeri ini melibatkan tiga lokasi iaitu Kuching (semalam), Sibu (12 April) dan Miri pada 16 April ini.

    Tujuan taklimat adalah untuk memberi penerangan kepada pengurus pilihan raya mengenai peraturan, dan undang-undang perjalanan pilihan raya.

    Tambahnya, pusingan kedua taklimat akan diadakan dan menjelang Jun, SPR menurutnya telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi PRU.

    0 comments:

    Post a Comment

    Baca Blog Dalam Facebook Anda