Monday, April 9, 2012

PAS Sudah Lupa Hadi Awang Pernah Hina Orang Iban Pakai Cawat!!!?!?

PAS mudah lupa!!??  Namun orang Iban tidak semudah PAS untuk lupa akan penghinaan terhadap mereka selepas PRK Batang Ai 2009. Hadi Awang yang kecewa dengan keputusan PRK yang memihak kepada BN sehingga mengeluarkan kenyataan rasis yang menghina orang Iban di Sarawak!!?!?  Selepas itu, semua PRK yang disertai PAS terus kalah satu persatu!!??

Rakyat Malaysia walaupun di Semenanjung sentiasa akan mengingati penghinaan Hadi Awang ke atas orang Iban di Sarawak!!?!?  Itu menyebabkan mereka tidak akan memilih parti rasis PAS yang lupa sejarah perjuangan kemerdekaan dan sesuka hati menghina kaum lain di Malaysia!?!?!  Beruntunglah PAS hanya memerintah di Kelantan kerana nasib Orang Asli di Kelantan pun tidak dibela mengakibatkan PAS kalah semasa PRK Galas?!!?  Ini menyebabkan kerajaan PAS cuba merasuah Orang Asli memandangkan hanya waktu Pilihan Raya sahaja barulah suara masyarakat Orang Asli kononnya diberi perhatian!!??  Namun pada hakikatnya PAS cuma masuk telinga kiri keluar telinga kanan!!??  

Itulah keadaan yang berlaku di Sibuti dan sekitar Miri!!??  PAS akan mengorek dan mencari isu-isu semasa daripada isu jalan raya hinggalah ke lubang kubur untuk menunjukkan mereka prihatin!!??  Tetapi setelah menang mereka akan golong tikar dan tidak akan menjejakkan kaki ke kawasan tersebut lebih-lebih lagi di Sarawak!!!??   Hakikatnya PAS cuma pandai bercerita dan berkata-kata untuk memenangi hati pengundi sahaja dan umpama habis madu sepah dibuang lagaknya kelak!!??  Berhati-hatilah dengan ragam PAS yang kemaruk kerusi menjelang PRU13!!?!?!

Orang Iban tidak lupa dengan penghinaan PAS, kata Masing

Posted on April 9, 2012, Monday
KUCHING: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Masing berkata, beliau antara komuniti Iban yang masih mengingati penghinaan terhadap kaum itu oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata selepas pilihan raya kecil Batang Ai pada April 2009, Hadi mengatakan pengundi Iban berpihak kepada Barisan Nasional (BN) kerana mereka masih memakai cawat.

Ramai pemimpin BN menganggap penghinaan itu membawa maksud Iban ‘bodoh’ tetapi beberapa penyokong pembangkang mendakwa kenyataan Hadi itu bermakna pengundi Iban mudah terpengaruh dengan pengumuman projek segera diumumkan BN sepanjang tempoh berkempen.

Masing berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Hadi, PAS akan meletakkan calonnya berbangsa Iban di kerusi Parlimen Sibuti pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata tindakan PAS meletakkan Iban (bukan Islam) di Sibuti atau tempat lain hanyalah gimik politik semata-mata untuk menarik sokongan pengundi Iban.

(Orang) Iban tidak pernah lupa penghinaan presiden PAS (Hadi) itu kepada Iban selepas pilihan raya kecil Batang Ai pada 2009.

“Pengundi Iban jauh lebih bijak daripada Hadi. Tambahan ideologi PAS tidak akan diterima oleh Dayak. Oleh itu PAS tidak akan berjaya di kawasan Dayak,” tambahnya.

Konstituensi Sibuti mempunyai 23,000 pengundi berdaftar (2008) dan daripada jumlah itu 45 peratus adalah Melayu/Melanau, Iban (30 peratus) diikuti Cina (22 peratus) selebihnya kaum lain termasuk Orang Ulu dan Bidayuh.

Penyandang kerusi berkenaan ialah Ahmad Lai Bujang daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Pada PRU 2008, beliau memperoleh 8,238 undi manakala lawannya Dr Michael Teo Yu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), 4,590 undi.

Manakala jumlah pengundi yang turun mengundi hanya 59 peratus.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda