Thursday, April 12, 2012

Ahmad Lai Sokong Calon SUPP Miri!?!?!

YB Haji Ahmad Lai memang bijak untuk menyeru pengundi agar menjalankan kewajipan mereka ketika PRU13 kelak!!??   Apalah gunanya Jentera PRU13 tanpa mengira perasaan dan naluri pengundi!!??  Sekiranya pengundi tidak turun mengundi maka kuranglah data yang diambil kira untuk menentukan kemenangan sebenar atau majoriti di kawasan mengundi tersebut!!?? 

YB Haji Ahmad Lai juga menyatakan bahawa Miri dan Sibuti sentiasa bekerjasama untuk memastikan pengundi mereka menjalankan kewajipan apabila PRU13 diumumkan kelak!!??  Pengundi Sibuti yang sudah menetap di Miri akan dikenalpasti dan mungkin akan menerima kenderaaan yang disewa khas untuk menghantar mereka ke pusat mengundi di kawasan yang telah ditetapkan!?!?  Kebanyakan pengundi sudah dikenalpasti oleh jentera PRU13 masing-masing dan ini memudahkan pengangkutan dan lojistik untuk hari mengundi kelak!!!??

Sekarang cuma tinggal pengumuman tarikh PRU13 kerana jentera Barisan Nasional di semua peringkat sudah bersedia sekiranya PRU13 diumumkan dalam masa yang terdekat!!!??  Rakyat sudah mempercayai GTP dan ETP dalam jenama 1Malaysia!!??  Kalau dilihat di negeri pembangkang, kesemua janji PRU12 mereka yang lalu masih belum ditunaikan dan cuma cakap kosong sahaja!!!?? 
BN harus memusatkan kekuatan: Ahmad Lai

by Mohd Achil Norrlatep. Posted on April 11, 2012, Wednesday

Harus buktikan mereka juara, bertakhta di hati rakyat untuk capai yang terbaik dalam PRU13

MIRI: Setiap parti komponen Barisan Nasional (BN) harus membuktikan bahawa mereka adalah juara dan bertakhta di hati rakyat untuk mendapatkan yang terbaik dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Untuk itu, Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata, gabungan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mempunyai kemampuan berkenaan dengan memusatkan semua kekuatan yang ada.

Kuncinya adalah saling bersatu antara satu sama lain supaya rakyat terus memberi mandat kepada kita (BN) untuk terus memegang tampuk pemerintahan,” katanya dalam satu majlis makan malam bersama parti komponen BN anjuran SUPP Miri baru-baru ini di Parkcity Everly Hotel Miri.

Menurutnya, keempat-empat parti komponen sudah seperti adik-beradik sama ada bagi Parlimen Miri atau Sibuti dan berdiri di bawah satu bumbung sejak sekian lama.

Pada masa sama, beliau turut menyatakan sokongan penuh terhadap sesiapa pun yang bakal dicalonkan mewakili SUPP bagi Parlimen Miri dan berjanji memberi kerjasama dalam PRU13 nanti.

Bagaimanapun, setiap usaha yang dilaksanakan tidak bermakna jika rakyat tidak menunaikan tanggungjawab mereka.

“Turunlah mengundi dan tunaikanlah kewajipan anda dalam pilihan raya nanti, sia-sialah walau sebanyak mana usaha dicurahkan jika anda tidak mengundi,” nasihat beliau.

Pada majlis berkenaan, setiap wakil parti komponen iaitu SUPP, PBB, PRS dan SPDP turut hadir serta memberikan ucapan.

Presiden SUPP Datuk Seri Peter Chin dalam ucapannya turut menyatakan bahawa Pengerusi SUPP Piasau Datuk Sebastian Ting merupakan salah satu daripada nama yang pasti dicadang untuk menjadi calon bagi mewakili parti berkenaan di Parlimen Miri dalam PRU13 nanti.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda