Thursday, April 26, 2012

Ahmad Lai Menyeru Warga Sibuti Untuk Melabur Dalam ASNB!?!!?

Warga Sibuti digesa untuk mengambil peluang yang sedia ada untuk melabur bersama ASNB!!??  Ini bersempena dengan Minggu Saham yang akan berakhir pada Jumaat ini!!?!?  Simpanlah dalam mana-mana produk ASNB terutama sekali ASB yang amat mendatangkan keuntungan kepada pelaburnya!?!?!  Ambillah peluang keemasan ini yang turut memberi pelbagai hadiah menarik sempena melabur!?!?!   Semua lapisan boleh mendaftar sebagai pelabur seawal bayi berusia 6 bulan lagi!?!?!  Ini boleh mendidik kanak-kanak untuk menyimpan duit agar mendidik mereka untuk berjimat-cermat!!?!? 

Semoga lebih ramai warga Sibuti akan menyertai produk ini!!!??


Rebut peluang melabur bersama ASNB
MIRI 25 April - Masyarakat bumiputera perlu merebut peluang pelaburan yang ditawarkan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) sempena promosi pelaburan di semua pejabatnya di seluruh negara selama tujuh hari sehingga Jumaat ini.

Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang berkata, pelaburan bersama ASNB itu amat penting untuk bekalan pada masa depan khususnya selepas bersara.

"Masyarakat bumiputera selalunya tidak berapa berminat dalam pelaburan tetapi saya berharap sikap itu dikikis demi kebaikan masa hadapan.

"Saya menyeru kepada semua lapisan masyarakat agar mengambil kesempatan ini untuk mempertingkatkan pelaburan dan simpanan untuk hari tua anda," katanya selepas merasmikan kempen Promosi Pelaburan ASNB peringkat bahagian ini, di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Datuk Bandar Miri, Mohd. Chee Kadir dan Pengurus ASNB Miri, Mohd. Zaidi Mohamad.

Dalam pada itu, Ahmad Lai berkata sempena kempen tersebut ASNB juga menawarkan pembukaan akaun unit amanah dengan pelaburan permulaan serendah RM10 sahaja iaitu skim Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Katanya, pelaburan dalam ASNB adalah fleksibel kerana ia terbuka kepada semua lapisan masyarakat daripada usia seawal enam bulan.

Sempena promosi berkenaan, orang ramai yang berkunjung ke lokasi promosi berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan.

ASNB Miri menjangkakan jumlah pengunjung mencapai antara 2,000 hingga 2,500 orang menjelang hari terakhir Jumaat ini. UTUSAN

1 comments:

  1. Salam, Betul kata pengarang dan idea pemimpin YB Ahmad Lai.

    ASNB mendatangkan keuntungan kepada pelaburnya. Namun, apa yang boleh saya lihat adalah, walaupun dimana kita menyimpan tapi yang lebih penting adalah disiplin diri dalam menguruskan perihal kewangan.

    Ini adalah untuk mendisiplinkan diri kita sendiri. Dan jika simpanan dilakukan di ASNB, mendatangkan 2 kali faedah kepada diri.

    p/s: Tuan pengarang, sedikit cadangan. Mungkin boleh dikurangkan penggunaan "!!!!!" dan "????". Ini kerana ia menjejaskan struktur ayat tersebut. Mungkin tanda-tanda tersebut hanya diletakkan apabila perlu dan sesuai. Salam

    ReplyDelete

Baca Blog Dalam Facebook Anda