14,700 jemaah Malaysia sudah berada di Tanah Suci
Utusan Borneo, 4 Oktober 2012 Khamis
MEKAH: Sebanyak 14,700 jemaah haji Malaysia atau kira-kira 53 peratus daripada 28,000 orang jemaah tahun ini sudah berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadat umrah dan haji.
Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata pada masa ini, 6,500 jemaah berada di Madinah dan selebihnya sudah mula menunaikan umrah di Mekah.
“Sehingga kini 42 penerbangan telah berlepas dari Malaysia dan tinggal 35 penerbangan lagi. Sejak 30 Sept, semua penerbangan akan mendarat di Jeddah dan penerbangan ke Madinah dihentikan…mereka akan berihram dari Jeddah dan akan terus ke Mekah menaiki bas,” katanya kepada pemberita Malaysia di ibu pejabat Tabung Haji di sini.
Katanya setiap hari dianggar 1,000 jemaah haji Malaysia akan memasuki Mekah dari Madinah dan mereka akan ditempatkan di 13 buah hotel yang disewa sekitar Masjidil Haram.
Beliau melahirkan rasa syukur kerana tiada masalah timbul setakat ini walaupun terdapat khabar angin adanya wabak penyakit Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk (SARS) di Tanah Suci.
“Tabung Haji telah buat perjumpaan dengan Pengarah Bahagian Penyakit Berjangkit Kementerian Kesihatan Arab Saudi dan dimaklumkan tidak perlu risau dengan mana-mana wabak sakit kerana sehingga ini tidak ada satu kes yang menyerang jemaah haji dari mana-mana negara,” katanya.
Jumlah kes kesihatan yang dirujuk kepada klinik dan hospital Tabung Haji di Tanah Suci juga amat kecil berbanding tahun sebelumnya meliputi masalah biasa seperti selesema, batuk dan sakit kulit akibat cuaca kering, katanya.
“Nasihat saya untuk bakal-bakal haji supaya bersiap sedia dari segi mental, fizikal, kerohanian dan ilmu kerana kemungkinan untuk mereka berhadapan dengan tekanan emosi itu ada, kemurungan…keadaan fizikal juga penting kerana banyak tenaga diperlukan untuk berjalan jauh,” katanya.
Katanya, ilmu juga penting untuk membolehkan jemaah melaksanakan ibadah dengan sempurna. — Bernama
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Showing posts with label Jemaah Haji Malaysia 2012. Show all posts
Showing posts with label Jemaah Haji Malaysia 2012. Show all posts
Thursday, October 4, 2012
Selamat Menunaikan Ibadah Haji Buat Jemaah Haji Malaysia 2012
Syukurlah kita kerana sudah ramai jemaah haji kita berada di Tanah Suci Mekah. Janganlah mereka bimbang sekiranya berlaku PRU13 dalam bulan haji.
Selagi semboyan masih belum berbunyi banyakkanlah amal ibadah semoga beroleh ketenangan dan haji yang mabrur.
Subscribe to:
Posts (Atom)




