PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Showing posts with label Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak. Show all posts

Sunday, August 5, 2012

Hapus PTPTN Adalah Retorik Pembangkang

Pembangkang yang cuba menghapuskan PTPTN hanya janji palsu.  PTPTN hanya perlu dibayar balik sekiranya mendapat CGPA di bawah 3.7.  Sekiranya mahasiswa dan mahasiswi menyedari hal ini maka PTPTN adalah percuma dan terus menjadi biasiswa.

Tanpa PTPTN mungkin beban untuk menyara keluarga dan juga menghantar anak ke menara gading menjadi bertambah berat!  Namun inilah kelebihannya kerajaan mengadakan PTPTN suatu masa dahulu!  Semoga rakyat Malaysia yang waras tidak mudah ditipu oleh gimick politik pembangkang seperti Anwar Ibrahim!

Bagi mahasiswa yang meminjam daripada PTPTN, ingatlah untuk mengekalkan CGPA diatas 3.7 maka andalah orang yang paling cerdik!!!
Impian hapus PTPTN hanya retorik

by Wan Ali Amit Posted on August 5, 2012, Sunday

Hasrat PR beri bantuan pendidikan percuma hanya janji manis mereka

KOTA SAMARAHAN: Impian Pakatan Rakyat (PR) menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) jika mereka memerintah hanyalah retorik politik semata-mata.

Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Belia Abdul Karim Rahman Hamzah berkata PTPTN yang diwujudkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah untuk membantu pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

“Kita tahu bahawa rakyat negara ini amat memerlukan bantuan kewangan terutamanya kalangan mereka kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran anak-anak ke peringkat lebih tinggi.

“Justeru, kerajaan BN amat prihatin untuk membantu meringankan beban rakyat dengan menyediakan bantuan kewangan (PTPTN),” katanya berucap pada Majlis Penyampaian Waran Pendahuluan Pendidikan (WPP) dan Bantuan Komputer Riba 1Malaysia di Dewan Suarah Kota Samarahan, di sini semalam.

Abdul Karim berkata, janji pembangkang menghapuskan PTPTN dan memberi bantuan pendidikan percuma kepada rakyat hanya janji manis mereka sahaja.

Katanya, PTPTN merupakan mekanisme kerajaan dalam pembangunan modal insan untuk merealisasikan impian pendidikan yang lebih cemerlang kepada rakyat.

“Kita harus berbangga dengan bantuan kewangan yang disediakan kerajaan untuk membantu anak-anak mencapai pendidikan yang lebih baik,” katanya.

Seramai 225 orang pelajar dari Bahagian Samarahan telah layak menerima pinjaman pendidikan itu dengan permulaan RM1,500 seorang.

Hadir sama Pegawai Daerah Samarahan Mohd Aini Abdul Wahab dan Penolong Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM) Mohd Daniel Jamali.

Pada majlis sama, Abdul Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya menyampaikan Komputer Riba 1Malaysia kepada pelajar-pelajar terbabit.

Sejumlah 4,635 unit Komputer 1Malaysia telah diperuntukkan di bawah Parlimen Kota Samarahan dan sebanyak 2,317 unit telah diagihkan.

Abdul Karim menarik perhatian pengagihan komputer itu adalah untuk mengurangkan jurang digital di antara penduduk bandar dan luar bandar.

Justeru, katanya, dengan adanya komputer itu maka dapat meningkatkan kadar penembusan jalur lebar terutamanya di kawasan luar bandar.

“Saya percaya selain meningkatkan kadar penggunaan ICT di kalangan penduduk luar bandar, program itu juga dapat meningkatkan kadar celik komputer,” katanya.

Friday, August 3, 2012

[Gambar] Sekitar Majlis Perjumpaan PBB Cawangan N61, N62, N63, N64, N65 Bersama YAB Ketua Menteri Sarawak

Berikut adalah suasana riang yang sempat dirakamkan oleh teman FB.  































Tuesday, July 17, 2012

Isu Pembangkang Tidak Relevan Untuk Parlimen!? : Ahmad Lai


Isu yang dimainkan oleh pihak pembangkang adalah isu lapuk yang sememangnya sudah diketahui awal oleh kerajaan BN! Kadang kala pihak pembangkang seperti kucing berak bulu kerana tidak tahu apa lagi isu yang hendak dibangkitkan?

Sepatutnya otak pihak pembangkang ini bertaraf parlimen memandangkan semua isu yang telah dibangkitkan adalah bersangkut-paut dengan peringkat negeri! PRN Sarawak baru sahaja berlalu tetapi pihak pembangkang sendiri tidak dapat membangunkan kawasan mereka seperti di kawasan DAP! Apakah yang sudah dibawa oleh DAP di Miri?

Bekenu sudah mendapat kelulusan untuk mendirikan Stadium Mini! Bukan itu sahaja, hari Khamis ini pula perasmian Rumah Mesra Rakyat di Kampung Menjelin.
Pilihlah calon yang benar-benar bijak bukan sekadar atas kertas tetapi tidak pandai apabila berurusan dengan rakyat! Untunglah Parlimen Sibuti mendapat calon berhemah tinggi seperti Ahmad Lai. Kalau tidak pasti malu rakyat Sibuti apabila tidak bijak memilih isu seperti calon yang dihantar oleh PAS!!

Calon PAS ini pula antara Pendakwah bebas dan system admin IT yang mana lebih bijak? Pastinya pendakwah bebas kerana system admin ini sudah lama berkecimpung dalam PAS tapi tidak diiktiraf oleh PAS pusat, pesuruhjayanya pula asyik disuruh berkempen untuk orang lain bila pula jasa beliau akan diiktiraf untuk menjadi calon PAS! Mungkin tidak layak juga, buat penat saja ke hulur ke hilir bawa beg plastik tapi tidak diendahkan. Fikir-fikirlah!!


Semua isu dimainkan pembangkang tidak relevan
Utusan Borneo 17 Julai 2012, Selasa

MIRI: Semua isu yang dimainkan oleh parti pembangkang ketika ini adalah tidak relevan sebaliknya isu-isu yang timbul disebabkan parti politik itu ketandusan idea atau terdesak untuk sokongan rakyat.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata semua isu kebajikan atau keperluan rakyat seperti jalan raya, kemudahan bekalan air dan elektrik sahaja yang sering ditimbul parti politik terbabit.

“Bagi kawasan saya, semua isu terbabit sudah diselesaikan dan kerajaan masih lagi meneruskan kesinambungan pembangunan khasnya di kawasan yang belum menerima kemajuan,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Beliau menjelaskan, rakyat perlu bersabar kerana kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan mereka sebaliknya semua keperluan mereka tetap ditunaikan.

“Sebagai contoh, sekiranya rakyat berdepan masalah air bersih, kerajaan menyediakan tangki air bagi memudahkan mereka menakung air hujan manakala projek menyalurkan air paip masih dalam pelaksanaan,” jelasnya.

Tambahnya, setiap isu yang cuba dibangkitkan oleh parti politik pembangkang itu tidak relevan kerana ia hanya satu taktik mereka mengalih perhatian rakyat ketika kerajaan menunaikan janji.

“Saya menasihati semua penduduk setempat khasnya di rumah panjang dan kampung-kampung supaya menjauhkan diri daripada hasutan anasir luar yang cuba mendapatkan sokongan mereka,” jelasnya.

Menurutnya rakyat perlu sedar bahawa semua kemajuan dan pembangunan yang dinikmati rakyat hari ini adalah hasil usaha gigih kerajaan Barisan Nasional dalam membela nasib mereka.

“Pembangkang hanya tahu mengkritik tetapi mereka tidak bekerja untuk membela nasib rakyat berbanding kita (keraja-an) bukan hanya melempar janji tetapi berusaha menunaikan janji,” katanya.

- Posted using BlogPress from my New iPad


Baca Blog Dalam Facebook Anda