UPDATES Lahad Datu - Pengganas Sulu Sebenarnya Rancang Mahu Serang Selepas Parlimen Bubar....!Oleh Medan Info KitaHari rancangan Pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo semakin terdedah satu persatu.
Menurut akhbar Utusan , kumpulan dipercayai telah melakukan perancangan rapi dan sebenarnya merancang untuk melakukan serangan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.
Menurut sumber, penceroboh yang turut didalangi penduduk tempatan itu mahu mengambil kesempatan daripada proses pilihan raya berkenaan bagi menjadikan negara kucar-kacir.
"Namun kita bersyukur kehadiran mereka telah dapat dikesan lebih awal dan usaha menghapuskan mereka telah dilakukan.
"Jika kita tidak dapat mengesannya, mungkin keadaan akan menjadi lebih buruk dan jumlah mereka yang datang semakin bertambah," katanya di sini hari ini.
Tambah sumber itu, kemasukan pengganas berkenaan telah dilakukan secara berperingkat-peringkat bagi mengaburi pihak keselamatan.
Akhirnya persoalannya mengapa sekarang baru pengganas Sulu mahu masuk ke Sabah telah terjawab dan ini berkait rapat dengan PRU 13 .sebaik saja Najib membubarkan Parlimen .
Kalau ia berkait rapat dengan dengan Parlimen bubar , adakah ini sandiwara dirancang kerajaan seperti mana dituduh Tian Chua ? Kerajaan tak untung pun jika negara berlaku huru-hara dan kucar kacir ketika PRU 13Yang untung adalah pembangkang supaya boleh meraih sokongan dengan menabur kebencian rakyat kepada rakyat . Jadi , tuduhan media & perisikan Filipina mendakwa pembabitan pihak Pembangkang di Malaysia dalam isu pencerobohan ini terbukti ada asas .
Dakwaan Wisma Putra semalam ada pihak ketiga a.k.a Dalang disebalik pencerobohan ini memang saha dan mereka mahu negara ini kucar kacir di waktu menjelang PRU dengan mengunakan pencerobohan pengganas Sulu .
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Showing posts with label Abgimuddin. Show all posts
Showing posts with label Abgimuddin. Show all posts
Saturday, March 16, 2013
Abgimuddin Telah Dibuang Ke Laut?
Saturday, March 16, 2013
Abgimuddin, Anwar Ibrahim, Jamalul Kiram III, Lahad Datu, Penceroboh Sabah, PKR, PRU13, Raja Muda, Sultan Sulu, Tian Chua
No comments
Insiden Lahad Datu sepatutnya berlaku sewaktu pembubaran parlimen. Malangnya terdapat faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan sehingga penceroboh Sulu telah masuk terlebih awal daripada perancangan. Berkemungkinan besar Musa telah melawan perintah Abgimuddin sehingga mereka telah melancarkan operasi terlebih awal.
Berkemungkinan besar juga Abgimuddin telah dicampak ke laut semasa pelayaran kerana beliau tidak pernah turut serta dalam latihan ketenteraan tetapi mengambil kuasa daripada Musa?
Berikut adalah pendedahan oleh Medan Info Kita.
Wednesday, March 6, 2013
49 Lanun Sulu Terbunuh Setakat Ini
Wednesday, March 06, 2013
Abgimuddin, Felda Sahabat 17, Jamalul Kiram III, Kampung Tanduo, Ops Daulat, OPS Sulu, Penceroboh Lahad Datu, Sultan Sulu, Sultan Sulu Palsu
No comments
Menurut Utusan Online seramai 49 lanun Sulu sudah terbunuh dalam Ops Daulat. Tiada anggota keselamatan kita yang cedera setakat ini. Semoga lebih cepat pihak keselamatan membasmi lanun Sulu.
30 lagi pengganas Sulu maut
ANGGOTA komando Angkatan Tentera Malaysia menaiki helikopter Nuri untuk dihantar menggempur penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Sabah, semalam. - BERNAMA LAHAD DATU 5 Mac - Selepas tiga minggu buntu mencari penyelesaian insiden penceroboh pengganas Sulu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya melancarkan serangan besar-besaran terhadap musuh yang berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.
Sehingga pukul 12 tengah malam ini, jumlah pengganas Sulu yang maut dalam serangan besar-besaran tersebut ialah 30 orang tetapi status ketua pengganas, Raja Muda Azzumudie sehingga kini masih menjadi tanda tanya walaupun terdapat khabar mengatakan dia terbunuh.
Jumlah tersebut menjadikan keseluruhan pengganas Sulu yang berjaya ditumpaskan ATM dan PDRM sehingga kini ialah 49 orang, manakala di pihak anggota keselamatan negara tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa berlaku dalam operasi itu.
Serangan yang dinamakan 'Ops Daulat' itu bermula pukul 7 pagi apabila Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan kekuatan tiga pesawat F-18D Hornet dan lima Hawk 208 menggugurkan sekurang-kurangnya enam bom panduan laser di kawasan musuh berkubu.
Fasa kedua serangan pula dimulakan sebaik sahaja pesawat F-18D Hornet dan Hawk 208 berlalu, apabila Tentera Darat yang menggunakan pesawat tanpa pemandu (UAV) bagi melihat kesan kemusnahan akibat pengeboman dan kemudian bertindak melepaskan tembakan mortar.
Kemudian fasa ketiga iaitu sesi pembersihan musuh dilancarkan oleh kira-kira 2,000 anggota Tentera Darat dan PDRM termasuk unit komando dari Grup Gerak Khas (GGK) serta VAT 69 dengan dibantu kenderaan perisai jenis Condor bagi menghapuskan saki-baki musuh.
Tumpuan serangan ialah di kawasan ladang kelapa sawit berbukit dan berpaya seluas empat kilometer, di mana lebih 100 pengganas Sulu diketuai Azzumudie yang bertindak membunuh dua anggota komando VAT 69 pada 1 Mac lalu selepas berpura-pura menyerah diri berada.
Pada masa yang sama, pemeriksaan dari rumah ke rumah juga dilakukan secara teliti oleh GGK dan VAT 69 kerana pengganas Sulu dikesan cuba melengah dan menyukarkan operasi pihak keselamatan dengan menyamar sebagai penduduk kampung berketurunan Suluk.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dalam sidang akhbar selepas operasi itu berakhir menyifatkan operasi itu satu kejayaan kepada pihak keselamatan negara hasil kerjasama erat antara ATM dan PDRM menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
"Selain semangat tinggi yang ditunjukkan anggota tentera dan polis, seperkara lagi yang begitu membanggakan ialah kerjasama erat yang terjalin di antara kedua-dua unit pasukan beruniform ini dalam operasi pembersihan di Kampung Tanduo," katanya di sini hari ini.
Pujian serupa turut diberi Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang bangga dengan semangat membara anggota keselamatan negara yang terlibat dalam 'Ops Daulat' bagi menghapus pengganas asing berkat sokongan serta dorongan kuat seluruh rakyat Malaysia.
Jumaat lalu, dua anggota VAT 69, Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin Daud maut ditembak di kepala selepas terpedaya dengan taktik keji pengganas Sulu yang mengibar bendera putih sebelum bertindak menyerang anggota keselamatan.
Esoknya, enam lagi wira negara tumpas diserang hendap kumpulan penceroboh di Simunul, Semporna dengan dua daripada anggota polis tersebut dibunuh kejam apabila pengganas Sulu memenggal kepala dan membelah dada mangsa sebelum mengeluar organ dalaman.
Dalam pada itu, Utusan Malaysia dimaklumkan sehingga tengah malam tadi operasi pembersihan masih dijalankan oleh tentera dan polis tetapi dilakukan secara berhati-hati kerana dipercayai masih terdapat saki-baki pengganas Sulu yang bersembunyi di dalam ladang kelapa sawit.
Langkah berhati-hati itu perlu dilakukan kerana pengganas Sulu yang disokong tentera Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) memiliki kemahiran tinggi dalam taktik peperangan gerila dan telah banyak kali bertempur dengan tentera Filipina sebelum ini.
Tuesday, March 5, 2013
OPS Sulu - Lahad Datu :Mopping Up In Progress
Tuesday, March 05, 2013
Abgimuddin, Jamalul Kiram III, Kampung Tanduo, OPS Sulu, Sabah Stand Off, Sultan Sulu, Sultan Sulu Palsu
No comments
Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara telah disiarkan di laman media FB PDRM dan juga dipetik oleh media utama disiarkan di bawah.
Orang ramai diminta tidak menghampiri kawasan zon panas iaitu sekitar Kampung Tanduo. Anggaran lanun terkorban belum dapat dimaklumkan lagi
OPS SULU - Sidang Media Ketua Polis Negara5 Mac 2013 Utusan OnlinePasukan keselamatan telah melancarkan tindakan 'offensive' terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada jam 7.00 pagi tadi. Operasi ini dilaksanakan oleh PDRM bersama pihak ATM.
Sejak operasi ini dimulakan sehingga kini, masih terdapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh. Ketika ini 'mopping up' dan penggeledahan sedang dijalankan. Bagaimanapun, jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh masih belum dapat disahkan dan setakat ini tidak ada kemalangan di pihak pasukan keselamatan.
Oleh itu semua pihak dinasihatkan agar tidak membuat andaian atau spekulasi tentang sebarang kehilangan nyawa memandangkan operasi ini masih lagi berjalan. Berita-berita yang tidak tepat boleh menjejaskan operasi ini.
Orang ramai tidak perlu bimbang kerana operasi ini hanya dilancarkan di Kampung Tanduo sahaja. Oleh itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak masuk ke kawasan operasi dan seterusnya menerima arahan dan mematuhi nasihat pihak polis yang bertugas di sekatan jalanraya yang menghala ke Kampung Tanduo.
11 Orang Tuntut Jadi Sultan Sulu?
Tuesday, March 05, 2013
Abgimuddin, Jamalul Kiram III, Jolo, Lahad Datu, Sabah Stand Off, Semporna, Simunul, Sultan Sulu, Sultan Sulu Palsu
No comments
Berikut adalah fakta mengenai Kesultanan Sulu berdasarkan kajian oleh mStar Online. Menurut mStar juga terdapat 11 orang termasuk dari Filipina dan Sabah yang menuntut takhta Kesultanan Sulu. Kesemuanya mengaku keturunan Sultan Sulu yang sah tetapi masing-masing tidak mengetahui sejarah sebenar Kesultanan Sulu sehingga terjadilah tuntutan yang dibuat ke hari ini.
Jelaslah mereka ini bukan lagi waris kesultanan Sulu tetapi lanun yang mencuri identiti Kesultanan Sulu. Senarai Kesultanan Sulu yang disimpan oleh Kerajaan Filipina boleh didapati di sini.
Sultan Sulu yang sebenar telah melupuskan kesemua tuntutan ke atas Sabah dan boleh dipautkan di sini.
![]() |
| Sultan Bantilan di Jolo. |
Lagi gambar Sultan Sulu Palsu boleh didapati di pautan berikut.
Fakta Kesultanan SulumStar 5 Mac 2013
Jamalul Kiram III KESULTANAN Sulu adalah sistem monarki tradisional Islam orang-orang Tausug yang meliputi wilayah Basilan, Palawan, Sulu dan Tawi-Tawi di Filipina iaitu Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM) dan bahagian timur Sabah.
Ia diasaskan pada tahun 1457 oleh ulamak bernama Sharif Abu Bakar, yang menyandang gelaran Sultan Shariful Hashim selepas mengahwini Paramisuli iaitu seorang puteri tempatan.
Beliau kemudiannya memperkenalkan Kod Undang-undang Sulu (Diwan) pertama berdasarkan al-Quran, dan memperkenalkan institusi politik Islam serta penyatuan Islam sebagai agama rasmi negara.
Pada 1675, setelah tentera Sulu berjaya menyelesaikan perang saudara di Brunei, Sultan Sulu dihadiahkan dengan Borneo Utara (kini timur Sabah).
Bagaimanapun pada 1878, Sultan Sulu memajak Borneo Utara kepada Eropah.
Perjanjian itu menyatakan bahawa pajakan adalah kehendak sendiri dan ia sah sehingga akhir zaman.
Kesultanan Sulu menerima pembayaran serahan tahunan bersamaan dengan 5,000 dolar Malaya, yang kemudiannya meningkat kepada 5,300 dolar Malaya pada 1903.
Borneo Utara berada di bawah naungan British dari akhir abad ke-19.
Kawasan berkenaan mendapat tempoh singkat kemerdekaan sebelum menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
Sejak itu Malaysia membayar RM5,300 sebagai bayaran serahan setiap tahun kepada Kesultanan Sulu.
Keturunan bekas Sultan Sulu tidak merebut kembali wilayah berkenaan, sebaliknya bersetuju untuk menerima pembayaran serahan berdasarkan perkiraan sebelumnya.
Keadaan ini berlanjutan sehingga beberapa minggu yang lalu.
Kesultanan Sulu kemudiannya berada di bawah kawalan Sepanyol tetapi pada 1885 mereka menandatangani Protokol Madrid dengan Britain dan Jerman bagi melepaskan apa-apa tuntutan ke atas Borneo Utara.
Kesultanan itu berakhir apabila Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, di mana dia menyerahkan semua kuasa politik kepada Amerika Syarikat.
Filipina, bagaimanapun terus mengiktiraf Kesultanan Sulu sebagai sebuah entiti berdaulat sehingga kematian Sultan Mohd Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.
Kini terdapat sekurang-kurangnya 11 pihak menuntut gelaran Sultan Sulu, termasuk Sultan Jamalul Kiram III.
Monday, March 4, 2013
Lokman Adam Dituduh Pembangkang Sebagai Penasihat Sultan Sulu!
Monday, March 04, 2013
Abgimuddin, Esmail Kiram II, Filipina, Jamalul Kiram III, Kiram III, Lahad Datu, Lokman Noor Adam, Malaysia, Penasihat Sultan Sulu, Sabah, Sabah Stand Off, Semporna, Sultan Palsu, Sultan Sulu
No comments
Berikut adalah jawapan Saudar Lokman Noor Adam terhadap tuduham yang dilemparkan oleh puak Anwarinas ke atasnya. Anwar yang semakin panas seperti cacing kena bakar kerana temberang beliau akan terbongkar dalam menghasut dan mungkin membiayai serangan Lanun Sulu ke atas Sabah?
Sekarang ini semua pencacai pembangkang mengutuk tindakan berani penduduk Kampung Senallang Lama yang mempertahankan diri mereka daripada diletupkan dengan pelancar grenade mahupun ditembak menggunakan senjata M16 milik lanun Sulu pengecut yang telah lari dari medan perang. Dia juga berasa kecewa apabila lanun Sulu yang lain masih dikepung dan ada yang telah terkorban. Lanun Sulu ini sekiranya tidak dibelasah mungkin akan membunuh kesemua penduduk Kampung Senallang Lama yang telah dipaksa untuk berhimpun di tengah padang! Fikirkanlah orang yang telah lari dari medan perang, menghimpunkan penduduk kampung dan mengacu mereka menggunakan senjata M16?
Kalau pencacai Anwarinas yang penakut ditempat penduduk Kampung Senallang Lama ini dah lama si pencacai Anwarinas akan terus tutup mulut dan tuding jari ke arah orang di sebelah agar tidak ditembak mahu pun dibom! Bak kata pencacai dan cybertrooper PKR yang lain setakat kena bayar RM 3K sahaja siapa nak pertaruhkan nyawa!!??
Lainlah para lanun Sulu sebab Filipina pun tidak mengiktiraf kesultanan mereka dan saudara mereka di Sabah semakin maju kerana berani hidup dalam 1Malaysia berbanding dengan mereka yang suka bermain senjata dan membuang masa berangan-angan untuk menjadi Sultan Sulu yang ke 40 atau 42 mahupun ke 70!
Bak kata Johan Raja Lawak, "Kawu Ku Tumbok!!"
Jawapan Lokman Noor Adam terhadap tuduhan bodoh pembangkang ke atasnya! @LokmanAdam
Saya terpanggil untuk menjawab tuduhan bodoh yang dilemparkan oleh puak pembangkang yang mengatakan saya menasihati Sultan Sulu Palsu yang menyerang negara kita hari ini.
Tohmahan ini ternyata langkah terdesak Anwar Ibrahim yang gelabah kerana pertemuan beliau dengan Nur Misuari dan pertemuan Jeffry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu terbongkar.
Izinkan saya menceritakan serba ringkas tentang hubungan Malaysia dengan Kesultanan Sulu yang sebenar, sebelum kita terus dikelirukan oleh pembangkang.
Sabah atau dulunya dikenali sebagai North Borneo merupakan sekeping tanah yang dimiliki oleh Sultan Brunei. Ianya telah dihadiahkan kepada Sultan Sulu yang telah membantu Brunei dalam perperangan. Peringkat awal, North Borneo telah di pajakkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overback. Overback kemudiannya telah berkerjasama dengan Alferd Dent untuk menubuhkan North Borneo Company.
Malangnya, bila mereka mengenakan cukai kepala, penduduk North Borneo telah bangkit menentang. Ketika inilah tentera British telah diundang untuk melindungi mereka.
Sekitar tahun 1959, Tun Datu Mustapa telah ke Sulu untuk menyelamatkan Sultan Julaspi Kiram yang ketika itu diancam bunuh oleh kerabatnya sendiri kerana perebutan tahta. Peringkat awal, Sultan Julaspi telah menetap di Sabah, sebelum kerajaan Malaysia memberikan beliau sebuah rumah di Lorong Maaruf Bangsar. Pada tahun 1963, Sultan Julaspilah orang yang bertanggungjawab membuat kenyataan menyokong Sabah menyertai Malaysia dan ianya terbit di muka depan akhbar Malaysia dengan tajuk "Sultan Sulu Restu Sabah Sertai Malaysia".
Ini bererti Sabah secara automatik menjadi sebahagian dari Malaysia, sebuah negara yang berdaulat dan tidak lagi boleh dituntut oleh mana-mana pihak. Malangnya, setika Sultan Julaspi berada di Malaysia, muncul beberapa orang "imposter" Kiram yang menabalkan diri mereka sebagai Sultan Sulu yang baru. Mereka inilah yang dihasut oleh pihak pembangkang untuk menceroboh Sabah.
Saya akui, saya pernah dilantik oleh Sultan Sulu yang sebenar, iaitu Sultan Roodinood, Anak kepada Sultan Julaspi Kiram sebagai Penasihat beliau sekitar tahun 2005 untuk berurusan dengan Kerajaan Malaysia berhubung kebajikan mereka. Saya juga akui pernah mencetak kad nama jawatan tersebut bagi urusan rasmi dengan Kerajaan Malaysia. Untuk pengesahan pekara ini, anda boleh merujuk kepada Menteri Luar ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar.
Ketika pertemuan saya dengan Tan Sri Syed Hamid Albar sekitar tahun 2006 menceritakan tentang kesusahan kerabat Sultan Sulu ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar telah menasihatkan saya untuk menyertai UMNO semula. Inilah antara punca saya menyertai UMNO pada tahun 2007. Sejak 2006 saya memang tak pernah jumpa Sultan Roodinood Julaspi Kiram dan saya tak pernah dibayar elaun untuk tugas sukarela yang saya buat untuk beliau. Sepanjang tempoh saya mengenali beliau, beliau tinggal di Manila dan bukan di Sulu tempat Sultan Palsu yang menyerang negara kita.
Apa yang rakyat perlu tahu hari ini ialah, baik Sultan Sebenar atau Sultan Palsu, semuanya tak berduit untuk menghantar beratus orang penceroboh memasuki Sabah, membeli M16, pelancar roket dan beli bot laju dan sebagainya. Bagaimana secara tiba-tiba menjelang pilihanraya dan selepas pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari serta pertemuan Jefrry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu, pihak Kesultanan Sulu Palsu ini mampu membentuk sebuah pasukan tentera sedangkan dulunya mereka beli uniform pun tidak mampu.Lokman Noor Bin Adam
4hb Mac, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)







