Masalah sampah di Bekenu ditangani dengan efektif
by Mohd Norhadie Sahari. 10 April 2013, Rabu - Utusan Borneo
AHMAD LAI MIRI: Kerajaan telah mengambil inisiatif menambah lubang sampah baharu melalui projek pelupusan sampah di Bekenu bagi mengatasi masalah bau sampah dan ke arah pengurusan sisa sampah yang lebih efektif.
Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bekenu Ahmad Lai Bujang berkata isu itu sengaja ditimbulkan oleh beberapa pihak dalam usaha memburukkan imej projek kerajaan.
“Isu ini sebenarnya telah diselesaikan kerajaan dengan penambahan lubang baharu bagi mengatasi bilangan sampah sebanyak 200 tan metrik sehari dalam tempoh lima tahun.
“Ini sengaja ditimbulkan oleh sesetengah pihak yang tidak sabar menunggu projek itu selesai dan beroperasi sepenuhnya,” katanya ditemui di sini semalam.
Ahmad Lai yang menjawab aduan secara talian dengan pengadu, Sabak Isa, 64, memberitahu projek perlupusan sampah berkenaan telah diluluskan kerajaan sebelum Parlimen Sibuti diwujudkan.
“Sebenarnya tapak pelupusan sampah itu telah dibina beberapa tahun lalu, sebelum persempadanan semula Sibuti menjadi salah satu Parlimen baharu.
“Begitupun, kerajaan mendengar denyut nadi rakyat dan memperuntukkan RM24 juta untuk membina sebuah sel pelupusan sanitari yang baharu bagi menampung tiga sel yang hampir penuh,” jelasnya.
Beliau menambah, sel terbabit memiliki teknologi efisien seperti aplikasi sel pelupusan sanitari, kemudahan pengumpulan larut resapan atau air sampah (leachate) dan loji rawatan air sampah.
“Teknologi ini diharap dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk di beberapa kampung yang sebelum ini mengadu bau busuk, lalat dan air sampah yang masuk ke Sungai Nibong,” katanya.
Baru-baru ini, beliau turut melawat penduduk di kampung terjejas dan rata-rata penduduk tidak pernah mengadu isu bau sampah dan jika ada hanya berlaku semasa dibawa angin.
Menurutnya, isu terbabit pernah dipanjangkan kepada beliau oleh pengadu yang sama namun kerajaan tetap dengan keputusan untuk mengekalkan tapak pelupusan sampah terbabit.
“Kerajaan menerusi pihak berkuasa tempatan akan mempercepatkan pembinaan sel baharu itu dan ia dijangka siap dalam masa terdekat.
“Ia sepatutnya dijadualkan siap pada April ini, namun akibat cuaca yang tidak menentu projek pembinaan sel baharu itu ditangguhkan tetapi akan disiapkan dalam masa ditetapkan,” katanya.
Selepas mendengar penjelasan Ahmad Lai, pengadu kemudiannya akur dan mula memahami manfaat proses pembinaan sel baharu di tapak perlupusan sampah kepada penduduk kampung berhampiran.
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Showing posts with label Ahli Parlimen Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Ahli Parlimen Sarawak. Show all posts
Wednesday, April 10, 2013
RM24 Juta Untuk Pelupusan Sanitari Teknologi Efisien di Sibuti! #BNBagus #PRU13
Wednesday, April 10, 2013
Ahli Parlimen Sarawak, Ahmad Lai, Parlimen P218, PBB, PRU13, Sarawak, Sibuti
No comments
Masalah sampah di Bekenu sudah wujud sebelum persempadanan parlimen Sibuti dan kawasan sekitarnya lagi. Namun demikian, berkat keperihatinan wakil rakyat Sibuti dan juga penyandang kerusi P218, Ahmad Lai telah menjelaskan kepada pengadu di atas talian bahawa peruntukan untuk membina sel pelupusan baru telah diluluskan sekarang cuma menanti cuaca yang elok untuk menyiapkan pembinaan yang dijangka siap pada penghujung April ini.
Wakil rakyat yang berjaya menyampaikan masalah teknikal secara berkesan kepada pengadu pasti berjaya mendapat keyakinan semula pengundi BN. Inilah contoh wakil rakyat yang sentiasa memahami kehendak dan naluri rakyat seperti Perdana Menteri Malaysia kini.
Wednesday, February 27, 2013
Ahmad Lai Cadang Kaji Keselamtan Pengguna Jalan di Kawasan Suai, Bekenu.
Wednesday, February 27, 2013
Ahli Parlimen Sarawak, Ahmad Lai, Barisan Nasional, Bekenu, BN, BN Pilihan Orang Muda, BN Prihatin, Miri, PBB, Pesaka Bumiputera Bersatu, PRU13, Sarawak, Sibuti
No comments
Selagi canang belum dipalu, selagi gendang perang belum dikeluarkan, selagi itulah Ahli Parlimen P.218 Sibuti bekerja tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk membangunkan kawasan Sibuti.
Baru-baru ini Ahli Parlimen Sibuti, yang prihatin dengan keselamatan pengguna jalan raya di sekitar kawasan Suai, telah mencadangkan agar satu kajian dijalankan untuk memastikan hubungkait kemalangan yang kerap berlaku di kawasan jalan yang beralun terutama di jalan persisir pantai yang menghubungkan Miri dengan Bekenu.
Cadangan ini disambut baik oleh Pengerusi Tuai Rumah Kawasan Suai, Niah yang berharap agar kajian ini dapat dilakukan dengan segera untuk manfaat pengguna jalan raya di sekitar kawasan Suai khususnya.
Inilah dedikasi Ahli Parlimen BN yang sentiasa memastikan rakyat Sarawak akan terus membangun dan juga sihat serta selamat sentiasa dalam arus trasnformasi kerajaan.
Cadangan kaji jalan beralun disokong
by Rosemaria Buma.
PERLU DINAIK TARAF: Keadaan jalan hulu Suai yang perlu dinaik taraf dengan segera.
MIRI (27 Feb 2013) Utusan Borneo: Penduduk di kawasan Suai, Niah menyambut baik cadangan Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang agar satu kajian dilakukan oleh pihak berkuasa berhubung masalah jalan raya beralun yang merupakan salah satu punca sering berlaku kemalangan di jalan pesisir pantai antara Miri dan Bekenu.
Pengerusi Persatuan Tuai Rumah Kawasan Suai, Niah, Tuai Rumah Boniface Bada Enjah yang mewakili penduduk di kawasan Suai memberitahu mereka amat mengalu-alukan cadangan itu dan berharap kajian dapat dilakukan dengan segera bagi mengatasi masalah tersebut.
Katanya memang diakui keadaan permukaan jalan raya beralun di beberapa lokasi di jalan pesisir pantai antara Miri dan Bekenu menimbulkan masalah kepada para pengguna jalan raya terutama penduduk kampung di kawasan Bekenu hingga Suai yang sering berulang-alik melalui jalan berkenaan setiap hari.
“Justeru, kami berharap kajian dan tindakan sewajarnya dapat dilakukan oleh pihak berkuasa dengan segera bagi mengatasi masalah tersebut yang boleh menyumbang kepada lebih banyak kes kemalangan jalan raya berlaku di jalan tersebut,” katanya.
Beliau memberitahu demikian kepada Utusan Borneo sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen terbabit yang disiarkan dalam laporan akhbar minggu lalu.
Dalam laporan itu, Ahmad Lai memberitahu bahawa masalah jalan beralun di jalan pesisir pantai antara Miri-Bekenu telah dimajukan kepada pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Jabatan Kerja Raya untuk dikaji dan dianalisis.
Pada masa sama, Boniface berharap kerajaan tidak melupakan beberapa jalan di kawasan luar bandar seperti jalan-jalan kampung termasuk jalan kampung hulu Suai, Niah.
Katanya jalan kampung hulu Suai, Niah yang sepanjang 25km dari Kampung Iran hingga ke Rumah Goyang telah dibina pada 1999.
Menurut beliau, jalan tanah merah ini yang hanya ditabur batu kasar merupakan laluan utama untuk para penduduk dari 11 rumah panjang dan dua kampung yang terdapat di kawasan terbabit.
“Kami amat berharap kerajaan dapat menaik taraf jalan Hulu Suai ini dengan segera memandangkan keadaan jalan berkenaan yang semakin teruk dan berlubang.
“Apabila hujan turun, ia menjadi semakin berlumpur dan bila panas, sangat berdebu hingga menjejaskan pandangan,” katanya.
Selain itu, ia juga merupakan laluan utama untuk para penduduk membawa keluar hasil tuaian buah tandan segar kelapa sawit dengan purata bulanan seberat 1,000 tan metrik.
Rumah panjang terbabit terdiri daripada Rumah Gerang, Rumah Libau, Rumah Senit, Rumah Ngadang, Rumah Siang, Rumah Ansang, Rumah Tarang, Rumah Gansor, Rumah Junit, Rumah Hassan dan Rumah Freddy serta dua kampung iaitu Kampung Baru Suai serta Kampung Tegageng.
Manakala tiga sekolah terbabit adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sebatok, SK Kampung Tegageng dan SK Rumah Goyang serta Klinik Kesihatan Kampung Tegageng.
- Posted using BlogPress from my New iPad
Wednesday, January 16, 2013
Monday, January 14, 2013
[Gambar] Sambutan Ketibaan Ketua Menteri Sarawak di Lapangan Terbang Miri 14 Jan 2013
Monday, January 14, 2013
Abdul Taib Mahmud, Ahli Parlimen, Ahli Parlimen Sarawak, Ahmad Lai, Batang Lupar, Bekenu, Fatimah Abdullah, Isteri Ketua Menteri Sarawak, Kelab BN, Lawrence Lai, Nancy Shukrie, P218, PBB, PRU13, Ragad Walid, Ripin Lamat, Rohani Karim, Rosey Yunus, Taib Mahmud
No comments
Wednesday, July 25, 2012
SPDP Tinggal 1ADUN Di Peringkat Negeri Akibat Naib Presiden Keluar Parti!
Wednesday, July 25, 2012
ADUN, Ahli Parlimen, Ahli Parlimen Sarawak, Barisan Nasional, BN, Joseph Salang, Joseph Salang Gandum, Julau, Meluan Wong Judat, Naib Presiden SPDP Keluar Parti, Pentas Rakyat, PRS, PRU13, Sarawak, SPDP, William Mawan
No comments
Presiden SWP, Larry Sng masih menunggu permohonan Judat untuk menyertai SWP.
Judat yang mengumumkan bahawa beliau akan keluar SPDP selepas bermesyuarat dengan Mawan dan Tiong pada hujung bulan ini. Nampaknya pengaruh Sng semakin kuat di kalangan ahli komponen BN Sarawak!
Adakah Judat orang yang terakhir atau orang pertama yang melompat parti? Adakah SWP akan membeli setiap calon yang menang pada PRU13 kelak?
Mungkin ada juga yang akan bersuara bahawa mereka tidak boleh dibeli tetapi boleh disewa!
SWP lebih suka bersikap tunggu dan lihat dalam isu Wong Judat
Utusan Borneo, 24 Julai2012, Selasa
KUCHING: Parti Pekerja Sarawak (SWP) lebih suka bersikap tunggu dan lihat daripada merasa terlalu teruja dengan pengumuman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Wong Judat untuk meninggalkan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan menyertai SWP.
Presiden SWP Larry Sng berkata, parti itu perlu menunggu pengesahan bertulis daripada Judat yang juga Naib Presiden SPDP.
“Kita perlu menunggu permohonannya untuk menyertai parti sebelum membuat sebarang,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom tidak dapat dihubungi untuk mendapat ulasan tetapi pemerhati politik membayangkan SPDP memerlukan masa dan ruang sebelum membuat kenyataan.
Bagaimanapun, mereka percaya tindakan Judat yang secara sukarela meletak jawatan daripada SPDP akan mengurangkan masalah bagi pemimpin dan majlis tertinggi parti untuk membuat keputusan mengenai tindakan disiplin terhadap beliau.
Dengan penarikan diri Wong daripada SPDP, parti tersebut hanya mempunyai seorang ADUN sahaja iaitu Mawan (DUN Pakan) selepas empat ADUN Datuk Peter Nansian (Tasik Biru), Datuk Sylvester Entrie (Marudi), Paulus Palu Gumbang (Batu Danau) dan Rosey Yunus (Bekenu) dipecat daripada parti kerana menentang pucuk pimpinan.
Judat membuat kenyataan untuk meninggalkan SPDP dan menyertai SWP selepas majlis Pentas Rakyat SWP di Kanowit malam Sabtu lepas.
Bagaimanapun ini tidak mengejutkan pemerhati politik kerana Judat sudah membayangkan beberapa kali terutamanya selepas kelihatan terlalu rapat dengan pemimpin SWP.
Judat turut menyatakan rasa tidak senang dengan cara Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang Gandum meng-agihkan dana pembangunan di Julau yang disebutnya sebagai alasan untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN) walaupun beliau menegaskan tidak menentang BN, SPDP dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).
- Posted using BlogPress from my New iPad
Wednesday, July 11, 2012
Sibuti Selamanya Kekal Kubu Kuat BN!!
Wednesday, July 11, 2012
Ahli Parlimen Sarawak, Ahmad Lai, Barisan Nasional, BN, P218, PBB, PRU13, Sarawak, Sibuti
No comments
Ahli Parlimen Sibuti bersama jentera PRU13 yang telah digerakkan sejak awal tahun ini akan memastikan Sibuti kekal sebagai kubu kuat
BN! Walau pun sebelum ini terdapat pelbagai dugaan dan ancaman baik dari pihak pembangkang dan juga masalah dalaman antara pemuda, ahli jawatankuasa dan juga anak tempatan yang ingin melobi untuk merebut kerusi P.218.
Namun semua ini tidak mematahkan semangat hasrat Ahli Parlimen beserta jentera PRU13 untuk memastikan Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan. Patah tumbuh hilang berganti, namun kalau tidak patah kenapa harus diperbaiki? Selagi masihmemegang mandat daripada rakyat selagi itulah Ahli Parlimen Sibuti yB Haji Ahmad Lai akan memikul tanggungjawab dan amanat yang telah dianugerahkan kepadanya pada PRU12 yang lalu!!
Ahmad Lai yakin rakyat akan terus memberi mandat kepada BN kerana banyak masalah dapat diselesaikan dan juga janji semua dapat ditepati. Semiga rakyat terus memberi kepercayaan kepada BN di Sibuti.
Jentera pilihan raya Parlimen Sibuti bersedia hadapi PRU13
Utusan Borneo Online 10 Julai 2012
MIRI: Jentera pilihan raya Parlimen Sibuti kini sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) seterusnya memastikan kerajaan Barisan Nasional (BN) terus kekal mentadbir kawasan luar bandar.
Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang meletakkan harapan tinggi akan terus memastikan kawasan Sibuti menjadi kubu kuat BN meskipun berdepan dengan parti-parti pembangkang pada PRU13.
“Saya yakin akan menang dengan majoriti besar pada PRU kelak namun ia hanya mampu direalisasikan jika rakyat terus berdiri kukuh di belakang kita (kerajaan BN),” katanya kepada Utusan Borneo semalam.
Beliau memberitahu, semua isu rakyat telah diselesaikan kerajaan BN sebelum PRU akan datang dan bakinya hanya isu-isu lapuk yang cuba dibangkitkan oleh pihak tertentu.
“Apa yang penting sekarang ialah kita akan terus mengekalkan kepercayaan rakyat kepada kita dan memastikan setiap keperluan mereka ditunaikan sebelum dan selepas PRU,” jelasnya.
Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa peranan Armada Pemuda Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) amat penting dalam mendekatkan parti dengan rakyat setempat.
“Armada Pemuda telah menjelajah dari satu kawasan ke kawasan lain dengan pelbagai program kemasyarakatan dengan satu harapan untuk memahami kehendak rakyat secara dekat,” ujarnya.
Pada masa sama, ahli Armada Pemuda perlu mengetahui perjuangan parti politik, seterusnya menunjukkan taat setiap kepada pemimpin parti.
“Mereka harus mengetahui perjuangan pemimpin terdahulu dan mereka perlu memastikan pemimpin yang ada sekarang mendapat sokongan tidak berbelah bahagi sebagai tanda taat setia,” katanya.
Beliau memberitahu, siri penjelajahan Armada Pemuda dari satu kawasan ke kawasan lain dapat memberi maklumat kepada rakyat akan kemajuan yang dibawa kerajaan BN.
“Pengisian program merangkumi khidmat masyarakat, rekreasi, sumbangan, pendidikan dan sebagainya mampu mendedahkan rakyat akan visi dan misi kerajaan BN secara langsung, “ jelasnya.
Dalam pada itu, Ahmad Lai turut menyampaikan sumbangan segera kepada salah seorang pelajar istimewa (hilang penglihatan) di pejabatnya semalam.
- Posted using BlogPress from my New iPad
Monday, June 18, 2012
Jangan ragu kualiti, standard pendidikan negara: Ahmad Lai
Monday, June 18, 2012
Ahli Parlimen Sarawak, Ahmad Lai, PRU13, Sarawak, Sibuti, SMS Miri
No comments
Posted on June 18, 2012, Monday
MIRI: Masyarakat tidak seharusnya meragui kualiti dan standard pendidikan yang ada di negara ini.
Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang memberitahu, pendidikan yang diperolehi di negara ini setaraf dengan kualiti dan standard sekolah-sekolah di luar negara atau negara maju yang lain.
“Malahan, kita turut menerima kunjungan pihak-pihak sekolah dari luar negara khususnya untuk program lawatan sambil belajar di sini.
“Kita seharusnya berbangga kerana menerima kunjungan daripada pihak sekolah di luar sana yang mahu mempelajari budaya pendidikan kita di sini.
“Ini adalah satu kebanggaan kita dan menunjukkan sistem pendidikan kita adalah yang berkualiti dan mempunyai standard tinggi,” jelasnya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Perhimpunan Khas Hari Koperasi Sekolah 2012 Sekolah Menengah (SM) Sains Miri di sini, semalam.
Dalam pada itu, Ahmad Lai mengingatkan para pelajar untuk terus mempelajari sesuatu yang baharu serta menambah pengetahuan demi masa depan.
“Pendidikan adalah penting dan perlu dijadikan keutamaan setiap pelajar. Dengan adanya pendidikan, ia mampu mengubah dan menjamin masa depan yang lebih cerah,” katanya.
Mengulas mengenai Hari Koperasi Sekolah 2012 tersebut, Ahmad Lai berkata kerjasama perlu wujud bukan sahaja dalam kalangan pelajar dan guru, malahan ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam memastikan koperasi diuruskan dengan baik.
Saturday, June 2, 2012
Rohani Karim Calon Boleh Menang di Batang Lupar!!
Saturday, June 02, 2012
Ahli Parlimen Sarawak, Barisan Nasional, Batang Lupar, BN, Calon PRU13, PBB, PRU13, Rohani Karim, Sarawak, Taib Mahmud
No comments
Ahli BN kini boleh menarik nafas lega di Batang Lupar apabila KM mengumumkan bahawa calon wanita bagi kerusi Batang Lupar dikekalkan! Tidak sia-sia usaha ahli parlimen Batang Lupar yang mengaktifkan bilik perang dengan lebih awal dalam menghadapi PRU13.
Kini bakal calon BN yang disenarai pendek untuk bertanding menggantikan calon penyandang kerusi Batang Lupar bolehlah melupuskan impian mereka. Walau bagaimana pun janganlah mereka ini jauh hati atau menyendiri kerana mereka masih diperlukan untukmeneruskan usaha jentera pilihanraya di Batang Lupar.
Tahniah juga kami ucapkan kepada Datuk Rohani Karim yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri sebagai calon boleh menang dan juga calon pilihan rakyat di Batang Lupar. Semoga kemenangan BN terus mantap di Parlimen Batang Lupar.
Jangan pertikai calon yang diputuskan untuk PRU13: Taib
Posted on June 1, 2012, Friday
PUSA: Rakyat Sarawak khususnya anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta tidak belot atau mempertikaikan calon yang diputuskan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata walaupun calon BN itu tidak memiliki paras rupa sekalipun, rakyat harus memberi sokongan kerana calon yang dipilih mempunyai kredibiliti tersendiri.
Sambil mengumumkan akan mengekalkan calon wanita bagi Parlimen Batang Lupar Datuk Rohani Abdul Karim, beliau berkata semua anggota parti komponen BN tidak seharusnya mempertikaikan calon yang ditentukan pemimpin atasan parti.
“Perasaan yang tidak sukakan calon yang bakal bertanding hanya kerana paras rupa atau perkara-perkara lain harus diketepikan.
“Ini kerana PRU13 ini adalah hak untuk menentukan siapa yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara ini untuk tempoh lima tahun akan datang. Ia lebih penting,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Bulan Pengguna Kebangsaan Peringkat Luar Bandar di pekarangan Stesen Bas Pusa, semalam.
Beliau berkata, rakyat perlu meletakkan tanggungjawab memimpin negeri ini kepada pihak yang berpengalaman luas memimpin negara.
Katanya, kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang yang ada strategi pembangunan tersusun serta terancang dan mampu mengimbangi setiap situasi yang berlaku sama ada di dalam negara mahupun luar negara.
“Buktinya… semasa berlaku masalah ekonomi terutama yang melibatkan krisis kenaikan harga minyak dunia, yang menyebabkan harga barangan melonjak naik, kerajaan menyediakan pelbagai pelan sampingan untuk menghadapi masalah berkenaan agar rakyat tidak berasa terlalu tertekan.
“Antaranya seperti pelancaran Kedai Rakyat 1Malaysia, pengaihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan awal persekolahan dan banyak lagi skim bantuan lain. Semuanya dilakukan untuk kebajikan dan kepentingan rakyat negara ini,” kata Taib.
Mengenai pembangunan di Parlimen Batang Lupar beliau berkata, kewujudan banyak ladang kelapa sawit di kawasan itu memberi banyak manfaat kepada penduduk sekitar kawasan itu.
“Buktinya ialah pembukaan ladang perindustrian yang berasaskan kelapa sawit berkembang pesat di Parlimen ini.
“Pembukaan ribuan hektar ladang kelapa sawit di Parlimen ini membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Usaha ini secara tidak langsung juga mampu melonjakkan sosioekonomi penduduk setempat,” katanya.
Beliau berkata perkembangan pesat aktiviti perladangan di kawasan itu menjadi perintis kepada pembukaan rangkaian jalan ke seluruh pelosok negeri ini dan ia sekali lagi memberi kemudahan asas terbaik kepada rakyat.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hajah Rohani Haji Abdul Karim, Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri (Bahagian Hal-Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman, Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datin Mahani Tan Abdulah dan isteri Taib iaitu Puan Sri Ragad Kurdi Taib.
- Posted using BlogPress from my iPad
Thursday, April 26, 2012
Ahmad Lai Bawa RM20 Juta Ke Kampung Lajong!?!?!
Kini Kampung Lajong, Kuala Niah akan menikmati perhubungan darat yang lebih baik. Sebelum ini jalan di Kampung Lajong hanya melalui sungai dan pasir sahaja!!?? Dengan adanya peruntukan daripada Kerajaan BN maka dapatlah penduduk di Kampung Lajong untuk menikmati jalan berturap dan tidak perlu mengharapkan kenderaan pacuan empat roda lagi!!??
Mungkin tidak lama lagi akan lebih banyak lagi kemudahan dan infrastruktur dibangunkan di Kampung Lajong yang paling dekat dengan negara jiran. Berkemungkinan besar industri pelancongan seperti homestay dan pusat peranginan dapat dimajukan selepas adanya jalan berturap!?!!?! Syabas kepada Ahli Parlimen Sibuti yang sekali lagi berjaya meningkatkan kemudahan pengangkutan di Sibuti!!?!?
RM 20 juta untuk jalan berturap Kuala Niah
Utusan Sarawak
BATU NIAH, 24 April 2012, Isnin - Kerajaan Persekutuan telah melulus peruntukan sejumlah RM 20 juta untuk membuat jalan berturap dan baik pulih Jalan Kampung Lajong, Kuala Niah pada rolling ketifa, kata Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang hari ini.
Ahmad Lai Bujang ketika ditemui Utusan Sarawak di Majlis Pengagihan Komputer Riba 1 Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bekenu berkata, peruntukan besar tersebut telah menunjukkan keperihatinan kerajaan terhadap penduduk di kawasan luar bandar."Kita sangat bersyukur kerana permohonan penduduk Kampung Lajong Kuala Niah untuk mempunyai rangkaian jalan berturap sepanjang 15 kilometer ini telah mendapat perhatian menteri kita," katanya.
Jelasnya, kerja ini akan dijalan untuk rolliing ketiga pada 2013 hingga 2015, pihak kerajaan juga sangat berharap tidak ada sebarang masalah terhadap tanah-tanah sepanjang jalan itu nanti kerana untuk memudahkan kerja perlaksanaannya.
Beliau menambah kata, jalan ini sangatlah diharapkan dapat ditunaikan oleh pihak kerajaan kerana masyarakat Kampung Lajong Kuala Niah ini sangat mengharapkan jalan yang baik.
Kampung Lajong Kuala Niah ini adalah merupakan sebuah kampung berada di penghujung jalan berkenaan, masyarakat di sini ramainya adalah merupakan nelayan dan petani. Jumlah penduduk di sini adalah sekitar 500 orang dan hampir 200 buah rumah.
"Saya bagi pihak penduduk Kampung Lajong ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan persekutuan dan negeri telah banyak menyalurkan bantuan dalam usaha membawa pembangunan dan kemajuan serta perubahan besar di kawasan ini," tambahnya.
Antara kemudahan yang sudah sampai ke kampung ini ialah bekalan air bersih dan elektrik serta jalan raya berbatu.
Bantuan dan peruntukan pembangunan untuk bekalan air dan elektrik kita tidak bertumpu ke satu kawasan, malahan kita tetap memberi perhatian kepada masyarakat Iban di rumah-rumah panjang dan Cina di Kampung Pelapi, Lumut, Batu Niah dan semua kawasan kampung di Parlimen Sibuti.
Justeru itu, sangat berharap masyarakat Sibuti terus memberi kerjasama dan sokongan padu kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi mencapai lebih lagi pembangunan untuk semua dia Sibuti, katanya.
Wednesday, April 25, 2012
Ahmad Lai Tepis Dakwaan Beliau Tidak Sihat!?!?!
Wednesday, April 25, 2012
Ahli Parlimen Sarawak, Ahmad Lai, Barisan Nasional, PBB, Sarawak, Sibuti
1 comment
Ahmad Lai memang tidak pernah mengambil cuti sakit!!?!? Inilah dedikasi pemimpin yang patut dicontohi!!? Sekiranya terdapat dakwaan yang memfitnah beliau adalah tidak sihat!?!? Jelas sekali itu adalah fitnah dan cubaan untuk menjatuhkan beliau!!?
Sekarang ini serangan peribadi semakin banyak dihantar kepada Ahmad Lai memandangkan beliau tidak mempunyai keburukan peribadi yang lain melainkan pernah jatuh sakit suatu ketika dahulu!?!?
Namun demikian penyakit dahulu sudah mendapat rawatan yang sewajarnya dan tidak akan mengganggu tugas beliau sebagai ahli Parlimen Malaysia!?!?! Lihatlah betapa banyaknya aktiviti beliau di kawasan Parlimen Sibuti umpama tenaga orang muda lagaknya sekarang!?!?!
Inilah yang menyebabkan lebih banyak serangan peribadi dihantar ke atas kesihatan beliau!?!?! Itulah sahaja modal pihak pembangkang!?!?!!? Namun penyokong Ahmad Lai kenal benar akan prestasi beliau!!?! Ahmad Lai sekarang sihat dan sentiasa bersedia untuk meneruskan kempen beliau di Sibuti!!?!?
Ahmad Lai tepis dakwaan tidak sihat
Posted on April 25, 2012, Wednesday
MIRI: Penyandang kerusi Parlimen P218 Sibuti Ahmad Lai Bujang menepis dakwaan yang mengaitkannya sebagai individu tidak sihat untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) kelak.
Beliau memberitahu, dakwaan sedemikian hanya merupakan spekulasi liar pihak tertentu yang berhasrat untuk menggugat kreabilitinya sebagai wakil rakyat di kerusi terbabit.
“Hampir empat tahun setengah saya berkhidmat untuk rakyat dan tidak pernah sekalipun saya mengambil cuti rehat berbanding wakil rakyat lain dan ia bukti kukuh bahawa saya sihat,” katanya ketika ditemui kelmarin.
Ahmad Lai memberitahu, beberapa pihak sengaja mencari jalan untuk merebut kerusi itu termasuk mengeluarkan isu-isu peribadi bagi meraih sokongan rakyat.
“Sekarang adalah musim pilihan raya dan pelbagai pihak yang tidak sependapat dengan kerajaan akan mengeluarkan isu-isu tertentu termasuk menyerang peribadi calon untuk mendapat sokongan,” jelasnya.
Beliau seterusnya berkata, rakyat sememangnya sudah jemu dengan isu-isu lapuk yang dikeluarkan pihak tertentu bahkan mereka tetap menaruh kepercayaan dan sokongan kepada kerajaan.
“Sekarang bukan isu merebut kerusi atau calon boleh menang, sebaliknya semua ahli komponen Barisan Nasional (BN) perlu mengukuhkan kekuatan untuk mengekalkan kerusi yang dimiliki sebelum ini,” jelasnya.
Ahmad Lai kemudiannya menjelaskan mana-mana pihak yang menjadi duri dalam daging seharusnya kembali ke pangkal jalan dan menghayati matlamat asal kerajaan.
Menurutnya, masalah dalaman sesebuah parti hanya akan memberi ruang kepada parti lawan untuk mendapatkan sokongan rakyat dan ia perlu dielakkan serta-merta.
“Kita tiada masalah dalaman cuma parti luar khususnya pembangkang sengaja menggembargemburkan isu yang kononnya kita bermasalah,” jelasnya.
Sementara itu, Ahmad Lai Bujang telah menyampaikan geran projek kecil luar bandar (MRP) kepada 36 penerima melibatkan pertubuhan dan jawatankuasa kampung dengan jumlah keseluruhan geran RM122,000.
Ahmad Lai Kekal Sebagai Penyandang Kerusi Parlimen Sibuti!!!
Wednesday, April 25, 2012
Ahli Parlimen Sarawak, Ahmad Lai, Barisan Nasional, PBB, Sarawak, Sibuti
No comments
Penyakit yang paling sukar diubati adalah penyakit iri hati!?!? Disebabkan penyakit iri hati inilah terjadinya banyak khabar angin untuk menjatuhkan penyandang kerusi Parlimen P218 Sibuti iaitu Haji Ahmad Lai!?!?!
Sebaik-baiknya ahli PBB di kawasan Sibuti hendaklah berkorban bersatu seperti motto utama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu dan sentiasa kental dalam apa jua keadaan?!?!? Sekiranya ahli PBB sentiasa berkorban dan bersatu untuk parti nescaya siapa juga yang mengganggu parti akan dapat dihapuskan dengan mudah melalui semangat permuafakatan!?!!? Biarlah penyandang Sibuti dikekalkan kerana beliau masih berjaya menjalankan tugas sebagai ahli Parlimen Malaysia!?!!?
Khabar angin untuk jatuhkan Ahmad Lai
Posted on April 25, 2012, Wednesday
MIRI: Spekulasi yang mendakwa penyandang kerusi Parlimen 218 Sibuti Ahmad Lai Bujang tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kerana faktor kesihatan adalah tidak tepat.
Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Sepupok Kaunselor Annuar Ahmad berkata dakwaan tersebut dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan Ahmad Lai.
“Semua khabar angin yang mendakwa Ahmad Lai tidak sihat adalah tidak benar dan tidak berasas dan spekulasi ini dikeluarkan oleh pihak yang iri hati dengan pencalonan semula beliau,” katanya ketika dihubungi kelmarin.
Annuar memberitahu, sejak memegang kawasan Sibuti empat tahun lalu, Ahmad Lai tidak pernah mempunyai masalah kesihatan yang serius seperti yang didakwa sesetengah pihak.
“Jangan mendengar atau mudah terpengaruh dengan dakwaan sedemikian kerana ia adalah taktik pihak tertentu untuk memecahbelahkan sokongan rakyat terhadap kerajaan,” katanya.
Menurutnya, ada pihak tertentu khususnya pembangkang sengaja mengeluarkan isu tidak benar semata-mata untuk menimbulkan situasi panik di kalangan penyokong setia kerajaan.
“Bagi saya sendiri, Ahmad Lai merupakan calon boleh menang bagi kerusi Parlimen Sibuti bahkan beliau mudah didekati dan didampingi rakyat meskipun sibuk dengan urusan rasmi,” jelasnya.
Annuar seterusnya memberitahu, semua penduduk di kawasan Bekenu telah sebulat suara menyokong Ahmad Lai untuk dicalonkan semula bagi menghadapi PRU.
“Kita tidak melihat calon lain yang boleh menang di kerusi itu selain penyandangnya, Ahmad Lai.
“Bahkan, rakyat sendiri sudah hidup dalam keadaan selesa sejak Sibuti ditadbir urus calon Barisan Nasional (BN),” tegasnya.
Menurutnya, semua khabar angin yang menjurus kepada unsur-unsur negatif terhadap calon BN itu hanya dikeluarkan oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan peribadi.
“Kita sedar bahawa ada pihak yang iri hati dan mempunyai perasaan hasad dengki terhadap sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap Ahmad Lai dengan mengeluarkan spekulasi itu,” jelasnya.
Monday, April 23, 2012
Jangan Terima Propaganda Negatif Pembangkang!?!?! Ayuh TIBAI!!?!!?
Monday, April 23, 2012
Ahli Parlimen Sarawak, Ahmad Lai, Barisan Nasional, PBB, PRU13, Sibuti, TIBAI, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim
No comments
Pihak pembangkang suka ngerepak dan akan menghentam apa jua jenis pembangunan yang dibawa oleh kerajaan!?!?! Mereka sememangnya hanya pandai berkata-kata namun tidak pernah dapat menyelesaikan masalah di kawasan mereka!?!!? Di Kelantan orang Asli masih belum menerima tanah adat mereka di bawah PAS Kelantan!?!?! Di Pulau Pinang, masalah YDP MAIPP masih menjadi isu sesama PR!!?!?
Kalau sudah menjadi kerajaan pusat agaknya pasti ramai rakyat Malaysia yang akan jatuh miskin ditimpa cukai yang banyak!?!?! Sememangnya PR akan berkuasa selama satu penggal sahaja dan habislah Malaysia akan digadai kepada Bank Dunia dan sebagainya malaun-malaun yang hanya menunggu masa!?!?! Marilah kita bersama-sama menyokong TIBAI!!?!? Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim!?!!
Mahukah kita melihat Malaysia kucar-kacir kerana inginkan perubahan ala PR!?!?!
Jangan terima pandangan hentam kerajaan hanya ingin meraih undi : Ahmad Lai
Miri 18 April 2012 (Utusan Borneo): Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang menyarankan supaya rakyat tidak mudah menerima pandangan parti luar yang menghentam kerajaan semata-mata ingin meraih undi.
Beliau memberitahu, pembangkang ketika ini mempergunakan pelbagai cara untuk menghasut rakyat termasuk memanipulasi isu-isu melibatkan pembangunan kerajaan."Mereka akan terus mengkritik semua bentuk pembangunan yang dilaksanakan kerajaan sedangkan mereka tidak mampu berbuat apa-apa untuk membela nasib rakyat," katanya kepada Utusan Borneo semalam.Menurutnya, pembangkang hanya pandai bermain kata-kata atau 'gerepak' tentang sesuatu isu tetapi mereka sendiri gagal menyelesaikan isu rakyat khasnya di kawasan pentadbiran mereka."Tidak perlu mereka berlakon seolah-olah mereka prihatin dengan nasib rakyat namun pada hakikatnya mereka tidak mampu berbuat apa-apa walaupun menjadi pemerintah," jelasnya.Ahmad Lai memberitahu semua isu yang cuba dibangkitkan pembangkang ketika ini adalah hasutan dan fitnah semata-mata demi untuk meraih kepercayaan rakyat."Jangan mudah menerima ideologi pembangkang kerana mereka mengeluarkan sesuatu isu hanya untuk memenuhi agenda tertentu khususnya pada musim pilihan raya," ujarnya.Rakyat tambahnya, perlu menilai sendiri sumbangan yang telah diberikan kerajaan kepada mereka selama ini dari sudut ekonomi, sosial dan pembangunan fizikal."Semuanya yang kita ada sekarang (infrastruktur) adalah bukti kemajuan yang dibawa kerajaan dan jika rakyat berpaling tadah maka kemajuan ini akan terhenti dan rakyat akan kerugian," jelasnya.Sebagai contoh katanya, negeri-negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan mempunyai pelbagai isu rakyat yang tidak mampu diselesaikan Pakatan Rakyat (PR)."Rakyat di bawah pentadbiran PR ketika ini sudah menolak parti itu kerana mereka gagal menyelesaikan isu-isu melibatkan kemahuan dan tuntutan rakyat," katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)














































