Saturday, June 2, 2012

Rohani Karim Calon Boleh Menang di Batang Lupar!!


Ahli BN kini boleh menarik nafas lega di Batang Lupar apabila KM mengumumkan bahawa calon wanita bagi kerusi Batang Lupar dikekalkan! Tidak sia-sia usaha ahli parlimen Batang Lupar yang mengaktifkan bilik perang dengan lebih awal dalam menghadapi PRU13.

Kini bakal calon BN yang disenarai pendek untuk bertanding menggantikan calon penyandang kerusi Batang Lupar bolehlah melupuskan impian mereka. Walau bagaimana pun janganlah mereka ini jauh hati atau menyendiri kerana mereka masih diperlukan untukmeneruskan usaha jentera pilihanraya di Batang Lupar.

Tahniah juga kami ucapkan kepada Datuk Rohani Karim yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri sebagai calon boleh menang dan juga calon pilihan rakyat di Batang Lupar. Semoga kemenangan BN terus mantap di Parlimen Batang Lupar.


Jangan pertikai calon yang diputuskan untuk PRU13: Taib




Posted on June 1, 2012, Friday

PUSA: Rakyat Sarawak khususnya anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta tidak belot atau mempertikaikan calon yang diputuskan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata walaupun calon BN itu tidak memiliki paras rupa sekalipun, rakyat harus memberi sokongan kerana calon yang dipilih mempunyai kredibiliti tersendiri.

Sambil mengumumkan akan mengekalkan calon wanita bagi Parlimen Batang Lupar Datuk Rohani Abdul Karim, beliau berkata semua anggota parti komponen BN tidak seharusnya mempertikaikan calon yang ditentukan pemimpin atasan parti.

“Perasaan yang tidak sukakan calon yang bakal bertanding hanya kerana paras rupa atau perkara-perkara lain harus diketepikan.

“Ini kerana PRU13 ini adalah hak untuk menentukan siapa yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara ini untuk tempoh lima tahun akan datang. Ia lebih penting,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Bulan Pengguna Kebangsaan Peringkat Luar Bandar di pekarangan Stesen Bas Pusa, semalam.

Beliau berkata, rakyat perlu meletakkan tanggungjawab memimpin negeri ini kepada pihak yang berpengalaman luas memimpin negara.

Katanya, kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang yang ada strategi pembangunan tersusun serta terancang dan mampu mengimbangi setiap situasi yang berlaku sama ada di dalam negara mahupun luar negara.

“Buktinya… semasa berlaku masalah ekonomi terutama yang melibatkan krisis kenaikan harga minyak dunia, yang menyebabkan harga barangan melonjak naik, kerajaan menyediakan pelbagai pelan sampingan untuk menghadapi masalah berkenaan agar rakyat tidak berasa terlalu tertekan.

“Antaranya seperti pelancaran Kedai Rakyat 1Malaysia, pengaihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan awal persekolahan dan banyak lagi skim bantuan lain. Semuanya dilakukan untuk kebajikan dan kepentingan rakyat negara ini,” kata Taib.

Mengenai pembangunan di Parlimen Batang Lupar beliau berkata, kewujudan banyak ladang kelapa sawit di kawasan itu memberi banyak manfaat kepada penduduk sekitar kawasan itu.

“Buktinya ialah pembukaan ladang perindustrian yang berasaskan kelapa sawit berkembang pesat di Parlimen ini.

“Pembukaan ribuan hektar ladang kelapa sawit di Parlimen ini membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Usaha ini secara tidak langsung juga mampu melonjakkan sosioekonomi penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata perkembangan pesat aktiviti perladangan di kawasan itu menjadi perintis kepada pembukaan rangkaian jalan ke seluruh pelosok negeri ini dan ia sekali lagi memberi kemudahan asas terbaik kepada rakyat.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hajah Rohani Haji Abdul Karim, Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri (Bahagian Hal-Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman, Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datin Mahani Tan Abdulah dan isteri Taib iaitu Puan Sri Ragad Kurdi Taib.


- Posted using BlogPress from my iPad

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda