Tuesday, June 12, 2012

PAS Pentingkan PRU13 Lebih Daripada Rukun Islam?

PAS kini mementingkan Jentera PRU13 dan bukan rukun Islam ke-5? Ini berikutan daripada kenyataan yang dikeluarkan dalam portal negeri Selangor oleh Ketua Penerangan PAS iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Kenyataan yang meminta jentera PRU13 PAS menangguhkan ibadat haji pada tahun ini. PAS kini sudah mempunyai nujum Pak Belalang sendiri yang dapat meramalkan tarikh PRU13!!!

Robby mahupun Jofri tidak berpeluang untuk menunaikan haji pada tahun ini kerana mereka mungkin berkempen untuk Dr Teo di Sibuti?

Tindakan PAS minta ahli tangguh haji diselar



2012/06/12

KUALA LUMPUR: Tindakan PAS meminta ahlinya yang terbabit secara langsung dalam pilihan raya umum ke-13 supaya menangguhkan ibadah haji, dianggap tidak wajar kerana meletakkan kepentingan parti melebihi kehendak agama.

Berikutan itu, PAS diminta memohon maaf di atas keterlanjuran mengeluarkan arahan sedemikian.
Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan, berkata beliau kesal dengan kenyataan PAS kerana sebagai parti Islam, ia meletakkan pilihan raya lebih penting daripada ibadah haji yang juga Rukun Islam kelima.

"Kita tidak tahu bila pilihan raya, tapi dia sudah buat spekulasi sebegitu. Kita tidak boleh letak parti lebih daripada agama.

"Jangan anggap parti ini agama. Itu perkara yang tidak betul. Tanyalah ulama mana sekali pun," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Pemahaman Wasatiyyah dan Gagasan 1Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, di sini, hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang menyebut Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, meminta ahlinya menangguhkan ibadah haji kerana parti itu menjangka pilihan raya umum diadakan pada musim haji antara September dan Oktober.

Tuan Ibrahim, yang membuat kenyataan itu menerusi portal rasmi kerajaan Selangor, berkata penangguhan ibadah haji itu dianggap wajar kerana PAS memerlukan jentera parti untuk melaksanakan gerak kerja semasa pilihan raya umum.
Ahmad berkata, Tuan Ibrahim sepatutnya memohon maaf dan menarik balik kenyataannya itu yang menunjukkan PAS menjunjung pilihan raya melebihi agama.

Sementara itu, Raja Nong Chik yang juga Ketua UMNO Lembah Pantai, berkata bagi umat Islam, ibadah haji adalah jauh lebih penting daripada politik dan kenyataan itu tidak harus dibuat.

"Hampir 900,000 yang mendaftar (dengan Lembaga Tabung Haji). Ikut senarai menunggu, hampir 20 hingga 30 tahun baru boleh pergi (menunaikan haji).

"Kalau dapat peluang pergi kali ini, tapi tidak pergi, tidak tahu bila lagi boleh pergi...itu pun bergantung kepada faktor umur dan keadaan kesihatan...sebaik-baiknya janganlah dihalang pergi (menunaikan haji)," katanya.

Turut mengecam kenyataan PAS itu ialah Mursyidul Am Kumpulan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai), Zahid Md Arip, yang mencabar Tuan Ibrahim supaya menunjukkan bukti dalil, hadis atau ayat al-Quran bagi menyokong kenyataannya itu.

"Saya selar sikap beliau yang mempersendakan rukun Islam. Ini jelas menunjukkan PAS sangat terdesak (untuk menghadapi pilihan raya)," katanya. - BERNAMA
Posted from my iPad

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda