Thursday, June 21, 2012

Penan Masih Belum Menerima Peruntukan Daripada Kumpulan Bruno Manser!?!?!

Beruntunglah kaum Penan masih menyokong BN!  Kalau mengikut Kumpulan Bruno Manseryang kononnya mencari dana untuk membantu mereka memang susahlah kehidupan kaum Penan!  Bruno Manser yang terkenal kerana berjoli dengan wanita di penginapan kaum Penan sehingga menipu mereka yang kononnya dia akan membawa bantuan kewangan untuk membantu mereka cuma kini tinggal janji!?  

Kerajaan BN jualah yang bertanggungjawab membawa pembangunan dan membantu meringankan beban kaum Penan.  Bahkan anak-anak kaum Penan juga diberi kemudahan asrama untuk belajar dan beberapa buah sekolah berasrama penuh sudah didirikan bagi membantu orang Penan untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.   Generasi baru Penan diharap dapat menggunakan sebaik-baiknya kemudahan yang telah diperuntukkan oleh kerajaan agar mereka ini dapat memimpin keluarga mereka ke suasana kehidupan yang lebih baik daripada hari semalam.  Inilah aspirasi dan harapan kerajaan BN buat semua rakyat.  

Janganlah mudah terpedaya dengan pemimpin pembangkang yang tidak beretika dan banyak mengajar rakyat untuk menipu seperti yang telah dilakukan oleh penceramah PKR di Kuching baru-baru ini.  Jangan kita seperti kacang lupakan kulit.  Kerajaan BN sahaja yang mampu membantu rakyat.  Jangan lupa jasa pemimpin BN yang lalu kepada kita.
Dennis berterima kasih kepada Penan kerana menyokongnya

Posted on June 21, 2012, Thursday

MARUDI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau mengucapkan terima kasih kepada kaum Penan di Long Lutin yang memberi sokongan padu kepadanya Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Ke-10.

Katanya beliau amat berbanga dengan sokongan pengundi yang telah mengundinya sebelum ini.

Terdapat lebih 360 rumah panjang di daerah Baram, begitu juga di Telang Usan tetapi tetapi 90 peratus rumah panjang di Telang Usan telah dijejakinya.

Sehubungan itu, Dennis menyeru kepada kaum Penan di Long Lutin dan di kawasan Akah/Patah agar terus memberi sokongan kepada Datuk Jacob Dungau Sagan yang akan mewakili Baram di Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Beliau berkata kaum Penan perlu mempunyai kerjasama yang kukuh dengan kerajaan Barisan Nasional.

Dennis berkata demikian dalam ucapannya dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan sempena melancarkan platun baharu Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) di Long Lutin.

Beliau menemani Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Jacob Dungau Sagan ke kampung tersebut pagi Sabtu lalu.

Mengenai Empangan Baram, Dennis berkata penduduk kawasan Baram telah mewujudkan satu jawatankuasa untuk mengendalikan Empangan Baram yang diketuai sendiri oleh Sagan.

“Jawatankuasa ini kelak akan menerangkan kebaikan empangan berkenaan kepada penduduk yang terjejas akibat pembinaan empangan tersebut,” katanya.

Menjawab soalan TK Tangan Anyie, bahawa Penan akan dipindahkan ke Long Lama atau Long Lapok, beliau menjelaskan bahawa ia memang tidak betul.

“Itu hanya khabar angin yang menakutkan kita kaum Penan. Kerajaan BN akan membawa kehidupan yang lebih baik, kalau jahat memang tidak ada.

“Ada pun kami (bersama Sagan) sebagai wakil rakyat di Baram berdiri di hadapan dan kami mahu pembangunan yang pesat di kawasan kita ini,” jelasnya.

Mengenai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Bruno Manser yang kononnya berusaha mendapatkan peruntukan untuk membantu Penan, Dennis berkata: “Mana duit itu sekarang?

“Siapa yang membantu Penan, Bruno atau kerajaan Barisan Nasional.

“Justeru jangan percayakan mereka yang menggelar diri mereka NGO atau pembangkang… mereka hanya mencari kepentingan diri. Pembangkang jauh sekali hendak membantu rakyat kecuali hanya pandai bercakap kosong.”

Sementara itu Dennis turut meluluskan geran MRP sebanyak RM5,000 kepada JKKK Long Lutin untuk menampung perbelanjaan membina dewan masyarakat mereka.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda