Wednesday, June 20, 2012

Lagi Kegagalan PAS di Kedah!

PAS gagal di Kedah tetapi berhasrat untuk menawan lebih banyak negeri di Malaysia?  Kalau sebuah negeri pun tidak dapat ditunaikan janji bagaimana para penipu dan penabur janji ini akan membawa amanat rakyat?
Lagi kegagalan Kerajaan Pas Kedah tepati janji

ALOR SETAR 20 Jun - Gerakan Kedah mendedahkan satu lagi kegagalan kerajaan Pas Kedah menepati janji untuk menyediakan lebih banyak rumah kos rendah dan mampu milik kepada rakyat berpendapatan rendah serta sederhana di negeri ini.

Ia berikutan rancangan projek Bandar Tunku Puteri di Pokok Sena, dekat sini sebagai sebuah bandar baru yang turut melibatkan pembinaan 528 rumah kos rendah dan 400 unit rumah mampu milik gagal dimulakan meskipun pengumuman mengenainya dibuat tiga tahun lalu.

Ketua Pemuda Gerakan negeri, Tan Keng Liang berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan cadangan projek tersebut di tanah milik kerajaan negeri di Gajah Mati sempena pengisytiharan Pokok Sena sebagai daerah penuh pada Februari 2009.

Katanya, dalam pembentangan Bajet 2011, Azizan memaklumkan projek perumahan di Bandar Tunku Puteri itu dilaksanakan pada tahun lalu, bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah.

``Bagaimanapun, hasil siasatan di tapak projek berkenaan beberapa hari lalu mendapati kerja-kerja infrastruktur langsung tidak dimulakan dan tanah yang sepatutnya dibangunkan terbiar dengan ditumbuhi lalang serta belukar,'' katanya kepada pemberita di pejabat Gerakan negeri di sini hari ini. - UTUSAN

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda