PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Showing posts with label Pengganas Sulu. Show all posts
Showing posts with label Pengganas Sulu. Show all posts

Friday, March 22, 2013

Lahad Datu: Raja Muda Pengecut Golong Tikar!!

Siapakah yang bercakap besar tidak akan meninggalkan Sabah selagi jasad dikandung badan?  Siapakah yang berani kesak tetapi sebenarnya pengecut?

Inilaqh yang terjadi sewaktu Sultan Brunei memohon pertolongan Sultan Sulu sebelum ini!  Sultan Sulu telah lari lintang pukang membiarkan Sultan Brunei berperang sendirian tanpa pertolongan!  Siapa yang menuntut Sabah tetapi tidak menunaikan janji terlebih dahulu?  Jawapanya tidak lain dan tidak buka Sultan Sulu!!!

Keluarga pengecut ini memang tidak patut menjadi Sultan, eloklah mereka berebut takhta kerana tiada keturunan Sulu yang layak sebenarnya sekarang ini!  Kalau ada pun tiada seorang pun yang berani tampil bersemuka antara satu sama lain mengakibatkan berpuluh orang menggelar diri mereka Sultan Sulu!!!  Hina sungguh Sultan Sulu sehingga pengikutnya bertelagah mencari tuan?
Azzimudie Kiram tinggalkan Sabah sejak 11 Mac lepas

LAHAD DATU (22 Mac 2013-Utusan Borneo): Ketua pengganas Sulu yang menceroboh Sabah sejak 12 Feb lepas, Azzimudie atau Agbimuddin Kiram telah meninggalkan negara ini sejak 11 Mac dan kini bersembunyi di pulau-pulau kecil di selatan Filipina.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata perkara itu disahkan hasil risikan pasukan keselamatan yang antara lain mendapati Azzimudie meninggalkan pengikutnya di Sabah lalu menyembunyikan diri dan bergerak dari satu pulau ke pulau lain di selatan Filipina.

“Azzimudie bertindak sedemikian dipercayai kerana tidak mahu kedudukannya diketahui Bangsamoro dan kerana takut ditangkap pihak berkuasa Filipina,” katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi FELDA Sahabat 16, dekat sini semalam.

Beliau mengulas dakwaan terbaharu sebuah blog bahawa Azzimudie Kiram mati ditembak pengawalnya sendiri dan mayatnya dikatakan ditanam di sebuah kubur kecil yang hanya diketahui pengikut elitnya.

Kepada soalan sama ada pasukan keselamatan mengekori dan menjejaki kelibat Azzimudie ke Filipina, Zulkifeli berkata itu di luar bidang kuasa mereka.

Beliau percaya tindakan lanjut boleh diambil melalui hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Azzimudie Kiram mengetuai insiden pencerobohan bersama kira-kira 200 militan bersenjata dari selatan Filipina pada 12 Feb lepas yang menyaksikan 63 militan terbunuh termasuk seorang yang ditembak mati pagi semalam manakala di pihak Malaysia 10 anggota keselamatan gugur. — Bernama

Wednesday, March 20, 2013

Lahad Datu Ground Zero: Pengganas Sulu Bertopengkan Ulama

Bayangkan sekiranya pengganas Sulu boleh bertopengkan ulama di Semporna, bagaimana pula ulama di Malaysia.  Mereka sanggup mengamalkan politik maki hamun walhal ulama ini sepatutnya bercakap benar dan tidak memutar-belitkan fakta dan rezeki Allah untuk kepentingan mereka.  

Tanah Tinggi Lojing amanah rakyat diserahkan kepada balaci DAP untuk mengaut keuntungan bertopengkan nama pekerja Kilang Papan.  Inikah pemimpin dari kalangan ulama yang memperjuangkan Islam?  Mungkin peristiwa di Sabah membuka mata kita bahawa tidak semua yang menjadi imam itu baik niat dan akhlaknya.  

Di Sarawak juga terdapat AMK Sarawak yang mengaku pernah menjadi imam di Surau Kampung Temedak tetapi melarikan anak dara yang merupakan seorang mahasiswi ke Siam untuk menjadi isteri sementara tanpa pengetahuan isteri pertama.  Menjelang PRN Sarawak, isteri diceraikan tanpa melalui prosedur yang sah untuk membuktikan anak yang lahir adalah sah di sisi agama cuma tidak sah di sisi undang-undang kerana belum didaftarkan sijil nikah Siam kepada Majlis Islam Sarawak!

Berhati-hati dan berwaspadalah kita apabila ada orang luar yang mengaku mereka sebagai pendakwah dan penyebar agama.  Mungkin mereka ada udang di sebalik batu!  Ada yang dengki dengan keamanan dan kesejahteraan kampung kita.  Soalan yang paling utama adalah mahukah kita melihat anak atau cucu kita menjadi habuan Perdana Menteri Homoseksual kelak?   Sekiranya nafsu beliau tidak dihentikan sekarang, apakah yang akan berlaku sekiranya orang ini menjadi Perdana Menteri?

Eksklusif Semporna Inside ! Pertemuan Dengan Hero Kampung Yang Tewaskan Anjing Kiram III !!

oleh AAKJ
 
Menurut mereka, pada mulanya mereka memang takut bila pengganas anjing Kiram III itu datang dengan senjata M16 kata mereka..anjing Kiram III naik dari rumah ke rumah..tawan mereka dan kumpulkan mereka d masjid..

Keputusan mereka ambil untuk tumpaskan anjing Kiram III d buat dalam masa yang amat singkat..tanpa berfikir tentang nyawa terancam, penduduk bertindak menumpaskan anjing Kiram III beramai-ramai. Mereka sedar bahawa anjing Kiram III rupanya hanya seorang diri.

Menurut penduduk..mereka kenal anjing Kiram III itu..biasa menjadi imam d masjid mereka..namun ketika bersenjata dan berseragam pengganas, watak Imam selama ini hanyalah lakonan..perasaan marah penduduk ketika itu sudah tidak dapat d bendung lagi..keputusan mereka buat dan akhirnya anjing Kiram III tersungkur menyembah bumi dalam keadaan yang paling hina !!

Aakj menghormati permintaan penduduk d sini agar jangan siarkan foto mereka dari jarak dekat untuk keselamatan mereka.

Penduduk bimbang juga kalau-kalau ada lagi yang datang nak balas dendam terhadap mereka..tapi kali ini tegas mereka..kami sedia berkorban untuk pertahankan hak kami sebagai rakyat Malaysia yang setia pada negara ! terharu aakj mendengar pengakuan ikhlas dari hati mereka.

Buat penduduk Kampung Sinalang Lama..aakj tabik hormat anda semua
Buat penduduk Kampung Sinalang Lama..aakj doakan anda semua d lindungi Allah sepanjang masa
Buat penduduk Kampung Sinalang Lama..aakj bangga jumpa anda semua..anda semua orang baik-baik !
Foto kat atas ni aakj ambil d kawasan Kampung Simunul..tempat gugurnya 6 Syuhada...
Baca seterusnya di sini

Tuesday, March 19, 2013

Musa Umumkan Pembentukan ESSCOM


Kawasan Keselamatan Khas yang diumumkan oleh PM pada 7 Mac 2013 yang lalu kini diberi nama ESSCOM atau Kawasan Keselamatan Timur Sabah. Ini diberitahu kepada Jawatankuasa Keselamatan Negeri oleh Ketua Menteri Sabah selaku Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri.

Berikut adalah laporan daripada Insight Sabah mengenai penubuhan ESSCOM.


Musa umumkan Kawasan Keselamatan Timur Sabah (ESSCOM)
13 Mac 2013 Insight Sabah


Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman di sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri pada Isnin di Wisma Innoprise. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (kiri), Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi (kedua dari kiri), Setiausaha Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman (ketiga dari kiri), Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Thajudeen Abdul Wahab (kanan) dan Setiausaha Majlis Keselamatan Kebangsaan Sabah, Rodzi Md. Saad (kedua dari kanan).

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman, mengumumkan bahawa Kawasan Keselamatan Khas (SSA) bagi Sabah sekarang secara rasminya kini dinamakan sebagai Kawasan Keselamatan Timur Sabah (ESSCOM). Penubuhan SSA diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac 2013, ketika lawatan beliau ke Lahad Datu untuk memantau keadaan di sana.

Musa, yang juga pengerusi Majlis Keselamatan negeri membuat pengumuman itu selepas mempengerusikan mesyuarat khas, semalam.
Beliau berkata, Perdana Menteri sudah dimaklumkan mengenainya dan bersetuju dengannya. Butiran dan skop operasi ESSCOM sedang dikaji dan perinciannya akan diumumkan apabila semuanya sudah sedia.

Musa juga mendedahkan bahawa, kumpulan kerja teknikal ESSCOM akan diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman dan mereka akan mengadakan mesyuarat pertama pada hari Rabu, 13 Mac.
Perimeter keselamatan ESSCOM akan meliputi keseluruhan pantai timur termasuk Kudat, Sandakan, Kunak, Lahad Datu, Semporna dan Tawau dengan ibu pejabatnya di Lahad Datu.

Musa berkata, beliau yakin rakyat Sabah, terutama mereka yang tinggal di kawasan pantai timur, mengalu-alukan penubuhan ESSCOM itu kerana ia akan menjamin keselamatan dan keamanan di kawasan itu.

Menurut Musa, Majlis Keselamatan Negeri juga membincangkan cara terbaik memberikan bantuan kepada penduduk kampung yang terjejas dengan "OPS Daulat" oleh pasukan keselamatan yang memburu saki baki penceroboh bersenjata.

Beliau berkata, badan NGO yang mahu membantu penduduk kampung boleh menyalurkan bantuan melalui Majlis Keselamatan Negeri dan butir-butir boleh diperolehi dengan menghubungi talian 088-488 5000 atau 013-482 1604 / 013-306 0106.

Majlis Keselamatan Negeri juga memuji polis dan angkatan tentera yang menjalankan tanggungjawab mereka dalam mempertahankan kedaulatan negara dengan pengorbanan mereka.

Majlis itu juga menyampaikan takziah kepada keluarga lapan anggota pasukan keselamatan yang dibunuh oleh pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Kampung Simunul, Semporna pada 1 dan 2 Mac.

- Posted using BlogPress from my New iPad


Monday, March 18, 2013

Kepulangan Effendey Wira Negara Disambut Meriah di Miri!

Kepulangan Lans Koperal Effendey disambut meriah pada siang tadi.  Effendey begitu cekal melawan musuh negara pada 9 Mac yang lalu.  Walau pun sudah ditembak di betis kiri, beliau masih erat memegang senjata berbalas tembakan pada jam 8 malam dalam kegelapan.  
 
Kecekalan beliau itu membuahkan hasil kerana berjaya mengusir pihak pengganas walaupun dia dan temannya mengalami kecederaan.  Namun begitu, kecederaan ini tidak mematahkan semangat juang mereka untuk menentang pengganas Sulu habis-habisan.  
 
Kepulangan beliau siang tadi disambut oleh Ahli Parlimen Sibuti, YB Haji Ahmad Lai, YB Lee Kim Shin, YB Rosey Yunus dan Dato Sebastian Ting yang diketuai oleh Datuk Acryl Sani



POLIS PERKETAT KAWALAN SEMPADAN SARAWAK, SABAH ELAK ANCAMAN

Miri, 18 Mac - Polis Sarawak meningkatkan aspek keselamatan di sempadan berhampiran Sabah di Lawas, Limbang bagi mengelak ancaman serta memastikan penganas Sulu yang menceroboh Sabah tidak menyusup masuk ke negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, antara kawasan yang diperketat kawalan keselamatan ialah di Pusat Kastam dan Kuarantin (CIQ) Merapok di daerah Lawas, Limbang serta di Sindumin Sabah yang terletak berhampiran sempadan Merapok.

"Setakat ini, tiada tanda ancaman akan berlaku di Sarawak namun kita sedang mengawal dengan ketat keselamatan," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Miri hari ini.

Acryl berada di sini bagi menyambut kepulangan, Lans Koperal Effendey Rosli daripada pasukan Platun Tiger Kompeni, Batalion 12, Pasukan Gerak Am (PGA), Miri yang tercedera di betis kiri semasa pertempuran dengan penganas Sulu di Lahad Datu, Sabah pada 9 Mac lalu.

Mengenai kecederaan dialami Effendey, beliau berkata, ini merupakan antara cabaran terpaksa dihadapi anggota keselamatan yang mempertarungkan nyawa demi negara dan mahu masyarakat sentiasa memberi sokongan kepada mereka.

Sementara itu Effendey, 25, ketika ditemui media berkata, kecederaan dialaminya tidak sesekali melunturkan semangat untuk bertugas demi keselamatan negara.

"Saya tidak sabar kembali bertugas selepas kecederaan sembuh sepenuhnya," katanya sejurus selepas tiba di sini.

Beliau berkata sewaktu kejadian pada 8 malam berlarutan sehingga subuh, penganas berbalas tembakan dengan anggota keselamatan yang bertugas dalam keadaan gelap dan ini menyebabkan lokasi musuh sukar dikesan.

"Apabila tertembak walaupun amat sakit, saya masih bersemangat untuk berjuang dan masih memegang senjata," katanya.

Selain Effendey, 25, seorang lagi rakannya Mohd Zairiman Ibrahim, 25, turut tercedera di paha dan betis kaki kanan dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Sandakan Sabah. - BERNAMA

Bapanya RASCOM, Puteranya ESSCOM


Sekitar awal 70-an, Sarawak ketika itu menghadapi ancaman daripada pengganas komunis yang kerap mengganggu kawasan tengah, iaitu Sibu, Sarikei, Kapit, Mukah dan Bintulu. Pada masa itu Ketua Menteri adalah bapa saudara kepada Abdul Taib Mahmud, iaitu Abdul Rahman Yaakub dan Perdana Menteri pula adalah Abdul Razak Hussein. Mereka telah menubuhkan RASCOM untuk menjaga keselamatan dan keamanan di sekitar kawasan ancaman pengganas komunis.

Kini apabila putera kepada Perdana Menteri telah menjadi PM ke-6 pula, negara pula diancam oleh pengganas Sulu dibahagian Sabah Timur. ESSCOM pula dalam perlaksanaan bagi menjamin keselamatan rakyat di kawasan tersebut. Ikutilah bagaimana ESSCOM terilham daripada RASCOM untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat 1Malaysia.

ESSCOM: Belajar Daripada Pengalaman Sarawak


SIBU – Pada awal 1972, ancaman komunis di Sarawak, khususnya di bahagian tengah negeri ini (Sibu, Kapit, Sarikei, Mukah dan Bintulu), mencapai kemuncaknya.

Kira-kira 500 pengganas komunis militan dari Parti Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU), bukan sahaja melakukan serang hendap terhadap pasukan keselamatan, tetapi juga mengugut, mengganggu dan membunuh orang awam yang tidak bersalah dengan sesuka hati. Perintah berkurung, yang ada kalanya dikenakan sepanjang masa, merupakan perkara biasa ketika itu.

Apabila keadaan menjadi semakin buruk, kerajaan di bawah pimpinan perdana menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein, tidak mempunyai pilihan selain mengisytiharkan bahagian tengah Sarawak sebagai Kawasan Keselamatan Khas pada 25 Mac 1972.


Tindakan itu diambil untuk membolehkan jentera kerajaan dikerahkan sepenuhnya bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

Sehari kemudian, Kawasan Keselamatan Rajang atau ringkasnya RASCOM, ditubuhkan.

“Ia satu percubaan berani. Untuk julung kalinya di Sarawak dan di negara ini, sebuah pasukan bersama Sivil, Polis dan Tentera ditubuhkan. Ia bertujuan membolehkan tindakan kepolisan dan keputusan diambil serta dilaksanakan dengan cepat dan berkesan, terutama di mana perkhidmatan mereka secara terselaras, amat diperlukan,” tulis seorang daripada ketua pegawai eksekutif RASCOM mendiang Ignatius Angking.

RASCOM kemudiannya diletakkan di bawah pentadbiran ketua menteri Sarawak ketika itu, sebagai ketua operasinya.

Beliau menyelaras dan mengawal fungsi serta kegiatan pasukan keselamatan dan semua jabatan kerajaan di kawasan RASCOM, dengan dibantu ibu pejabat Markas Bersama Sivil, Tentera dan Polis.

Mengenai penubuhan RASCOM, Tun Abdul Razak dilaporkan berkata: “Di bawah badan yang baru ditubuhkan ini, jentera kerajaan akan diselaras dari peringkat daerah hinggalah ke peringkat bahagian.

“Pentadbiran sivil, polis dan tentera ini akan berfungsi sebagai sebuah pasukan. Ini untuk memastikan apa jua langkah yang ingin diambil kerajaan sebagai tindak balas terhadap CT (pengganas komunis), akan melibatkan semua pihak”.

Ketua menteri ketika itu, Datuk Patinggi Abdul Rahman Yaakub, pula berkata “hakikatnya ialah dalam peperangan yang kita lancarkan terhadap pengganas komunis sekarang, senjata sahaja tidak memadai.”

“Ia adalah perang untuk menawan hati dan minda rakyat. Ia bukan saja peperangan yang melibatkan tentera, tetapi semua. Ia adalah suatu peperangan, yang tidak kira siapa sahaja dan di mana mereka tinggal di Sarawak, semuanya perlu mengambil bahagian,” kata Abdul Rahman, sebelum beliau dilantik sebagai pengarah operasi pertama RASCOM.

Sejurus selepas itu, strategi dan taktik baharu untuk memerangi pengganas komunis pun digubal, sejajar dengan langkah tindak balas sivil dalam satu peperangan secara habis-habisan.

Antara langkah penting yang paling awal dilaksanakan ialah memindahkan penduduk rumah panjang yang berselerak di kawasan pedalaman, ke kawasan skim penempatan semula dan berkelompok.

Ini dilakukan untuk menyelamatkan mereka daripada gangguan pengganas yang cuba mendapatkan makanan, kelengkapan logistik serta anggota baharu.

Sebanyak lima skim penempatan semula dan berkelompok diwujudkan. Skim utama terdiri daripada Nanga Ngungun yang mempunyai 23 rumah panjang serta lebih 3,000 penduduk, Nanga Tada (16 rumah panjang dengan 2,000 penduduk) dan Nanga Jagau (24 rumah panjang dengan 3,000 penduduk), kesemuanya di daerah Kanowit, dan Nanga Sekuau (24 rumah panjang dengan lebih 6,000 penduduk) di Daerah Selangau.

Dua skim lagi, iaitu skim lebih kecil, ialah Nanga Dap (lima rumah panjang dengan kira-kira 480 penduduk) dan Rantau Panjang (tiga rumah panjang dengan lebih 300 penduduk).

Pada asasnya, ketika Polis Cawangan Khas dan Unit Risikan Tentera mencari maklumat, pasukan tentera/pengawal sempadan/pasukan polis hutan akan memburu pengganas atau memujuk mereka supaya menyerah diri.

Komponen orang awam pula akan menyediakan perkhidmatan perubatan, pelajaran dewasa dan khidmat sosial lain kepada penduduk, di samping menganjurkan perhimpunan sivik dan taklimat keselamatan untuk mengingatkan orang ramai tentang bahaya menyokong komunis.

Mereka juga terlibat dengan tugas memantau pergerakan orang ramai dan langkah menyekat perbuatan membekalkan makanan, ubat-ubatan dan barangan keperluan lain kepada pengganas komunis di kawasan RASCOM.

Dalam tempoh yang singkat, RASCOM terbukti sebagai satu stratetgi paling berkesan dalam memerangi pengganas. Ia mencatat kejayaan besar pada 4 Mac 1974.

Melalui ” Operasi Sri Aman”, kira-kira 585 pengganas dari seluruh Sarawak mengambil keputusan keluar daripada sarang persembunyian mereka di dalam hutan untuk menyerah diri, manakala kira-kira 100 pengganas tegar lain meneruskan perjuangan sia-sia mereka.

Bagaimanapun, pada 3 Mac 1990, lebih kurang 50 daripada mereka akhirnya mengambil keputusan mengikut langkah rakan mereka untuk menyerah diri dan dengan itu, berakhirlah masalah pemberontakan komunis di Sarawak yang berlarutan selama lebih tiga dekad.

Sejak saat itu, Sarawak mula menikmati suasana aman dan tenteram serta memberi tumpuan untuk melaksanakan program pembagunan ekonomi dan infrastruktur dengan sokongan kerajaan persekutuan.

Tanpa RASCOM, yang akhirnya dibubar pada 6 April 1995, Sarawak mungkin tidak wujud seperti sekarang.

Mungkin secara kebetulan, pada 7 Mac 2013, 41 tahun selepas RASCOM dibubar, putera kepada pemimpin yang mengisytiharkan penubuhan RASCOM, mengumumkan pula penubuhan sebuah Kawasan Keselamatan Khas (KKK) untuk pantai timur Sabah.

Ia kemudiannya dinamakan ESSCOM atau Kawasan Keselamatan Timur Sabah, yang meliputi kawasan pantai sepanjang 1,400 km dari Kudat ke Tawau.

ESSCOM ditubuhkan berikutan pencerobohan yang dilakukan ada 12 Feb oleh kira-kira 150 pengganas Sulu dari selatan Filipina, yang mendarat secara berperingkat di Silabukan dan Sungai Merah, berhampiran Kampung Tanduo di Felda Sahabat 17, kira-kira 110 km dari Lahad Datu, dengan menaiki bot tradisional yang lazimnya digunakan dalam kegiatan perniagaan tukar barang.

Dalam tempoh sebulan sejak mereka menceroboh kawasan itu, 56 pengganas terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan.

Malaysia kehilangan sepuluh nyawa, lapan anggota polis dan dua anggota tentera dengan seorang daripadanya terkorban apabila trak yang dinaikinya terbalik ketika menghantar bekalan kepada anggota pasukan keselamatan.

ESSCOM akan memberi perlindungan kepada lebih 1.4 juta rakyat Sabah melalui darat dan laut dengan kehadiran tidak kurang lima batalion anggota tentera dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ibu pejabatnya akan ditempatkan di Lahad Datu.

“Banyak perkara yang boleh dipelajari ESSCOM daripada pengalaman RASCOM. Penubuhan ESSCOM adalah satu langkah tepat,” kata Brig Jen Datuk Stephen Mundaw, pegawai pemerintah Briged Kesembilan Infantri di sini. Briged ini pernah ditempatkan di RASCOM.

Mundaw sendiri pernah berkhidmat dengan RASCOM selama beberapa tahun dan antara rakan setugas beliau ketika itu ialah Panglima Angkatan Tentera sekarang, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Bercakap kepada Bernama di sini, Mundaw berkata secara peribadi, beliau percaya “penubuhan ESSCOM merupakan langkah yang amat baik dan tepat pada waktunya berikutan apa yang berlaku di pantai timur Sabah.”

“Ia sama dengan RASCOM, model yang amat berjaya dalam memerangi pemberontakan pengganas komunis di Sarawak.

“Saya yakin, banyak yang ESSCOM boleh pelajari daripada pendekatan dan pengalaman RASCOM, pertama, kerana kedua-duanya merupakan kawasan keselamatan. Mungkin struktur ESSCOM sedikit berbeza, tapi kebanyakan objektif dan unsurnya mencerminkan tentang RASCOM.

“Kedua, ia berkaitan kerjasama dan operasi antara agensi. Ia diperintah oleh seorang orang awam, manakala tentera dan polis akan melaksanakaan tugas penguatkuasaan. Komponen sivilnya, termasuk pihak berkuasa tempatan dan agensi negeri serta persekutuan yang berkenaan, boleh diberi tugas yang tidak melibatkan pertempuran, tetapi tidak kurang pentingnya iaitu perkhidmatan pembangunan masyarakat untuk mewujudkan pertumbuhan dan kemakmuran di kawasan berkenaan.

“Apa yang kita mahu ialah keamanan dan kestabilan, agar pembangunan serta kemajuan dapat dilaksankan tanpa gangguan. Tapi, perkara paling penting ialah kedaulatan negara perlu dipelihara sepanjang masa.

“Saya juga percaya bahawa seperti di Sarawak, khususnya di kawasan Briged Kesembilan Infantri, yang meliputi semua bahagian tengah negeri ini dan kawasan di Bahagian Miri, kita tidak boleh mengambil ringan, tetapi perlu mengawasi dengan cukup teliti sempadan serta kawasan pantai yang panjang di timur Sabah. Orang boleh masuk dan keluar pada bila-bila masa. Kejadian di Lahad Datu, seperti yang dikatakan perdana menteri kita, ialah peristiwa yang sepatutnya menyedarkan kita,” kata beliau.

– BERNAMA

- Posted using BlogPress from my New iPad

Tuesday, March 12, 2013

Sejarah Membuktikan Sultan Sulu Pengecut Sejak Dahulu Lagi!

Berikut adalah petikan dari the Brunei Times mengenai dakwaan Sulu ke atas Sabah.  Menurut sejarah Brunei, Sultan Sulu hanya pandai mengambil kesempatan ke atas perang saudara yang berlaku di antara Sultan Muhydin dan Sultan Mubin.  Kesultanan Sulu pada waktu itu adalah pengecut dan hanya tiba untuk mengambil rampasan perang setelah Sultan Muhydin berjaya menumpaskan Sultan Mubin padahal Sultan Sulu sepatutnya membantu dalam menggempur kubu Sultan Mubin dari Pulau Igu dan laut.

Dasar pengecut ini menyebabkan Sulu masih menuntut Sabah sehingga kini.  Berapa lama sudah tuntutan ini berlangsung dan kenapa baru sekarang Jamalul Kiram III menuntut Sabah?  Menurut perjanjuan 1877, Sabah masih lagi dimiliki oleh Kesultanan Brunei, Von Overbeck cuma membayar 5000 sebagai pampasan kepada Kesultanan Sulu yang juga lanun agar tidak mengganggu perdagangan mereka.  Sultan Brunei pula dibayar 12000 dan 3000 lagi kepada waris Pengiran Muda Hashim.  Ini menunjukkan Sultan Brunei masih mempunyai kedaulatan pada waktu itu dan bukan Sulu yang cuma diberi 5000 sebagai tanda penyerahan memandangkan Sulu adalah lanun di kepulauan Sulu.   

Protokol Madrid 1885 dan kemudiannya Laporan Suruhanjaya Cobbold 1963 yang menyatakan Sabah telah merdeka apabila menyertai Malaysia.
Dakwaan Sulu Ke Atas Sabah 
Oleh Rozan Yunos
BANDAR SERI BEGAWAN
Brunei Times 7 Mac 2013
(Kiri) Perjanjian pertama telah ditandatangani oleh Sultan Brunei 24, Sultan Abdul Mumin, melantik Baron de Overbeck sebagai Maharaja Sabah, Raja Gaya dan Sandakan yang ditandatangani pada Disember 29hb tahun 1877. (Kanan) Perjanjian kedua telah ditandatangani oleh Sultan Jamalalulazam Sulu melantik Baron de Overbeck sebagai Dato Bendahara dan Raja Sandakan pada 22 Januari tahun 1878, kira-kira tiga minggu selepas perjanjian pertama telah ditandatangani. Gambar Ihsan Rozan Yunos

Buku Tahun 1968 Aturcara Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah sebagai Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke- 29, mempunyai dua dokumen yang menarik yang turut diselitkan. Dokumen itu merupakan pencetakan dua perjanjian yang diambil daripada mikrofilem yang disimpan di Pejabat Rekod Awam di London.
Perjanjian pertama telah ditandatangani oleh Sultan ke-24 Brunei, Sultan Abdul Mumin, melantik Baron de Overbeck sebagai Maharaja Sabah, Raja Gaya dan Sandakan, ditandatangani pada 29 Disember tahun 1877.  Perjanjian kedua telah ditandatangani oleh Sultan Jamalalulazam Sulu yang melantik Baron de Overbeck sebagai Dato Bendahara dan Raja Sandakan pada 22 Januari tahun 1878, kira-kira tiga minggu selepas perjanjian pertama telah ditandatangani.
Itu menimbulkan soalan: Siapakah yang bertanggungjawab untuk Sabah atau Borneo Utara kerana ia telah dikenali kemudian ke arah akhir abad ke-19? Ini mungkin mempunyai kaitan dengan peristiwa yang kini berlaku di Lahad Datu di Sabah, di mana sekumpulan lelaki bersenjata kononnya dari Kesultanan Sulu dan Borneo Utara mendakwa bahawa mereka adalah pemilik sah Sabah.
Banyak catatan awal sejarah bertulis di Brunei menyatakan bahawa Sulu telah diberi hak milik Sabah atau bahagian Sabah di atas bantuan yang diberikan kepada Sultan Muhydin, Sultan ke-14 Brunei yang berjuang dalam perang saudara ke atas Sultan Brunei yang ke -13, Sultan Abdul Mubin .
Sultan Abdul Mubin telah merampas takhta setelah membunuh Sultan Muhammad Ali apabila baginda cuba untuk menghentikan Sultan Abdul Mubin daripada membalas dendam untuk kematian putera baginda yang dibunuh oleh putera Sultan Muhammad Ali.  Sultan Abdul Mubin melantik Sultan Muhydin sebagai Bendahara tetapi akhirnya Sultan Muhydin sendiri telah ditipu oleh Sultan Abdul Mubin untuk meninggalkan Brunei dan dihantar ke Pulau Cermin dan melantik dirinya sebagai Sultan Brunei yang baharu. Kedua-dua Sultan telah berjuang untuk menentang antara satu sama lain dalam perang saudara yang sengit dan Sultan Muhyidin akhirnya menang.  Ianya dikatakan adanya bantuan yang disediakan oleh Kesultanan Sulu.
Sir Hugh Low, menulis dalam Journal of Straits Branch Royal Asiatic Society (JSBRAS) yang diterbitkan pada 5 JUN, 1880 bertajuk 'Selesilah (Kitab Keturunan) Raja-raja Bruni', menulis bahawa "dengan bantuan daya daripada Sultan Soolok, kubu di pulau (Pulau Cermin) ditangkap ".
Terdahulu, Sir Hugh Low menyifatkan rundingan antara Sulu dan Brunei: "Bataraa daripada Soolok naik ke Bruni dan bertemu Muaddin Sultan dan setelah berpesta dan minum, Sultan meminta Batara untuk membantu beliau untuk memusnahkan musuh di pulau ini, menjanjikan bahawa jika pulau itu telah ditawan, tanah dari Utara hingga ke arah barat sebagai Kimani harus tergolong kepada Soolook ".
HR Hughes-Hallett menulis dalam Journal Malayan Branch Royal Asiatic Society yang diterbitkan pada bulan Ogos 1940 bertajuk Satu Lakaran Sejarah Brunei telah menulis: "menjelang awal abad ke-18, kerajaan (Brunei) telah dikurangkan wilayah oleh penyerahan kepada Sultan Sulu di utara ".
CA Majul dalam bukunya Penganut Islam di Filipina (1973) dirujuk berkaitan dengan sepucuk surat daripada Sultan Jamalul Azam Sulu kepada Gabenor Jeneral Sepanyol pada 17 September 1879 bahawa kawasan pantai dari Kimanis ke Balikpapan adalah untuk dibayar sebagai penghormatan kepada Sultan itu yang katanya dapat membuktikan bahawa wilayah Brunei telah diserah kepada Suluk.
Cukup menarik pula, Pehin Jamil Umar menulis dalam bukunya Tarsilah Brunei II: Zaman Kegemilangan dan  Kemasyhuran  (2007), menyangkal kesemua tuntutan di atas. Pehin Jamil tidak menafikan hakikat bahawa Kesultanan Sulu telah dijemput dan dijanjikan wilayah utara Brunei oleh Sultan Muhydin jika mereka membantu beliau memenangi perang saudara terhadap Sultan Abdul Mubin. Walau bagaimanapun, semasa pertempuran di Pulau Cermin, angkatan Sulu yang sepatutnya menyerang pulau tersebut dari Pulau Keingaran dan dari laut, tidak berbuat demikian. Mereka takut akan rintangan angkatan tentera Sultan Abdul Mubin di Pulau Cermin. Ia hanya selepas Sultan Muhydin telah memenangi pertempuran barulah pihak tentera Sulu mendarat dan mengambil peluang untuk merebut rampasan perang.
Menurut Pehin Jamil, Sultan Muhydin sendiri enggan untuk menyerahkan wilayah-wilayah yang dituntut oleh Sulu. Pehin Jamil berkata bahawa kawasan itu hanya "mendakwa" dan bukan "menyerahkan", sebagai mana Sir Stamford Raffles, dalam buku "Sejarah Jawa" (1830), telah diperhatikan "di utara-timur Borneo yang betul (Brunei) terletak wilayah yang sangat besar (Sabah), kedaulatan yang telah lama dituntut oleh Kerajaan Sulu".
Pehin Jamil seterusnya berkata bahawa mengikut tradisi lisan, Sulu terus menekan tuntutan mereka. Pada tahun 1775, salah seorang daripada ketua mereka telah datang ke Brunei berpura-pura untuk mendapatkan seteguk air. Apa yang mereka benar-benar mahu adalah untuk menghadap di hadapan Sultan Brunei mengenai tuntutan ke atas Sabah. Walau bagaimanapun, Sultan telah memerintahkan salah seorang wazir utama untuk melihat mereka dan dia telah mengugut bahawa jika mereka (Sulu) mahu meneruskan niat mereka, dia (Brunei) akan membunuh mereka semua. Apabila mendengar ugutan tersebut, wakil Sulu yang pengecut  telah segera meninggalkan Brunei.  Walaupun telah diberi amaran itu, Sulu terus mengekalkan tuntutan mereka.
Hujah bahawa Brunei tidak menyerah Sabah kepada Sulu disokong oleh LR Wright dalam buku Asal-usul British Borneo (1970). Dia menulis:"sesungguhnya, kesahihan tuntutan Sulu ke wilayah (Borneo Utara) adalah dalam keraguan yang besar sebahagiannya kerana ditidakan oleh catatan sejarah seperti tarsilas 'Selesilah', yang dalam kebanyakan kes adalah tidak lebih daripada legenda bertulis untuk meningkatkan status rumah diraja yang dihasilkan oleh mereka.  
Sultan Brunei telah berjaya menafikan bahawa utara Borneo telah diberikan kepada Sulu, dan hanya waris tradisi Sulu sahaja yang menyokong tuntutan itu tetapi dilawan keras oleh tradisi Brunei ".
Tuntutan Sulu sedang kini terletak di atas perjanjian yang telah disebut pada awal artikel ini dan ditandatangani oleh Sultan Jamalalulazam Sulu yang melantik Baron de Overbeck sebagai Dato Bendahara dan Raja Sandakan pada 22 Januari tahun 1878.
Tetapi pada awal artikel ini, terdapat, pada hakikatnya, satu lagi perjanjian yang telah ditandatangani sebelum ini oleh Sultan Abdul Mumin yang melantik Baron de Overbeck sebagai Maharaja Sabah, Raja Gaya dan Sandakan, yang ditandatangani pada Disember 29hb tahun 1877.
Pada tahun 1877, Kesultanan Brunei kemudian masih percaya dan menegaskan bahawa wilayah itu pada hakikatnya masih di bawah jajahan Kesultanan Brunei.
Satu lagi dokumen yang menarik ialah Protokol Persetujuan Borneo Utara British  tahun 1885 yang ditandatangani di Madrid, yang juga dikenali sebagai Protokol Madrid tahun 1885, yang mana satu salinan boleh didapati di laman web Peguam Besar Negeri Sabah.
Ia telah ditandatangani oleh British, Jerman dan Sepanyol yang merupakan kerajaan pendahulu di Filipina. Dua artikel yang paling penting adalah Perkara I British dan Jerman mengiktiraf kedaulatan Sepanyol ke atas Kepulauan Sulu dan Perkara III Sepanyol melepaskan semua tuntutan ke atas Borneo.
Artikel ini bertujuan hanya untuk menunjukkan bahawa peristiwa-peristiwa lalu memberi kesan pada masa kini dan lebih-lebih lagi jika peristiwa masa lalu tidak begitu jelas seperti dalam kes ini.
The Brunei Times

Sunday, March 10, 2013

Op Daulat: Budak 12 Tahun Maut Akibat Memasuki Zon Merah!!

Pihak berkuasa telah berkali-kali mengingatkan orang awam agar menjauhi zon merah.  Akibat kedegilan sesetengah pihak, maka seorang budak berumur antara 12  - 15 tahun bersama bapanya yang berumur 30 tahun telah ditembak ketika anggota keselamatan sedang bertugas.  

Berikut adalah sidang media KPN pada petang tadi.  Menurut beliau juga 2 anggota PGA Miri tercedera akibat bertempur dengan pengganas pada lewat 8 malam tadi.  Mereka kini sedang dirawat di hospital berhampiran.  

Sekali lagi diingatkan agar orang awam menjauhi perimeter Op Daulat mahupun Zon Merah!
OP DAULAT: SIDANG MEDIA KETUA POLIS NEGARA 10 MAC 2013 JAM 5.30PM

Operasi di kawasan Kampung Tanduo dan juga Kampung Tanjung Batu telah diteruskan sejak petang semalam di mana pada jam 8 malam tadi telah berlaku kejadian berbalas tembak secara 'sporadic' sehingga awal pagi.

Sewaktu kejadian berbalas tembakan yang bermula pada jam 3 pagi, dua anggota pasukan gerakan am, kedua-duanya berumur 25 tahun telah mendapat kecederaan. Seorang cedera di paha dan seorang lagi di sebelah kaki kirinya. Mereka yang cedera ini hanya dapat dikeluarkan dari kawasan operasi pada jam 8 pagi tadi dan terus dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan dengan menggunakan helikopter polis diiringi oleh seorang pegawai perubatan ATM.

Pada jam 9:45 pagi tadi, sewaktu pasukan keselamatan sedang bergerak menjejaki pengganas di kawasan sasaran di Kampung Sungai Bilis, tiba-tiba muncul satu kumpulan manusia dari kawasan belukar. Kumpulan ini terdiri daripada 2 lelaki dan 3 wanita dewasa. Tindakan menangkap mereka telah segera dijalankan. Ketika proses 'frisking' dilakukan, tiba-tiba kedengaran bunyi pergerakan dari kawasan belukar yang berhampiran. Secara spontan, pasukan keselamatan telah melepaskan tembakan ke arah belukar tersebut. 
Pemeriksaan telah dilakukan serta merta dan di dapati dua orang telah terkena tembakan. Seorang berumur dalam lingkungan tiga puluhan tahun telah cedera di kaki dan seorang lagi budak lelaki dipercayai berumur dalam lingkungan 12 hingga 15 tahun telah meninggal dunia. Selepas dimaklumkan, markas taktikal telah segera menghantar seorang doktor dan Timbalan Perubatan ATM dengan menggunakan kenderaan perisai ke kawasan tersebut.

Semua tangkapan, lelaki yang cedera dan mayat tersebut telah berjaya dibawa keluar.

Kesemua tangkapan ini disiasat di bawah seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan Security Offences (Special Measures) Act 2012.

Sementara itu di Semporna, pasukan polis terus menjalankan usaha untuk mengesan dan menangkap pengganas yang terlibat dalam insiden di Kampung Simunul. Pada jam 6:30 pagi ini pasukan polis telah menjalankan satu serbuan di Kampung Perigi, Semporna. Dalam serbuan ini seramai 4 lelaki dewasa telah ditangkap.

Pada jam 8:50 pagi, satu pasukan polis yang lain telah membuat serbuan di kawasan lapang di Batu 1.5, Jalan Semporna - Tawau, Semporna. Di sini, dua orang lelaki dewasa telah berjaya ditangkap.

Kesemua enam orang tangkapan ini kini ditahan untuk disoal siasat di bawah Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan Security Offences (Special Measures) Act 2012. Mereka dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas. by UTUSAN ONLINE

Wednesday, March 6, 2013

Bongkar! Bekas Setiausaha Sulit Dedah Hubungan Anwar Ibrahim Dengan MNLF

Anwar Ibrahim semakin gelisah, bekas Setiausaha Sulit beliau tengah mengumpul bukti untuk menunjukkan campurtangan pegawai Filipina dari MNLF dalam PRU-12 pada tahun 2008.  

Buat masa ini, Rahimi sedang giat mengumpul bukti untuk mengaitkan 4 pengawal peribadi Anwar daripada MNLF yang setanding dengan komando.  
Rahimi akan dedah kaitan Anwar dengan MNLF
Oleh Utusan Online AZMAN IBRAHIM
MUHAMAD RAHIMI OSMAN
KUALA LUMPUR 6 Mac - Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman akan mendedahkan hubungan bekas majikannya itu dengan rakan-rakan berpengaruh dari Filipina yang mungkin mempunyai kaitan dengan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).

Menurut Rahimi, beliau akan membuat pendedahan itu sejurus kemelut pencerobohan sempadan negara oleh pengganas Sulu di Lahad Datu itu reda bagi menghormati tugas pasukan keselamatan negara.

Kata beliau, Anwar dikatakan mempunyai beberapa rakan dari Filipina yang berpengaruh dan mempunyai kaitan dengan politik pembangkang di negara jiran itu serta pembangkang di negara ini.

"Saya dalam proses mencari lebih banyak bukti dan maklumat mengenai perkaitan dan perhubungan Anwar dengan rakan-rakannya yang mempunyai kaitan dengan MNLF.

"Apa yang pasti, empat hingga lima rakan Anwar dari Filipina itu telah membantunya pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 yang lalu. Rakan-rakan Filipina Anwar ini ada kemungkinan mempunyai hubungan rapat dengan MNLF,’’ katanya kepada Utusan Online, ketika dihubungi hari ini.

Rahimi dalam blog AnwarAIDC sebelum ini mengesahkan Ketua Pembangkang itu pernah menggunakan khidmat empat pengawal keselamatan yang berasal dari Filipina.

Keempat-empat individu itu adalah Daniel Cruz, Noel Del Rosario, Alfred Sese serta Bong Oteyza dan anggota-anggota itu terlatih setanding pasukan komando dan pelbagai kepakaran lain. - UTUSAN ONLINE

Baca Blog Dalam Facebook Anda