Tingkatan 6 distruktur semula
MUHYIDDIN bertemu Menteri Pendidikan Tertiari Australia, Christopher Evans sebelum menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pelajaran Asia Timur dan Sidang Kemuncak Menteri Pelajaran Asia Timur Pertama, di Yogyakarta, Indonesia, semalam. Pelajar dipisah dari sekolah, ditempat di pusat pengajian khas
SISTEM pendidikan tingkatan enam dicadang distruktur semula bagi meningkatkan imejnya sejajar dengan pendidikan pra-universiti seperti kolej matrikulasi dan pusat asasi sains. Antara langkah yang akan diambil ialah memisahkan pelajar tingkatan enam daripada sekolah biasa dan menempatkan mereka di pusat pengajian khas.
Mereka juga akan menggunakan pakaian berbeza, jadual waktu yang tidak sama dan guru berlainan berbanding sekolah sekolah biasa.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pemisahan pelajar tingkatan enam dengan sekolah biasa ialah untuk meningkatkan imej sistem dan kualiti pendidikan tingkatan enam.
Faktor lain ialah jumlahnya yang ketika ini bertaburan di seluruh negara, selain ada sekolah tertentu hanya mempunyai satu atau dua kelas.
Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata ia masih di peringkat kajian dan perbincangan sebelum dilaksanakan.
"Kerajaan juga bersedia mengkaji kemungkinan tempoh pembelajaran dipendekkan enam bulan lebih awal seperti Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran," katanya di sini semalam.
Terdahulu, beliau menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pelajaran Asia Timur dan Sidang Kemuncak Menteri Pelajaran Asia Timur Pertama.
Muhyiddin berkata, untuk menjayakan penstrukturan tingkatan enam, sistem sokongan yang lebih kukuh diperlukan, termasuk faktor logistik yang diperluaskan.
“Ketika ini tingkatan enam dilihat kesinambungan daripada tingkatan lima, sedangkan sebenarnya mereka sudah dewasa dan matang. Walaupun pelajar tingkatan enam bersekolah di premis sama dengan pelajar sekolah menengah, namun Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) setaraf kolej matrikulasi,” katanya.
Beliau berkata, persepsi masyarakat sekarang ialah pendidikan di kolej matrikulasi lebih baik berbanding tingkatan enam, sedangkan kelulusan dan kelayakan mereka untuk bersaing ke universiti awam adalah sama.
Justeru, masyarakat tidak harus melihat pendidikan matrikulasi mempunyai kelebihan kerana ada masanya pencapaian pelajar tingkatan enam lebih cemerlang daripada pelajar matrikulasi.
“Jadi, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) harus melihat bahawa pendidikan tingkatan enam juga antara pilihan terbaik untuk pendidikan pra-universiti,” katanya.
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Saturday, July 7, 2012
Tingkatan 6 Mendapat Jadual Waktu Baru!
Tingkatan 6 akan distruktur semula. Ini termasuk mengasingkan dari pelajar sekolah menengah, memiliki pakaian seragam yang baru dan juga sukatan pelajaran yang baru. Penstruturan semula ini penting bagi menyelaraskan pendidikan pra-universiti kerana adakalanya pelajar STPM mendapat kelulusan yang lebih baik daripada pelajar matrikulasi pra-universiti.
Tuesday, July 3, 2012
Sibuti Dalam Pertimbangan Untuk Menerima Sekolah Berpusat
Tuesday, July 03, 2012
Ahmad Lai, Barisan Nasional, PBB, Pendidikan, PRU13, Sekolah Berpusat, Sibuti
No comments
Penduduk di Sibuti akan berpeluang menikmati sekolah bepusat. Ini menunjukkan usaha Ahli Parlimen Sibuti adalah berada dalam landasan yang betul untuk meningkatkan tahap pendidikan penduduk di Sibuti.
Semua orang sedar bahawa ilmu pengetahuan adalah peninggalan yang paling berharga. Tiada harta karun yang dapat menandingi betapa luasnya ilmu pengetahuan. Hanya ilmu pengetahuan yang dapat digunakan untuk meningkatkan tahap ekonomi sesebuah keluarga. Syabas kepada Ahli Parlimen Sibuti yang berjaya memberi kesedaran untuk kerajaan mempertimbangkan sekolah berpusat yang dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar di Sibuti.
Sekolah berpusat di Sibuti dipertimbangkan
Posted on Utusan Borneo, July 3, 2012, Tuesday
MIRI: Kementerian Pelajaran akan mempertimbangkan cadangan mewujudkan sekolah berpusat yang menghimpun semua pelajar di sekolah-sekolah kecil di kawasan Parlimen Sibuti.
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, menerusi konsep sekolah berpusat, pelajar dan guru khasnya di kawasan pendalaman akan mendapat pembangunan pendidikan yang berkesan.
“Konsep sekolah berpusat merupakan idea yang baik kerana membolehkan pelajar menikmati kemudahan-kemudahan baharu.
“Ia usaha menggabung dan menyatukan sekolah, bergantung kepada keperluan setiap kawasan. Untuk kawasan Sibuti, kita akan pertimbangkan cadangan ini,“ jelasnya semalam.
Beliau berkata demikian ketika menjawab cadangan yang dikemukakan dalam dialog bersama warga pendidik untuk kawasan Parlimen Sibuti di SMK Suai, Niah lebih sejam perjalanan dari pusat bandar raya Miri.
Dalam dialog itu, Puad diberitahu bahawa sesetengah kawasan di Sibuti mempunyai banyak sekolah kecil dengan jumlah pelajar yang rendah.
Kawasan Parlimen Sibuti yang terletak di pinggir bandar Miri merangkumi kawasan Lambir, Niah dan Bekenu yang menempatkan banyak rumah panjang dan kampung-kampung kecil.
Terdapat sekolah yang mempunyai hanya 28 pelajar sahaja yang tidak seimbang dengan jumlah tenaga pengajar yang ramai.
Jumlah berkenaan amat kecil jika dibandingkan dengan jumlah 38 pelajar untuk sebuah kelas di sekolah rendah lain.
Langkah menggabungkan semua sekolah kecil itu bukan sahaja dapat mengurangkan kos penyelenggaraan sekolah tetapi juga memanfaatkan sumber tenaga guru.
Puad berkata, cadangan sekolah berpusat turut diwujudkan untuk sekolah-sekolah di kawasan pedalaman Sabah sebagai langkah mengurangkan jurang pendidikan antara sekolah luar bandar dan bandar.
Penyediaan kemudahan pendidikan yang lebih baik di sekolah baharu diyakini akan memberi kesan positif terhadap pencapaian akademik pelajar luar bandar.
Selain itu, Puad menghargai sokongan kerajaan negeri untuk membina sebuah stadium mini di Sibuti yang sebelum ini turut dikemukakan kepada Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Cadangan projek berkenaan akan dinilai dalam penggal pertengahan rancangan pembangunan negeri.
Pembinaan stadium sukan itu diharap membantu meningkatkan penganjuran kejohanan sukan sekolah sekali gus menggalakkan penyertaan pelajar dalam sukan.
Turut hadir Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, ADUN Bekenu, Rosey Yunus dan Pegawai Pelajaran Gabungan Miri Rosnani Yunus.
Subscribe to:
Posts (Atom)




