OP DAULAT: SIDANG MEDIA KETUA POLIS NEGARA 10 MAC 2013 JAM 5.30PM
Operasi di kawasan Kampung Tanduo dan juga Kampung Tanjung Batu telah diteruskan sejak petang semalam di mana pada jam 8 malam tadi telah berlaku kejadian berbalas tembak secara 'sporadic' sehingga awal pagi.
Sewaktu kejadian berbalas tembakan yang bermula pada jam 3 pagi, dua anggota pasukan gerakan am, kedua-duanya berumur 25 tahun telah mendapat kecederaan. Seorang cedera di paha dan seorang lagi di sebelah kaki kirinya. Mereka yang cedera ini hanya dapat dikeluarkan dari kawasan operasi pada jam 8 pagi tadi dan terus dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan dengan menggunakan helikopter polis diiringi oleh seorang pegawai perubatan ATM.
Pada jam 9:45 pagi tadi, sewaktu pasukan keselamatan sedang bergerak menjejaki pengganas di kawasan sasaran di Kampung Sungai Bilis, tiba-tiba muncul satu kumpulan manusia dari kawasan belukar. Kumpulan ini terdiri daripada 2 lelaki dan 3 wanita dewasa. Tindakan menangkap mereka telah segera dijalankan. Ketika proses 'frisking' dilakukan, tiba-tiba kedengaran bunyi pergerakan dari kawasan belukar yang berhampiran. Secara spontan, pasukan keselamatan telah melepaskan tembakan ke arah belukar tersebut.Pemeriksaan telah dilakukan serta merta dan di dapati dua orang telah terkena tembakan. Seorang berumur dalam lingkungan tiga puluhan tahun telah cedera di kaki dan seorang lagi budak lelaki dipercayai berumur dalam lingkungan 12 hingga 15 tahun telah meninggal dunia. Selepas dimaklumkan, markas taktikal telah segera menghantar seorang doktor dan Timbalan Perubatan ATM dengan menggunakan kenderaan perisai ke kawasan tersebut.
Semua tangkapan, lelaki yang cedera dan mayat tersebut telah berjaya dibawa keluar.
Kesemua tangkapan ini disiasat di bawah seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan Security Offences (Special Measures) Act 2012.
Sementara itu di Semporna, pasukan polis terus menjalankan usaha untuk mengesan dan menangkap pengganas yang terlibat dalam insiden di Kampung Simunul. Pada jam 6:30 pagi ini pasukan polis telah menjalankan satu serbuan di Kampung Perigi, Semporna. Dalam serbuan ini seramai 4 lelaki dewasa telah ditangkap.
Pada jam 8:50 pagi, satu pasukan polis yang lain telah membuat serbuan di kawasan lapang di Batu 1.5, Jalan Semporna - Tawau, Semporna. Di sini, dua orang lelaki dewasa telah berjaya ditangkap.
Kesemua enam orang tangkapan ini kini ditahan untuk disoal siasat di bawah Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan Security Offences (Special Measures) Act 2012. Mereka dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas. by UTUSAN ONLINE
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Showing posts with label Ops Daulat. Show all posts
Showing posts with label Ops Daulat. Show all posts
Sunday, March 10, 2013
Op Daulat: Budak 12 Tahun Maut Akibat Memasuki Zon Merah!!
Sunday, March 10, 2013
Budak Ditembak, Budak Maut, Jamalul Kiram III, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, Ops Daulat, Penceroboh Lahad Datu, Penceroboh Sabah, Pengganas Sulu, PGA Cedera, Sabah Stand Off, Semporna, Sultan Sulu
No comments
Pihak berkuasa telah berkali-kali mengingatkan orang awam agar menjauhi zon merah. Akibat kedegilan sesetengah pihak, maka seorang budak berumur antara 12 - 15 tahun bersama bapanya yang berumur 30 tahun telah ditembak ketika anggota keselamatan sedang bertugas.
Berikut adalah sidang media KPN pada petang tadi. Menurut beliau juga 2 anggota PGA Miri tercedera akibat bertempur dengan pengganas pada lewat 8 malam tadi. Mereka kini sedang dirawat di hospital berhampiran.
Sekali lagi diingatkan agar orang awam menjauhi perimeter Op Daulat mahupun Zon Merah!
Saturday, March 9, 2013
Sultan Kiram III Pengamal Ilmu Batin?
Saturday, March 09, 2013
Jamalul Kiram III, Kampung Tanduo, Lahad Datu, Malaysia, Najib Razak, Ops Daulat, OPS Sulu, Raja Muda Sulu, Sabah Stand Off, Semporna, Sultan Kiram III, Sultan Palsu, Sultan Sulu
No comments
Sultan Jamalul Kiram III merupakan pengamal ilmu batin? Menurut laman pengeRindu Sultan Jamalul Kiram III telah mengasap kemenyan apabila mendengar rakyat Malaysia berdiri untuk solat hajat. Apakah kegunaan mengasap kemenyan ini?
Menurut orang yang lebih dahulu makan garam, mengasap kemenyan ini merupakan salah satu upacara ilmu batin untuk menyeru pertolongan jin, iblis mahupun syaitan!
Ikutilah pembongkaran oleh PengeRindu dibawah ini.
Terkini & Gempar: Sultan Sulu Kiram Seru Jin Iblis Syaitan Bantu Tenteranya di Sabah
Oleh PengeRindu
8 Mac 2013
Sebilangan Foto Kematian Tentera Saitan of Sulu Jamalul Kiram III di tangan PDRM & ATM Malaysia. ( 52 Kematian Tentera Saitan Sulu Kiram ) 79 Ditahan . Update 8 March 2013 .
Singa Sulu kini tinggal kenangan
Kerajaan Sultan Jamalul Kiram III ( Saitan of Sulu Kiram Jamalul Tiram III ) hanya mampu tinggal di rumah uzur dua tingkat dalam komuniti rakyat miskin Islam di Metro Manila.“Saya hanyalah seorang sultan yang paling miskin di dunia,” kata Jamalul kepada pemberita AP ketika ditemui di kediamannya di kampung Maharlika.
Saitan Sulu juga menghidapi menghadapi masalah kegagalan buah pinggang dan penyakit jantung akibat daripada terlalu banyak memuja Jin dan Iblis .
Selepas Rakyat Malaysia beramai-ramai Solat Hajat semalam dan hari ini ternyata Sultan Kiram dan tentera Suluk Kepanasan dan kini dilihat Sultan Kiram sedang membuat satu 'upacara' dinyakni sebagai 'peninding/kebal' menyeru Jin untuk bala Tenteranya di Sabah.
Kemenyan diperasap untuk menyeru 'jin-jin' bagi diresapkan dihantar kepada anak buahnya di Sabah.
Sekarang ATM & Polis Malaysia bukan berperang dengan Manusia , kini mungkin berperang dengan 'JIN' atau Syaitan dikalangan Tentera Suluk Kiram .
- Posted using BlogPress from my iPad
Wednesday, March 6, 2013
49 Lanun Sulu Terbunuh Setakat Ini
Wednesday, March 06, 2013
Abgimuddin, Felda Sahabat 17, Jamalul Kiram III, Kampung Tanduo, Ops Daulat, OPS Sulu, Penceroboh Lahad Datu, Sultan Sulu, Sultan Sulu Palsu
No comments
Menurut Utusan Online seramai 49 lanun Sulu sudah terbunuh dalam Ops Daulat. Tiada anggota keselamatan kita yang cedera setakat ini. Semoga lebih cepat pihak keselamatan membasmi lanun Sulu.
30 lagi pengganas Sulu maut
ANGGOTA komando Angkatan Tentera Malaysia menaiki helikopter Nuri untuk dihantar menggempur penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Sabah, semalam. - BERNAMA LAHAD DATU 5 Mac - Selepas tiga minggu buntu mencari penyelesaian insiden penceroboh pengganas Sulu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya melancarkan serangan besar-besaran terhadap musuh yang berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.
Sehingga pukul 12 tengah malam ini, jumlah pengganas Sulu yang maut dalam serangan besar-besaran tersebut ialah 30 orang tetapi status ketua pengganas, Raja Muda Azzumudie sehingga kini masih menjadi tanda tanya walaupun terdapat khabar mengatakan dia terbunuh.
Jumlah tersebut menjadikan keseluruhan pengganas Sulu yang berjaya ditumpaskan ATM dan PDRM sehingga kini ialah 49 orang, manakala di pihak anggota keselamatan negara tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa berlaku dalam operasi itu.
Serangan yang dinamakan 'Ops Daulat' itu bermula pukul 7 pagi apabila Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan kekuatan tiga pesawat F-18D Hornet dan lima Hawk 208 menggugurkan sekurang-kurangnya enam bom panduan laser di kawasan musuh berkubu.
Fasa kedua serangan pula dimulakan sebaik sahaja pesawat F-18D Hornet dan Hawk 208 berlalu, apabila Tentera Darat yang menggunakan pesawat tanpa pemandu (UAV) bagi melihat kesan kemusnahan akibat pengeboman dan kemudian bertindak melepaskan tembakan mortar.
Kemudian fasa ketiga iaitu sesi pembersihan musuh dilancarkan oleh kira-kira 2,000 anggota Tentera Darat dan PDRM termasuk unit komando dari Grup Gerak Khas (GGK) serta VAT 69 dengan dibantu kenderaan perisai jenis Condor bagi menghapuskan saki-baki musuh.
Tumpuan serangan ialah di kawasan ladang kelapa sawit berbukit dan berpaya seluas empat kilometer, di mana lebih 100 pengganas Sulu diketuai Azzumudie yang bertindak membunuh dua anggota komando VAT 69 pada 1 Mac lalu selepas berpura-pura menyerah diri berada.
Pada masa yang sama, pemeriksaan dari rumah ke rumah juga dilakukan secara teliti oleh GGK dan VAT 69 kerana pengganas Sulu dikesan cuba melengah dan menyukarkan operasi pihak keselamatan dengan menyamar sebagai penduduk kampung berketurunan Suluk.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dalam sidang akhbar selepas operasi itu berakhir menyifatkan operasi itu satu kejayaan kepada pihak keselamatan negara hasil kerjasama erat antara ATM dan PDRM menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
"Selain semangat tinggi yang ditunjukkan anggota tentera dan polis, seperkara lagi yang begitu membanggakan ialah kerjasama erat yang terjalin di antara kedua-dua unit pasukan beruniform ini dalam operasi pembersihan di Kampung Tanduo," katanya di sini hari ini.
Pujian serupa turut diberi Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang bangga dengan semangat membara anggota keselamatan negara yang terlibat dalam 'Ops Daulat' bagi menghapus pengganas asing berkat sokongan serta dorongan kuat seluruh rakyat Malaysia.
Jumaat lalu, dua anggota VAT 69, Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin Daud maut ditembak di kepala selepas terpedaya dengan taktik keji pengganas Sulu yang mengibar bendera putih sebelum bertindak menyerang anggota keselamatan.
Esoknya, enam lagi wira negara tumpas diserang hendap kumpulan penceroboh di Simunul, Semporna dengan dua daripada anggota polis tersebut dibunuh kejam apabila pengganas Sulu memenggal kepala dan membelah dada mangsa sebelum mengeluar organ dalaman.
Dalam pada itu, Utusan Malaysia dimaklumkan sehingga tengah malam tadi operasi pembersihan masih dijalankan oleh tentera dan polis tetapi dilakukan secara berhati-hati kerana dipercayai masih terdapat saki-baki pengganas Sulu yang bersembunyi di dalam ladang kelapa sawit.
Langkah berhati-hati itu perlu dilakukan kerana pengganas Sulu yang disokong tentera Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) memiliki kemahiran tinggi dalam taktik peperangan gerila dan telah banyak kali bertempur dengan tentera Filipina sebelum ini.
Bongkar! Bekas Setiausaha Sulit Dedah Hubungan Anwar Ibrahim Dengan MNLF
Wednesday, March 06, 2013
Anwar Ibrahim, Bekas Setiausaha Sulit, Kampung Tanduo, Ketua Pembangkang, Lahad Datu, Ops Daulat, OPS Sulu, Pengganas Sulu, Rahimi Osman, Sabah Stand Off
No comments
Anwar Ibrahim semakin gelisah, bekas Setiausaha Sulit beliau tengah mengumpul bukti untuk menunjukkan campurtangan pegawai Filipina dari MNLF dalam PRU-12 pada tahun 2008.
Buat masa ini, Rahimi sedang giat mengumpul bukti untuk mengaitkan 4 pengawal peribadi Anwar daripada MNLF yang setanding dengan komando.
Buat masa ini, Rahimi sedang giat mengumpul bukti untuk mengaitkan 4 pengawal peribadi Anwar daripada MNLF yang setanding dengan komando.
Rahimi akan dedah kaitan Anwar dengan MNLF
Oleh Utusan Online AZMAN IBRAHIM
MUHAMAD RAHIMI OSMAN KUALA LUMPUR 6 Mac - Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman akan mendedahkan hubungan bekas majikannya itu dengan rakan-rakan berpengaruh dari Filipina yang mungkin mempunyai kaitan dengan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).
Menurut Rahimi, beliau akan membuat pendedahan itu sejurus kemelut pencerobohan sempadan negara oleh pengganas Sulu di Lahad Datu itu reda bagi menghormati tugas pasukan keselamatan negara.
Kata beliau, Anwar dikatakan mempunyai beberapa rakan dari Filipina yang berpengaruh dan mempunyai kaitan dengan politik pembangkang di negara jiran itu serta pembangkang di negara ini.
"Saya dalam proses mencari lebih banyak bukti dan maklumat mengenai perkaitan dan perhubungan Anwar dengan rakan-rakannya yang mempunyai kaitan dengan MNLF.
"Apa yang pasti, empat hingga lima rakan Anwar dari Filipina itu telah membantunya pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 yang lalu. Rakan-rakan Filipina Anwar ini ada kemungkinan mempunyai hubungan rapat dengan MNLF, katanya kepada Utusan Online, ketika dihubungi hari ini.
Rahimi dalam blog AnwarAIDC sebelum ini mengesahkan Ketua Pembangkang itu pernah menggunakan khidmat empat pengawal keselamatan yang berasal dari Filipina.
Keempat-empat individu itu adalah Daniel Cruz, Noel Del Rosario, Alfred Sese serta Bong Oteyza dan anggota-anggota itu terlatih setanding pasukan komando dan pelbagai kepakaran lain. - UTUSAN ONLINE
Subscribe to:
Posts (Atom)








