PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Showing posts with label Bantuan Rakyat 1Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Bantuan Rakyat 1Malaysia. Show all posts

Saturday, January 19, 2013

BR1M 2.0 Diagihkan Awal Februari 2013 di Sibuti

Terima kasih sekali lagi di atas kepimpinan Najib Razak yang akan memberikan BR1M versi 2 menjelang bulan Februari kelak.

Ahmad Lai yakin BR1M ini akan dikekalkan sekiranya BN masih menjadi kerajaan pada masa yang akan datang.  Semoga rakyat akan terus menyokong kerajaan BN dan BR1M akan menjadi bonus kepada mereka.
BR1M diyakini diteruskan jika kerajaan sekarang dikekalkan
 
Utusan Borneo 19 Januari 2013, Sabtu

MIRI: Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang percaya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bakal diteruskan jika tampuk pemerintahan kerajaan sekarang dikekalkan.

Sebab itu, beliau memberitahu supaya Perdana Menteri (PM) dan Barisan Nasional (BN) harus menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

“PM dan BN mesti menang pada PRU13 akan datang dan saya percaya setelah itu BR1M akan diteruskan,” katanya di sini semalam.

Beliau memberikan komen berkenaan ketika ditanya oleh para wartawan adakah BR1M akan dikekalkan sebagai bantuan yang berterusan.

Mengenai BR1M 2.0 di kawasan Parlimen Sibuti pula, beliau memberitahu ia bakal diagihkan dan bermula pada awal Februari nanti.

“Setakat ini, di Bekenu mempunyai seramai 6,357 penerima manakala Lambir seramai 3,939 penerima,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau meminta pertolongan daripada ketua-ketua masyarakat dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam melicinkan urusan pemberian bantuan berkenaan nanti.

Kepada penerima pula, Ahmad Lai berpesan supaya tidak lupa membawa MyKad pada masa dan tempat yang bakal ditentukan nanti.

“Jangan lupa bawa sekali MyKad serta surat menerima bantuan berkenaan jika nama telah tersenarai dan telah dimaklumkan nanti,” katanya.

Pada BR1M lalu, sekitar 15,000 penerima menerima manfaat daripada bantuan berkenaan di kawasan Parlimen Sibuti.

Sunday, March 18, 2012

Rayuan Permohonan BR1M Dilanjutkan Ke Hujung Bulan Mac!!??

Berita baik untuk pemohon BR1M yang gagal kali pertama?!!!  Kali ini rayuan permohonan boleh dibuat sehingga akhir bulan ini!!? Begitulah yang dikhabarkan oleh Menteri Kewangan Kedua!!!?? 

Sememangnya kerajaan Barisan Nasional tidak akan mengabaikan sekiranya rakyat benar-benar memerlukan wang BR1M!!??  Tarikh awal rayuan sebelum ini adalah 15 Mac 2012 telah dilanjutkan ke penghujung bulan!!?  Terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional!!??

Tempoh Rayuan Permohonan BR1M Dilanjutkan Hingga Akhir Bulan Ini - Husni
Ahad Mac 18, 2012

IPOH: Pemohon yang gagal menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) masih boleh membuat rayuan berikutan tempoh permohonannya dilanjutkan selewat-lewatnya akhir bulan ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata borang permohonan yang dibuat sebelum ini akan disemak semula bagi memastikan pemohon yang benar-benar layak tidak terlepas daripada menerima bantuan wang tunai RM500 itu.

"Sebelum ini kerajaan memutuskan 15 Mac sebagai tarikh akhir permohonan bagi individu yang tidak berjaya menerima bantuan. Kita akan terus membuat pertimbangan bagi memastikan setiap pemohon layak mendapat bantuan.

"Kita tak tetapkan tarikh akhir permohonan tapi saya berharap akhir bulan Mac ini majoritinya akan buat rayuan kerana bulan April nanti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai agensi yang memproses permohonan itu akan mula terlibat dalam kutipan cukai," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis perasmian pecah tanah tapak Perpustakaan Desa Pekan Chemor di sini, Ahad.

Husni berkata melalui permohonan rayuan, 90 peratus daripada 200,000 pemohon berjaya menerima bantuan itu dan kegagalan pemohonan sebelum ini adalah berpunca daripada masalah teknikal.

Sementara itu, beliau berkata perpustakaan berkeluasan 2,643 kaki persegi itu adalah paling besar di antara 20 perpustakaan di kawasan Tambun.

Kerajaan persekutuan menyalurkan bantuan sebanyak RM716,000 untuk membina perpustakaan itu yang dijangka siap 20 Nov ini, katanya. - BERNAMA

Baca Blog Dalam Facebook Anda