Rafizi mengaku tidak bersalah dedah penyata akaun berkaitan NFC
Utusan Borneo 2 Ogos 2012, Khamis
SHAH ALAM: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli semalam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan mendedahkan penyata akaun projek National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang menimbulkan kontroversi kepada dua pengamal media.
Mohd Rafizi, 35, didakwa mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan Public Bank Bhd iaitu NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang beliau mempunyai akses, kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square Jalan Tropicana Selatan Petaling Jaya pada 7 Mac lepas.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia), yang boleh dihukum di bawah Seksyen 103 (1) (a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Selain itu, kerani bank Johari Mohamad, 41, yang didakwa bersubahat dengan Rafizi pada tarikh dan di alamat yang sama, juga mengaku tidak bersalah.
Johari didakwa mengikut Seksyen 112 (1) (c) Bafia, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 103 akta yang sama.
Hakim Aslam Zainuddin menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin masing-masing ke atas kedua-dua tertuduh dan menetapkan tarikh sebutan semulakedua-dua kes pada 10 Sept ini dan kedua-dua kes dibicarakan serentak.
Kedua-dua tertuduh diwakili peguam N. Surendran.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri telah menyediakan dana khas bagi membiayai kos guaman MohdRafizi iaitu RM500,000 atau 10 peratus daripada dana RM5 juta yang disediakan di bawah peruntukan untuk pemberi maklumat kepada kegiatan rasuah.
Dana RM5 juta itu merupakan peruntukan yang disediakan di bawah Geran Selangorku yang berjumlah RM300 juta, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di sini semalam. — Bernama
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Showing posts with label NFC. Show all posts
Showing posts with label NFC. Show all posts
Thursday, August 2, 2012
Rafizi Pecah Amanah - Bakal Dipenjara 3 Tahun Atau Denda RM 3 Juta?
Thursday, August 02, 2012
BAFIA, Isu Lembu, Kemaman, NFC, PKR, PRU13, Rafizi Ramli, Selangor, Shahrizat Jalil
No comments
Apabila menjawat tugas yang perlu mengendalikan perihal sulit yang termaktub dalam BAFIA, maka kita hendaklah melakukannya dengan penuh integriti dan amanah.
Janganlah menjadi seperti Rafizi yang telah pecah amanah dan kini akan didakwa di mahkamah. Jika sabit kesalahan maka dia mungkin dipenjara 3 tahun atau denda 3 juta atau kedua-duanya sekali!
Peringatan kepada pegawai yang menguruskan hal berkaitan dengan kewangan dan akaun, jangan jadi seperti Rafizi Ramli, whistleblower yang bijak bukan seperti beliau!!!
Sunday, April 8, 2012
Najib Tambah Portfolio Baru!?!?!
Sunday, April 08, 2012
Barisan Nasional, Ketua Wanita UMNO, Malaysia, Najib Razak, NFC, Presiden UMNO, Shahrizat Jalil, UMNO
No comments
Jelajah Janji Ditepati sudah mula bergerak!?!? Namun di atas kesibukan tugas untuk menghadiri acara bersama rakyat, Najib Razak telah menambahkan lagi portfolio beliau!?!? Ini berikutan tamat tempoh Shahrizat Jalil sebagai senator yang menjawat jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat!?! Namun demikian, Shahrizat masih lagi memegang jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO!?!? Jasa dan sumbangan Shahrizat kepada seluruh kaum hawa di Malaysia memang mendatangkan kesan kepada mereka yang telah dibela nasibnya semenjak Shahrizat mula memegang portfolio berikut!!??
Dari ibu tunggal ke suri rumah kesemuanya dibela dan diberi pertolongan baik dari segi nasihat atau bantuan kewangan untuk meringankan beban!!?! Ada juga yang dijemput untuk menyertai kursus-kursus bagi meningkatkan peluang kaum Hawa untuk menceburi bidang keusahawanan!?!? Jasa Shahrizat akan dikenang dan disanjung!?!?! Semoga Shahrizat akan berusaha untuk terus memajukan kaum Hawa dalam UMNO pula!?!?
Najib Pangku Jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan MasyarakatTEMERLOH, 7 April (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas berakhirnya tempoh perkhidmatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai senator yang menjawat jawatan berkenaan, Ahad.
Mengumumkan perkara berkenaan pada majlis Pelancaran Program Karisma 1Azam peringkat negeri Pahang anjuran kementerian berkenaan yang turut dihadiri Shahrizat, Perdana Menteri juga memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada sumbangan Shahrizat sepanjang beliau menjawat jawatan berkenaan.
"Program ini merupakan program penutup kepada Shahrizat, bagi pihak kerajaan, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau atas sumbangan yang diberikan," katanya pada majlis yang dihadiri lebih 20,000 orang di Dataran Tok Gajah, di sini.
Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.
Shahrizat sebelum ini mengumumkan pengundurannya sebagai menteri apabila tamat tempoh sebagai senator pada 8 April ini berikutan isu National Fidlot Corporation (NFCorp).
Perdana Menteri bagaimanapun tidak menyatakan berapa lama beliau akan memangku jawatan berkenaan sehingga pada satu tarikh tertentu.
Bagaimanapun, Shahrizat masih kekal sebagai Ketua Wanita Umno.
Najib berkata Shahrizat juga telah berjanji kepadanya untuk terus memberikan khidmat terbaik sebagai Ketua Wanita Umno.
"Shahrizat dah janji pada saya, sebagai Ketua Wanita Umno untuk menjamin kemenangan besar pada pilihan raya umum ke-13 nanti," katanya.
Ketika berucap pada majlis berkenaan juga, Najib turut meminta semua pimpinan parti dan kerajaan supaya terus menyelami hati dan nurani rakyat.
"Saya berani katakan rakyat semakin memihak pada kita, semakin menaruh rasa sayang, Shahrizat (menerusi program kementerian itu sebelum ini) tekankan perkataan sayang, kalau rakyat sokong, ianya (sokongan itu) adalah dalam minda mereka, tetapi bila rakyat sayang, ianya (sayang itu) letak di hati, bila turun ke hati, pilihannya tentulah hanyalah satu (kepada Barisan Nasional)," katanya.
Najib berkata rakyat akan dapat menilai apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam usaha menambahbaik kehidupan mereka menerusi pelbagai bentuk bantuan yang disalurkan.
Katanya, rakyat juga boleh menilai janji-janji yang ditunaikan kerajaan Barisan Nasional berbanding kerajaan pimpinan parti pembangkang yang ternyata gagal melaksanakan sebarang janji yang mereka buat pada pilihan raya sebelum ini.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)




