PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Showing posts with label Selangor. Show all posts
Showing posts with label Selangor. Show all posts

Wednesday, July 10, 2013

TAPAK PEMBINAAN MASJID TURUT LENYAP OLEH KERAJAAN SELANGOR PIMPINAN PKR?

Menurut berita yang diterima daripada semenanjung, khususnya di Damansara Perdana.  Kononnya tapak pembinaan masjid telah ditukar untuk menjadi pusat komersil?  Ini berikutan pemerintahan PKR Selangor yang telah direstui oleh rakyat Selangor.  Akibatnya Damansara Perdana tidak akan memiliki pusat ibadat iaitu masjid. 

Adakah PAS akan berpeluk tubuh dan membutakan sebelah mata sahaja?  Yang peliknya bukan penganut agama Islam pula yang cuba membela isu tersebut?  Ke manakah perginya sahabat karib PKR yang memperjuangkan Islam?  Eh Isle?

SYA : Kerajaan Selangor Lenyapkan 2.09 Ekar Tanah Pembinaan Masjid ?

by AIDC on Jul 8th, 2013 ·

AIDCNews – 08/07/13 – Shen Yee Aun (SYA), Presiden Malaysian Youth Rights Movement meminta penjelasan daripada kerajaan Selangor, benarkah tanah 2.09 ekar yang diperuntukkan untuk pembinaan Masjid di Damansara Perdana telah dilenyapkan untuk projek komersial yang lain.

Menulis di lamannya, 1sya.com, SYA mendedahkan pemaju awal di kawasan yang berkaitan adalah MK Land dan MK Land telah menghantar town planning yang menepati ciri perundangan iaitu 1/3 daripada pembangunan mesti dikhaskan kepada pembangunan tanah komuniti, manakala sebanyak 2.09 ekar tanah telah peruntukkan tanah untuk pembinaan masjid di Damansara Perdana.

Menurutnya, town planning di atas kertas itu mengalami perubahan drastik apabila berlakunya pertukaran pemaju daripada MK Land kepada Mamoooth Empiree.

‘Adakah terdapatnya proses pembatalan town planning yang pada mulanya ada peruntukkan untuk pembinaan Masjid telah bertukar menjadi pembangunan komersial ? Adakah terdapatnya pertukaran tanah untuk pembinaan masjid di kawasan lain ? Apa yang sebenarnya berlaku dalam isu ini ? Mengapa sesebuah tanah untuk membina masjid tiba – tiba hilang ?,” soalnya.

AIDC menemui SYA pada 6 Julai di Petaling Jaya untuk mendapat penjelasan lanjut tentang isu ini.

AIDC : Apa yang sebenarnya berlaku berkaitan isu tanah untuk pembinaan masjid di Damansara Perdana itu ?

SYA : Saya cuba ingin mendapatkan kepastian daripada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Saya difahamkan, perancangan awal di Damansara Perdana sebahagian daripada tanah mereka awalnya adalah pemaju MK Land. Dan saya juga difahamkan setiap pembangunan tidak kira di mana-mana tempat satu pertiga mesti diperuntukkan untuk tanah komuniti. Maksudnya untuk masjid, agama, tokong atau sekolah dan sebagainya.

Dalam isu tanah ini, pada awalnya, MK Land dalam planning mereka, perancangan bandar telah pun menyerahkan kepada kerajaan negeri Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mereka sendiri telah memperuntukkan 2.09 ekar tanah yang dikhaskan untuk masjid. Apabila pemaju ini menjual tanah ataupun projek ini kepada sebuah lagi pemaju lain iaitu Mamoooth Empiree, tiba-tiba dalam perancangan bandar itu, kita lihat Damansara Perdana pada hari ini (sudah hilang).

Mungkin lain kali kalau ada masa, kita boleh pergi melihat keadaan di sana untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Saya lihat, kawasan itu sekarang sudah dibangunkan untuk pembangunan komersial (sahaja). Kita tidak lihat sebarang pembangunan untuk masjid. Apa sebenarnya yang berlaku? Pemaju kedua tidak mampu untuk membuat pembangunan komersial tanpa sebarang kelulusan daripada Kerajaan Negeri Selangor atau Ahli Majlis Tempatan.

AIDC : Maknanya, proposal lain tetapi apabila dilaksanakan ia menjadi bentuk lain?

Kalau tidak silap saya, memang bentuk lain. Sebab itu, kita minta penjelasan daripada Kerajaan Negeri Selangor. Sebab isu ini adalah isu yang sangat besar kerana berkaitan dengan kebebasan beragama. Isu ini adalah isu tanah komuniti. Dan saya lambangkan tanah komuniti itu sebagai tanah rakyat.

Tidak ada sesiapa pun termasuk kerajaan ataupun pemaju boleh merampas hak tanah yang sepatutnya adalah untuk kegunaan rakyat.

Terdapat beberapa keberangkalian. Pertama, tanah itu sudah dilesapkan, mungkin untuk penjualan komersial. Kemungkinan besar kerajaan Pakatan Rakyat mendapat keuntungan dari situ, saya tidak tahulah.

Kedua, ataupun sebenarnya mereka ada perancangan lain untuk masjid. Berlakunya pertukaran perancangan bandar. Kalau ada, di manakah masjid tersebut? Sebab saya, belok-belok di Damansara Perdana tidak nampak tapak masjid itu.

AIDC : Masih tidak wujud lagi tapak masjid?

Masih tidak wujud lagi. Dalam kawasan pembangunan itu, sepatutnya ada tanah untuk sekolah, tiba-tiba sekarang digunakan untuk pembangunan (tanah untuk tapak sekolah juga hilang). Pembangunan apa kita tidak pasti lagi. Sebab itu kita ingin minta penjelasan daripada kerajaan Pakatan negeri Selangor.

Saya cuba tunjuk data perancangan. (Sambil menunjukkan peta perancangan pembangunan kawasan itu).. Kita lihat, ini ialah data perancangan di mana sepatutnya terdapat 2.09 ekar tanah untuk masjid. Kalaulah kita pergi ke Damansara Perdana hari ini, kawasan ini sebenarnya sudah tidak ada..tanah yang diperuntukkan untuk perancangan komuniti. Jadi, persoalannya, ke manakah hilangnya tanah masjid?

AIDC : Semua tanah ini dibangunkan untuk komersial sahaja ?

Ya, kalau tidak silap saya…kalau tidak silap saya. Sebab itu, kita hendak minta penjelasan daripada kerajaan Pakatan Rakyat. Rakyat berhak untuk mengetahui status tanah masjid, yang sepatutnya berada dalam perancangan bandar ini.

Saya rasa ini bukanlah isu Melayu ke, Cina ke, India ke, isu ini adalah berkaitan dengan rakyat. Tidak kiralah masjid ke, tokong ke, kuil ke, ini isu pelbagai bangsa. Ini adalah hak rakyat, tanah rakyat, tanah untuk komuniti.

Kita minta penjelasan daripada Khalid Ibrahim dan Teresa Kok. Di Damansara Perdana, ini adalah kawasan YB Elizabeth Wong dan juga Sivarasa Rasiah. Mereka seharusnya tampil memberitahu apakah yang sebenarnya berlaku.

AIDC : Banyak misteri di sebaliknya?

Banyak misteri, jadi kita perlu tahu dan minta penjelasan. Kalau ini Kerajaan Pakatan Rakyat gagal memberi penjelasan, kemungkinan besar saya akan membawa golongan-golongan NGO untuk berhimpun di SUK untuk tanya lebih lanjut.

AIDC : Tanya tentang perkara ini?

Ya. Paling-paling awalnya kita memberi ruang untuk mereka menjawab terlebih dahulu. Jangan kata kita nak memfitnah dan mendakwa mereka. kalau mereka rasakan ada bukti atau penjelasan yang baik, sila tampilkan ke hadapan untuk menjelaskan perkara ini.

Dan yang paling penting dalam isu ini, kita harap Pas yang selalu berjuang untuk Islam, kali ini, kalau isu ini didapati benar, tanah untuk rakyat ini hilang, kita harap Pas bangkit untuk menentang PKR dan DAP.

Kita harap Pas dapat membantu juga. Ini bukan isu politik Barisan Nasional, bukan. Ini berkaitan isu rakyat terutamanya masjid.

Wednesday, April 3, 2013

#PRU13 - 4 DUN Masih Belum Bubar Setakat Ini


Sejak pengumuman pembubaran tengahari tadi, kebanyakan negeri turut mendapat perkenan YDP masing-masing untuk membubarkan DUN. Namun demikian dua negeri pembangkang iaitu Selangor dan Kelantan masih belum lagi menetapkan tarikh pembubaran. Johor dan Pahang masih belum menetapkan lagi tarikh pembubaran mereka. Kemaskini pembubaran DUN akan dilakukan dari semasa ke semasa.



DUN 4 negeri sudah bubar setakat 3 petang tadi

2013/04/03 - 15:09:46 PM BHarian

KUALA LUMPUR: Sehingga jam 3 petang tadi empat negeri sudah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, termasuk DUN Negeri Sembilan yang terbubar secara automatik, minggu lalu.

Tiga DUN yang dibubar secara rasmi sebaik pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ialah Melaka, Perak dan Sabah.

DUN Melaka dibubar apabila Yang Dipertua, Tun Mohd Khalil Yaakob menandatangani notis pengisytiharan pembubaran DUN kira-kira jam 1 tengah hari, diikuti DUN Perak selepas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menghadap Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah jam 2.30 petang.

Menyusul petang ini ialah DUN Sabah turut apabila Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman mengadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin petang ini di Istana Negeri, Sabah.

Dua negeri, Terengganu dan Perlis akan dibubar dalam tempoh terdekat selepas kedua-dua Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu akan mengadap Sultan Mizan Zainal Abidin serta Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, lewat hari ini.

Sementara itu, pembubaran dua DUN yang ditadbir pembangkang iaitu Kedah dan Pulau Pinang akan ditentukan esok selepas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dijadual mengadap Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah serta Yang Dipertua Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pagi esok.

Empat lagi negeri iaitu Selangor, Kelantan, Johor dan Pahang belum dimaklumkan tarikh pembubaran DUN masing-masing.

- Posted using BlogPress from my New iPad

Thursday, October 4, 2012

Azmin Aiskrim Ganti Khalid Gagap Untuk MB Selangor?

Azmin semakin berani menyatakan bahawa Khalid tidak akan duduk lama di kerusi MB Selangor!  Sebelum ini adik Azmin pernah mengeluarkan tweet menyatakan bahawa Azmin bakal menjadi MB Selangor dan baru-baru ini begitu banyak desas-desus mengenai politik Khalid Gagap yang akan dicantas oleh Azmin Ali.
AZMIN ALI UMUM KHALID GAGAP BAKAL DIGUGUR JAWATAN MB SELANGOR..!!

Rabu, 3 Oktober 2012 klpos.com

Kelihatan Azmin Ali hampir berjaya ke kemuncak dalam mencantas musuhnya dalam parti bernama Khalid Gagap.

Menerusi laporan dalam beberapa laman portal termasuklah Sinar Harian dan KLPOS, Azmin mengesahkan Khalid Gagap bakal digugurkan jawatan MB Selangor jika Pakatan menang majoriti pada PRU13 kelak.

Impian Khalid Gagap untuk memecah tradisi MB paling lama memegang jawatan tersebut seperti Nik Aziz di Kelantan tidak kesampaian.

Azmin yang sebelum ini pernah membuat pengakuan secara terbuka menerusi TV3 menghadapi krisis kerjasama dengan Khalid Gagap telah diamanahkan sendiri bosnya Anwar Ibrahim membuat kenyataan sedemikian.


Adakah benar kenyataan media yang dibacakan beliau mendakwa Khalid bakal diimport ke Kerajaan Pusat jika benar PRU13 menjadi milik Pakatan? Lebih jijik Azmin sendiri secara tiba2 membaca teks penukaran tersebut atas faktor rekod 'cemerlang' Khalid. Sedangkan Azmin sendiri pernah membuat pengakuan mengkritik kepimpinan Khalid di Selangor yang menjadi punca tercemarnya imej parti?
 
Masing2 punya agenda yang lebih liar mengikis kekayaan Negeri yang sepatutnya diberikan kepada rakyat. Apa perubahan yang dijanjikan mereka selama ini? Bukan sahaja tidak berubah, malah semakin kritikal dengan isu air, talam, penyelewengan MBSA dan sebagainya.

Wednesday, August 8, 2012

Rakyat Masih Tolak Mohon Maaf Manoharam!!

Rakyat masih bengang dengan Manoharam yang mengutuk wira negara DLCW.   Walaupun beliau sudah meminta maaf tetapi suara rakyat Malaysia masih enggan menerima apabila wira yang mereka sayang dan sanjungi dikutuk! 
Rakyat tolak permohonan maaf
Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my
Para peminat yang hadir untuk menyambut kepulangan Jaguh Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, semalam.. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Nampaknya bukan mudah bagi rakyat Malaysia untuk memaafkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan atas keceluparannya mengeluarkan kenyataan memperlekehkan semangat juang pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei di temasya Olimpik London.

Walaupun wakil rakyat DAP itu telah membuat permohonan maaf terhadap Chong Wei dan keluarganya kerana tindakan memuat naik kenyataan yang menimbulkan kemarahan banyak pihak menerusi Twitter semalam, rata-rata rakyat Malaysia tidak boleh menerima sikap Manoharan itu.

Di laman sosial Facebook milik Manoharan, seorang rakyat Malaysia, Amirthanathan Anthony berkata:

"Anda sepatutnya memikirkan kesan sebelum membuat kenyataan itu. Anda bukan sahaja Manoharan Malayalam tetapi juga wakil rakyat sebuah parti. Apabila anda membuka mulut, tidakkah anda tahu ia juga akan beri kesan kepada parti. Kerosakan telah berlaku dan saya tidak pasti jika Chong Wei dan keluarga serta orang ramai akan memaafkan anda."

ADUN DAP itu semalam memuat naik beberapa kenyataan menerusi Twitter yang mempersenda dan memperlekehkan kekalahan Chong Wei ketika menentang pemain China, Lin Dan di sukan Olimpik London untuk merebut pingat emas.

Tindakan itu menyebabkan rakyat Malaysia berang dan kesal dengan sikap pemimpin pakatan pembangkang itu yang cuba mempolitikkan sukan walaupun Chong Wei telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi pingat emas.

Laman Facebook Kami Tuntut Manoharan Mohon Maaf Kepada Lee Chong Wei pula semakin panas apabila rata-rata rakyat Malaysia yang memberi komen masih marah dengan kenyataan Manoharan dan tidak dapat menerima permohonan maafnya hari ini.

Malah, mereka menuntut agar Manoharan membuat sidang akhbar rasmi bagi menyatakan permohonan maaf terhadap Chong Wei dan juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyokong penuh semangat juang pemain badminton itu.

Muhammad Alif Azrai Norizan di laman itu berkata: "Saya tuntut Manoharan mohon maaf bukan sahaja kepada Lee Chong Wei malah kepada semua 28 juta rakyat Malaysia yang beri sokongan padu kepada beliau."

Ada juga yang mendesak supaya Manoharan bersemuka dengan Chong Wei bagi meminta maaf dan bukan sekadar membuat kenyataan yang menyesali tindakannya sebelum ini menerusi Twitter sahaja.

Amelia Abiden pula berkata, sekiranya Manoharan berasakan beliau hebat, beliau wajar membuat kenyataan maaf secara terbuka dan berdepan dengan Chong Wei sendiri.

Mohd. Sorfy pula mempersoalkan tindakan Manoharan yang hanya memohon maaf melalui Twitter dan menggesa wakil rakyat DAP itu membuat sidang akhbar serta bukan sekadar memohon maaf kepada Chong Wei tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia yang 'naik hantu' gara-gara kenyataan Manoharan itu.

Kim Shidee pula menganggap permohonan maaf Manoharan itu tidak boleh diterima kerana orang yang boleh dimaafkan adalah mereka yang melakukan kesilapan tetapi Manoharan bukan melakukan kesilapan sebaliknya sengaja mencipta suasana tidak baik memandangkan ia bukan kali pertama wakil rakyat DAP itu melakukan perkara seperti itu.

Katanya, sebelum ini Manoharan sudah berkali-kali membuat kenyataan mempersendakan banyak pihak lain yang jelas menunjukkan beliau mempunyai masalah sikap.

Kaiyan Lee pula berasakan permohonan maaf Manoharan itu tidak ikhlas dan mungkin dilakukan atas desakan pemimpin atasan partinya serta takut dengan desakan rakyat Malaysia sendiri.

Daeng Hakim pula berkata: "Sepatutnya seorang ADUN macam dia tunjuk contoh yang baik. Jangan disebabkan kepentingan politik, sukan pun nak dijadikan sasaran untuk berpolitik. Sepatutnya sukan yang dapat menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, pangkat, agama, fahaman mahupun ideologi.

"Sepatutnya ADUN macam dia lebih peka terhadap sensitiviti rakyat Malaysia yang penuh dengan semangat kewarganegaraan." katanya.

Dalam perkembangan sama, beberapa rakan Twitter yang kecewa dengan tindakan Manoharan sebelum ini menyifatkan permohonan maaf wakil rakyat DAP itu sudah terlambat.

M. Anantha Saravana ketika membalas kenyataan yang dimuat naik Manoharan itu berkata: "Sudah terlalu lambat untuk memohon maaf. Orang ramai sudah tahu perangai pemimpin pakatan pembangkang."

Thiaga Rajan pula dengan ringkas membalas kenyataan Manoharan itu dengan bertanya: "Mohon maaf lagi??? Sudahlah YB" sementara NurAkmalAzis pula menyifatkan permohonan maaf Manoharan itu sebagai sesuatu yang palsu.

Thursday, August 2, 2012

Rafizi Pecah Amanah - Bakal Dipenjara 3 Tahun Atau Denda RM 3 Juta?

Apabila menjawat tugas yang perlu mengendalikan perihal sulit yang termaktub dalam BAFIA, maka kita hendaklah melakukannya dengan penuh integriti dan amanah.

Janganlah menjadi seperti Rafizi yang telah pecah amanah dan kini akan didakwa di mahkamah.  Jika sabit kesalahan maka dia mungkin dipenjara 3 tahun atau denda 3 juta atau kedua-duanya sekali!  

Peringatan kepada pegawai yang menguruskan hal berkaitan dengan kewangan dan akaun, jangan jadi seperti Rafizi Ramli, whistleblower yang bijak bukan seperti beliau!!!

Rafizi mengaku tidak bersalah dedah penyata akaun berkaitan NFC

Utusan Borneo 2 Ogos 2012, Khamis
SHAH ALAM: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli semalam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan mendedahkan penyata akaun projek National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang menimbulkan kontroversi kepada dua pengamal media.

Mohd Rafizi, 35, didakwa mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan Public Bank Bhd iaitu NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang beliau mempunyai akses, kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square Jalan Tropicana Selatan Petaling Jaya pada 7 Mac lepas.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia), yang boleh dihukum di bawah Seksyen 103 (1) (a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain itu, kerani bank Johari Mohamad, 41, yang didakwa bersubahat dengan Rafizi pada tarikh dan di alamat yang sama, juga mengaku tidak bersalah.

Johari didakwa mengikut Seksyen 112 (1) (c) Bafia, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 103 akta yang sama.

Hakim Aslam Zainuddin menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin masing-masing ke atas kedua-dua tertuduh dan menetapkan tarikh sebutan semulakedua-dua kes pada 10 Sept ini dan kedua-dua kes dibicarakan serentak.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam N. Surendran.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri telah menyediakan dana khas bagi membiayai kos guaman MohdRafizi iaitu RM500,000 atau 10 peratus daripada dana RM5 juta yang disediakan di bawah peruntukan untuk pemberi maklumat kepada kegiatan rasuah.

Dana RM5 juta itu merupakan peruntukan yang disediakan di bawah Geran Selangorku yang berjumlah RM300 juta, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di sini semalam. — Bernama

Monday, July 30, 2012

Krisis Air Selangor Mana Ade? Cuma Lori Tangki Air Lalu!!

Benarkah Selangor menghadapi masalah air terawat?  Kalau tidak percaya ikutilah kupasan menarik oleh blogger Sahabat Gunung di bawah.

Apa sudah jadi dengan dakwaan Khalid Ibrahim, MB Selangor yang menyatakan lain daripada yang lain?  

Kalau tidak ada masalah, kenapa hantar air pakai lori tangki air?


Masalah krisis air terawat memang wujud di negeri Selangor, buktiknya kerajaan negeri menyalurkan air melalui lori tangki air. Itu sudah membuktikan bahawa krisis air terawat ini memang berlaku, ujar Koordinator BN Selangor, Ir Mohd Zin Mohamed.
Tambahnya, amat malang apabila kerajaan negeri Selangor langsung tidak mahu bertanggungjawab dengan mempolitikkan isu bekalan air ini melalui banner dan kehadiran beberapa EXCO Kerajaan Negeri dengan banner yang bertulis ”Bekalan air ini sumbangan kerajaan negeri Selangor. Hasil negeri untuk rakyat melalui lori tangki.”
”Wahlal sepatutnya kalau buka pili air, dah ada air. Ini sebenarnya tanggungjawab asas daripada kerajaan negeri dalam menentukan air terawat patutnya sampai ke pihak pengguna dengan melalui paip.
Kalau perkara ini tidak menjadi satu krisis air terawat, maka tak payahlah mereka hantar bekalan melalui lori tangki. Ini yang mengecewakan kita, mereka mempolitikkan perkara ini. Ini memang satu tindakan yang langsung tidak bertanggungjawab,” ujarnya yang juga Setiausaha UMNO Negeri Selangor.


Rakyat menghadapi masalah bekalan air tetapi mereka hantar tangki air dengan banner, poster kononnya ini sumbangan kerajaan negeri, hasil kerajaan negeri dikembalikan kepada rakyat.
”Kenyataan kerajaan negeri sungguh tidak bertanggungjawab, ini kerana kita mempunyai pandangan dan pendapat bahawa kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab utama untuk menentukan bahawa bekalan air terawat dapat disampaikan kepada keseluruhan rakyat negeri Selangor tanpa bekalan lori tangki.
Masalah tekanan air adalah satu perkara yang jelas terjadi hari ini, ia melibatkan kualiti kehidupan rakyat dan bayangkan kalau kita tidak dapat menggunakan air dalam menguruskan kehidupan seharian, ia pasti akan menyulitkan kehidupan kita,” ujarnya lagi.

Thursday, April 12, 2012

Mutu Perkhidmatan YB PBB Haji Ahmad Lai Sentiasa Unggul!!?!?

Mutu perkhidmatan Ahli Parlimen Sibuti memang unggul dan tidak perlu dipantau melalui SMS!!??  Lebih-lebih lagi SMS di dalam Bahasa Inggeris!?!!?  Sudah tentu ini permainan orang luar yang mahu menimbulkan huru-hara dalam parti PBB!!?!?   Namun jerat tersebut sudah dikesan oleh ahli PBB dan ianya terbukti bukan mainan dalaman parti!!!??

YB Haji Ahmad Lai merupakan ahli Parlimen yang berjiwa rakyat dan tidak perlu dikhuatiri mutu perkhidmatannya yang jauh lebih baik daripada ahli Parlimen PAS, PKR mahupun DAP yang kuat tidur!!!??  Sila rujuk gambar-gambar di bawah yang di ambil di sekitar wakil rakyat PKR!!?!?!  

Adun Sri Andalas (PKR)
Adun Kota Anggerik (PKR)
Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh (DAP)  dan Adun  Teratai Janice Lee Main Facebook?!
 Tetapi semua mereka tidak dapat mengalahkan Ketua Pembangkang, memang tidak tidur di dalam persidangan namun tidur dengan China Doll atau isteri orang lain?!?!!?

Ketua Pembangkang?!?!  Bila mahu bersumpah?!?!


PBB bukan dalang SMS tanya mutu perkhidmatan Ahmad Lai

Posted on April 11, 2012, Wednesday
Ahmad Lai di Kampung Opak

MIRI: Ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ternyata bukanlah dalang di sebalik kidmat pesanan ringkas (SMS) yang bertanyakan mutu perkhidmatan wakil rakyat Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang yang berleluasa sejak hujung minggu lalu.
Ketua Penerangan PBB Lambir Kaunselor Razak Joni
Ketua Penerangan PBB Lambir Kaunselor Razak Joni mengesahkan ia bukanlah perbuatan ahli-ahli mereka.

“Tidak, ia (SMS) sudah tentu bukan datang daripada ahli kami (PBB),” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Menurutnya, SMS sebegitu tidak patut disebarkan kerana wakil rakyat berkenaan telah membuat yang terbaik di konstituensi Parlimen beliau.

“Sepatutnya tidak berlaku (sebar SMS) sebab beliau seorang wakil rakyat yang bekerja, banyak pembangunan telah dilaksanakan di Sibuti secara keseluruhannya dan memerlukan kesinambungan,” jelasnya.

Sementara itu, seorang ahli PBB Ranting Bekenu Mokhtar Ree turut menafikan SMS berkenaan daripada kalangan ahli PBB.

“Bukan daripada kalangan ahli, mungkin daripada beberapa pihak tidak bertanggungjab lain,” ujarnya.

Katanya, Ahmad Lai merupakan seorang wakil rakyat yang kerap turun padang dan melaksanakan tanggungjawabnya.

“Beliau telah memberikan yang terbaik kepada semua rakyat di konstituensinya, tidak mengira agama dan bangsa, tidak ada pilih kasih,” jelas beliau.

Mengenai SMS itu yang ditaip dalam bahasa Inggeris, ia bertanya tentang “adakah anda berpuas hati dengan mutu perkhidmatan Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai”.

SMS juga mengkehendaki si penerima membalas jawapan sama ada mereka berpuas hati (ya) atau tidak berpuas hati (tidak) kepada si pengirim
.

Tuesday, April 3, 2012

[Video] Adam Adli Dibalun Oleh Penduduk Kampung Kerinchi!?!?!?

Adam Adli yang pernah menurunkan gambar PM di PWTC kini terlibat dengan penduduk pangsapuri PKNS bersama dengan Nurul Izzah!?!?  Menurut saksi mereka melihat Adam Adli telah ditumbuk oleh penduduk tempatan semasa berada dalam pangsapuri tersebut!!?!?  Mungkin penduduk setempat takut dengan kehadiran Adam Adli maka akan berlaku sesuatu yang tidak dingini seperti yang pernah berlaku di UPSI!!?  Itulah sebab agaknya Adam Adli yang berkali-kali disuruh beredar dari kawasan tersebut tetapi degil dan tetap berkeras mahu berada di pangsapuri tersebut mengakibatkan dia ditumbuk!!!?!  

Berikut adalah laporan oleh nana dari Penang yang berada di tempat kejadian ketika berlakunya pergaduhan!!?!? 
VIDEO ADAM ADLI KENA TUMBUK

oleh Mat Kilau Penang


Rundingan 34 penduduk pangsapuri PKNS Kampung Kerinchi dekat Kuala Lumpur bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mahu merobohkan kediaman mereka pagi ini dicemari oleh insiden aktivis pelajar, Adam Adli yang mengaku ditumbuk.

Menurut saksi kejadian, Adam Adli Abd Halim kelihatan ditumbuk ketika menuruni pangsapuri empat tingkat itu oleh lelaki, dipercayai penduduk setempat.

Adam yang hadir bersama seorang lagi aktivis pelajar Ekhsan Bukhari kelihatan mengalami kecederaan di bahagian bibir dan mata.Adam kini sedang membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Pantai Baharu. 



Saturday, March 31, 2012

Anwar Takut Sapina?!?! Kenapa??!?! Skandal RM445 Juta?!?!?!

Anwar semakin takut mengalahkan kambing takut hujan!!?? Kalau dulu Anwar kata Najib penakut?!?!  Kini pun masih menggelarkan Najib penakut namun hakikatnya Anwar yang paling takut dan sentiasa takut dengan sistem perundangan di Malaysia!!??  Dia hanya pandai menggunakan sistem mahkamah untuk kepentingan politiknya sahaja tetapi apabila untuk menjadi penyumbang kebenaran dia pula tak lalu duduk!!?!?  Ikutilah kupasan GAP mengenai skandal RM445 Juta Anwar semasa dia memegang tampuk kepimpinan UMNO dulu!!?? 
SKANDAL RM445 JUTA : ANWAR KEPANASAN !
GAP
Saturday, March 31, 2012

KALAU dihitung jumlah saman yang dikemukakan Anwar terhadap orang-orang tertentu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jumlahnya memang mampu menggegarkan jiwa. Maksud Beruang jumlah saman dan jumlah wang yang dituntut dalam saman tersebut.

Itu sahaja memberikan gambaran seolah-olah Anwar seorang yang patuh kepada undang-undang dan hanya akan merujuk kepada Mahkamah jika ada pertikaian berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh individu tertentu yang dirasakan mampu mencalarkan imejnya.
Kata kuncinya disitu ialah patuh kepada undang-undang.

Tapi dalam soal hadir ke Mahkamah sebagai saksi bagi kes saman membabitkan seorang ahli perniagaan Low Thiam Hoe dan Hong Leong Bank ini, Anwar dilihat bersungguh-sungguh sangat nak mengelak. Bernama melapurkan peguam bagi pihak plaintif D Paramalingam mengekori Anwar 2 hari di Parlimen tapi masih gagal untuk menyampaikan saman.

Hari pertama kerana tidak berjumpa, hari kedua sudah berjumpa tapi Anwar enggan menerimanya.

Sedangkan seorang lagi yang turut dinamakan dalam saman tersebut, Tan Sri Quek Leng Chan telah menerima sapina dan dilapor akan mengemukakan permohonan untuk menolak sapina tersebut.

Kenapa Anwar tidak mengikut jejak langkah yang serupa, itu yang merungsingkan. Dengan sebilangan peguam handal yang ada disekelilingnya, apa susah sangat ke nak menerima sapina dan kemudian kemukakanlah permohonan untuk menolak sapina tersebut di mahkamah.

Hal ini sebenarnya mengingatkan Beruang kepada sapina yang pernah dikemukakan peguam Anwar terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dalam kes Anwar meliwat Saiful Bukhari. Perdana Menteri menerima sapina tersebut tapi kemudiaanya mengemukakan permohonan untuk menolak sapina yang jelas bermotifkan politik itu.

Apa kata Anwar dan penyokongnya masa itu? Najib penakut dan sebagainya kan?

Sekarang Anwar nak terima sapina pun enggan, itu kita nak berikan nama apa yang sesuai? Pengecut, takut, ayam?

Begitu juga halnya dengan saman RM 100 juta ke atas Datuk Nallakarupan dan Utusan Malaysia, sehingga artikel ini ditulis, masih tidak ada bayang yang writ saman tersebut telah diserah kepada 2 defendan yang dinyatakan pada awalnya.

Macam mana perbicaraan nak berjalan kalau writ saman tidak diserahkan?
Kenapa tidak diserahkan, takut juga ke?
 
Beruang rasa, semua ini membuktikan bahawa Anwar bukannya berminat nak patuh pada undang-undang. Dia hanya mahu kelihatan begitu (patuh pada undang-undang) sedangkan hakikatnya dia lebih berminat menyalahgunakan proses undang-undang bagi memberi kelebihan kepada cita-cita politiknya yang lebih besar – menjadi Perdana Menteri.

Kata lawan tetap lawan?

Isu KBBGate ini bukan kecil, ia isu besar. Dari segi jumlah wang telibat pun, ia mengatasi apa jua jumlah ‘salahguna’ wang yang dituduh kepada pemimpin UMNO sekarang.
 
RM 445 juta yang dibayar bagi transaksi penjualan yang tidak berlaku itu merupakan isu yang penting untuk Anwar jawab. Apatalah lagi wang RM 445 juta itu dilupuskan dengan menggunakan wang rakyat apabila kerajaan membeli hutang-hutang lapuk dari bank sebagai sebahagian usaha pemulihan ekonomi sepanjang krisis ekonomi dari 1998 hingga 2000.

Atau sistem kewangan negara akan runtuh kerana bank-bank tidak mempunyai pusingan modal untuk memberi pinjaman seterus menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Dari segi nilai pun berbeza, RM 445 juta dahulu (1998) dan sekarang. Jadi penting untuk Anwar menjawab dan penting juga UMNO untuk mengkaji hal ini dengan serius kerana Beruang yakin, dengan sindrom UMNO fobia yang dialami Anwar sekarang, tidak mustahil dia akan menuduh UMNO ada terlibat dimana-mana.

Lebih-lebih lagi bila dia adalah Timbalan Presiden UMNO pada waktu itu.

BLUE BERUANG

PKR Ada Sistem Kasta?!?!?

PKR mengamalkan politik sistem kasta?!!  Apa sebenarnya sistem kasta ini!?!?!  Sistem ini pernah diamalkan semasa Anwar menjadi TPM!?!?!   Kelas struggle dalam Anwar ini berbeza!?!?!  Apakah bezanya dan apa kaitan dengan Quek!??!  Orang dalam gambar!?!?  Ikutilah kupasan menarik oleh gelagatanwar di bawah!?!
‘Class Struggle’ Versi Anwar
29 Mac 2012
Gelagatanwar

Seronok ana turun bersama teman-teman reformasi di Ampang. Fuh, Anwar memang in his elements kata ramai orang. Mantap. Anwar dah dapat semula rentak lama. Confident tinggi. Balun tetap….balun.

Kalau orang perasan, Anwar cakap banyak kali bagaimana ‘towkay-towkay’ Cina yang mula menelefon pemimpin PKR sebab nak cari nyawa perniagaan. Ini memang kisah benar. Kita teman-teman reformasi pun tahu. Memang ramai. Sms Anwar. Telefon. Cakap mereka sokong sebenarnya, tapi tak boleh nak ke depan. Kalau perlu, mereka boleh beri derma kalau Anwar mahu.

Hubungan Anwar dengan towkay-towkay Cina ni bukan baru. Masa Anwar jadi TPM/Menteri Kewangan 2, mereka inilah juga yang taja politik Anwar. Duit mereka inilah yang Anwar jadikan cengkeram politik. Pak Ghafar (Allahyarham) yang percaya dengan politik Anwar – akhirnya terpaksa akur dengan kuasa politik.

Dr Mahathir pernah ingatkan, sebenarnya jawatan Perdana Menteri ini boleh dibeli dengan beberapa Bilion ringgit. Tun memang betul. Sebabnya, Anwar pernah cuba gugat jawatan PM dengan modal RM445 juta. Setengah bilion.

Hari ini Anwar bercerita tentang ‘class struggle’. Memang sedap dengar. Tapi Anwar amalkan politik apa?

Sebenarnya, dalam PKR pun ada ‘class struggle’. Ketua Cabang yang miskin dan kedana akan jadi kelas kedua. Yang kaya mendapat layanan istimewa. Yang miskin jadi pecacai sahaja.

Anwar pun amal ‘sistem kasta’ dalam PKR. Sistem kasta. Yang miskin, akan terus berharap dengan pimpinan. Sebab itu, Azmin dapat kekalkan kuasa dengan bersahaja. Modalnya apa? Modalnya – kemewahan. Class juga.

Anwar dahulunya memang mewah kerana menggunakan ‘cengkeram’ orang Cina. Semua mewah. Cakap sahaja hendak apa. Berbeg-beg akan dihantar kepada Azmin.

Nampaknya, trend ini sudah bermula. Sejak menang di Selangor, trend ini sudah kembali. Sebab itu kita tak hairan kalau Anwar sudah kembali mendapat keyakinan.
Antara funder terawal Anwar adalah Quek Leng Chan (gambar). Sekarang ini jadi kes mahkamah. Kes Quek Leng Chan ini kes ambil cengkeram lah. Kes ambil cengkeram sebab nak maintain ‘class’.

Monday, March 26, 2012

Pembangkang Hanya Pandai Menipu!!??

Angin perubahan di Selangor kian deras akibat kerajaan Barisan Nasional yang sering mengotakan janji berbanding dengan pihak pembangkang yang hanya pandai menabur janji!!!??  Inilah kelebihan memilih kerajaan yang benar dan telus!!??  Pihak pembangkang memang sudah lama pandai menabur janji, ini boleh dilihat dalam debat Soi Lek lawan Lim Guan Eng!!??  Lim Guan Eng hanya pandai menuduh tanpa memberi bukti atau fakta!!???  Tidak kurang juga janji manis politiknya untuk mendapat undi rakyat!!??  

Semoga rakyat sekarang sedar bahawa pihak pembangkang hanya pandai berjanji tetapi tidak pernah mengotakan janjinya!!??  Disebabkan rakyat sudah memberi peluang kepada kerajaan pembangkang untuk memerintah namun tidak ada pembangunan malah semakin banyak penyelewengan yang dilakukan pula!!???  Kini angin pembangunan semakin dirasai yang berpihak kepada Barisan Nasional!!!?? Ini kerana pandai berjanji tetapi tidak pernah mengotakan janji adalah seperti penipu!!??
Pembangkang gagal tunai janji
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
Pembangkang Gagal Tunai Janji
NAJIB Tun Razak menyampaikan sumbangan tilam dan dapur kepada wakil mangsa banjir Hulu Langat dan Ampang sambil diperhatikan oleh Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim di Dusun Tua, Hulu Langat, semalam. - UTUSAN/ZAINI HUSIN

syahrir.bakar@utusan.com.my

HULU LANGAT 25 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan keyakinan beliau terhadap sokongan rakyat di Selangor yang didapati semakin memuncak kepada Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Perdana Menteri berkata, angin perubahan sokongan itu terhasil apabila BN sentiasa mengotakan segala janji yang dibuat khususnya terhadap golongan memerlukan serta pelbagai lapisan masyarakat lain melalui pelbagai program transformasi kerajaan.

Selain itu, katanya, angin perubahan sokongan tersebut turut didorong oleh kegagalan pembangkang mengotakan janji yang dibuat mereka pada pilihan raya umum lalu.

Sunday, March 18, 2012

Rasuah PKR Selangor Berjangkit ke YB PKR Sarawak?!?

Rasuah dalam Pakatan Rakyat Selangor semakin berleluasa!!!!??? Baru Bian yang baru menjadi wakil rakyat pun dikatakan terlibat?!! Ini berikutan pendedahan oleh blog RPK iaitu www.malaysia-today.net!?? Patutlah Anwar cuba mengelak daripada berdebat dengan RPK tempoh hari semasa forum Wikileaks di Kent, England?!!? Mungkin Anwar tahu banyak rahsia PKR dalam pentadbiran rasuah akan dibongkar oleh Raja Petra????!!!

Pendedahan Skandal Rasuah Tian Chua, William Leong dan Baru Bian


16/03/2012 Posted by: M Zakrul Adam sel13.com



Ini adalah pendedahan terbaru RPK yang disiarkan oleh www.malaysia-today.net. Kisah ini melibatkan beberapa kepimpinan PKR yang menuntut rasuah sebanyak USD 10 juta dari sebuah syarikat.
Perkara tersebut melibatkan projek pengswastaan antara Kerajaan Selangor dengan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Azam dan Azan Sdn Bhd (AASB).


Projek tersebut berkenaan pembangunan Pasar Selayang serta pembangunan sekitar termasuk lot-lot kedai dan perumahan yang bermula sejak tahun 1997. Ianya terbahagi kepada tiga fasa.


Fasa pertama telah siap pada tahun 2009. Fasa kedua dan ketiga tidak dapat dimulakan kerana tapaknya diduduki oleh peniaga-peniaga yang enggan berpindah ke tapak baru di fasa pertama yang telah pun siap.


Pelbagai cara dan usaha yang dilakukan oleh kontraktor berkenaan (AASB) untuk memulakan fasa kedua dan ketiga, semuanya menemui jalan buntu. Akhirnya AASB memilih untuk mencari penyelesaian melalui jalan politik.


Melalui seorang pemimpin PKR Sarawak , Baru Bian, AASB telah diperkenalkan kepada ahli parlimen Selayang yang juga bendahari PKR Pusat , William Leong. Setelah beberapa kali berbincang mereka telah mencadangkan agar perkara tersebut dibawa ke perhatian MB Selangor. Untuk memudahkan kerja melobi MB, mereka harus cari orang yang MB boleh mendengar cakapnya. Lalu Baru Bian telah memperkenalkan Tian Chua kepada kontraktor berkenaan. Ini kerana Tian Chua dikatakan menjadi telinga kepada MB Selangor. Selepas itu kes berkenaan diambil alih oleh Tian Chua dari William Leong.


Setelah diambil alih oleh wakil MB Selangor iaitu Tian Chua, maka bermulalah satu episod baru kepada AASB. Tidak lama selepas itu, dan mungkin setelah mendapat lampu hijau dari Pejabat MB Selangor atau dari ibu pejabat PKR, Tian Chua telah bertemu dengan AASB dan meletakkan syarat-syarat berikut.


AASB diminta mengemukan penyata tuntutan sebanyak RM 70 juta untuk pembinaan pasar dalam fasa pertama dan tuntutan itu AKAN DILULUSKAN oleh kerajaan negeri.


AASB diminta untuk melepaskan fasa kedua serta ketiga dan bayaran RM 70 juta yang AKAN DILULUSKAN oleh kerajaan negeri termasuk sebagai ganti rugi kerana AASB sedia melepaskan dua fasa berkenaan.


AASB diminta untuk menyerahkan tanah bagi fasa kedua dan ketiga kepada sebuah syarikat yang ada kaitan dengan seorang pimpinan PKR.


Daripada jumlah RM 70 juta yang diterima dari AASB, sebanyak USD 10 juta (RM 30 juta) perlu dikembalikan kepada Tian Chua sebagai derma kepada PKR.


Mereka nak bayar RM 70 juta, kemudian nak ambil balik tanah dan nak balik wangnya RM 30 juta. Nak bayar dalam RM, nak balik dalam USD??! Kenapa mereka nak balik dalam USD ? Ini wang rasuah!?!?


Kalau diberi dalam wata wang Malaysia, not paling besar adalah RM 100?! Untuk isi not RM 100 sebanyak RM 30 juta , entah berapa guni atau beg yang diperlukan, dan juga masalah tempat untuk menyimpannya.!? Jika diberi dalam mata wang US, not paling besar juga USD 100, tetapi ianya bersamaan dengan RM 300. Maknanya dua kali ganda beg atau guni telah berjaya dikurangkan. Wang rasuah transaksinya semua tunai. Tidak ada orang yang lakukan transaksi rasuah melalui bank?!?

Saturday, March 10, 2012

Apa Dah Jadi Dengan Tawaran Pakatan Rakyat Semasa PRU12 di Selangor??!!!

Janji Pakatan Rakyat sekiranya terpilih pada 2008!??   Setakat mana keberkesanan dalam memenuhi dan menunaikan janji mereka?!!?  Nampaknya 4 tahun sudah berlalu namun tidak semua telah dikotakan oleh mereka?!!  Selangor yang dikatakan Bersih, Maju dan Berkebajikan menjadi Kotor, Mundur dan Sesak!!???

Berikut adalah tawaran PR sekiranya di pilih di Selangor pada tahun 2008!!??  Terima kasih kepada rakan minda hijrah!!!??  Komen dalam kurungan dan bold adalah hujah MH sendiri?!!


Urustadbir Berwibawa
  • Memastikan semua pemimpin bersih dari rasuah (dalam proses)
  • Menyiasat penyelewengan pentadibiran tanah dan sumber negeri (dalam proses ) - ADUN PKR SELEWENG PASIR ?
  • Menghentikan projek-projek pembaziran dan rugi (menghentikan ditukar kepada menyambung)
  • Memastikan ketelusan pentadbiran negeri (dalam proses - agaknya )
  • Menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan (menghentikan ditukar kepada menyambung) -
  • Melarang ahli-ahli Exco terlibat dalam perniagaan (dalam proses)  RUMAH URUT ? PASIR ?

Sosial dan Kebajikan Rakyat
  • Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor (belum laksana)
  • Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yg dihantar ke nurseri (belum laksana)
  • Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah (belum laksana)
  • Memberi hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yg mendapat tawaran ke Universiti
  • Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor (diteruskan)
  • Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga (belum laksana)
  • Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia (belum laksana- buat ladang babi dulu)
  • Mencarum takaful bernilai RM2500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim (belum laksana)
  • Memberi elaun ibu tunggal yang layak (belum laksana)
  • Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga (belum laksana) sepenuh masa anak-anak kecil mereka (belum laksana)
  • Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri ( belum laksana- buat ladang babi dulu)
  • Mewujudkan institusi menyelaraskan hal-ehwal agama selain Islam (belum laksana)

Kesihatan Rakyat
  • Memberi wanita bekerja 90 hari cuti bersalin ( belum laksana)
  • Memberi 14 hari cuti kepada suami yg isterinya bersalin (belum laksana)
  • Memberi sebulan cuti kepada wanita yg kematian suami (belum laksana)
  • Menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 tahun ke atas (belum laksana )

Ekonomi Rakyat
  • Menyediakan premis perniagaan yg cukup ( belum laksana RM100juta untuk ladang babi dulu )
  • Memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda (belum laksana)
  • Memberi galakan kepada belia dan wanita muda dengan sewa minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama (belum laksana)
  • Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10% ( belum laksana)
  • Memberi bekalan air kegunaan domestik secara percuma bg 20 meter padu pertama setiap bulan (dilaksana bulan jun)
  • Menjalankan program bagi membolehkan rakyat miskin terutama petani dan nelayan mendapatkan pendapatan yg lebih tinggi di atas garis kemiskinan (belum laksana)
Keselamatan Rakyat
  • Menguatkusakan syarat-syarat perlindungan alam sekitar bg mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir (belum laksana)
  • Menggantikan sistem Rukun Tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan (belum laksana )
  • Mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes-kes jenayah dan keganasan terhadap wanita ( belum laksana - mula dengan projek Rm100 juta kandang babi dulu)

Saturday, March 3, 2012

Pemimpin PAS Kebudak-budakan Dan Teruk Dari Kambing!!??

Habis madu sepah dibuang, begitulah yang sedang berlaku dalam kemelut bekas EXCO negeri Selangor!!!??  Bagi yang sudah lupa, kelancaran Dr Hassan menyelar isu Anwar Ibrahim yang cuba memperkudakan rakyat untuk kepentingan peribadi beliau membuatkan EXCO Negeri Selangor ini dilucutkan jawatannya!!??

Akibat daripada perbuatan khianat ke atas beliau maka Dr Hassan Ali telah melakukan banyak pembongkaran dan pendedahan dalam parti PAS!!??  Ini mengakibatkan beliau semakin banyak dikecam dan difitnah oleh golongan bukan ulama dalam PAS yang sememangnya tidak memperjuangkan agama Islam lagi!!??

Siapakah pemimpin PAS yang dimaksudkan oleh Dr Hassan Ali??!!
Hasan Ali kata Mahfuz lebih teruk dari kambing...nak saman fitnahnya ditaja KBS RM30 juta   
Jumaat, 02 Mac 2012 22:58  ROSLAN BIAN
 
 
 
TERKINI: Datuk Dr Hasan Ali anggap Datuk Mahfuz Omar lebih teruk dari kambing.Beliau yang geram habis pada Naib Presiden PAS itu nampaknya sudah bersiap sedia untuk berdepan dengannya di mahkamah.Dr Hasan Sabtu memanggil sidang akhbar di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail,Kuala Lumpur untuk beritahu beliau sudah mengarahkan peguamnya mengambil tindakan terhadap Mahfuz.

Ini gara-gara Ahli Parlimen Pokok Sena itu main sedap mulut dakwa Kementerian Belia dan Sukan nak menaja 2,000 program ceramahnya dengan kos RM30 juta bagi mempengaruhi belia menjelang pilihanraya umum ke 13.

Dr Hasan menyifatkan ini satu fitnah jahat Mahfuz untuk memalukan beliau dan keluarganya.

Katanya tuduhan itu dibuat tanpa asas yang lojik.

Serentak dengan itu menjawab satu soalan beliau juga menafikan dakwaan Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad bahawa tokoh koprat Tan Sri Rozali Ismail,Puncak Niaga menajanya.

Namun beliau mempersoalkan apa salahnya jika ada pihak yang ingin memberi sumbangan kepada sebuah NGO seperti JATI pimpinannya.

Dr Hasan juga menamakan Mahfuz dan seorang lain,Ahli Parlimen Kuala Selangor sebagai antara parasit dalam PAS.

Katanya mereka seperti juga Khalid bermulut celupar dan PAS tidak ambil tindakan terhadap mereka.- 3/2/2012 - BERITA LANJUT AKAN MENYUSUL - OLEH ROSLAN BIAN
Sumber AD

Thursday, March 1, 2012

PAS Sudah Lama Hilang Falsafah Agung Perjuangan!!?? Hassan Ali

Pengaruh golongan ulama dalam PAS semakin terhakis!!??  Ini berikutan campurtangan 'asing' seperti golongan Anwarinas yang sudah lama menular sekitar 1999!???  PAS sudah hilang seri akibat sering ditunggangi oleh DAP dan PKR!!???  Mungkin Punggong Robek akan terus merobek PAS sehingga PAS akan hilang tujuan utama perjuangan dan pembentukan parti iaitu membentuk negara Islam!!??

PAS Hilang Identiti Akibat 'Parasit' : Hasan Ali 
 
KOTA BAHARU, 1 Mac (Bernama) -- Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali mendakwa Pas sudah hilang hala tuju perjuangan untuk menegakkan negara Islam dan memartabatkan hukum Hudud disebabkan oleh pengaruh kumpulan "parasit" dalam parti itu.

"Pas sudah hilang falsafah agung perjuangannya untuk menegakkan negara Islam dan memartabatkan hukum Hudud...sudah tidak ada, sudah tutup buku, siapa yang tutup, bukan ulama tetapi parasit inilah yang menutupnya," katanya ketika menyampaikan ceramah di sini Rabu malam.

Hasan yang dipecat daripada Pas, berkata parti itu kini dikuasai oleh golongan "parasit" sehingga menyebabkan pengaruh golongan ulama semakin terhakis.

"Mereka sudah jatuhkan saya dan sekarang mereka hendak jatuhkan Ustaz Azizan (Abdul Razak) di Kedah, dan mereka akan pergi dari satu tempat ke satu tempat kerana mereka ini ramai," katanya.

Menurut Hasan, golongan parasit itu terdiri daripada mereka yang belajar di luar negara dan mengamalkan "politik jatuh menjatuhkan" itu sejak di luar negara lagi.

-- BERNAMA

Baca Blog Dalam Facebook Anda