Thursday, March 1, 2012

PAS Sudah Lama Hilang Falsafah Agung Perjuangan!!?? Hassan Ali

Pengaruh golongan ulama dalam PAS semakin terhakis!!??  Ini berikutan campurtangan 'asing' seperti golongan Anwarinas yang sudah lama menular sekitar 1999!???  PAS sudah hilang seri akibat sering ditunggangi oleh DAP dan PKR!!???  Mungkin Punggong Robek akan terus merobek PAS sehingga PAS akan hilang tujuan utama perjuangan dan pembentukan parti iaitu membentuk negara Islam!!??

PAS Hilang Identiti Akibat 'Parasit' : Hasan Ali 
 
KOTA BAHARU, 1 Mac (Bernama) -- Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali mendakwa Pas sudah hilang hala tuju perjuangan untuk menegakkan negara Islam dan memartabatkan hukum Hudud disebabkan oleh pengaruh kumpulan "parasit" dalam parti itu.

"Pas sudah hilang falsafah agung perjuangannya untuk menegakkan negara Islam dan memartabatkan hukum Hudud...sudah tidak ada, sudah tutup buku, siapa yang tutup, bukan ulama tetapi parasit inilah yang menutupnya," katanya ketika menyampaikan ceramah di sini Rabu malam.

Hasan yang dipecat daripada Pas, berkata parti itu kini dikuasai oleh golongan "parasit" sehingga menyebabkan pengaruh golongan ulama semakin terhakis.

"Mereka sudah jatuhkan saya dan sekarang mereka hendak jatuhkan Ustaz Azizan (Abdul Razak) di Kedah, dan mereka akan pergi dari satu tempat ke satu tempat kerana mereka ini ramai," katanya.

Menurut Hasan, golongan parasit itu terdiri daripada mereka yang belajar di luar negara dan mengamalkan "politik jatuh menjatuhkan" itu sejak di luar negara lagi.

-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda