Memang benar kata PM bahawa pembangkang tidak pandai mentadbir!!?? Mereka kurang pengalaman dan ramai daripada pihak pembangkang ini adalah orang yang pernah menjual insurans, menjual barang dan tidak ramai yang memiliki pengalaman dalam mentadbir negeri!!??
Di Pulau Pinang, rakyat sentiasa di rasuah dengan RM100 dan kemudiannya diminta balik untuk menderma ke dalam dana parti!!?? Di Taiping pula pihak PAS telah meminta rakyat yang menerima BR1M untuk menyerahkan dana tersebut sebanyak 15 Peratus kepada parti mereka?!!! Di Selangor dapat dilihat isu sampah yang telah diberikan kontrak kepada kroni yang tidak pernah mengutip sampah sehinggakan Selangor menjadi kotor dan berbau hanyir akibat sampah sudah melonggok di tepi jalan!!??
Sekiranya pihak pembangkang cerdik mereka tidak akan mengeluarkan ayat-ayat seperti yang pernah dilaung-laungkan satu masa dahulu setelah Pilihan Raya Kecil Batang Ai iaitu rakyat molek sahaja yang pilih PAS tetapi orang yang pakai cawat tidak pandai pangkah PAS?!!!
Sekiranya kita ingin maju dan terus menghala ke arah kejayaan!!?? Maka janganlah sekali-kali memberi pembangkang peluang untuk merosakkan ekonomi dan pembangunan yang sedia ada sekarang?!!! Barisan Nasional sudah lama mentadbir dan mereka mungkin pernah menyinggung rakyat semasa mentadbir namun PM sudah meminta maaf untuk kesilapan pemimpin-pemimpin BN yang lalu!!?? Namun demikian, Hadi Awang masih belum meminta maaf kepada rakyat Sarawak yang pernah dihinanya semasa PRK Batang Ai dahulu?!!!! Sedarlah bahawa PAS, PKR dan DAP adalah parti luar dan mereka tidak mampu mentadbir Sarawak dengan jayanya!!??
Jangan gadai masa depan sokong pembangkang - PM
17/03/2012 1:09pm
BERUAS 17 Mac — Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat supaya tidak menggadai masa depan mereka dengan terpengaruh kepada pelbagai dakwaan, tohmahan dan janji pembangkang kerana telah terbukti selama ini kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat memastikan kesejahteraan negara dan rakyat terpelihara.
Perdana Menteri berkata, BN sudah melakukan pelbagai perkara untuk kesejahteraan rakyat termasuk menyalurkan pelbagai bantuan kerana BN mampu mengurus tadbir negara dengan cekap dan berkesan.
"Tidak boleh pakai cerita pembangkang ini sebab mereka tidak mempunyai kemampuan untuk urus tadbir negara kita dengan baik. Sehari dua ini pun sudah nampak bercelaru. Jadi tak usah dengar kalau mereka (pembangkang) datang.
Dengar, tapi masuk telinga kanan, keluar telinga kiri,” katanya ketika berucap pada program “Sepagi Bersama Perdana Menteri” di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Changkat Beruas di sini, hari ini.
Najib yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini berkata, kerajaan juga telah dapat mengurangkan jumlah hutang dan menambah hasil negara, meskipun pelbagai bantuan disalurkan kepada rakyat.
"Ini disebabkan kita dapat mengurus tadbir negara kita dengan baik, menguruskan perjalanan ekonomi negara dengan cekap. Menentukan ekonomi negara dapat terus berkembang, hasil negara bertambah, apabila kita capai kejayaan sedemikian kita pulangkan hasil kekayaan itu balik kepada rakyat,” katanya.— BERNAMA
0 comments:
Post a Comment