Monday, March 26, 2012

Kepimpinan Akar Umbi Berpecah?!!?!

Perpecahan di kawasan bandar berpunca dari kepimpinan peringkat akar umbi?!!!  Inikah yang menyebabkan kesukaran untuk memenangi hati rakyat di situ!?!!  Begitulah yang dikatakan oleh Dr Rundi!!???  Menurut beliau terdapat segelintir orang yang telah disokong kini cuba memecahkan perpaduan antara satu sama lain dengan menikam BN dari belakang!!??

Perbuatan seperti ini tidak patut diamalkan oleh ahli komponen BN!!??  Mereka hendaklah saling sokong-menyokong dan bantu-membantu demi mendapat 2/3 majoriti menjelang PRU13 kelak!???

Jangan ’menikam dari belakang’: Dr Rundi

by Abang Ismail Abang Su’ud. Posted on March 26, 2012, Monday
Ahli PBB diingatkan tidak bersikap demikian ke atas ahli lain dan ahli parti komponen BN
BINTULU: Ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) diingatkan agar tidak mengamalkan sikap `menikam dari belakang’ ke atas ahli lain dan ahli parti komponen Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung BN Negeri Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata, kumpulan-kumpulan sebegini harus ditentang.

“Kita menyokong semua orang dalam BN, jangan saling berbalah dalam parti sebaliknya tumpukan perhatian sepenuhnya kepada usaha untuk memperkukuhkan BN,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan kepada mereka yang telah disokong agar menghormati dan menghargai orang yang menyokong mereka.

“Jangan jadi seperti ‘kacang lupakan kulit’ dan kita perlu sentiasa mengingatkan antara satu sama lain.

“Meskipun mempunyai perbezaan pendapat, ia boleh dibincangkan dengan betul dan tidak ada keperluan untuk melakukan tindakan `tikam belakang’,” katanya.

Katanya, pemimpin masyarakat memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan isu-isu dan masalah di peringkat bawahan sebelum ia boleh dibawa kepada pucuk pimpinan.

“Sekiranya ada masalah timbul ia perlu ditangani dengan betul dalam mesyuarat tertutup, jika tidak pembangkang akan mengambil kesempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Uma Bawang Sungai Asap, Belaga kelmarin.

Dr Rundi berkata, PBB akan memberikan sokongan 100 peratus kepada calon di kerusi Parlimen Hulu Rajang.

“Saya tidak mahu mendengar apa-apa yang mengatakan bahawa PBB tidak memberi sokongan kepada mereka, kita mesti mengukuhkan perpaduan demi BN,” katanya.

Mengenai konstituensi Belaga katanya, BN mempunyai peluang yang baik untuk memenangi kerusi itu kerana ia adalah kubu kuat BN.

“Namun kita tidak akan leka dan kita akan cuba untuk menang dengan majoriti besar di kawasan ini (Belaga),” katanya.

Tetapi satu-satunya perkara yang membimbangkan beliau adalah peluang untuk BN menang lebih besar di kawasan bandar.

Kawasan bandar memberikan tekanan sedikit kepada saya, dan ini adalah implikasi perpecahan di kalangan kepimpinan di peringkat akar umbi.

“Saya tidak mahu menyalahkan mereka tetapi itu adalah situasi yang kita hadapi sekarang,” kata Dr Rundi.

Beliau berkata, setiap orang memainkan peranan dan apa yang membezakan mereka adalah peranan yang dimainkan adalah dalam tahap yang berbeza.

“Tetapi kita mesti menyanyi lagu yang sama, kunci mesti betul dan dengan rentak yang sama,” tambahnya

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda