Friday, March 16, 2012

Anwar Ibrahim Dengki Dengan Berita Ini?!!!

Apakah sebab Anwar Ibrahim pening kepala?  Menurut  Merdeka Review Center yang merupakan agensi pro-PKR, mereka tidak dapat menafikan lagi bahawa PM sekarang ini semakin meningkat di kalangan rakyat dan ini tidak baik untuk Pakatan Rakyat!!??  Tidak hairanlah Pengarah Strategik PKR berusaha dengan bermacam-macam fitnah untuk menurunkan populariti Najib supaya Anwar Ibrahim kembali disukai ramai!!??

Anwar yang sudah silap langkah apabila Wall Street Journal turut dibaca oleh rakyat Malaysia telah membongkarkan strategi beliau untuk mendapat dana Israel!!!??  Sanggupkah negara kita bersekongkol dengan negara kejam seperti itu?!!!  Bagaimana boleh Anwar melabelkan bahawa Israel adalah negara yang ditindas?!!!!
Peningkatan Populariti Najib Bahaya Besar Untuk PR

FreeMalaysiakini.com 16 March 2012

MERDEKA Review Center, agensi kajiselidik yang diketahui condong ke arah PKR, dalam kajian terbarunya menunjukkan kenaikan mendadak populariti Perdana Menteri Najib Tun Razak dari 59% ke 69% dalam tempoh 6 bulan sejak Ogos 2011.

Dapatan kajiselidik yang disiarkan dalam majoriti suratkhabar cina seperti Nanyang Siang Pau dan China Daily ini merupakan satu petanda kurang baik kepada Pakatan Rakyat. Penulis rasa, PKR terutamanya sudah dapat mencium bahaya dari dapatan kajiselidik ini dan tidak hairan kenapa Pengarah Strategik PKR melancarkan serangan bertali arus ke atas peribadi Perdana Menteri bermula dengan isu pertunangan anaknya.

Dalam soal Rafizi ini penulis ingin menyentuh sedikit. Politik patut dibezakan dengan peribadi, kenyataan Rafizi semalam yang menuntut Najib mengemukakan bukti atas tuduhan yang dibuatnya sendiri, sebenarnya amat memalukan penyokong Pakatan Rakyat dan kelihatan cuba membodohkan rakyat.

Siapa yang menuduh, dialah yang patut mengemukakan bukti, bukan sebaliknya.

Kembali semula pada isu peningkatan populariti Najib. Hasil kajian ringkas penulis, kenaikan populariti ini ada kaitan dengan adu domba UMNO mengenai kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan melindungi keselamatan Israel yang disiarkan oleh akhar The Wall Street Journal pada Januari.



Agak mengejutkan bila penyokong Pakatan Rakyat di alam siber memilih untuk membuat tuduhan sama kepada BN, terutama ke atas mantan Perdana Menteri, Mahathir. Akhirnya, kesemua tuduhan ini telah dibuktikan tidak benar lanjutan dari penyiaran surat-surat balasan Mahathir kepada 3 bekas Perdana Menteri Israel dari 1992 hingga 1999.

Walaupun kaedah (menuduh BN semula) ini nampak berjaya pada awalnya tapi tidak siapa antara kita menyangka yang kerajaan akan akhirnya mengklasifikasi semula surat-surat tersebut untuk dilihat oleh semua rakyat – tindakan yang akhirnya terbukti merugikan Pakatan Rakyat.

Sepatutnya usaha berterusan perlu dibuat untuk menjelaskan maksud kenyataan Anwar dari sudut Penyelesaian 2 Negara dan Inisiatif Arab yang diguna pakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Hanya dengan cara ini sahaja, semua salah faham yang ditunding kepada Anwar oleh UMNO dalam hal ini dapat diperjelaskan dan memadamkan semua kekeliruan yang timbul.

Sebenarnya ada banyak faktor yang boleh penulis fikirkan tapi apa yang penting bukan mengenang yang lepas sebaliknya mencari cara mana untuk menyelesaikan masalah ini untuk kepentingan bersama di masa depan.



Apatah lagi bila kajian ini juga menunjukkan keyakinan rakyat ke atas kepimpinan kerajaan BN yang memerintah turut meningkat, maka semua pihak dalam Pakatan Rakyat perlu bersama-sama berganding bahu membaikinya. Lanjutan dari kajian terbaru ini, penulis menyeru pimpinan Pakatan Rakyat duduk semeja mencari jalan penyelesaian ke atas masalah ini secara bersama. Dalam masa yang sama elakkan dari berbalah sesama sendiri kerana ia tidak membantu menaikkan semula populariti Pakatan Rakyat yang semakin merosot

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda