Thursday, March 22, 2012

Taib Mahu BN Sarawak Mendapatkan Majoriti 2/3 Untuk PRU13?!?!

Taib akan serahkan tugas pemilihan calon peringkat parlimen kepada Perdana Menteri.  Dia cuma mahukan setiap parti komponen dan jentera parti akan menyokong calon yang dipilih kelak!!??  Dia juga mahukan agar kubu kuat BN membantu PM mendapatkan dua pertiga dalam PRU13 kelak!!??

Taib juga mahukan semua komponen agar segera bersatu dalam menggempur kubu musuh!!??  Setiap pertikaian mahupun salah faham hendaklah diselesaikan segera!!??  Pihak pembangkang sudah bersedia untuk menurunkan calon di mana parti komponen bertelagah dan berpecah!!??  Semua ini harus dielakkan!!??

Di Miri, pihak DAP telah berjalan dari rumah ke rumah mengedarkan kalendar untuk penduduk di kawasan Piasau dan Pujut?!!!  Berkemungkinan besar calon yang menentang mantan presiden SUPP akan diturunkan di Parlimen Miri memandangkan usaha beliau yang berjaya menumbangkan kubu kuat SUPP!!???  Apakah SUPP sudah mula menggempur??!!  Sama-samalah kita nantikan strategi kuat SUPP untuk menawan Miri dan kota-kota yang telah ditawan DAP!??!!!

Taib Mahu Parti Komponen BN Negeri Dapatkan Majoriti Dua Pertiga
BINTULU, 18 Mac (Bernama) -- Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud mahu semua parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri berusaha sebaik mungkin bagi mendapatkan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kita mesti buktikan bahawa kita masih menjadi kubu kuat BN. Kita akan menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan majoriti dua pertiga seperti yang diperlukan atau malah lebih besar lagi," katanya selepas merasmikan perhimpunan agung tiga tahun sekali Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) ke-9 di sini, hari ini.

"Kita mahukan sebuah kerajaan yang kuat di peringkat nasional. Saya percaya semua rakyat menginginkannya. Sarawak memainkan peranan besar dalam hal ini," katanya.

Beliau berkata Najib merupakan seorang pemimpin yang boleh menyatukan semua kaum di negara ini dan mempunyai cukup pengalaman untuk memerintah dengan lebih baik dan menunaikan segala janji yang telah dibuat.

Taib berkata ia adalah amat penting supaya rakyat diberikan mesej ini supaya negara terus ditadbir dengan baik demi masa depan mereka.

"Bagi PBB (Pesaka Bumiputera Bersatu) saya, mesej kepada semua ahli adalah supaya memastikan kemenangan sepenuhnya bagi semua calon BN di kawasan yang ditandingi.

Saya berbangga SPDP, seperti yang ditegaskan dalam ucapan oleh Presiden Tan Sri William Mawan, adalah dalam hala tuju yang sama. Saya percaya, rakan-rakan kita yang lain seperti Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Party Rakyat Sarawak (PRS) juga demikian," katanya

Taib juga menegaskan bahawa apa jua masalah yang dihadapi parti-parti komponen supaya tidak ditambah lagi apabila pilihan raya tiba.

"Mereka yang mempunyai masalah di kalangan parti mereka sendiri sepatutnya mengenepikan perbezaan dan bekerja demi kebaikan BN. Saya yakin, tanda-tanda sedemikian sudah ada bahawa mereka akan bekerjasama," katanya.

Beliau berkata mereka boleh berbincang selalu atau bekerjasama ke arah perdamaian selepas itu.

Bercakap kepada pemberita kemudian, beliau berkata majoriti dua pertiga hanyalah satu angka konservatif malah beliau menjangkakan satu kemenangan yang lebih besar lagi.

"Saya tak mahu cakap besar dan saya masih belum buat analisis mengenai kerusi yang boleh menang. tetapi kita boleh mencapainya," katanya.

Katanya beliau akan menyerahkan kepada Perdana Menteri bagi memilih semua calon BN negeri untuk pilihan raya umum kerana ini merupakan pilihan raya peringkat Parlimen.

-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda